Lama tidak menonton tv...

06:28:00

catatan santai..

Salam...

gambar sebagai hiasan

Lama rasanya saya tidak menonton tv,agak kalut kalau ada kawan-kawan yang dok sembang rancangan di tv,selain menonton berita,pencetus ummah dan "kalau dah jodoh" uke,rasanya sudah lama saya tidak mengikuti drama  bersiri ataupun cerekarama.

Saya suka menonton pencetus ummah 3 kali ini dan memang saya pengikut setia sejak episod satu lagi,bukan sebab saya ni baik ya,saya tidaklah sebaik disangka,cuma di sebalik penyampaian mereka saya sedang belajar sesuatu,saya suka Kak bed sebagai juri tetap dan ustad kazim elias,kadang-kadang ada artis undangan untuk sama-sama memberi pendapat atau soalan,pesertanya pula bukan calang-calang dan cara penyampaian tidak boring,penuh humor,ilmu dan bacaan al-Quran sungguh menyentuh hati.

Mungkin masa saya yang singkat di rumah oleh keperasanan sibuk dengan aktiviti luar,oleh kerana itu tv bukanlah hiburan untuk saya.selain membaca dan menulis dalam kesibukan saya mencuri waktu,saya tidak tertarik langsung untuk menonton drama bersiri di tv3 tu,apa tu yang terbaru,hello mr perfect..
hahah tajuk ni alya yang bgtahu,,budak kecik tu..amboii hafal tajuk sebab dia penonton setia,siap tahu lagu lagi..."sory2 sygku,i luv u,sory2 sygku i miss u"amboi hafal dia lagu ni...

Mungkin kerana rutin saya seharian,bangun kadang2 pukul 4.30 am,siap2 apa yang patut,di office begitu sibuk kesana ke mari,dengan kelas zumba dua kali seminggu sudahnya bila sampai di rumah saya kelesuan,selepas mandi dan membersihkan diri yang saya hanya nampak katil untuk membaringkan badan,

jadi tv memang jarang saya tonton.Kalau weekend pula saya lebih suka membaca buku yang saya pinjam di library kalau tiada sebarang aktiviti.Tapi saya rasa sejak saya bertukar schedule dan skala tidur sejak 3 tahun yang lalu,saya rasa badan dan pergerakan saya lebih produktif.

Kajian barat menyatakan bahawa kita harus mempunyai tidur lebih kurang 8 jam.untuk menjaga kesihatan dan bagi wanita pula ia penting untuk menjaga kecantikan dengan tidur yang mencukupi.tapi itu kajian baratkan.

Menemui artikel Dr Hamza AL-Hamzawi(sumber FB)


Menurut kajian beliau,kita tidak perlu tidur 8 jam,memadai dengan 3 jam,sebab itu bilamana saya tidur awal seperti pukul 9pm-10pm dan bangun sekitar 3-4-5 am,saya rasa lebih cergas untuk hari itu.Jika dulu kalau weekend sahaja,saya akan tidur selepas subuh hingga matahari mencacak sudahnya badan saya terasa lemah,dan semuanya rasa malas sahaja untuk di lakukan,berbanding bila saya bangun awal.

Berdasarkan sunnah rasullulah saw,sememangnya tidur awal malam itu adalah tidur yang bermanfaat dan itu adalah 80% tidurlah yang nyenyak.waktu itu juga terdapat"baraka"di dalamnya iaitu sejam bersamaan 3 jam tidur.

Tidur dari pukul 12- 2 am waktu ini terdapat 20% sahaja tidur nyenyak,dan selebihnya adalah "dream sleeping",dan tidur sejam hanya bersamaan sejam.sebab itu jikalau saya tidur sekitar pukul 9pm-10  pm dan terjaga selepas pukul 4 .saya tidaklah mengantok atau lesu,jika ada pun sebabnya minda saya terset"oh aku bangun awal tadi sebab tu mengantuk"itu adalah setting minda sahaja

Tapi kalau dilakukan berturut2 dan ia menjadi rutin biasa,akhirnya saya dapat merasakan cergas dan bersemangat luar biasa.Sebab itu jika anda tidur awal dan bangun awal,banyak rutin kerja surirumahtangga untuk anda lakukan di pagi hari,seperti mengemas rumah sebelum pergi kerja,mendobi dan menyiapkan sarapan.anda boleh,,cubalah bangun sekitar 4.30 pagi dan by 6am anda stop dan bersiap2 pergi kerja pula,dan bilamana anda pulang ke rumah alangkah damainya rumah anda semua sudah tersusun rapi di awal pagi sebelum anda pergi kerja lagi.saya sudah melakukannya dan ia begitu menjamin kepuasan hati walaupun seharian anda sibuk diluaran.

Dan oleh sebab saya tidur awal,tv bukanlah sahabat baik untuk saya.

Dan tidur pada waktu siang(selepas fajr) adalah tidur yang tidak bermanfaat langsung.3 jam tidur bersamaan dengan sejam waktu tidur,ditambah dengan kelesuan,kekeliruan dan hilangnya focus.saya pernah merasakannya sudahnya seharian badan saya lemau.

Tidur dari Fajr hingga terbitnya matahari Kelenjar pineal mengeluarkan hormon lain iaitu "serotonin"iaitu dari fajr sehingga terbitnya matahari dengan syarat orang itu mestilah sudah bangun.Dan waktu ini adalah amat sesuai untuk bermuhasabah diri dan mengingati ALLAH.

Pembebasan 'melatonin"oleh kalenjar pineal akan berkurangan selepas 40 tahun dan berhenti bila umur 50 tahun.dan selepas itu hanya perlu memanfaatkan apa yang ada tersimpan di badannya sahaja.

Dan jika seseorang mendapat"Alzheimer'dan permulaan "Dementia"bermakna dia telah tidur lewat sepanjang hidupnya.

cREDIT"cYPREME-hq

Berdasarkan info ini rasanya tidak salah saya telah mengubah skala tidur saya  iaitu tidur awal dan bangun awal,dan jikalau saya merasakan tidak cukup tidur untuk hari itu, itu semua adalah mindset saya yang telah disetkan bahawa tidur haruslah 8 jam.

Bagi saya jika saya harus mencukupkan tidur dengan 8 jam,saya tidak sempat untuk menulis,saya tidak sempat untuk membuat kerja rumah mahupun mnyemak buku2 sekolah anak,kerana kesibukan saya pada urusan dunia dan selebihnya hanya ada sedikit masa untuk berehat.

Dan ternyata artikel ini memberi pencerahan pada saya,tidur saya akan cukup jika saya tidur di waktu yang disunatkan.Indah sungguh Islam kan?

saya harus membahagi masa untuk kerjaya,urusan rumahtangga,hobi saya pada penulisan dan pembacaan,masa untuk beribadah,masa untuk kawan-kawan,dan semuanya boleh terlaksana jika saya tahu meletakkan yang mana priority terlebih dahulu dan sibuk itu hanya istilah untuk orang yang tiada checklist yang teratur dalam hidupnya.

Jika anda tahu meletakkan sesuatu itu di tempatnya di masa yang sesuai dan cara yang sesuai maka sesuatu akan berjalan dengan sebaiknya.dan ini ilmu yang tidak diajar disekolah,ia adalah pengalaman sebuah kehidupan.dan rajin2lah membaca untuk membaiki kualiti hidup kita dan kurangkan menonton tv jika rancangan itu tidak menjamin minda anda lebih berkualiti.

Dan ENTRY ini saya tulis selepas sahur pukul 4.30 tadi saya sudah mandi,saya sudah siapkan nasi goreng untuk sarapan,dan sekarang masa untuk saya solat subuh,sidai kain dan siap2 untuk rutin kerja hari ini.yang best sempat juga saya type entry ni ..:)


jangan ingat housewife aje buat mcm tu,anda bekerja dan anda juga boleh jadi seperti housewife ...yang penting letakkan mana yang priority terlebih dahulu.jangan alasan sibuk anda abaikan urusan rumah anda sedangkan itulah tanggungjawab utama.

ok daa..saya nak siap2 kan anak dulu...
 

You Might Also Like

1 comments

  1. Sy rsa impress ngn penulisan awak..penuh bermakna
    ~z~

    ReplyDelete

LOVE COWAY PAGE

FOLLOW ME ON GOOGLE+