Awesome October...coway vs asb

23:04:00

Kata orang yang bulat takkan datang bergolek,yang pipih takkan datang malayang.ada orang kerja keras dari pagi membanting tulang,rezekinya cukup2 makan,ada orang yang duduk goyang kaki rezekinya tak termakan cukup untuk 7 keturunan,tapi sebenarnya dalam hidup ini yang penting adalah bahagia dan happy selalu,sihat dan tiada beban dalam fikiran.apaguna kerja senang jika kita sentiasa dalam resah dan gelisah,lebih baik susah pada pandangan orang tapi hati kita senang,sifir hidup ini mudah,lapangnya jiwa maka bahagialah rasa.itu yang saya cari...

Dalam saya mengejar nilai sebuah kehidupan,dan terkejar2 dengan putaran jam..orang nampak susah,saya yang melaluinya dan ternyata october ini betul-betul membuat saya berasa rezeki ALLAH ada di mana2.Alangkah bahagianya bila pendapatan di coway saya melebihi basic gaji saya di bank!ini sudah cukup bagus walaupun sebulan baru focus dengan sebaiknya walaupun sudah lama saya mendiamkan diri,dan saya baru nak panaskan enjin ternyata ia satu momentum yang baik!

Benar kata Tuhan,Usaha sahaja..ALLAH pengaturnya..dan sebaik2 usaha adalah yang berusaha dengan sebaik2nya walaupun sekecil2nya perkara yang penting focus!

inilah wajah2 client saya di bulan pertama saya mula serius dengan coway...orang cakap susah nak jual coway,susah nak cari customer,tapi saya rasa ok je...mungkin rezeki saya kot,yang penting dimana ada kemahuan disitu ada jalan.

my first client di bulan october

Adik ini nampak muda kan,wahh comel je,senyum manis,saya panggil dia adik tapi ic dia lebih tua dari saya kot,hehe saya dah biasa bahasakan semua client saya adik,rasa lebih mesra,walaupun di rumahnya ada bioaura,tapi tetap amik coway yang terbaru iatu vilaem yang ada 4 suhu tu,tujuannya baik untuk mudahkan mak dan ayahnya dan nak mak dan ayahnya minum air bersih,selain jatuh cinta dengan service coway tiap dua bulan tu.so dia pun dengan rela hati sign up,tahniah dik,berkhidmat untuk mak ayah kan..apalagi nak cari lagi dalam dunia ni,kita kerja pun untuk siapakan...

tiada guna harta selautan,jika mak ayah kita abaikan..

kakak ni lagi best,mula2 datang nak tanya je,eeh lepas tu tersign up..suka sangat tau..senyum sampai telinga..kakak ni baik,saya kalau orang baik ikhlas je explain,terus cash tau deposit.lepas tu saya apalagi terus followup untuk dapatkan business lain dari akak ni,sbb saya nak masuk ofice dia untuk promote product bank..pula

 
cara saya followup after close deal coway



Ini baru satu customer saya followup,selalunya bila customer saya close asb,saya akan promote coway dan begitu sebaliknya,wahh bestnya buat marketing mcm ni...pastikan customer tu betul2 puas hati dengan service kita baru followup,sebab tu trust from customer tu penting dan kita pun jangan nak jual product je,kena adalah give n take,n bersedia untuk berkhidmat dengan customer.24 jam non stop if customer need u!sampai habis batery hp tau...sampai penat tangan menaip,lepas ni kalau kaki boleh type pun boleh gunakan..

takpela saya nak berjaya dua2 bidang,orang cakap jangan tamak..tapi tamak pada kepuasan kerjaya saya rasa tidak salah,salah kee?lantaklah situ,hidup xkemana kalau selalu fikir apa pandangan orang kan(prof muhaya statement)

mcm customer ni,saya baru je dua bulan lepas apply asb ngan saya,:)bulan ni saya folowup siap dapat bagi talk kat ofiice dia dengan staff2 dia dan best lagi terus terclose coway jugak..wahhh satu client product bercabang,tapi ingat repo anda itu penting,kadang2 orang beli product kita kerana dapat rasanya ikhlas kita pada mereka.bukan kerana product semata-mata.
Lepas close asb close lah coway pulak kan..jadi semuanya seiring,dan terlalu banyak pic lagi yang saya xdpt kepilkan,dan ternyata bulan ini betul2 buat saya termengah2.dan untuk bulan depan,saya perlukan strategi untuk lebih sistematik,dan saya nampak lebih bertenang dalam mengejar putaran jam...

InsyaALLAH SETIAP bulan adalah bulan productif dan apa saya perlukan adalah energy dan semangat,peluang tu sentiasa ada tapi bergantung kepada kepakaran saya untuk mengendalikannya,dan dengan nama ALLAH yang maha pemurah dan penyayang,saya serahkan hidup dan mati saya padanya,dan saya mohon atur setiap langkah saya supaya lebih kompeten,dinamik dan terus berjaya di masa akan datang.insyaALLAH...

Dan semoga saya sentiasa ikhlas dalam bekerja dan ditemukan dengan orang2 yang ikhlas dalam aktiviti harian saya.

Opps...neXT month saya akan bertambah lagi usia.November bulan kelahiran saya,waahh nak tengok azam tahun lahir tahun lepas terlaksana tak dan tahun depan three siri gitu,,awww semakin bertambah usiaku..:),ok before three siri,saya ingin mencapai sesuatu,doakan ya....:)

You Might Also Like

0 comments

Thank you,come again :)

CLICK MY LOVE COWAY

CLICK MY INSTAGRAM