gambar hanya sebagai hiasan
catatan garmin

Salam...dalam kesibukan hujung minggu..target untuk menulis at least satu entry harus saya laksanakan..ingat apa yg saya katakan,sibuk hanya alasan bagi orang tiada checklist dalam hidupnya! saya ingin berkongsi dalam label "catatan garmin"..(petunjuk bagi yang tersasar,reminder bagi yang terlupa)

.Jika selalu saya hanya bekerja di ruangan yang nyaman,udara yang harum bilik ber 'aircond"..kadang2 saya bagi talk di bilik meeting yang lengkap dengan projector,slide,dan semua yang mendengar terdiri orang2 yang bekerjaya,smart,berkolar dan berkemeja tapi kadang2 itu tidak menjadikan saya kekok bila terpaksa berhujan gerimis atau disapa angin malam,atau disinari matahari petang apabila saya turun ke pasar malam untuk mempromosikan produk coway.kadang2 saya terlupa untuk sapu sunblock(ada riak kepoyoan) disitu tapi saya gagahkan diri untuk mengejar sesuatu yang saya  sendiri belum pasti bila  tercapainya.. ternyata semangat saya tidak luntur walaupun kadang-kadang jiwa saya lelah...

Pasar malam..adalah satu budaya yang indah di Malaysia,saya tidak pasti di negara-negara lain wujud pasar malam.kalau adapun mesti tidak semeriah di Malaysia barangkali.saya tidak pasti.sebab saya masih belum berpeluang untuk meneroka bumi ALLAH ini dengan sebaiknya,ada sahaja hambatan yang tidak mengizinkan saya untuk melihat semua negara,bukan kerana faktor kewangan,tapi faktor lain yang kadang2 saya kecewa seorang diri.

 ternyata ALLAH itu adil ada sesuatu yang belum diizinkannya kerana mungkin Dia tidak mahu saya ada walau sekelumit sifat riak dalam diri kerana saya mampu jika ingin kemana saja saat ini..  dan tuhan tangguhkan mungkin suatu masa,suatu ketika ..bersama orang2 yang sesuai dan waktu yang sesuai itu keinginan saya untuk melihat setiap penjuru bumi ALLAH ini dikabulkan..jauh perjalanan,luas pandangan,bertambah pengalaman juga kematangan...dan menambah lebih keimanan dan kekaguman akan setiap inci ciptaan Tuhan..ALLAH kabulkanlah keinginan saya untuk explore semua negara suatu masa nanti..dan pastinya setiap kali saya menjejak kaki di sebuah negara ada yang akan saya catatkan untuk pembacaan...

Mengikut buku chef li..terlebih dahulu..saya ingin memperkenalkan siapa itu chef li..yang menjadi mentor bagi saya...chef li atau namanya dato dr rusly abdullah adalah anak melayu yang tidak begitu didendangkan kejayaanya di media suatu ketika dulu.hanya follower buku2 motivator atau pengikut2 motivasi sahaja yang mengenalinya.dr rusli lebih dikenali chef li memulakan kerjayanya sebagai pegawai bank di D&C bank pada 1982 ketika habis menuntut di universiti sains malaysia,pernah bekerja di malayan banking dan bank islam dan jawatan terakhir beliau tak salah saya sebagai branch manager sebelum dia melepaskannya pada tahun1991.Jatuh bangun motivator dan usahawan ini dapat saya ikuti dari buku-bukunya,bagi saya sebelum kita mengidolakan tokoh2 barat,kita idolakan dulu tokoh di negara sendiri kan.

chef li mengambil langkah drastik melepaskan pekerjaan selesanya kerana dia sentiasa memerhatikan peniaga2 kecil yang membuka akaun di banknya.semangatnya untuk berniaga datang dari pemerhatiannya pada pelanggan yang hanya menjaja kecil2 dari buka akaun sampailah dia nampak balance akaun itu semakin hari semakin bertambah,

selepas chef li resign dari bank beliau pernah berniaga char kuew teow di pasar malam!pernah mendapat kritikan hebat2 dari kawan2 sekerjanya kerana meninggalkan pekerjaannya ,pernah membuka kilang burger tapi totally business itu gagal akhirnya.yang menyentuh hati saya dari bukunya,dia pernah hampir muflis dan gagal melangsaikan hutang2 dan banyak hartanya dilelong.di zaman kejatuhannya,chef li pernah berbasikal dari tanjung malim ke klang tak salah saya(maaf saya ingat2 lupa jarak perjalannnya)berbasikal dan berbekalkan sedikit makanan dari isterinya.pernah terlena disebuah surau dalam perjalanannya,bermimpi didatangi orang tua dan makan nasi dalam talam dalam mimpinya itu.

ketika harta nya dirampas di rumahnya di hadapan anak2 ,itulah yang paling buat hati saya sayu membaca.ketika dia berbasikal dia menempuh panas dan hujan,tapi xlupa singgah solat,sehingga dalam perjalannya ia ternampak sebuah bidang tanah yang kini tempat itu sudah menjadi institut kulinari yang dibuka oleh chef li.Dizaman muflisnya itu ia tiada kawan yang dulu sama2 ketawa,yang hanya ada anak2 dan isteri yang setia. tiada keluarga yang menghulurkan bantuan dan dia juga tidak meminta.kilang burgernya ditutup dan ada juga orang berkata di belakangnya "orang nak meniaga,dia nak meniaga,kan dah jatuh papa kedana!"

tapi walaupun dia jatuh miskin dan melarat,kekuatannya adalah isteri dan anak2..kesetiaan isterinya yang tidak berbelah bahagi.

Tapi perubahan kehidupannya bermula apabila dia mula merantau ke bogor,indonesia.walaupun disaat ingin pergi itu isterinya melarang keras sampai isterinya berkata"ada apa abang ke indonesia,orang sana je datang sini cari makan,abang pula ke sana,terbalik pula"tapi semua itu hanya didiamkan sahaja.

chef li ingin menemui seorang kiai di tanah jawa itu,dia mendapatkan nama kiai(kiai bermaksud orang yang baik agamanya) dan dia dapat alamat kiai itu apabila bertemu seseorang di surau dalam perjalanan berbasikalnya dari tanjung malim.orang itu lah yang memberitahu bahawa dalam masalahnya ini mungkin kiai itu boleh membantu menyelesaikan hutangnya atau apa sahaja.

tibanya di tanah jawa,chef li memulakan rawatan ... rawatan apa ya namanya saya lupa,ternyata kiai itu adalah yang paling kaya ditanah jawa sampai ada helikopter sendiri,kiai yang hartawan dan dermawan yang penting seorang agamawan,disitu chef li menuntut,dari ilmu perniagaan hinggalah ilmu ketenangan jiwa dan disitu dia belajar pembersihan hati dan apa itu kaya sebenarnya,biasalah orang jawa memang terkenal dengan budayanya yang saya sendiri sukar menterjemahkannya,pendekatan ketuhanan chef li semakin kuat,dan bermodalkan sedikit pinjaman dari kiai itu chef li pulang ke malaysia dan membuka perniagaan baru,dan bangkit akhirnya sehingga dianugerahkan bintang kebesaran,darjah indera mahkota pahang yang membawa gelaran dato dari kebawah DYMM Sultan Ahmad SHAH,sultan pahang pada 2008.

 Image result for buku-buku chef liImage result for buku-buku chef liImage result for buku-buku chef liImage result for buku-buku chef li


 Sebenarnya saya jatuh cinta pada penulisan chef li bila tak tersengaja meminjam buku2 nya di library,walaupun banyak lagi buku yang belum saya baca,saya akan cari buku tu suatu masa nanti,dan bila saya ada library sendiri di rumah,saya pastikan buku2 ini ada tersenarai..salah satu impian saya ada small library tau di rumah..hehehe..confirm kalau ada library di rumah saya tak nak keluar kemana-mana dah..

melalui buku-bukunya lah membuat saya sentiasa bersemangat kembali walaupun perjalanan hidup saya tidak seindah mana,ternyata buku chef li banyak memberi inspirasi.Menurutnya pasar malam banyak melahirkan jutawan senyap,nampak sahaja peniaga kecil2an tiada masa depan,kadang ada yang berniaga itu pelajaran yang tidak setinggi mana,kadang2 bagaikan tiada masa depan,berhujan berpanas tapi hakikatnya mereka inilah peniaga nampak kecil tapi untungnya besar.Dan tulisan chef li itu saya akui kerana saya lihat ia secara depan mata,berapa ramai kenalan saya yang berniaga di pasar malam,hanya berniaga buah-buahan,tudung dan apa saja,mereka adalah orang yang mempunyai cash flow yang banyak di bank.

Jika kita beli rumah hutang 30 tahun,mereka mampu beli cash!jika kita beli kereta 9 tahun pinjaman,mereka mampu beli cash!jika mungkin antara kita kahwin pun buat personal loan sbb nak meriah dan mewah,tapi mereka tidak.semuanya perniagaan di pasar malam.perniagaan yang nampak simple tapi pendapatannya tidak sesimple jangkaan kita..buktinya ramai saudara saya yang menjual tudung di pasar malam,jika dulu hanya mengambil secara borong di gedung2 besar,sekarang sudah mempunyai beberapa machine jahit dan beberapa orang pekerja untuk menghasilkan tudung yang dijahit sendiri.semuanya bermula dari modal kecil dan akhirnya mampu menjana pekerjaan untuk orang lain pula..bermula dari pasar malam..

Ironinya,menurut pendapat chef li,kebanyakan pasar malam sekarang hanya dipelopori oleh orang indonesia yang telah menetap lama dan mempunyai taraf pemastautin tetap dan orang cina.
Saya tidak menafikan pendapat chef li,kerana saya berada dalam situasi yang saya dapat rasakannya.Pengalaman saya bukan dari pembacaan sahaja tapi mengalaminya dan merasainya seawal usia remaja.

Mungkin kadang2 bangsa melayu nusantara ini lebih menghargai peluang,dan pantas mengambil kesempatan,kerana kepayahan hidup mereka mengajar mereka appreciate everything.Dan ini saya dengar pengakuan orang cina secara live lagi bahawa mereka mengatakan mereka tidak takut bersaing dengan melayu,tapi agak takut bersaing dengan melayu nusantara!otak mcm mereka katanya.susah hendak dibelit,silap2 mereka yang terbelit..:)

saya tidak pasti dimana kebenarannya,mungkin itu pendapat mereka.dan kadang2 ada juga benarnya,bila kita yang dibesarkan di negara yang serba mudah dan serba indah,dibekalkan dengan subsidi dari mula lahir sampailah dewasa,akibatnya kita sering bersambil lewa dalam apa jua pun pekerjaan kita.kita berlengah2,ahhh kalau xdpt hari ini.esok kan ada..
Kadang-kadang ada jugak tapak yang dibiarkan begitu sahaja,dan kadang-kadang ada yang datang meniaga on off.Jadi mcm mana nak naik cepat perniagaan itu,sedangkan kita hanya ibarat melepaskan batuk di tangga

itu tidak termasuk dengki dan iri hati dengan rakan berniaga seagama yang lain..kesiankan...?benar kata TUN M "AKU tidak takut bersaing,yang ku takut adalah hasad dengki dan iri hati bangsa ku sendiri"

Mungkin antara kita,menganggap perniagaan di pasar malam tidak ada class.kerana mungkin itu mentaliti kita yang cetek pengetahuan selok belok perniagaan.tapi hakikatnya jika kita sedar konsep perniagaan itu sebenarnya kita akan menghargai peluang yang murah tapi berbaloi.tolonglah buang konsep"biar papa asalkan bergaya"dari mentaliti kita.apaguna nampak perniagaan itu gah,tapi bila dikira untungnya masuk angin keluar asap..

LIHAT sahaja...Orang sekarang bila ingin berniaga,mesti mempunyai modal yang besar,ada yang sanggup membuat pinjaman dari bank,harus ada kedai,pejabat atau staff,dan bila untung sedikit baru,kereta baru pula yang dikeluarkan.kononnya lambang businessman yang berjaya haruslah ada kereta yang bergaya,baru senang nak cari networking.ingat business MLM ka?tak pandang ke ada apek pakai suar pendek,pakai singlet tapi datang bank masuk cash beribu2 walaupun datang naik kete cabuk je.tanya business apa?kedai basikal je dulupun bermula naik motor roda tiga jual makanan ringan ja...

ada apa dengan pandangan manusia kan?silapnya kita kadang2 kita terlalu pikir apa orang nak pandang kita,sebab tu baru separuh jalan,,kita kecundang,sebab kita fikir apa org akan kata,apa orang fikir nanti...heyy tolonglah selagi apa yang kita buat tak langgar apa2 jalan saja,pedulikan orang berkata2...kadang2 kita lebih gaya dari result.buktinya berapa ramai peniaga yang gulung tikar selepas 2-3 bulan beroperasi tak mampu membayar sewa premis atau gaji pekerja.itu lah lebih gaya dari kerjanya!sudahnya apa pun xjadi...

ikutlah resmi padi,makin berisi makin tunduk,semakin maju perniagaan semakin kita merendah diri kerana itu rezeki Tuhan.jangan ikut resmi tin kosong berbunyi nyaring,bising satu kampung buat business itu ini,tapi hakikatnya business itu tidak pernah menjadi,kosong dan tidak mendatangkan apa-apa jangankan untuk diri sendiri dan keluarga untuk masyarakat jauh sekali.akhirnya kerja kita gali lobang tutup lobang,dapat wang bayar hutang...:)


Setiap sesuatu pekerjaan atau perniagaan yang kita buat harus ada ilmu,harus ada niat yang baik.kita berniaga untuk apa?untuk kaya dan menunjuk2 atau untuk kaya dan membantu orang dengan kekayaan kita?Kepakaran kita dalam perniagaan bukanlah imu turun menurun,ada je mak ayah ligat berniaga,jatuh kat anak lagi suka makan gaji pula,ia semua bergantung pada minat dan kecenderungan yang memotivasikan diri ke arah yang lebih baik.ia bukan ikut2an,contohnya ko berniaga,aku pun nak berniagalah,tidak boleh begitu.takkan menjadi...Dan potensi perniagaan itu untuk berkembang maju pula selain usaha yang berterusan tanpa mengenal putus asa ia perlu juga ketakwaan yang tidak berbelah bagi..pada ALLAH swt.kerana DIA lah sumber rezeki..

 firmannya"sesiapa yang bertakwa kepada ALLAH dengan mengerjakan suruhanNYA dan meninggalkan laranganNYA,nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar(daripada segala yang menyusahkan"serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya"surah al-talaq 2-3.


ada orang mengatakan,buat apa kaya dikejar,cukup-cukuplah apa yang ada,esok mati tak bawak harta tu masuk kuburpun..

Memang..kaya takan dibawa kekuburpun..tapi dengan kekayaan ..kita mampu mempunyai amal ibadah extra  dari orang biasa iaitu kemampuan kita untuk memberi sedekah,berzakat dan menginfakkan setiap rezeki untuk untuk pembangunan umat sejagat,kita dituntut untuk kaya asalkan jalannya lurus,tapi tidak melupakan ibadah dalam mengejar kekayaan.yang menjadi kesilapan kita sanggup buat apa saja tak kira halal dan haram,asalkan vision kita untuk menjadi kaya itu tercapai.kita lupa amar maaruf nahi mungkar,untuk mengejar kekayaan itu yang menjadi kesalahan..

 NAMPAKNYA panjang betul saya mengolah pendapat...bermula hanya sesaat termenung di pasar malam.menerawang saya dan mengolah ayat..dan ternyata saya cukup optimis tentang rezeki di pasar malam!walaupun hanya jual coway..aduhai...

Dan disaat saya terpaku di pasar malam dengan bermodalkan flyers dan  dan,banner saya sebenarnya tidaklah menyimpan hasrat untuk kaya dengan segera,cukup diberikan rezeki untuk keluarga saya sudah memadai.kerana saya sedar perjalanan saya masih panjang dengan usia saya baru setahun jagung dalam coway,sedangkan chef li pun berjaya di usianya berapa...ya...tapi menyimpan angan2 itu tidak salah,yang salah berangan tanpa bertindak..itu namanya angan2 mat jenin

chef li pun berjaya bila dia sedar dimana potensi dirinya dan terus menerus berusaha tanpa kenal erti putus asa.dan ia adalah mentor yang baik untuk saya contohi.cuma dalam keadaan saya sekarang ini ada saja jalan yang sukar saya temui,hati kadang2 dirundung sedih tak menentu,owhh baru saya teringat itulah yang membezakan saya sebagai wanita berbanding tokoh2 lain yang berjaya kebanyakannya lelaki..wanita.perasaan saya sering berkecamuk!dan ia tidak lepas memerlukan bimbingan seorang lelaki yang memahami....

disaat hati berkecamuk  ada pula rakan mempersoalkan,"tak takut buat dua kerja,nanti kalau HR tahu tak pasal2 dapat warning letter"yang kadang-kadang melemahkan semangat saya,dan saya bangkit kembali bila fikir "kita xperlu berfikir untuk perkara belum terjadi,tapi jalani saja,selebihnya biar masa menentukannya..kalau kita asyik berkalau dalam hidup ini,semuanya akan kelaut nanti...

saya cuba bertahan dengan memberi jawapan,"sedangkan undang2 tuhan pun kita ada yang melanggar,inikan pula undang2 manusia kan.saya mencari rezeki diatas jalan yang halal,andai suatu masa saya dipanggil untuk menghadap dan diberi kata dua ,dan ternyata saya tidak tahu memilih yang mana yang akan saya teruskan.dan saya serahkan pada nasib yang menentukan.."

saya memang sering begitu,disaat ada dua persimpangan dalam hidup ,saya tidak pernah pandai untuk memilih jalan yang mana sudahnya saya hanya serahkan pada takdir dan masa yang tentukan.semua perkara dalam hidup saya,saya sering begitu,kelemahan saya mungkin...

Dan saya tidak pernah takut untuk berhadapan,andai itu yang terjadi,bagi saya selagi saya tidak melanggar hukum tuhan,Dia akan membantu saya menyelesaikan setiap kelumit persoalan hidup.oleh sebab itu kita disarankan apa jua dalam hidup ini,berserahlah padaNYA.kerana Dia tahu saya kerja keras bukan untuk diri saya sahaja,tapi untuk orang2 disekeliling saya.dan orang-orang yang sentiasa mendoakan saya..:)

Dan saya yang datang dari nothing,akan appreciate everything yang singgah dalam hidup saya!setiap sesuatu adalah ketentuan TUHAN,dan saya juga ingin mempunyai jiwa yang bersih,hati yang bersih untuk saya berjaya seperti chef li suatu hari nanti.chef li!ternyata penghijrahan nya ke tanah jawa suatu ketika dulu banyak merubahnya dan semuanya kerana kepercayaan yang tidak berbelah bahagi bahawa"ALLAH tidak akan merubah jika kita tidak mahu berubah"DIA akan
buka jalannya,tugas kita mencari dan terus mencari dimana jalan itu.

Percayalah.....dan saya percaya...azam saya terus tekad..dan bulat walaupun kadang2 jiwa saya ini ada saja yang buat saya menangis dlm diam...


kat pasar malam pun boleh posing tau :P~




Post a Comment

Thank you,come again :)

Previous Post Next Post