Kenapa perlu stress?

08:41:00

"Biar nampak nakal tetapi berakal"

"Kalau nakal manapun jangan sampai lupa kiblat arah mana"

Itu adalah kata-kata yang sering mengiringi tanda tangan saya suatu saat dulu,Kadang-kadang ia tidak bertujuan apa-apa..hanya sebuah kata-kata.Dan bila usia sudah beranjak dewasa saya sering memikirkan dimana lahirnya idea menulis sebegitu..dan ternyata ia hanyalah  sebuah frasa yang mengiringi kedewasaan..

Dan apabila berada dalam usia yang akan mencecah "three siri"tahun depan..ternyata saya semakin memahami..kadang-kadang kita akan bertindak agak kegilaan atau kenakalan hanya untuk mengurangkan sedikit tekanan atau stress dalam hidup..ia bergantung pada individu itu ..ada yang menjadikan stress dalam hidup untuk berada dalam kemurungan,bunuh diri,terjebak dalam aktiviti jenayah dan sebagainya...dan semuanya memberi alasan..kerana tekanan hidup!

dan akhirnya apa jua yang kita lakukan kaedah ketuhanan ataupun istilah spiritual adalah cara yang terbaik untuk mentarbiah diri ..Lumrah manusia yang sentiasa gelisah telah digambarkan oleh ALLAH"Sesungguhnya manusia diciptakan bersifat suka mengeluh.Apabila ditimpakan kesusahan dia berasa gelisah.Dan apabila mendapat kebaikan dia sangat kedekut("Al-Ma'arij 70:19-21)

Dan apajua alasan..bagi saya..pendapat peribadi..kadang-kadang kita perlukan stress dalam hidup..jangan jadikan ia satu penyakit yang membuat kita gelisah tetapi jadikan ia satu momentum yang baik yang kadang-kadang ia perlu selagi kita tahu mengendalikannya dan ia berada kadar sederhana...



Sebenarnya istilah stress atau tertekan sudah ada sejak kita mula dilahirkan..tanpa kita sedari..dari bayi..kita akan stress untuk belajar meniarap..merangkak..kemudian berjalan..dan apabila berada di alam kanak-kanak hinggalah kita remaja kita akan stress perlbagai isu lain..seperti pelajaran dan percintaan..hinggalah kita berada alam dewasa kita akan stress dengan kerja,ada orang akan stress dengan hal sekecil2nya hinggalah hal sebesarnya..belum lagi dengan hal rumahtangga,hal rakan sepejabat,hal anak-anak dan sebagainya.ia bukan saja membuat hidup itu kadang-kadang lebih rumit tapi kadang-kadang mana yang tidak kuat iman akan mengatakan betapa hidup ini begitu sukar..dan apabila kita berada diusia senja kita akn stress memikirkan kematian,amal ibadah yang tidak dirasakan mencukupi..semuanya akan menggangu diri kita.kalau kita fikir balik,stress bermula dari awal usia dan hinggalah usia senja..ada saja perkara yang membuat kita stress...ini kerana apa..jikalah kita berfikir dengan sebijak-bijaknya ini semua kerana  kita memikirkan hal dunia melebihi hal2 akhirat..apalagi saya yang ilmu ketuhanan itu setitis cuma..


                                                           candid from friend(terima kasih sebab edit:p~~)
                                                             sedih je pic ni


Dan saya juga adalah manusia yang tidak lari dari istilah stress.kawan-kawan yang rapat memang akan cepat notice bila saya stress,kerana saya tidak pandai menyorokkan wajah sedih,geram,risau,mahupun saya sedang fokus sesuatu.kening saya akan berkerut dan senyum saya sukar untuk diberikan.

"kau ni kalau senyum memang manis,tapi kalau masam,serabut,seram seih"itu antara komen rakan-rakan

ishh..memanglah orang tengah stress,,mana boleh ukir senyum,orang gila je kalau stress senyum-senyum.

Tapi lama kelamaan saya sedar setiap perkara yang kita stress dan risaukan akan hilang begitu saja dengan berjalannya masa.dan saya merasa sungguh rugi jika terduduk dan termangu disuatu sudut terlalu lama untuk memikirkan sesuatu yang diluar keterbatasan atau kemampuan saya untuk menyelesaikannya.dan ternyata dengan berjalannya usia,kita akan lebih matang untuk berhadapan dengan sesuatu.selagi namanya manusia,percayalah tiada sorang pun yang mampu untuk mengelak istilah stress dalam kamus hidupnya.Dan percayalah kadang-kadang kita perlukan stress untuk menjadi pemacu dalam hidup dan menjadikan hidup ini mempunyai graf turun naik bukan hanya statik.

terdapat pelbagai stress dalam kehidupan

stress dengan kerja
-saya selalu mengalami ini.apalagi bidang kerja saya yang sentiasa ada target untuk dicapai.target saya akan terus meningkat dengan beranjaknya tangga gaji saya.ya,mula-mula saya risau?saya akan stress bila memikirkannya dan stress bila saya terkejar2 untuk appointment,dateline,jawab email,jawab wassap client,phone call,complaints,compliance issue dan pelbagai lagi isu perbankan yang kadang-kadang buat kepala saya hendak pecah.apalagi dalam keadaan ekonomi tahun ini yang tidak berapa memberangsangkan,saya tertekan untuk memikirkan cara-cara marketing dan strategi pemasaran yang lebih efektif.ada juga kawan-kawan pejabat apabila borak santai membuat saya lagi risau"ekonomi down ni,ada ke orang datang buat investment ataupun loan.customer datang bank pun dah kurang"itu adalah pandangan mereka,mereka menyatakan kerisauan kepada saya,tapi saya adalah orang yang berada dalam situasi itu yang sepatutnya lebih risau.

Ya saya tertekan waktu itu,bila saya tertekan,saya akan cuba sembang kosong,sembang yang hanya memenuhkan masa untuk mengelakkan otak berselirat,sy call kwn2 yang bukan diindustri yang sama hanya untuk mencari sedikit keregangan neuron otak!saya ajak diorang lepak minum ,sembang kosong,sembang artis,gosip sana sini,walaupun saya tidak mengikuti mana2 artis sedangkan tengok tv pun jarang sekali,oleh kerana nak sentiasa dilihat up to date dengan kawan-kawan saya cuba berlagak tahu.akhirnya saya kalah dalam sembang kosong itu.itu bukan dunia saya.saya tidak bahagia begitu dan itu bukan penyelesaian.ya saya gembira seketika,melepak tak tentu hala untuk merehatkan minda, akhirnya saya kembali ke dunia realiti,yang memerlukan saya lebih bijak mengatur masa,dan ternyata saya hanya gembira waktu itu tidak untuk selamanya.

akhirnya saya mencari solusi melalui pembacaan,saya dapatkan kembali semangat saya melalui pembacaan.percayakah anda,mood saya banyak dipengaruhi dengan membaca.jika saya mampu membaca buku motivasi,semangat saya lain mcm.saya dapat rasakan hari itu berlalu dengan baik,ternyata apa yang saya baca banyak mempengaruhi tindakan,cara berfikir dan pandangan saya tentang sesuatu isu.anda pun boleh cuba jadi ulat buku,percayalah anda akan berasa  tenang disitu bergantung pada apa yang anda baca.remember'readers are leaders"dan surah pertama yang diturunkan pun menyuruh kita bacalah!dan ternyata secara psychologynya ia juga boleh reducekan stress ..

dan saya ada juga mengikuti wardina suatu ketika dulu.ya wardina safiyyah,ibu kepada 3 cahaya mata,seorang pekerja dan pelajar,dia melakukan dhuha sebelum memulakan harinya untuk hari itu.dan sejak itu saya pun mengikutinya.

DHUHA,bukan saja solat untuk pembuka rezeki.tapi ia mencakupi pelbagai isu kehidupan untuk  hari itu.almaklum kerja saya berhadapan dengan pelbagai karenah manusia,yang menuntut saya lebih sabar,lebih bijak mengawal emosi dan lebih tenang agar semua perjalanan hari itu lebih lancar.dan saya perlukan pertolongan dari ALLAH,KERANA saya sentiasa berhadapan dengan manusia-manusia yang pelbagai ragamnya.dengan solat dhuha dua rakaat,saya akan sentiasa berasa yakin untuk hari itu.lebih bersemangat,lebih teratur kerana percaya setiap perjalanan hari itu telah diatur oleh Allah.

 .ada sesuatu yang menarik untuk saya kongsikan

                                     
Gambar diatas adalah bukti kasih syg ALLAH pada saya.sejak mengikuti dan menjadi follower wardina safiyyah,saya teringin sangat untuk bertemu dengannya secara 4 mata.saya tidak pernah mengikuti perjalanan mana-mana artis sebelum ni,tapi saya meminati wardina sejak dia berhijab.sbb bagi saya dia sangat cantik.wardina juga ada salasilah keluarga dari acheh.cantiknya natural tanpa  mekap.saya suka dia mengacarakan MHI suatu ketika dulu.

dan sewaktu saya mengetahui wardina ada datang untuk satu acara di setiawangsa kebetulan dekat dengan rumah,saya teruja untuk join.kebetulan waktu itu oki setiana dewi dijemput juga dari jakarta(untuk pengetahuan oki adalah pelakon dalam filem ketika cinta bertasbih)dan saya dapat maklumat ini dari gang-gang usrah..waktu itu saya agak selalu terlibat aktiviti-aktiviti di masjid muaz setiawangsa.maaf saya tidak baik,tapi ada sahabat yang baik untuk saya ikuti disana,ketika itu...jadi kadang-kadang habis waktu kerja saya mencari sesuatu dalam aktiviti disitu.

jadi bila tiba tarikh yang telah ditetapkan,hati begitu teruja untuk datang.akktiviti wardina bermula 8.45 selepas isyak,saya dengan pantasnya  bersiap.selepas saya bersiap-siap,saya tak sabar untuk minta dihantarkan.saya agak stress dan tertekan waktu itu.pertama saya belum membeli tiket masuk,dan saya tidak mahu lambat.lebih tertekan yang minta dihantar belum nampak.sy rasa nak marah-marah,sampailah pukul 9pm,saya solat dulu.sy nak marah xjadi,saya hanya berdiam,saya malas nak membuka mulut.jika tengah marah dan stress,kalau saya buka mulut pasti ada perkataan yang tidak baik akan keluar,jadi saya cuba tenangkan diri.saya berkata dalam hati"kalau ada rezeki dapat dengar talk wardina secara live,adalah,kalau tiket habis n slot wardina dah habis maknanya xrezeki lah tu,buat apa saya nak marah-marah,sedangkan saya nak pergi ke majlis ilmu,malaikat akan mendoakan sbb niat saya,jika saya marah2 maka syaitan akan suka"maka kalah lah saya pada percaturan masa yang bukan dalam kuasa saya.akhirnya 9.15pm saya dihantar ke tempat itu.saya lihat sudah ramai muslimah yang telah memenuhi setiap ruang,semuanya sejuk mata memandang.saya mencari2 kawan saya yang selalu berjumpa di masjid muaz,tidak keliatan.oleh kerana ini adalah aktiviti untuk muslimah,saya yang tidak begitu muslimah terus ke kaunter tiket.tiket masa itu telah bertukar harga dari 40 ke 60 kerana beli last minit.alahai,dalam dompet saya hanya ada 50!nak minta duit extra saya tiada siapa yang kenal disitu..dengan lafaz bismillah dan keslamberan saya seperti biasa,saya tidak malu,saya selamber dengan sedikit keberanian"kak.tiket bukan 40 ke,alahai saya xde duit extra,ada ni je duit saya,sy xtau pulak harga naik kalau beli last minit,xde diskaun ke kak"
entah tak tahu dimana kekuatan itu dtg,mcm beli baju pulak tawar menawar,sedangkan itu adalah program islamic yang mana hasil jualannya akan disedekahkan sedikit kepada golongan yang memerlukan,tapi saya betul2 hanya ada itu saat itu.saya tak nampak machine atm disitu dan tiada siapa yang saya kenal disitu,niat saya tidak mahu terlepas program itu.ya ALLAH,bantu ku ya ALLAH"saya kata lagi,akk amiklah rm50 ni,nanti balance saya bankin"sekali lagi saya agak stress sebab mereka saling berpandangan.saya yang tidak mahu mengalah,masih berdiri depan mereka.ada sedikit meminta simpati,dan sedikit malu,tapi saya tidak mahu terlepas untuk saat ini.dalam hati saya,"selamber jer,esok bukan jumpa lagi depa semua"akhirnya salah seorang dari mereka berikan saya tiket,dan memulangkan rm10 kepada saya,katanya tak apa kami jual dengan harga asal.insyaALLAH moga program ini bermanfaat untuk sis...alhamdulilah,,saya tersenyum sendiri.ternyata ALLAH mendengar bisikan tadi dan menyampaikan pesanan kepada hati mereka.

saya terus menekan lif dngan tidak sabar.dan rasanya ingin terbang untuk masuk ke dalam dewan dan duduk dibarisan hadapan sekali supaya saya dapat melihat pujaan saya dengan lebih dekat.saya tidak mahu miss walau sepatah pun kata2 dari wardina mahupun oki.lif saya tekan dan ada sikap clumsy disitu.bila saya masuk dalam lif,ramai lagi ingin masuk sekali.saya stress,kalau ikutkan tadi saya nak tinggalkan je semua nak naik dan cepat2 tekan biar saya naik sorang.selalu begitu saya ni..tiba,mungkin agak padat,lif tidak bergerak.alahai apa lagi ni.jam dah 9.30 kot..habislah..bisik saya dalam hati.disaat kekecohan lif yang tersangkut tu,tetiba ada satu wajah yang buat saya terkejut.wardina dengan dua anaknya dan maidnya pun ingin masuk dalam lift itu?!saya terlopong...bukankah program sedang bermula...

"maaf,saya perlu segera ke atas,saya pening mencari tempat ni tadi,berpusing2,cari parking pun lama,boleh saya masuk sekali sebab saya agak lambat sudah"..saya yang terlopong mencubit pipi sendiri..adakah saya bermimpi??pujaan saya satu lift dengan saya?saya cubit lagi..tidak saya tidak bermimpi..ini adalah satu kebetulan yang dirancang oleh ALLAH?kenapa saya lambat di hantar?kenapa sy lama dikaunter tiket tadi?kerana saya berjaya mengawal stress saya bermula dari rumah lagi dan sebagai hadiahnya ALLAH hadiahkan orang yang ingin saya lihat dari kejauhan sekarang satu lift dengan saya!hadiah terindah kerana niat mu indah irda!dan saya yang mmg menunggu saat ini apalagi minta satu pic..sempat salam dan memandang dekat 2cm ke dalam mata..sis dina yang cantik..saya tersenyum...dan bila masuk ke dalam dewan ternyata tempat saya di belakang sekali..saya tidak kecewa..kerana tadi ALLAH sudah memenuhi hasrat terpendam saya...ALLAHUAKBAR...maka benar,sabarlah kerana kadang2 ada sesuatu yang kamu tidak suka itu ada yang baik di depan mu

berbalik pada isu stress..

Dan saat ini bila rakan sekerja mempersoalkan isu ekonomi gawat,risau tiada customer,satu je sy jawab"ekonomi dunia dikawal oleh manusia2 yang kadang2 serakah,sedangkan ekonomi kita,dikawal oleh ALLAH swt,usaha saja,Dia tidak akan mensia2kan hambanya selagi mana kita sentiasa berusaha,pintu rezeki ALLAH ada dimana2"dan alhamdulilah walaupun sy stress dengan target,tiap bulan saya masih mampu mencapainya.hebatkah saya?tidak...hanya saya percaya satu perkara"DAN jika hamba-ku bertanya kepadamu mengenai AKU,maka sesungguhnya aku dekat,aku perkenankan permohonan orang yang berdoa tatkala dia berdoa kepadaku"al-baqarah 2:186

kembalilah kepada ketenangan spiritual,ia lebih abadi.dan terfikir oleh saya,saya perlukan stress target ini untuk saya lebih dekat kepada kebergantungan pada ALLAH dan membuat saya sentiasa lebih aktif untuk berusaha,cuba kalau tiada target,mungkin usaha saya biasa-biasa saja,dan hasilnya juga biasa-biasa,jika hendakkan luar biasa,satu pukulan hebat itu perlu..dan disitu saya sedar sesuatu..

dan saya cukup bersyukur,walaupun saya sudah bekerluarga,dan punya komitment lain,saya masih mampu berdiri segaris dengan orang-orang lain.masih dalam senarai top 10 nationwide ? !adakah saya cukup hebat?tidak,,ketuk dahi saya jika saya berasa begitu?tidak..saya cuma ingin katakan,jika kita melakukan sesuatu

pertama :jangan dengar apa orang kata,sbb kita akan risau tak semena-mena,usaha saja.sbb ini diri kita.kita yang bertanggungjawab pada diri kita.

kedua:dalam hidup apajua perkara,sekecil-kecil perkara lakukan sungguh-sungguh

ketiga:apa jua dalam hidup,jangan lari dari kebergantungan pada ALLAH swt.kerana kita tidak tahu apa yang ada di depan.sabar saja dan terus tawakal kepadanya,kerana itu selayaknya kita sebagi hamba

dan percayalah..hanya ALLAH UNTUK kita lepaskan segala keluhan hidup,penatnya hidup,ataupun tertekannya jiwa,hasbinallah wanikmalwakil..saya suka layan zikir tu di utube bila jiwa saya sedang resah,dan selepas saya mendengarnya bagaikan ada aura baru yang meresap.dan percayalah tiada satu pun di dunia ini yang mampu mengurangkan stress kita selain dari kita sendiri untuk mencari jalan penyelesaiannya dan kembalilah kepada kaedah spiritual adalah yang terbaik.


stress dengan perkahwinan

mengikut statistik di Malaysia,ramai diantara wanita di dunia yang mengalami kemurungan selepas perkahwinan.benar,perkahwinan bukanlah seperti cerita dongeng yang happy ending sentiasa.bagi saya perkahwinan itu adalah perjalanan menuju destinasi,ada jalan yang bengkang bengkok dan ada jalan yang lurus.untuk mencapai destinasi(bahagia till jannah)banyak jalan yang berlobang,gangguan tepi jalan,atau menempuh liku2 yang ,kalau tidak berhati2 dalam pemanduan,kita akan terbabas mahupun accident di tengah jalan.

saya pernah terbaca satu quote"bila bercinta pandanglah pasanganmu 100% supaya kamu nampak setiap kelebihan dan kekurangnnya,dan bila berkahwin cukuplah pandang 50% kerana kamu akan sentiasa nampak kekurangan dan kesilapannya"maknanya manusia itu tidak sempurna kadang2 ada saja peel pasangan kita yang buat kita bengkak dahi memikirkannya,almaklum syaitan memang suka jika rumahtangga itu bergolak,jika kurang iman dan berkahwin hanya kerana nafsu,itu yang ditakutkan ia kecundang di tengah jalan.Kita akan lebih nampak banyak keburukan dan ada saja yang buat kita stress dalam kehidupan berumahtangga.

kerja saya sebagai consultant kewangan peribadi adalah sebenarnya lebih banyak kepada perundingan kewangan dan pinjaman,tapi saya tidak nafikan,saya jumpa pelbagai masalah wanita yang mana mereka menjadikan saya tempat bercerita.walaupun hanya kenal untuk beberapa saat,saya tidak tahu ilmu apa yang meresap saya mampu mengorek bertahun2 cerita mereka.kadang-kadang semua cerita itu menjadi kan saya semakin rapat dengan client saya.

seorang client prnah bercerita hidup dalam perkahwinan bagaikan neraka bila dapat suami panas baran,tidak memberi nafkah.ada yang ditinggalkan digantung tak bertali dan suami berkahwin lain tanpa pengetahuan.semua cerita2 mereka bagaikan satu wayang di depan saya,itu baru sorang client,pelbagai cerita wanita lain .saya yang bukanlah kaunselor keluarga hanya mendengar keluh kesah mereka dan kekacauan jiwa mereka,saya amati setiap story,dan jika perlu saya beri sedikit kata-kata,namun jika saya rasa tidak perlu saya hanya mendiamkan diri,menunjukkan rasa simpati.kerana apa?kadang2 bila kita cuba meletakkan diri pada orang yang mengadu atau bercerita dengan kita akan membuat orang itu rasa dihargai.insyaALLAH niat saya hanya satu untuk menjaga silaturrahim dengan client saya.dan saya bukanlah pakar untuk menyelesaikan masalah-masalah mereka.

bagi saya tiada seorang pun yang berkahwin dalam dunia ini yang akan bebas dari stress perkahwinan,kalau tidak takkan lagu p ramlee pernah menyebut"sedangkan lidah lagi tergigit,ini pula suami isteri"kadang-kadang kita nampak  orang itu bahagia,tapi percayalah pasti ada juga tempias dan bahang stress dalam perkahwinan itu,cuma kadang2 mereka pandai menyembunyikannya.

dan pendapat saya yang kerdil ini,jika masalah itu hanyalah masalah berbangkit dan bukanlah masalah besar

1.mengadu lah pada TUHAN,sebab itu dalam rumahtangga solat itu harus ada.apa jua masalah mintalah penyelesaian dari DIA.pada  isteri jangan menceritakan perihal suami anda pada orang lain hakta kaum keluarga sendiri jika anda masih bersamanya.anda ibarat meludah ke langit!bukankah seorang isteri itu wajib menjaga maruah suaminya,?

2.dan jika ia tidak tertanggung menahan beban dalam rumahtangga dan masalah sentiasa menjadi besar,tidak salah untuk berpisah.kerana dalam islam pun mengatakan perkahwinan bukan untuk membuat derita.jika ia tidak lagi mampu diselamatkan,dan hanya mengundang masalah demi masalah,sedangkan hidup ini masih panjang.masih banyak perkara boleh kita lakukan,bukan hanya bersedih 24 jam,maka tinggalkanlah.tapi ingat ia adalah perkara halal yang amat tidak disukai oleh ALLAH.ia merupakan jalan terakhir.

3.jika masalah kecil dan tidak memudaratkan diri,bersabarlah.jangan sedikit masalah dan stress kita terus melenting dan minta berpisah,sedangkan kalau kita fikir balik bukan senang hendak membina sebuah hubungan itu kembali.untuk memulakan sesuatu yang baru dengan meruntuhkan yang lama memerlukan masa,jiwa,tenaga dan fokus.dan akhirnya kita akan kalah dengan berjalannya masa sebab kita mencari yang sempurna dan yang sempurna sedangkan tiada manusia yang sempurna selain ALLAH.

air sungai kadang-kadang akan berubah laluannya,batu yang keras kadang2 akan berubah jua bila sentiasa dicurahkan air,begitu juga hati manusia.hati manusia ini akan sentiasa cepat berubah-berubah,hari ini kita sayang sangat,esok kita benci sangat.ada saja yang membuat kita bosan.dan hati-hati yang tidak dijaga dengan iman dan ilmu,akan mudah menjadi lalang.begitulah dalam perkahwinan.dan percayalah selagi anak nabi adam itu menjaga dan menggunakan akalnya sebaik2nya,maka bebas lah ia dari mengikut kehendak hati yang selalu tersasar.jadi janganlah ikutkan perasaan amarah atau kecewa dalam rumatangga tapi berusahalah meletakkan akal agar semua perkara masih dalam rasional.

dan oleh itu peringatan untuk diri sendiri dan kepada pembaca.apapun yang terjadi dalam hidup ini,kadang-kadang kita tak perlu membuat keputusan drastik.banyak perkara kita hanya serah pada masa untuk menentukannya.walaupun hati bergejolak untuk bertindak,tapi setiap perkara fikirkanlah sebaik2nya.dan ingatlah satu perkara"serahkan urusan hidupmu pada ALLAH"dan jika kamu inginkan begitu,dan begini sedangkan perancangan DIA sebenarnya lebih teliti.banyakkan berbuat baik sesama manusia,kerana doa2 manusia yang pernah anda pernah anda tolong membantu perjalanan hidup anda.dan bertenanglah dari memikirkan masalah tapi berusahalah untuk memperbaiki masalah.tiada seorang pun yang akan bebas dari ujian hidup ini!



stress dengan penyakit


sebenarnya banyak lagi bahagian stress yang lain.tapi saya jadikan ini isu yang terakhir kerana ada cerita yang menarik untuk saya sampaikan.

saya mengenali seorang wanita yang sedang sakit cancer stage 3.ia bukanlah kenalan rapat tapi tahu perkembangannya.

jika kita dalam keadaan sakit dan hanya menunggu saat dijemput,pasti kita akan menjadi down dan lemah.kita tidak mahu lagi ada visi dalam hidup.paling tidak kita akan sentiasa sujud dan menangis di tikar sejadah kerana memikirkan dosa-dosa silam dan ketakutan untuk bertemu sang pencipta.kita tidak lagi mahu berangan mahupun merancang masa depan,kerana bagi kita mungkin beranggapan apa guna semua itu lagi sedangkan kita tidak mampu hidup dengan lama.

tapi tidak pada kenalan saya ini.dia menjadikan stress dengan penyakitnya itu untuk memacu kehidupannya dari baik kepada lebih baik.mengambil keputusan untuk berhenti kerja makan gaji dan akhirnya terlibat dengan aktif kepada dunia pemasaran.walaupun sakit dia tak pernah lemah dan sentiasa positif dalam hidup.sakitnya tidak menjadi penghalang untuk dia berjaya dengan kerjaya barunya.dia tidak hanya tidur di rumah dan terus bersedih dengan nasib dirinya,tapi dia turun dari kepompong dan belenggu penyakit dan cuba melawannya dengan menyibukkan diri dengan aktiviti yang lebih agresif dan produktif.dan akhirnya dia telah mencetuskan fenomena dalam dunia coway memperoleh pendapatan september 125k!selepas 9 bulan berkecimpung?bukankah dia telah membuktikan stress dengan penyakit membuatkan dia tidak mensia-siakan walau seminit dalam hidupnya.menjadikan dia lebih bervisi dan menjadi tauladan pada orang lain.stress dengan penyakit bukanlah alasan!

saya mendapat sedikit tempias semangatnya.dia hidup diatas kaki sendiri.yang dia ada hanyalah seorang anak perempuan yang sudah berkahwin.walaupun sudah mempunyai cucu dia masih anggun.walaupun sakit dia tidak kelihatan pucat.kata-katanya penuh hikmah,nasihatnya penuh dengan rasa kehambaan.inilah ciri-ciri leader yang bagus buat contoh teladan.ibarat resmi padi,semakin berisi semakin tunduk.

dan ternyata dia berjaya buktikan,kadang-kadang kita perlukan stress untuk kita menghargai setiap minit yang ada dalam hidup kita.dan dia redha untuk hari esok,tapi sesaat untuk hari ini dia tidak pernah abaikan dan biarkan berlalu dengan begitu saja

ya saya merasakan,rugilah jika sesaat hari ini kita tidak berbuat apa-apa dan kita masih termenung untuk memikirkan hari esok yang belum pasti.bagi saya,lakukan semuanya hari ini kerana esok itu belum pasti.kadang-kadang orang yang sakit masih mampu hidup dengan lebih panjang,dan ada yang tidak sakit dijemput TUHAN bila-bila masa saja.oleh kerana mati itu rahsia ALLAH untuk kita memikirkannya kenapa ia rahsia,kenapa kita tidak diberitahu bila ajal kita datang?untuk kita berfikir sesuatu dengan rahsia itu.dan hanya orang yang banyak mengingati mati akan menjaga setiap saat dan minitnya supaya tidak sia-sia.


27.9.2015
sunday
8:50am


 





You Might Also Like

0 comments

LOVE COWAY PAGE

FOLLOW ME ON GOOGLE+