MALAM MERDEKA

00:41:00

DISAAT MEREKA SUDAH LENA,
AKU MASIH TERBUNTANG MATA
MENARIKAN TANGAN
MENYUSUN KATA MENCARI SETIAP PELOSOK DIRI
UNTUK MENGOREKSI IDEA YANG TERSIMPAN
AGAR DIMUNTAHKAN MENJADI BAIT2 INDAH MALAM INI

MALAM INI BERANJAK LAGI USIA
USIA MERDEKA NYA MALAYSIA
USIA KU JUA MUNGKIN
DAN USIA KAMU JUA PASTI
DAN SETIAP MALAM BILA BERTAMBAHNYA USIA
MAKA SEMAKIN HAMPIRLAH PULA
KITA MENUJU YANG DITAKUTI IAITU TUA

KATA2 DITERUSKAN,WALAUPUN SEBENARNYA BELUM PASTI TUJUAN
AKU BAGAIKAN JUTAWAN KATA
MENARI2 SETIAP HURUF UNTUK DITERJEMAHKAN
BIAR HARTA TIADA,UNTAIAN INI SUDAH CUKUP BERMAKNA

SETIAP ISNIN DAN KHAMIS
MANUSIA ITU DIBERI PENGAMPUNAN OLEH TUHANNYA SELAGI DIA TIDAK MENYEKUTUKAN ALLAH DAN MENJALINKAN SILATURRAHIM
DAN ESOK ADALAH HARI ISNIN,MOGA ESOK AKU MENJADI ORANG YANG DIAMPUNKAN.KERANA ESOK USIA AKU BERTAMBAH LAGI,DAN USIA KAMU JUGA PASTI.BIARLAH AKU MENJADI SEPERTI BAYI YANG BARU DILAHIRKAN SEMULA.

JAM TERUS BERPUTAR,MALAM SEMAKIN LARUT
CUKUPLAH DULU SAMPAI DISINI
SEBENARNYA NEURON INI SUDAH LETIH UNTUK MENGOLAH IDEA
HANYA SEMANGAT DI JIWA YANG MEMBARA 
TAPI DAYA MANUSIA ITU ADA HADNYA,
MATA INI MINTA DILELAPKAN
BERHENTILAH MENERUSKAN KATA2
KERANA ESOK MASIH ADA
ANDAI IZRAIL MASIH MENYIMPAN PANGGILANNYA
ESOK PASTI ADA HARI YANG INDAH
UNTUK AKU TERUS MENONGKAH
ARUS KEHIDUPAN YANG PENUH TEKA TEKI.

SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN MALAYSIA
#SEHATISEJIWA TEMA TAHUN INI

12:49AM
31.08.2015
 

You Might Also Like

0 comments

Thank you,come again :)

CLICK MY LOVE COWAY

CLICK MY INSTAGRAM