Easy marketing..

19:05:00


salam semua...wah rindu rasanya kalau xdpt nak membebel kat blog..busy weekend..jadi hari ni saya nak update juga. xsempat di rumah kerana bila tiba di rumah saya tertumpu pada kerja rumah,mendobi lah,menyapulah,n semua urusan rumah yang tak pernah ada penghujungnya.almaklum saya tiada maid,dulu pernah ada tapi xlama,jadi skrg sy rasa menguruskan sendiri lebih baik.dan di rumah saya nak luangkan masa berborak dengan alya,kadang2 dia urut saya,alya..ermm kena pandai bodek,dia pandai berurus niaga skrg,kalau nak pijak belakang badan,kena stanby singgah petronas beli makanan ringan n duit rm2..budak skrg,kecik2 dah business minded..


 .update di mana2 pun xpe..asalkan input yang masih ada dalam kepala tidak hilang begitu saja.

update blog masa booth .masa ni orang tak ramai sangat mungkin office hourkan.selalunya kl kalau time office hour mana ada orang pergi pasar raya.tunggulah malam sikit.so dont waste ur time!dan jangan biarkan blog bersawang.



Minggu ni saya cuti dari rutin kerja biasa dan minggu ini adalah untuk saya pulun marketing untuk coway,walaupun cuaca agak berjerebu agak teruk di Malaysia masa ini,tapi xpe...sy gagahkan diri.

So semalam sy ke ONE TEAM office lagi..jumpa org2 berjaya dalam coway.n of course saya ke sana bukan semata-mata mendengar motivasi.sebab motivasi tu dah ada sejak azali ada di jiwa saya,xperlu lagi seribu motivasi dari luaran.motivasi saya adalah dari pengalaman hidup saya.bukan bongkak tapi kadang2 tidak semua motivasi org yang boleh masuk dalam jiwa saya,cuma kadang2 saya perlukan sesuatu yang baru,bukan hanya sekedar kata-kata tetapi semangat baru.

actually semalam saya dapat ilmu baru dari seorang trainer wanita.yang berkelulusan dr UTP.bermula dengan hanya 7 pelanggan masa dia join  syarikat skor A,dan seterusnya menjadi top agent,dengan syarikat insurance AIA.jadi apa rahsianya ya?Oleh kerana dia seorang perempuan,dan berjaya pula,jadi hati saya teruja untuk mengenalinya dengan lebih rapat.Bagi saya kejayaan itu bukan diukur dari kereta apa dia pakai,rumah apa dia duduk,dan berapa simpanan dia.bagi saya kejayaan itu adalah apa yang mampu dia berikan manfaat kepada org lain dari pencapaiannya atau pengalamannya sehingga orang lain pula mampu menggunakannya utk berjaya
siapa kata wanita melayu itu tidak hebat?
menjadikan azizan osman sebagai mentornya,baru sahaja resign dari aia insurance walaupun setiap hari dia xpernah fail submit at least satu sales dan merupakan top agent insurance.tapi akhirnya resign dan membuka syarikat sendiri.pernah membelanjakan rm50k untuk perubatan ibubapanya.apa rahsianya?itu yang dia kongsikan dengan kami.kalau dilihat dari segi penampilannya.dia hanya seorang yang simple,dilihat dari segi pertuturan,dia bukanlah seorang yang terlalu petah berkata-kata,tiada ajukan kata yang memukau,tiada pula madah pujangga yang berbunga2,tiada gaya penampilan yang  menebar pesona,tapi ada sesuatu yang menarik dari dia.siapa kata nak jadi orang marketing yang berjaya kena makeup tebal,lipstik merah berlada,sbb saya pun tidak suka begitu.itu marketing kelab malam apa?saya letih kalau nak make up pegi keje,apalagi time nak lap masa nak solat.dah hitam2 mata.kalau boleh nak pergi sesimple yang mungkin dan positifkan minda untuk mudah tersenyum .tapi kalau pergi event pula terpaksa panggil tukang make up iaitu kawan sekolah saya sendiri,sbb sy mmg fail untuk ber make up.kalau dah make up nampaklah muka berubah sikit.xlah lawa tp sedaplah mata memandang..ceewah..puji jelah diri sendiri,siapa lagi nak puji kan.

Ternyata rahsia dari penceritaannya walaupun dia berkongsi teknik marketing easy,dari agent kepada fasilitator sendiri yang mempunyai company sendiri(itu adalah impian saya sebenarnya.mempunyai syarikat sendiri yang mana konsep businessnya adalah fasilitator ataupun trainer)ya ALLAH,SAYA suka suka....

memang ilmu yang di sampaikan adalah ilmu yang terbaik,saya yang tidak teragak-agak terus mengeluarkan cash RM250 utk dapatkan ilmu/sistem itu.selalunya sy jarang ada cash dalam wallet.yang hanya ada debit card/credit card,entah mengapa saya ada pulak dan terus bayar utk ilmu itu.ternyata teknik marketingnya bagus,berkongsi ilmu,memberi idea dan masa yang sama close deal,dia berjaya meng"close"saya,selalunya saya jarang terclose deal oleh orang untuk membeli barangannya.tapi ini betul2 ilmu yang menarik

bayangkan untuk satu hari editing kita boleh berkongsi atau terus keep in touch dengan pelanggan kita utk setahun.ini rupanya dia beli jiwa pelanggan.pelanggan yang sedia ada adalah orang yang bagus memberi refferral dan yang berkualiti.dengan cara kita tidak melupakannya.orang akan sentiasa tersentuh bila kita sentiasa follow mereka dengan baik.jadi dengan cara apa?kalau kita ada beribu2 pelanggan bagaimana kita nak keep in touc,dan kadang2 kita sibuk dengan mencari sales baru,dan kita akan terlepas pandang client lama kita.jd DILLA telah berkongsi ilmu itu dan dengan ilmu itu dia telah mengurangkan masanya dan peningnya utk mengingati setiap pelanggan.dan dengan sistem itu dia berjaya utk mendapatkan setiap hari satu sales.dan saya yang berfikir ia bukan sahaja boleh digunakan untuk coway,saya boleh gunakan untuk product bank,emcee saya dan insyaALLAH one day untuk business saya sendiri.jadi tanpa ragu wang dihulur utk next step ilmu.

syabas dilla,cara marketing anda berjaya "mengclose"saya..:)

 Tapi saya yang berfikir di luar kotak,hehehe..berfikir panjang..bagi saya teknik itu hanya membantunya,tp dari sudut pandang secara mendalam,dia ni banyak bantu familynya,itu yang buat dia sukses.bayangkan ibubapanya yang tidak pernah ada apa2 insurance medical,dan dialah yang berkorban dan mengeluarkan banyak simpannya semasa bekerja di AIA untuk menanggung kos rawatan operation ibubapanya.disitu mungkin orang lain tidak nampak,mungkin orang lain hanya beranggapan sistem nya itu lah yang membantunya menjadi top sales di AIA dulu!kerana mmg focus penceritaan dila pada itu,dan cerita lain hanya selingannya saja,tapi bagi saya,faktor terbesar dalam kejayaannya adalah baktinya pada ibubapanya.

dan bila bercakap dilla tak lekang menyebut rezeki ALLAH,insyaALLAH,Alhamdulilah,,dan disitu saya tahu kebergantungannya pada ALLAH kuat. 

Dan ternyata saya yang duduk di belakang sekali bukan saja focus pada cara2 marketing yang diberikan iaitu tiga konsep

1)kaedah you-nique-kenali kelebihan diri kita berbanding agent lain,dan kelebihan produk kita berbanding produk lain
2)formula easy
3)the main things is personal assistant automatic-iaitu sistem dila dan cara termudah dilla market kan produk tanpa pergi door to door or direct selling.bukan broadcast or online marketing tapi something lebih dr itu.

untuk mengetahuinya lebih lanjut boleh contact dilla melalui saya.hehehe.nak jugak tu tumpang...

selain mendengar dengan teliti setiap ilmu darinya,saya sebenarnya sedang membaca character trainer di depan saya ini,mungkin kerana dia seorang wanita,seorang melayu islam,saya mudah kagum pada orang dan mahu mencontohinya.bagi saya ilmunya itu satu,tapi siapa yang menyampaikan ilmu itu adalah  yang terutama.dari penceritaannya saya tahu dimana sebenarnya titik kejayaannya.

tq dilla for one hour session!..:)nice to meet u success woman


sampai xcukup kerusi,one TEAM



You Might Also Like

0 comments

LOVE COWAY PAGE

FOLLOW ME ON GOOGLE+