Salam maal Hijrah..

Alhamdulilah hari ini dapat menikmati cuti dengan tenang selepas seminggu saya nonstop bekerja.Di coway saya 100% rasakan bahawa rezeki itu memang aturan ALLAH.Yang tidak disangka-sangka,datang tanpa diduga,rezeki ALLAH datang dalam pelbagai pintu.Alhamdulilah untuk seminggu yang mencabar tapi ternyata saya belajar sesuatu dari situ.

Hari ini adalah kalendar baru di bulan islam.Setiap tahun kita sentiasa mempunyai azam untuk memperbaiki diri.Tiada orang yang mahu sama sahaja dengan hari semalam.apa jua hal nya pasti ia inginkan yang terbaik dalam hidupnya.Begitu jua saya.

Saya bukanlah orang politik yang mampu mengubah dunia,saya juga bukan orang kenamaan yang mampu memiliki apa sahaja dengan hanya sekelip mata,saya juga  bukan siapa2,dan saya yakin begitu juga anda.Namun kita juga mampu melahirkan hijrah dalam diri.kalau kita tidak mampu mengubah dunia,sekecil2 perkara berhijrah untuk kebaikan boleh dilakukan dalam keluarga atau dalam diri sendiri dahulu.

Dan sempena tahun baru islam ini marilah kita lengkap kan dalam diri apa yang berkurang.Apa sahaja mari kita koreksi diri sendiri dan cari kepincangan.Jika ada,perbaiki sebelum terlambat.

Dan doa saya...saya juga ingin berhijrah ke arah yang lebih positif dalam hidup.

Saya tidak mahu berkerut,saya ingin hanya tersenyum selalu walaupun apa jua ujian melanda saya minta ALLAH jangan nampakkan wajah saya yang sentiasa bagaikan berfikir.Sebab saya inginkan aura positif dalam kehidupan seharian.saya ingin sentiasa tersenyum walaupun kadang-kadang ada saja yang menggugat senyuman..tapi saya tidak mahu memikirkannya.jika kita mudah tersenyum dan sentiasa positif,saya yakin gelombang rezeki semakin menjadi magnet.

Kedua,dengan hijrah kalendar baru,saya ingin sentiasa berlapang dada dan sedia membantu orang lain tanpa mengharapkan apa-apa.Saya ingin berbuat baik pada semua orang,kerana ingin doa ditunaikan,maka berbuat baiklah pada semua org.dan sebaik2nya orang adalah orang yang bermanfaat untuk orang lain.terfikir sesuatu,bertemu dengan seorang kenalan hari isnin pagi lepas.Saya yang tidak pasti apa tujuan rakan ini beriya2 untuk bertemu. Ternyata dia ada business untuk saya.Saya yang tidak mengenali dia dengan begitu baik,hanya mengangguk dengan proposal yang diberikannya.Dan saya terfikir sesuatu,DIA adalah exbanker di bank saya,dan sekarang merupakan agen hartanah dan merupakan pengurus pemasaran di sebuah firma guaman.Setiap butir bicara nya saya amati,dan cuba hadam kerana saya cuba memahami konsep business yang dihulurkan,..hemm ..ternyata dia yakin .Dan dia tahu potensi itu ada dalam diri saya.Betul kadang-kadang orang akan mencari anda atas sebab sesuatu.dan terpulang pada diri anda bagaimana anda untuk menerima atau menolak sesuatu itu.Dan jika sesuatu itu dihulurkan selagi tidak menganiaya orang,mungkin kerjasama boleh dilanjutkan.

Dan saya tersenyum sendiri,memikirkan proposal tersebut,orang business kan otak nya memang geliga.setiap perkara ada give n take,mana ada percuma!saya yang mungkin naif dalam perbualan itu.tpi secara diam saya sedang memahami lawan bicara.tersenyum lagi...dan ternyata.saya masih memikikan pro dan kontranya

Business yang diajukan agak nampak menarik,tapi hingga saat ini saya masih memikirkannya.sama ada ia benar-benar jalan yang lurus atau bengkok.dan apa keputusan saya biarlah rahsia.Segala sesuatu itu biarlah saya mengikut gerak hati.Selagi ia tidak menganiaya orang,akan saya pertimbangkan

Ketiga,saya ingin hijrah ini saya lebih focus pada kredibiliti diri.saya tidak mahu jadi lalang.saya tidak mahu cepat mengalah.terlalu banyak anasir yang cuba mematahkan semangat saya dan kadang2 saya sendiri agak kecewa dengan semua ini.Tapi ternyata bila saya amati itulah liku-liku yang perlu saya lalui,dan jika saya berjaya menanginya,itulah kejayaan namanya.Saya tidak mahu caca marba,saya tidak mahu tergopoh gapah,saya ingin lebih bertenang.walaupun setiap hari ada saja agenda padat dalam kepala saya,saya akan cuba jalani dengan santai,sebab saya tidak mahu sakit kepala yang melanda kerana saya terkejar2 waktu.saya ingin santai sahaja,dalam santai ada keseriusan

DAN saya berharap,kalendar hijrah ini supaya impian saya menjadi kenyataan.saya tidak sabar menunggu hujung tahun untuk menunggu hasilnya.sekarang ia masih dalam proses,insyaALLAH semuanya sudah cukup,cuma banyak dokumentasi masih dalam proses,sudah hampir 5 bulan lamanya,ia masih belum ada tuntasnya.Jika ia sudah siap,saya amatlah sujud syukur.hasil kerja keras saya,dan saya pastikan sebelum mencecah usia 30 tahun,saya ingin mendirikan sebuah rumah tanpa perlu risau BLR..tanpa ada riba atau interest,tanpa berhutang dengan bank terlalu lama..DAN JIKA ini tercapai,maka akan lebih lagi menyusul.ini adalah pembukanya YA ALLAH.akan tercapai kah impian itu,,kadang2 walaupun kita sudah cukup persediaan,kalau rezeki itu memang Tuhan kata milik kita,biar lambat,biar payah ia tetap akan kita punya.tapi kalau bukan rezeki,apa jua perancangan tidak akan kita capai.dan sekali lagi saya berharap miracle ALLAH untuk menentukannya,

insyaALLAH SEMOGA semua nya dipermudahkan.

Post a Comment

Thank you,come again :)

Previous Post Next Post