Alhamdulilah,raya aidiladha tahun ini telah berlalu khamis lalu ..mungkin kerana raya adilfitri saya tidak dapat berkumpul dengan family tetapi telah diganti dengan kemeriahan aidiladha.Walaupun hanya sehari,ia lebih bermakna dari hari-hari sebelumnnya.Paling best adalah meluangkan masa brsama ibu tercinta di dapur sehari sebelum raya..dan tiap kali masak bersama..mak akan ckp"kena pandai masak apa yang mak masak..nanti kalau mak dah xde,xde lah kempunan nak makan."...hemm..kenapalah mak ni suka buat ayat sedih..selalunya kalau dengan mak memang saya buat-buat tidak tau,cara potong serong ke,cara tumbuk cili ke..memang saya buat-buat tidak pandai..entahlah mungkin merasa ingin bermanja-manja...saya sendiri tidak tahu kenapa perasaan kemalasan dan kemanjaan itu sentiasa ada bila bersama mak walaupun umur nak masuk three siri next year..heheeh ini ingatan seorang kawan di pejabat"umur tahun depan nak masuk three siri. dah"...bila teringat ayat dia ada nada menyampah dan tersenyum kambing disitu.sebab ada kaletah saya yang buat dia mengingatkan saya tentang umur saya yang akan berganjak tahun hadapan..insyaALLAH kalau panjang umur...

pagi raya kebiasaan seorang isteri dan ibu adalah bangun pagi untuk menyiapkan apa yang patut.even tak raya pun bangun di awal pagi itu adalah perkara biasa bagi ibu yang bekerja dan mempunyai anak yang bersekolah.Kebiasaan  saya adalah mengemas rumah especially ruang tamu dan bahagian dapur agar tiada sebuah cawan atau pinggan bersepah dan semuanya tersusun rapi sebelum rumah ditinggalkan untuk hari itu,termasuklah tiada sehelai kain pun di dalam bakul yang berlonggok..kalau tidak saya akan sakit kepala kalau pulang dari bekerja.oleh kerana itu rutin bangun pagi untuk melakukan semua itu adalah perkara biasa.mcm mana nak dapatkan mood bangun pagi untuk buat kerja rumah?anggap itu bagaikan exercise untuk anda.setiap kali anda tunduk dan bangun untuk menyusun,ibarat anda berada di gim,setiap kali anda menyidai kain anggap anda sedang merenggangkan badan di gim,ia akan membuat anda segar dan keep fit.Selalunya kalau anda menyidai dikala alam masih gelap,dan tiada orang yang belum bangun,cuba anda bayangkan filem titanic,amik angin lalu,biarkan rambut dibawa angin,rasai dinginnya pagi..saya rasa nyaman..itu yang selalu saya rasakan bila menyidai kain di beranda..saya akan berdiri disitu dan mendepangkan tangan membiarkan angin menyapa tubuh(ala-ala titanic gitu..ahh sudah tak habis2 berangan)hari yang indah ya ALLAH,jadikan hari ini  lebih indah dan ceria"

dan apabila rumah sudah harum dan tersusun anda akan meninggalkan rumah dengan senang hati dan pulang dengan senang hati walaupun urusan dunia luar anda begitu serabut untuk hari tu,tapi rumah yang kemas dan harum akan membuat anda tenang....dan semua itu menuntut pengorbanan tenaga dan semangat anda sebagai seorang ibu yang bekerja.bukan senang nak menapis sifat malas,kadang2 saya juga begitu..tapi saya akan menjadi lebih malas jika tiada sebarang schedule untuk hari itu..jika ada agenda yang padat untuk hari itu,perjalanan kerja saya dari awal pagi berjalan dengan lancar,cuba kalau tiada sebarang aktiviti kerja atau apa-apa saja,alahai malasnya..sebab kita berasa tiada apa yang hendak dikejarkan untuk hari tu.Oleh sebab itu bagi saya,agenda yang padat akan menjadikan seseorang itu lebih produktif dan menjaga setiap minitnya untuk menyegerakan setiap apa dalam cheklistnya.dan ternyata saya adalah orang yang tidak suka jika tiada sebarang agenda untuk hari itu..sudahnya saya akan lemau seharian!sebab itu stress dengan timetable..akan menjadikan kita orang yang lebih dominan dengan masa..sebab itu orang cakap kadang2 kita perlu stress dalam kehidupan untuk menjadikan kita lebih berjaya dalam hidup..kalau kita pandai mengawal stress especially stress dengan masa akan membuat kita tidak leka dan berangan-angan panjang,sebab kita tiada masa untuk semua itu...if not i m always dreamer!but im not a dreamer..

ok lupakan bab bangun pagi...seterusnya selepas bersiap-siap untuk solat hari raya..saya di pagi raya pakai jubah warna merah..mungkin jubah ini lebih selesa kerana baju-baju lain agak sendat..dan jubah ini akan membolehkan saya makan dengan banyaknya di rumah mak..hehe..jadi jubah yang longgar ini jadi pilihan di pagi raya ini..tujuannya satu saya nak makan banyak jadi kalau perut buncit pun tak nampa sangat!:))

Tiba di masjid masih awal...saya dan baby alya memilih untuk naik keatas masjid..walaupun sudah ada yang mengisi bahagian bawah,saya percaya ruang atas masih kosong.jangkaan saya tepat,tempat lebih selesa,ada kipas,dan karpet yang lebih selesa,kenapalah haiii,,cik kak dan makcik di bawah tidak mahu memenuhkan ruang atas dulu?kan sudah menjadi tempat laluan orang.untuk lalu ke atas tadi saya terpaksa tertunduk-tunduk minta laluan dan rasa bersalah untuk lalu di hadapan mereka,ada yang sedang solat sunat saya terpaksa tunggu mencari jalan yang lain..

saya masih teringat pada pembacaan,Rasulullah pernah bersabda"sekiranya orang yang melintas di hadapan orang yang sedang solat mengetahui apa yang akan menimpanya,maka sudah tentu berhenti menunggu selama 40 hari lebih baik baginya daripada melintas di hadapan orang yang sedang melakukan solat tersebut"riwayat al-Bukhari dan Muslim.Hadis ini menekankan larangan keras supaya tidak melintas di depan orang yang sedang solat..dan orang yang hendak solat juga hendaklah meletakkan sutrah(sutrah bermaksud penghalang yang memisahkan di antara orang yang sedang solat dengan orang lalu di hadapan orang yang solat"boleh letakkan beg,jam,tongkat dan sebagainya.dan bagi saya jika kita sampai di masjid lebih awal,apa salahnya mencari ruang yang tidak menjadi laluan orang supaya anda tidak menimbulkan salah pada orang lain yang lalu lalang dan anda tidak salah kerana membuat orang lain jadi salah,kerana kita disunatkan untuk mencari sutrah untuk solat di tempat public mahupun masjid.dan bagi yang lalu pulak,jika ternampak orang yang sedang solat dan kita terpaksa lalu di depannya hendaklah dengan jarak 3 hasta dan kalau boleh janganlah apabila kita sampai di masjid kita hanya mencari ruang yang dekat dengan pintu semata-mata untuk kemudahan kita sedangkan lebih ramai orang lain yang masuk kemudian terpaksa mencari ruang untuk berjalan.noted untuk diri sendiri..

 setelah selesai mendengar khutbah solat aidiladha,alya sudah mulai bosan.walaupun tadi hanya diam mula merengek,telekung yang dipakainya sudah pun ditanggalkan.ayatnya satu"mama alya nak beli air"..alya kalau pergi masjid atau tempat-tempat umum memang suka kepada machine yang jual air tu.dia bukan minum sangat tapi suka masukkan duit dan tekan air apa yang dipamerkan dan melompatlah tin air tu keluar dari machine..macam magic.tu yang dia suka..oleh kerana dia baby girl yang behave hari ini..masa solat tadi pun ikut je apa imam buat tanpa banyak karenah.janji pun diberikan..
"ok..nanti kita turun kita beli ya..alya duduk diam-diam dulu"

Bila sampai di machine jual air,di depan machine tu pun ada tabung masjid untuk menderma.saya nak ceritakan konsep ikhlas disini.maaf tiada nada riak,ampun jika trnampak seperti riak,tapi sekedar perkongsian dari saya untuk anda.

dalam purse saya waktu itu hanya ada sekeping note RM20,sekeping RM1,dan syiling 0.70 sen.memang sifat saya jarang letak duit lebih dari RM50 dlm dompet,sbb saya tahu kelemahan saya,saya kadang2 cuai.dan saya pernah kehilangan dompet berisi duit raya dulu.memang dari rumah tadi saya sudah berniat untuk bersedekah sedikit di masjid selepas solat sunat raya.dan saya sekarang dalam dilema,machine air itu perlukan small note untuk dimasukkan.dan saya kat rumah tak terfikir nak menderma lebih dr RM5.Dan duit kecil saya ada ngam-ngam untuk beli air alya sahaja.dan tiadalah lagi duit kecil untuk saya bersedekah.oleh kerana sayang anak saya turutkan kehendak untuk membeli air.dan sekarang saya hanya ada sekeping RM20 yang tinggal.mana ada kedai nak tukar untuk saya dermakan kurang dari 5.kalau saya dermakan semua nanti kalau alya singgah kedai nak yang lain-lain pula?hemm nak minta dari hb.tak best lah pulak nak sedekah minta ngan hb kan?saya masih berfikir-fikir disitu,di hati saya berkata,"ah tak pa lah,esok2 ada small note sedekah kan je lah"simpan je rm 20 ni,nanti adik2 nak aiskrim ke apa ke kan senang nak belikan,nak pegi atm jauh malas je rasanya"

.tapi akhirnya saya terus lipatkan kecil2 note itu dan saya masukkan ke dalam tabung masjid.saya ikhlas kerana ALLAH,mungkin Dia nak saya sedekah lebih hari ini.dan disini hati saya sedang diuji,samada ikhlas atau tidak,tapi saya berasa yakin mungkin ada rezeki lain untuk adik-adik saya.dan saya sudah pun berniat dari rumah,apa salahnya saya berikan saja.dan kalau saya masih berfikir untuk risau itu dan ini maknanya saya risaukan sesuatu yang belum pasti,sedangkan bukankah serahkan saja urusan hidupmu pada ALLAH kerana Dia Lebih mengetahuinya..

Maka keluarlah saya dari masjid dengan dompet yang kosong.jikalah saya tersesat waktu itu maka sehelai sepinggang lah saya.bila saya masuk je ke dalam kereta.hp saya ada vibrate wassap.saya biarkan dulu kerana mungkin client yang wassap untuk wish selamat hari raya aidiladha.saya pesan pada hb nak singgah atm untuk mengeluarkan sisa2 wang yang masih berbaki untuk stanby di rumah mak nanti.almaklum hari gaji masih ada 2-3 hari lagi.jadi saya hanya akan berikan pada mak apa yang ada saja untuk belanja mereka.

dalam perjalanan,hp saya buka,ada dua wassap yang buat saya tersenyum.dan ALLAH balas cash dengan cepatnya
satu message dari kawan sekolah saya yang merupakan partner emcee saya
"beb,block date ni,ada job,payment biasa 50%-50%"saya segera membalas..alhamdulilah..tq..rezeki baru untuk adik-adik saya..bukankah tadi saya baru risau?ALLAHuakbar,
dan satu lagi wassap dari client lama saya

"kak,salam aidiladha,,hari tu wife saya dah amik asb 200k,loan rumah saya baru lepas jadi saya nak sambung amik balik atas nama saya pula,amount yang sama.Esok akk keje tak"..alhamdulilah,customer ni memang saya jaga baik,kadang2 bukan untuk urusan pekerjaan saja,saya ada tolong dia bab2 lain,tak sangka setahun berlalu dia masih mencari saya..alhamdulilah rezeki pagi hari raya oleh ALLAH

Jadi nikmat TUHAN apalagi yang kau dustakan..bukankah tadi saya masih berkira-kira di masjid.susah betul saya ingin memberi hanya sekeping note RM20?

Dan ada lagi satu rezeki yang tidak disangka-sangka,saya ingin pergi ke machine atm cimb untuk mengeluarkan sisa wang yang belum bergaji.ternyata machine atm cimb server down.yang ada hanya machine maybank.kad atm saya untuk salary payment dari cimb memang tidak boleh digunakan di machine meps,sbb HR DAH SETTING kena cari machine cimb jugak yang atm salary punya.jadi saya hanya ada dua kad atm maybank,satu kad maybank adalah untuk kegunaan medical yang mana saya jarang gunakan.akaun itu saya wujudkan untuk medical family,mak,ayah n adik-adik,jadi saya jarang gunakan atm itu,tujuan simpanan itu hanya untuk emergency mereka.satu lagi adalah atm atas nama adik saya.akaun itu saya buka masa dia menjadi ejen untuk coway.saya terpaksa bukak akaun atas nama dia waktu itu

Tapi saya tahu akaun tu dah tak banyak sebab commission yang tidak ada sejak adik saya tidak lagi aktif di coway,kalau adapun hanya sisa-sisa bayaran client yang pasang coway secara ansuran.jadi setiap kali client yang ambil secara ansuran.RM25 setiap bulan dikreditkan selama 11 bulan dari pembayaran customer bagi satu unit.saya pun dah lama tak check akaun ni.kerana terpaksa,saya fikir takkan nak minta kat hb untuk beri mak ayah duit hari raya ni kan?ada dua pilihan saja,,check akaun ni atau gunakan duit medical yang saya simpan untuk stanby emergancy mereka..

diantara percaya dan tidak,akaun yang saya rasa tidak lagi aktif ada berjumlah RM360!..ALHAMDULILAH..segala puji bagi ALLAH..saya terus keluarkan semua jumlah itu..mungkin kecil jumlahnya pada orang lain.tp besar bagi saya waktu itu..kerana saya amat memerlukannya waktu itu...ALLAHUAKBAR....rasa nak mengalir air mata..
ALLAH itu penyayang..kadang2 berlaku sesuatu yang kamu tidak suka,kadang2 ada yang baik dari apa yang kamu tidak suka,kamu tiada wang kecil,kerana kamu sepatutnya memberi lebih dari itu.machine atm cimb rosak,ternyata ALLAH gerakkan hati untuk check akaun yang lama  dibiarkan.jadi bukankah kebetulan itu kadang2 Allah SUDAH atur..serahkan saja semua urusan hidup ini padaNYA,

dan percayalah jika kamu ikhlas..lebih banyak keajaiban akan berlaku masa akan datang...
insaflah seketika...kerana hidup ini aturan ALLAH,kita merancang dengan cita-cita,ALLAH merancang dengan cinta...

saturday
26.09.2015
16:17pm

Post a Comment

Thank you,come again :)

Previous Post Next Post