adat orang marketing...

00:54:00

Salam Maulidur rasul dan selamat bercuti kepada semua warga Malaysia?

Kemanakah anda hari ini?saya selepas membeli alya punya barang2 sekolah tadi terus pulang ke rumah dan mencapai laptop.jalan sesak di Kuala Lumpur waktu cuti2 ini.dan itulah yang membuat saya bertambah malas semalas2nya untuk kemana2.

Minggu depan  saya akan jadi speaker .dan saya sedang fikir apa nak cakap ya.saya rasa topik yang simple tapi pengolahan yang panjang! itu penting...

Jika ingin berjalan pantas,berjalanlah seorang diri,tapi jika ingin berjalan jauh berjalanlah sama2

Dear best Team,

Saya berbesar hati dan sangat2 happy bila saya sebahagian dalam group ni.Segala tekanan saya di banking apabila berada dalam group ini bagaikan terlepas semua.lawak kalian,semangat kalian,aura positif kalian menjadikan hari2 bersama kalian berjalan sungguh hebat dan luar  biasa hebat!

Kata orang,lain padang lain belalang,lain orang lain ragam tapi dalam group ini walaupun hati lain2,ada perangai masing2,tapi terasa keakraban itu erat kerana vision kita sama!tujuan kita jelas dan kita memandang satu jalan  walaupun kadang2 ada yang kuat tersentap mahupun terkecil hati,tapi kita bagaikan adik beradik yang dicubit paha kanan,paha kiri terasa sakit juga dan kita saling backup sesama kita dan disini timbulnya keserasian walaupun kadang2 ada saja yang kita selisih faham!

saya hanya ingin mengulas 5 perkara mungkin sebagai perkongsian atau mungkin juga sebagai nasihat bersama.yang menasihati tak semestinya baik,yang menerima nasihat tidak semestinya tidak baik tetapi kita saling mengingatkan itu adalah yang perkara  terbaik!

1.kawal emosi percaya diri

orang kata akal perempuan itu pendek,kadang2 sekecil2 perkara ada saja dia nak emosi.ada saja dia nak sentap,apalagi kalau lawan bicara itu sebaya.Tapi dalam team kita tidak boleh terlalu emosi.tak kira lelaki mahupun perempuan,kita xboleh nak cepat melenting.Jika anda cepat terasa begitu juga orang lain akan terasa dengan anda.bagaimana hendak kawal emosi?..percayalah setiap org ada perangainya,mungin anda tidak suka si A SEBAB dia begitu dan begini,tapi anda juga mungkin tidak sedar,si A juga tidak suka anda mungkin sebab anda begitu begini..anda perlu sedar yang mutlak dan sempurna itu hanya hak Allah yang mencipta,dan kita yang dicipta TIDAK berhak untuk menentukan level /standard seseorang itu.


orang sales tidak boleh ada phd(Perasaan hasad dengki).sebab itu semua akan menjauhkan rezeki anda.dan jangan sesekali ada perasaan dalam hati"aku tidak suka lah dia tu"sebab bila anda tidak suka sorang dalam hidup anda,4 orang akan tidak suka anda.ibarat menuding satu jari,4 jari akan ke arah anda!siapa anda tidak menyukai orang?sedangkan ALLAH masih tetap sayang terhadap hambanya walaupun hambanya ada saja yang melakukan dosa atas bumi ini .Dia tidak pernah benci sebencinya malah sentiasa membuka pintu taubat bagi mereka yang bersalah..masih diberi udara untuk bernafas,apatah lagi anda manusia biasa.apa hak anda tidak menyukai orang?sudah cukup sempurnakah anda?

 sudah menjadi lumrah dunia,semakin ramai orang sayang kita,semakin ramai juga orang benci..itu adat resam kehidupan.

 bagi orang yang berminda cekal dan hati yang bertunjangkan kejayaan ,itu bukanlah masalah besar untuk mereka dan mereka tidak akan menoleh kebelakang!pedulikan...dan teruslah berjalan...

jika ada orang yang tidak suka anda percayalah itu bukti anda sudah berada di depan mereka..dan percayalah jika ada orang sikit2 tak suka dia tu lah,tak suka dia nilah,inilah orang yang tidak akan kemana2.sebab ada saja yang dia tidak suka,mcm mana nak berjaya kan?banyak aura negatifnya dari positifnya

positifkan diri,kawal emosi dan percaya pada diri,jika dia melebihi anda,anda cubalah ambil ia sebagai pengajaran untuk sama2 cemburu untuk memperbaiki diri anda,bukan terbawa emosi dan akhirnya anda menjaja ceritanya kepada orang lain.jika anda menjadi reporter tak bergaji,maknanya anda gagal menjadi orang berjaya!sebab orang berjaya itu tidak pernah gagal mengawal emosinya.Orang berjaya itu tidak pernah membuang masanya untuk memikirkan keburukan orang lain.

"Tidak sempurna iman seseorang di antara kamu sehingga dia mencintai saudaranya apa yang dicintainya untuk dirinya"Hr Bukhari

Haa dengar tu..jadi takperlulah nak benci sesiapa hokey,kan lebih baik dunia ni penuh dengan kasih sayang!

2.jangan cemburu buta

tidak dapat tidak,dalam dunia marketing kita akan sentiasa berkolaborasi dengan lawan jenis.Gabungan lelaki dan perempuan dalam teamwork itu perlu.lelaki tukang angkat barang,tukang pasang,tukang drive dan perempuan biasalah tukang cari pelanggan! kerja yang tak berat bagi orang perempuan kerja2 lasak bagi kat orang lelaki..

anda pasangan dengan orang marketing?elakkan dua perkara ni.cemburu buta dan prasangka.
kalau tidak pasangan anda tidak akan kemana.jika apa saja nak dibuat ada curiga!Kenapa anda harus cemburu jika pasangan anda mungkin berwassap atau bercaller mungkin sambil makan,atau mungkin hari sudah malam?apa yang anda fikirkan?dia ada orang lain...hati manusia hak ALLAH.apa yang anda risaukan sangat?jika anda sayangkan pasangan anda,jangan bebankannya dengan cemburu buta,

yakinlah hati manusia hak ALLAH,mintalah ALLAH JAGA.SEBAB tu orang cakap,simpanlah manusia yang anda sayang dalam pengharapan pada Dia,kerana hati manusia itu berubah2.usah khuatir,usah curiga..jika benar dia membelakangkan anda,apa yang anda nak kesah sgt.hidup temannya mati,kalau tak berpisah di dunia,mungkin berpisah dengan mati.jadi ada apa untuk anda membuang masa dengan prasangka apalagi jika pasangan anda org yang sentiasa terlibat dengan orang ramai.sepatutnya anda berasa bangga,dalam ramai2 yang dia jumpa tiap hari.dia masih menjadi hak anda.

dan untuk menjaganya tak perlu telefon 24 jam bertanya dimana,tak perlu video call bersama siapa,kerana kalau dia hendak menipu anda,macam2 cara dia boleh buat.sebab itu fikir yang baik2,dan doa yang baik2,minta ALLAH jaga hati pasangan kita.Ini tidak,sudahlah solat 5 waktunya tak sempurna,solat malam nya jarang sekali,mcm mana permintaan kita nak dimakbulkan ya tak?

Sebuah hadis
"Allah sentiasa memperkenankan doa seorang hamba selama doa itu tidak mengandungi perkara dosa,perkara yang memutuskan silaturrahim dan selama tidak meminta supaya cepat2 diperkenankan"Lalu baginda ditanya oleh seseorang"apa maksudnya meminta dipercepatkan?"Jawab baginda"Umpamanya seseorang itu berkata dalam doanya"aku telah berdoa,aku telah berdoa tetapi belum melihat doaku diperkenankan.Lalu aku berputus asa dan berhenti berdoa
 :Hr muslim 

jadi jika anda lelah...minta saja ALLAH yang jaga.

saya ni tidaklah baik mana,nasib dpt mr hubby yang sporting walaupun cemburu juga..heheh..biasalah tu kan...tapi kesian kat kawan sorang tu,hb dia asyik video call aje!tengah drive pun video call.alahai....

satu je saya nak pesan,untuk mengikat hati,gunakanlah pendekatan hati.pasangan anda bukan budak kecil disekolah yang perlu dikawal setiap hari,jika buat salah anda tunjuk rotan untuk suruh dia berubah.alahai,xbetul tu..andai ada hati dia menyimpang,kaji diri anda semula.percayalah setiap lelaki dan perempuan di luar sana,semuanya sama saja fungsinya,dan untuk membezakan anda dengan orang lain  adalah cara anda melayani pasangan anda.

jika anda sudah sempurna,dan pasangan anda masih membuat onar,itu adalah sebahagian ujian kecil dalam hidup anda.dan jangan diilmu hitamkan,jangan diubat2 gunakan,kerana itu semua membuat anda jauh dr kasih sayang Allah,Tapi rajinlah bangun solat malam,dan berpuasalah kerana dengan itu,hati yang keras akan jadi lembut kerana santunnya anda.percayalah,pasangan yang tunduk kerana santunnya akhlak anda lebih baik dari pasangan yang takut kerana king/queen controlnya anda.kerana jika dia takut dia akan cuba menipu anda apa jua cara,tapi jika dia hormat dan sayang,dimana jua dia berada,hanya anda dalam fikiran.


 dan alhamdulilah,group saya adalah bagaikan adik beradik,walaupun kadang2 saya perlukan khidmat mereka untuk drive,kadang2 peneman untuk ker rumah customer yang baru saya kenal,ternyata abang2 sado di dalam group saya sangat profesional.

Bayangkan tiada lelaki dalam group,mahu kami yang perempuan ni kucar kacir,sebab sekuat2 perempuan ia masih perlu dukungan dan sokongan kaum adam! dan ternyata kaum adam dalam group ini memang support habis.dan adajuga pasangan suami isteri dalam group fighter,ternyata mereka amat berjaya.mungkin kerana hati mereka satu dan impian mereka sama,dan ternyata GM,HM YANG BERJAYA dalam coway,amat positif ketika bekerja


3.Jika kita yakin konsep rezeki,tidak akan pernah wujud istilah sailang


Saya pinjam kata2 ini dr Gm ikbal,kelahiran tahun 1985 yang telah mempunyai 7 spa dan syarikat printing hasil dr coway.berjayanya dia kerana sokongan yang kuat dari isterinya juga.Dalam group apalagi ketika kita bekerjasama di booth,jangan wujud perkataan sailang.setiap orang ada rezeki2nya.kalau bukan rezeki kita,kadang2 makanan dalam mulut pun boleh terkeluar balik!

contohnya,jika customer tu dtg kita yang explain,tapi dia xjd amik,esoknya dia datang lagi tapi tersignup dengan kawan kita,kalau customer tu tak inform,kawan kita pernah explain sebelum ni.anggap saja itu bukan rezeki kita.bila kita rasa redha dan anggap bukan rezeki,percayalah ALLAH akan ganti lebih lagi lepas tu.Sebab saya pernah melaluinya.saya pernah menjual asb,customer tu saya dah explain A-Z,tapi dia xjadi amik.esoknya dia datang lagi dan apply dengan orang lain.saya sedikit pun xkecik hati,bagi saya kalau kawan saya itu tidak tahu bukan salahnya,lagipun customer tu xde cop mohor kat dahi pun tulis nama kita kan?customer tu apply 200k,dan pada hari yang sama saya dapat customer 3 orang customer dan apply 100k setiap orang.cepatkan DIA balas?Sebab tu bila anda sebagai orang marketing,sama seperti anda membuka gerai.setiap kali anda pacakkan banner,pasakkan dalam hati niat yang baik juga.

dan ingat kalau ia rezeki anda,tujuh petala langit pun jauhnya akan jatuh dalam genggaman anda jua,tapi kalau bukan,bukanlah ia!


4.Berinfaklah dan jagalah silaturrahim

Percaya atau tidak,lebih banyak kamu beri,lebih banyak kamu dapat.saya rasakannya,dan saya ingin berkongsi setiap peristiwa yang saya rasa kebenarannya.
Terlalu banyak untuk saya kongsikan,tak tertulis untuk saya taipkan semua.Saya mungkin akan kongsi dalam ruangan berbeza nanti.

kalau boleh senaraikan beberapa akaun dalam diari anda untuk anda sedekahkan setiap bulan.contohnya ada akaun syria/palestin,islamic/oku dan rumah anak yatim..supaya sedekah anda itu disalurkan pada yang layak menerima.jangan diperdaya dengan kebaikan dan kemurahan hati anda,kerana dunia luar ni mcm2 orang yang sentiasa menunggu tangan2 yang ingin memberi.jika anda tidak bijak,takut anda membantu sendiket berkembang luas.

sebab tu kelebihan orang sales berbanding org makan gaji statik,rezeki yang tidak dijangka2 akan datang dan sebab itu pastikan checklist belanja anda juga ada senarai rezeki untuk diinfakkan

ingat setiap yang kita dapat bukan semua hak kita,ia perlu diagih2kan.sebab tu kadang2 sebijak mana pun kita mengatur kata2 dan mengayat customer,kadang-kadang berjam kita buang air liur,tapi tak tahu apa yang tak kena,susah betul close dealnya,kaji balik,bulan lepas punya commison,kemana kita belanjakan>sudahkah kita berinfak..ingat sikit atau banyak setiap bulan pendapatan kita bukan semua hak kita.ada sesuatu yang perlu kita keluarkan.Sebab tu jangan khuatir,jika anda dah berpenat lelah sampai terpeleot lidah untuk menganyam kata2 akhirnya xclose juga,ada sesuatu yang perlu anda keluarkan!

selain berinfak,untuk murah rezeki anda haruslah menjaga silaturrahim,terutama adik beradik,saudara mara,jiran tetangga,rakan2 sekerja!ingat sekali lagi saya ingin mengingatkan diri saya dan anda sebagai pendengar dan pembaca,tiada siapa yang sempurna dalam hidup ini.yang sempurna itu hanyak hak ALLAH.jangan sesekali anda memutuskan silaturrahim hanya kerana hati anda tidak dapat menerima keburukan atau ketidak sempurnaan seseorang?siapa anda untuk membenci orang?

"Sesiapa yang ingin dimudahkan Allah rezekinya atau dipanjangkan ALLAH umurnya,maka hendaklah dia menghubungkan silaturrahim(hubungan kasih sayang"

Kadang2 saya pelik,kawan2 diluar sibuk anda nak belanja makan,duduk melepak lama2 di kedai mamak,tapi adik beradik sudah lama anda tidak jenguk.jagalah hubungan adik beradik,kalau boleh jangan ada yang berkecil hati,anda harus kuat ikatan adik beradik itu yang utama.ada org jumpa adik beradik pun setahun sekali itupun hari raya.apa nak jadi?ingat hubungan kekeluargaan yang erat juga adalah pintu2 rezeki untuk anda..kadang2 anda tidak tahu,orang yang selalu kita buat baik kadang2 menjadi referral untuk kita

sebab tu nak cari sales ni,mulut kena manis,kena peramah,tapi kalau sudah ada yang salah faham dengan sifat ramah anda,anda pun bijak2lah mengatur langkah.

5.sesibuk mana pun anda,solat jangan tinggal

selalu saya ulang2 ayat ini
"kerja keras tapi tidak solat ibarat mengumpul air dalam baldi yang tiris"anda kejar dunia tapi abaikan akhirat,anda tidak akan kemana2,tapi anda tinggalkan dunia seketika untuk bersujud,percayalah dunia akan akan berlutut pada anda.

saya bukanlah ustazah untuk berceramah,tapi hanya ingin berkongsi.semoga ada yang bermanfaat untuk anda dan saya.

yang bercakap tak semestinya baik,tpi saya ingin menyampaikan sedikit nasihat,kerana bukti kawan anda sayangkan anda adalah,bila anda salah dia tegur,bila anda lupa dia ingatkan,bila ia berkata penuh dengan nasihat.dan itu akan buat ukhuwah ini ada manfaat.

sebab kita bukan saja nak kaya harta,kita nak kaya kasih sayang,kita nak kaya kenalan,dan kita nak kaya dengan orang2 yang potifif dalam hidup kita betul x?dan untuk itu kita harus jadi positif dulu.

bukan mudah untuk merubah orang.Rasullulah pun nak berdakwah banyak halangan.apalagi kita ni manusia biasa je dan kita saling meingatkan untuk kebaikan bersama








You Might Also Like

0 comments

Thank you,come again :)

CLICK MY LOVE COWAY

CLICK MY INSTAGRAM