Emcee for hire

21:33:00


catatan kerjaya

MC FOR HIRE
Farhan iqbal & irda
011-23716700
irdaalya@gmail.com


Hati..disaat  sedih dan menangis dalam diam..ternyata Tuhan memberikan sentuhan kasih sayangNYA dengan rezeki yang tidak putus-putus.saya sedang diuji untuk kesekian kali nya dan tidak tahu sampai bila saya harus terus begini..,..dan ternyata inilah sebahagian kecil ujian dari Tuhan untuk mengingatkan saya dan membuat saya tidak lupa padaNYA.

Lupakan kesedihan itu dan bangkitlah..kerana Tuhan sentiasa menjanjikan sesuatu buat mereka yang terus bersabar,cekal,redha akan sesuatu yang terjadi dalam hidupnya...dan saya yakin itu.

Semalam hari sabtu saya dapat jemputan mengacarakan majlis perkahwinan di International institut of advance islamic studies,jalan elmu petaling jaya.Ini kali ke dua saya mengacarakan majlis perkahwinan di situ

'Melayang serindit di atas permatang,merbah berkicau di hujung muara,pemanis kata selamat datang,awal bismillah pembuka bicara"

Pantun diatas begitu sinonim buat saya,ia bagaikan butir kata yang wajib setiap kali saya berada di majlis2 rasmi.

Lama jugak saya tak amik job emcee,sebab keperasanan sibuk barangkali.hari tu ada je abang deejay selangor. yang ajak saya joint dia di sebuah majlis di kuala selangor.saya tak laratlah amik jauh2 sangat,paling jauh pun area kl cukup.ini sekedar hobi dan kerja yang dilakukan tanpa tergesa-gesa.

Dan saya tidak menolak pelawaan rakan saya ini walaupun ada saja hal saya di hari sabtu.

Untuk pengetahuan,partner emcee saya ni memang saya kenali sejak form 1 lagi.kami satu kelas sampai form 3,tak sangka saya memang selesa bekerja dengan kawan sekolah.Lihat saja,leader coway adalah rakan sekolah saya juga,rakan emcee pun budak sekolah saya,dan banyak downline coway saya sekarang adalah kroni2 budak sekolah saya. juga.

mungkin kerana mereka lebih memahami,character saya dan prinsip saya dalam membuat sesuatu.Maka kepercayaan itu sering datang dalam bekerjasama.lagipun kawan2 sekolah ni senang saya nak handle,sebab masing2 dah tahu background,dan paham peel masing-masing.kadang2 maaf bukan saya sombong ada juga kawan2 sekolah yang saya tidak berapa kenal kalau terserempak dimana2,tapi mereka mengenali saya...


Jika dulu zaman sekolah saya tidaklah sebulu sangat ngan farhan ni,mungkin masa tu saya penolong ketua pengawas,dia lak pengawas biasa.ada je kami gaduh pasal tugas pengawas.dia memang selalulah dapat herdikan saya.hehehe....dulu dia pun suka sangat bersaing dengan saya dalam deklamasi sajaklah,pesta pantunlah,tak padan dengan lelaki selalu je cari pasal ngan saya.ada kami tak bertegur sapa berbulan2 lamanya sebab masing2 cuba berlagak diva bila bertanding dalam bulan bahasa!..saya tersenyum sorang bila putar balik memori masa itu..

farhan..tak suka saya dulu sebab kalau bertanding asyik saya je menang kan...dia pernah taburkan yang manik2 tu apatah namanya,sampai muka kita berkelipan2 dengan warna2 tu bila ditabur..masa deklamasi sajak di bulan menyambut merdeka.siap pakai baju melayu,bersamping dan bawa bendera malaysia,baca dengan penuh gaya.ala2 hang tuah gitu!..sudahnya saya juga yang menang,..hahah sampai sekarang saya suka gelakkan dia dengan manik2 yang berjuraian itu..hahahaha...dia cukup pantang kalau saya ungkit..hahaha tak tahan saya tergelak2 masa menaip ni pun masih segar kenangan tu...sebab saya tak boleh lupa muka dia yang merah padam bila tak menang walaupun dia buat macam2 time tu.dengan semangat pahlawan lagi...hehe aduhai...kenangan sungguh....

Tapi bila dah besar ni,tue semua jadi kenangan.ternyata kami rakan business yang baik.dulu dia  agak lembut gitu.tapi sekarang sudah ok sahabat saya ini.bekerja sebagai technical officer
dan berkelulusan dari uitm shah alam,ternyata hobi kami sama dan kami sama2 bekerjasama untuk menjadikan hobi sebagai income.jadi permusuhan kami dulu sudah tamat dengan sendirinya.

                                                   
saya jumpa balik kawan saya ni masa sama-sama menghadiri sesi ujibakat pembaca berita di sri pentas 5 tahun lepas dari situ kami berbincang tentang menjadikan bakat kami sebagai business.Dalam ujibakat itu kami sampai ke stage 2,tapi rezeki kami tiada disitu mungkin masa itu kami sudah2 ada kerjaya yang sudah cukup baik,jadi tv3 lebih banyak memilih lepasan universiti untuk saringan seterusnya.

dan ternyata kami bersetuju,jika saya ada job saya akan share dengannya 50-50 dan mcm tu jugak dia. Nampaknya dia lebih matang berbanding dulu...biasalah manusiakan mesti mengalami perubahan.

Selain pengacaraan majlis,kadang2 kami pun menjadi fasilitator untuk kem-kem motivasi sekolah.kami sebenarnya ada dua orang lagi partner dalam group budak sekolah kami ini.sorang bob dan sorang lagi budiman.cuma bob kawan kami dah pergi dulu mengadap Ilahi(AL fatihah) dan Budiman sejak buat silap ngan saya tempoh hari sampai sekarang tak contact saya.

Rasa bersalah lah tu,kerja dia hanya like2 status saya di FB,katanya pada farhan nak minta maaf sampai sekarang xberani menghadap.kalau diingatkan balik apa silap dia buat memang nak tumbuk je gang saya sorang tu,tapi ermmm kalau dia datang jumpa saya,saya maafkan je lah.tapi dia yang tak berani datang kan..so biar je lah...

ok sesuai dengan tempat islamic studies,majlis sabtu lepas memang islamic sangat :) tenang bagaikan tiada majlis  kahwin.bayangkan apabila pengantin masuk dewan,tiada lagu pengantin tiada paluan kompang.yang hanya ada alunan selawat yang dibaca oleh ustaz hj Md salleh b hj Mansor dari masjid Tun abdul aziz
ustad yang alunkan selawat

Majlis juga diserikan dengan alunan indah bacaan AL-Quran ustaz Wan Ainuddin Hilmi bin Abdullah,Johan Qari tilawah Al-Quran 2015 peringkat kebangsaan.Beliau juga adalah merupakan naib johan Qari tilawah al-Quran peringkat antarabangsa.
bacaan surah ar-rum ayat 17-27
Semasa sesi bersalaman pula,renjis2,hanya bersalaman dengan diindahkan lagi dengan muzik gamelan melayu ritmasar
Bersama Gamelan Melayu Ritmasar

Oleh kerana menantu kepada tuan rumah iaitu pengantin perempuan..adalah anak buah kepada
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi,our second man in malaysia selepas PM,maka banyak protokol dan bahasa yang harus kami jaga.takut tersilap sebut buruk padahnya.


Kami harus berhati2 menyebut nama2 vip,pangkat dan gelarannya dan itulah tanggungjawab yang besar sebagai pengacara majlis.walaupun nampak mudah dan simple,tapi kami bertanggungjawab utnuk majlis dan menjaga air muka tuan rumah.

Sebenarnya walaupun saya acapkali berucap di khalayak umum,kadang2 gugup itu masih ada.sebab itu kerjasama dan ada partner ketika mengacara adalah yang terbaik,jadi sebarang kesilapan oleh partner kita,boleh sama2 kita perbaiki dengan cepat.kalau tidak kita akan mati kutu sorang2.sebab itu saya lebih selesa bekerja berdua dari bekerja seorang.apalagi kalau majlis yang terlalu banyak protokolnya dan jemputan orang2 ternama


both pengantin lahir tahun 1986!:)
Alhamduilah majlis hari itu berjaya selesai dengan baik.saya selaku penutup majlis tepat pukul 3.30 bila semua agenda selesai.

"Inilah yang dikatakan umpama belayar telah sampai di pelabuhan,umpama berkayuh telah sampai di muara,umpama berjalan telah sampai di destinasi.Tiada untaian kata yang mampu dilafazkan,selain ungkapan rasa syukur dan ucapan terima kasih daripada raja sehari dan ahli keluarga buat semua tetamu atas kesudian hadir dan memeriahkan majlis kita pada hari"

Bukan lebah sebarang lebah
lebah bersarang di pohon buluh
bukan sembah sebarang sembah
sembah menyusun jari sepuluh

antara kata2 penutup dari saya yang sudah saya hafal....

Kawan saya kata suara saya sedap bila bercakap.kadang2 ada lenggok macam baca berita..heeh ye lah kot..tapi itu kadang2..kadang2 bila mood saya tak de,suara saya agak keras aje bunyinya.apabilaa saya sebak lain pula bunyinya,apabila saya happy lain bunyinya apabila kalau saya tengah kegilaan lagi lain bunyinya..siapa yang kenal irda aje tahu apa situasi saya ketika itu bila mendengar intonasi suara saya.

Akhir sekali doakan kami terus berjaya di masa akan datang..lebih banyak job lepas ni..

orang kata untuk berjaya lakukan perkara yang kamu suka tanpa paksaan ..dan ternyata walaupun saya sibuk dengan kerja rutin,t walaupun terpaksa stayback menyiapkan text untuk perform,istilah penat itu tiada.

Dan tak sangka sesuatu yang menjadi hobi menjadi ladang rezeki untuk kami...

Alhamdulilah...

NAK emcee untuk any event,jangan lupa contact kami ya...


You Might Also Like

0 comments

LOVE COWAY PAGE

FOLLOW ME ON GOOGLE+