"Setiap hati yang berdetik,setiap nafas yang dihela,setiap denyutan nadi yang mengalir,ada jiwa yang resah,ada hati yang gundah,ada kecewa tak terungkap,tapi kadang2 itulah dalaman,senyum juga yang dikeluarkan.sabarlah..kerana janji ALLAH itu indah.."


one thing kawan-kawan selalu tegur adalah my penampilan...bila time sibuk mmg mcm makcik dan i really no time for make up!..n memang title makcik tu dah dapat dah,ada je budak kecik panggil makcik,achik,aunty..dah memang makcik kan...

Percaya x saya kadang -kadang tiada masa untuk touch up muka untuk pergi bekerja,selalunya sampai di office barulah nak calit sikit itupun sebab xnak nampak pucat sgt mcm mayat.if u all selalu spend masa kat spa atau buat facial,i really no time for that,sudahnya muka ni memang tak terjaga sangat.bintik hitam pun banyak.Dan saya tidak gemar bermakeup sebab susah betul saya nak lap kalau time solat.Tapi hari tu kan ada satu orang ni tegur saya."u buat marketing lipstik tu biarlah merah sikit,baru penampilan menarik" ee h..ingat saya ni jual barang makeup ke kena tebal2,saya consultant kot bukan jual barang kecantikan..tapi saya iyakan je lah...malas nak gadoh2 lah hai...

mungkin ada benarnya apa yang dikatanya.tapi kan,.tapi kan bagi sayalah...ur heart more important.selalunya apa yang ada ada di hati anda akan memberikan aura pada lawan bicara anda.contohnya jika kita bersemangat,ceria dan penuh energy..aliran positif itu akan sampai pada org yang didepan,sbb tu saya boleh close deal,tapi kalau saya tengah lemau,badmood,memang spoillah,langsung xboleh close...

jadi itu lebih penting untuk saya jaga actually selain penampilan..mungkin penampilan itu 20% sahaja tapi kepakaran kita menguasai org di depan itu lebih utama sebenarnya.itu orang panggil kuasa hati dan bicara secara aliran angin..angin anda menguasai minda orang di depan anda..jadi kepada anda yang ingin berjinak-jinak menjadi orang marketing

1.pastikan mood anda sentiasa ceria untuk menceriakan org di depan anda.
2.apabila anda berbicara pastikan anda ada timbal balik,ada soalan dan jawapan,jangan potpet anda sembang produk sahaja,tapi pastikan org di depan anda diajak bersama untuk bersoal jawab
3.otak anda biar hebat,lengkapkan dengan ilmu ekonomi,sedikit pengetahuan politik,kekeluargaan dan agama kalau boleh untuk melengkapkan bual bicara anda

itu paling penting bagi saya...

Seperti perempuan2 yang bekerja yang lain,mungkin duit gaji separuh dihabiskan untuk manicurelah,padicurelah,spalah,salonlah..saya pun teringin juga,tapi saya bekerja keras ada matlamat lain selain itu,sebab tu saya mungkin tiada masa atau mungkin juga tidak mahu membazir wang,banyak boleh digunakan selain untuk itu semua..tapi saya suka pada baju, latest fashion dan saya selalu teruja pada design2 terbaru.

Tapi satu hal,saya selalu fail matchkan dengan tudung or scarf,dan kadang2 kalau saya sibuk sangat saya main sarung je apa nak di pakai.tapi sejak semakin ligat dan kerja saya memerlukan PR dan penampilan yang baik menyebabkan saya sentiasa saja ditegur kawan2.first saya takde pun tudung brand di rumah,xde brand neelofa ke,bokita ke,stok tudung saya semua murah-murah je,beli kat pasar malam atau jalan tar,tak pun saya beli dengan cousin saya.itu diri saya,saya xpernah beli pun tudung jenama fareeda,tak teringin pun.

Bagi saya apa pun yang kita pakai biar ada yang mahal dan ada yang murah.kalau nak dipakai hari2 pergi kerja,pakai je yang murah2 boleh banyak selection kan,tak salahpun pakai tudung harga rm10 yang penting kita pandai menggayakannya.dan saya tidak pernah malu untuk memakai tudung xde jenama.bagi saya saya bukan untuk memberitahu orang tahap kemampuan saya,walaupun sebenarnya saya mampu.lantaklah situ kan...

Kedua sebagai wanita anda harus ada disiplin dan mandiri,pastikan anda bukan kerja cukup bulan habis wang ditangan,anda harus ada disiplin untuk menentukan apa hala tuju anda selepas ini.ingat kita ini bukan muda sentiasa dan bukannya sihat sentiasa,dan bersiap sedialah dengan payung sebelum hujan itu datang.maknanya lebih banyakkan menyimpan dari shopping tak tentu pasal.

Ketiga,cantik itu subjektif,ramai wanita yang tergila2 untuk menjadi cantik,dan berhabis2an untuk cantik,saya bersyukur setiap apa yang TUHAN kurniakan  walaupun saya tidak secantik mana.tapi saya sudah katakan cantik itu subjektif pada orang.cuba kita lihat kadang2 wanita yang menang ratu cantik dunia taklah cantik mana pun pada kita,kdg2 yang tidak menang itu lebih cantik,sebab tu saya ckp cantik manusia itu subjektif,tak sama pada pandangan semua orang.

Jadi selain berusaha keras untuk sentiasa kelihatan cantik,slim atau menarik,pastikan otak kita juga penuh dengan input yang brmanfaat,apaguna cantik sahaja tapi kita ini kosong banyak perkara.Bagi saya wanita yang ada wawasan dalam hidup dan ada karisma tersendiri itu lebih mahal nilainya dari wanita yang cantik tapi lembik,cengeng dan kadang2 merimaskan.memang wanita yang cantik akan lebih mudah buat orang tertarik padanya,tapi jarang yang kekal lama mungkin ada sifat2 yang membosankan.

Jadi saya harap kita para wanita bukan tergolong dalam golongan wanita mengada-mengada,manja takpa tapi bukan mengada2,hehe ada beza tau...terpulang pada anda untuk mengklafikasikannya.bagi saya ia ada beza,antara mengada2 dan manja..

Setiap wanita itu fungsinya sama,yang membezakan antara satu wanita dengan wanita yang lain adalah cara dan sifat kita.bila anda seorang isteri,laksanakan tanggungjawab anda sebaik2nya.cara nak ikat suami itu mudah,jaga pandangannya(penampilan anda),jaga makannya dan jagalah keselesaanya di rumah,maka sejauh mana pun dia pergi,anda tetap dalam ingatannya.

Jika anda belum berkahwin,jika anda mempunyai pasangan yang sudah secocok apalagi nak ditunggukan.jgn bercinta terlalu lama,berbalas2 madah pujangga,membuang masa dating,buang wang,kalau ada yang berkenan dan anda pun sudah cukup semuanya,langsungkan sahaja,bukti pasangan anda ikhlas dengan anda adalah setiap kali bersama ia membawa ke arah perkahwinan.jika tidak ke situ,tinggalkan sahaja,jgn ditangisi kerana mungkin dia tidak serius dengan anda.

Dr Tuah pernah menyebut dalam bukunya,banyak masalah di dunia ini berpunca dari wanita.wanita itu sifatnya lemah dan suka mengungkit2,sekecil2 perkara boleh jadi besar bila sang pengungkitnya wanita,benarkah kita begitu?itu adalah kajiannya dan ternyata ia benar.kenapa kita begitu?kerana kita ini walaupun belajar sampai phd pun kadang2 pendek akal.kerana apa?kerana wanita itu memang ditakdirkan tuhan begitu,sebab itu kita ini tidak boleh menjadi pemimpin,Tuhan pernah menyebut"jika kamu mengangkat seorang pemimpin dari golongan wanita maka tunggulah kehancuran dariku"kita ini walaupun profesional.kadang2 kita kalah pada mainan perasaan.

sebab itu hadirnya seorang lelaki itu perlu dalam kehidupan seorang wanita.untuk membimbing dan menasihati sentiasa.walaupun apa posisi kita dan ijazah mana kita,tidak dapat tidak,kadang2 percaturan kita sentiasa ada salahnya.jadi buang2 sikit ego kita wanita.

okay stay tune untuk next topic wanita juga..nak rehat dulu..nak temankan alya baca buku...weekend yang indah,,hujan lebat malam ni...:)gud nite,,,


Post a Comment

Thank you,come again :)

Previous Post Next Post