masa ku cuma 24 jam...

00:28:00

salam...rindunya pada blog,lebih dari seminggu saya tidak dapat membebel di ruangan cetusan ini.menulis itu sebenarnya adalah terapi,kalau anda hendak meregangkan sedikit neuron anda,tulislah,dan percayalah selepas itu anda akan berasa tenang...

Dalam bulan disember ini,musim hujan aje setiap petang,kdg2 sampai ke malam.hari ni sepatutnya saya menjelajah pasar malam untuk mencari rezeki,tapi dek kerana hujan,saya pulang dengan tangan kosong.tidak mengapalah...sedikit pun tak mematahkan semangat saya.mungkin malam ini saya berpeluang untuk menulis....dan mengulit alya dalam pelukan...alya anak yang baik walaupun kadang2 manja terlebih,selepas diberi makan tadi terus tolong mama kemas bilik tidur dan tempat meja bersiap,semua jarum peniti yang bersepah2 disusunnya..mama sayang kamu alya...nanti kalau mama dah tiada bacalah setiap tulisan mama ni ye..

sewaktu saya menulis ini,anak kesayangan masih di meja solek,apa saja yang dibuatnya entahlah,habis semua barang di lap dan disusun,siap offer"mama nk minum air.kesian mama selalu work.."dia cukup bijak mengambil hati...dan satu sifatnya yang buat saya geli hati adalah,dia cukup tahu nilai wang,!.setiap pekerjaan yang dibuatnya pasti ada upah ..aduhai alya..

sembang petang bersama jutawan elken
sejak beberapa minggu ni,rezeki saya terasa murah sekali.ada saja yang datang bertemu untuk minum,lunch mahu pun tea time.antaranya lawyers,marketing manager for legal firm,kwn2 ,excolleague dan rakan2 sales yang lain yang datang bertandang.al maklum,hujung tahun kan,ada yang dah achieve target datang melawat kawasan,dan ada yang mencari ruang business baru untuk membuka lembaran 2016.saya yang dah pun capai kpi memang berasa lega...dan asb saya pun lebih dari target telah saya berikan...tapi sedikit pun xbuat rasa nak melepak.entahlah..saya nak buat lagi banyak rasanya sebelum closing asb 17hrbln nanti...mungkin kegilaan saya pada kerja barangkali,buat saya tidak sia2kan sedikit pun waktu.

saya yang bukanlah penggemar coffee,berasa heran seminggu berturut2 ada saja yang belanja coffee.coffee bean,old town & pappa rich & sturbacks jadi tempat diskusi.saya cuma terfikir.apa yang sedap sangat?sturbuck coffee sama je dengan kopi cap indon yang mak saya beli tempoh hari.kopi tu walaupun bukanlah berjenama,tapi rasanya sedap,mungkin lebih asli dan fresh barangkali,tapi memang sedap!walaupun saya bukan penggemar kopi,tapi kopi yang mak beli tu saya boleh telan!

mak...masih lagi holiday saat ini,.saya trsenyum sendiri..kepuasan dalaman yang saya sendiri boleh rasa,alhamdulilah...selagi saya kuat tenaga dan bernafas,kerja keras saya adalah buat keluarga saya yang tercinta.lepas ni boleh wassap mak untuk belikan kopi lagi...agak2nya berapa kilo lah beg mak bawak balik malaysia lepas shopping panjang di sana...:) 

bila orang bertemu kita,ada dua perkara sahaja,pertama kerana urusan pekerjaan atau ke dua urusan yang related dengan kerja kita.jika lawyers minta bertemu,mereka minta business dari kita.hehe sy sudah maklum semua tu.sama juga dengan kwn2 seperjuangan,datang bertandang mungkin nak ambil tahu berapa dah kpi kita,dan apa sasaran kita tahun depan.mungkin nak tahu untuk sama2 setanding kita atau nak tahu cuba untuk mengalahkan kita..hehe biasalah tu kan...

dalam ramai2 yang datang berkungjung, xsangka sy berpeluang bertemu dengan jutawan elken.elken adalah basic businesssnya dan sekarang beliau telah mengembangkan kepada business2 lain.coddy atau namanya khadijah,merupakan kakak kepada artis emma maembong.sebelum ni saya langsung xamik tahu semua ni.walaupun kawan saya yang pernah bercerita tentang businessnya dan siapa gerangannya,bendalir otak saya langsung tidak menunjukkan minat untuk ambil tahu.satu statement dia pertama kali berkenalan buat saya gelak"i nak jadikan u billboard bergerak"..first time saya jumpa dan kuar ayat beli jiwa ni..alahai...

saya sedang cuba utk diajak sama2 join businessnya rupanya...saya hanya tersenyum,bagi saya pendekatan seseorang itu penting,kalau kena gayanya tak salah saya habiskan sedikit masa untuk mendengar peluang yang cuba diberikan.jika selalu saya bersuara,sesekali saya akn cuba menjadi pendengar yang baik...

dahulu...bagi saya apa jua business yang berdasarkan MLM langsung tidak menarik minat saya.!saya masih teringat pada seorang rakan.beberapa tahun lepas saya bertembung dengannya di KLCC.masa tu dia masih menuntut di universiti dan saya sudahpun bekerja masa itu.rakan saya ini merupakan senior saya di zaman sekolah dan kami dalam satu group untuk debat parlimen.kami ada bertiga sebenarnya,dan saya satu2nya perempuan dalam group tu.bila lama sudah tidak bertemu,kami bersembang panjang.

xsangka pertemuan selanjutnya kemudiannya diatur,dan saya berjumpa dengan dua rakan debat yang lain.mereka masa ini sedang bergiat aktive dalam aktiviti MLM.saya yang sudah bekerja dan mereka masih menuntut sudah trlibat dengan semua ini.saya bertanya dimana modal mereka dapat?katanya menggunakan wang pinjaman PTPTN.SAYA hanya mampu geleng kepala masa itu,dan ajakan mereka saya tolak dengan penuh hikmah.almaklum orang yang hebat berkata2 seperti mereka,kalau saya tidak pandai mengatur ayat,mungkin saya akan terjebak juga.

sudahnya hari ni selepas beberapa tahun tidak berjumpa,mereka masih seperti dulu,masih belum lagi jutawan.masih belum lagi capai impian dan mimpi yang digembar gemburkan dalam meeting2 MLM.dan mereka juga masih seperti saya..kerja makan gaji juga..dan syukur saya tidak mengeluarkan sejumlah wang yang bagi saya cukup banyak masa itu hanya untuk join business mereka yang bagaikan mimpi kelangit..

beberapa tahun selepas itu,saya diajak pula oleh seorang kawan yang sekarang bekerja sebagai doctor di JB,IAITU Business shaklee.masa ini saya sedang bergelut dengan sakit,dan saya mencari2 supplement untuk mak juga.oleh kerana modalnya kecik je,saya pun register je lah.kemudian saya dimasukkan dalam group wassap shaklee..semua semangat membara masa tu,saya yang menjadi pemerhati,hangat2 suam2 kuku,akhirnya group itu senyap begitu sahaja...

kemudian ada pula yang datang ajak saya buat stemcell..ke apa tah namanya,dan kemudian business tea,aduhai...semuanya MLM.dan semuanya saya tolak dengan baik...sampailah saya jatuh cinta dengan coway.coway sebenarnya ala2 MLM juga,ada konsep downline dan upline,tapi tidak begitu ketara,kerana focus profitnya adalah hasil jualan product bukan dengan hanya menambah bilangan ahli semata2.dan di coway untuk override sales orang bawahan kita,kita dulu kena ada sales juga.dan konsep lebih islamic n fair sebenarnya.

berbanding dengan business MLM yang ntah apa2,kerja kita hanya recruit orang,product nya kita xnampak,dan modalnya kadang2 ada yang tak tercapai dek akal.kadang2 saya kesian,ada yang sanggup berhutang,buat pinjaman sana sini hanya semata2 terpengaruh dengan "bicara kosong"kedai kopi.almaklum kalau orang MLM BERKATA,ceritanya kaya aje,kereta besar2 aje,tak pernah sembang yang xkaya.sembang gebang,semangat mcm orang politik,sudahnya suam2 kuku akhirnya diam macam tu je.

malam2 sibuk meeting sana sini...,dan satu yang saya perhatikan,banyaknya orang melayu yang terpesona dengan mimpi yang belum pasti,ditayang kereta import kononnya business ini paling berjaya,diceritakan income beribu2,tak perlu kerja bagai nak gila,tapi wang mengalir masuk begitu sahaja,mimpi indah,dan mana yang termakan,berangan macam mat jenin di atas pohon kelapa,duit dipinjam,hutang saudara mara,akhirnya modal hilang ntah kemana,mimpi xsampai bila tidur kurang lena,bila ajak kawan lain xnak join katanya xmahu maju bersama,sanggup putus kawan kerana konon xmahu berniaga macam mereka,kalau kawan menasihati dikata dengki dan iri hati,hujah diberi,hadis dibawa,kononnya 9/10 rezeki dari berniaga bukan makan gaji..apa nak jadi..makan bulan dan tahun masih ditahap itu lagi?akhirnya pergi kerja mcm biasa,kais pagi makan pagi,kais petang makan esok hari....hehe...itulah terlebih bermimpi..

xsalah untuk anda join apa saja ajakan orang tapi awas!jangan terlalu bayangkan yang indah2..dan berhentilah dari berhutang untuk memulakan sesuatu perniagaan!dan pastikan anda benar2 tahu kukuh atau tidak perniagaan itu untuk anda melabur.jangan terlalu percaya pada janji dan impian yang dihambur,silap2 duit anda lebur,impian kabur...

kalau jalannya benar,businessnya benar apa salahnya,tapi yang salah nak kerja mudah,berangan2 tak sudah!percayalah yang bulat tidak datang bergolek,yang pipih tidak datang melayang.. kalau tidak dimulakan dengan kerja keras.

dalam coway pun jutawan seperti ajib,yang mempunyai nilai hartanah million,dan merupakan jutawan termuda sebelum usia 30 tahun,tidak pernah bermula dengan langkah mudah....semuanya dari kerja keras dan sifat rajin berusaha dan tanpa berangan2.saya copy paste dari kata2 ajib buat anda yang tidak mengenalinya.dan dia merupakan orang yang disegani di coway!

 
jutawan coway

✅meletakkan tawakal rezeki Allah pada tempat sepatutnya,
graduan universiti atau generasi XY
hentikan minda mentaliti wajib ada EPF Baru boleh hidup
berani bangkit seperti burung
meletakkan keyakinan rezeki dari Allah
kehidupan bukanlah sekadar jaminan
sedangkan ulat dalam batu pun ada rezeki inikan kita yang berjuang menjual berniaga dan bermuamalat walaupun tanpa epf socso. kalau ada ambil, takde tak perlu ada pun tak mengapa
selagi prinsip ini tidak diubah datanglah berapa banyak pun perhimpunan agung UMNO, DEB ke 100 pun tetap hasil sama , generasi kita tetap di takuk lama,
✅Focus perniagaan TAPI banyakkan investment- sentiasa berkata NO kepada banyak peluang yang boleh mengganggu focus anda, jangan masuk seminar kemudian semua barang peserta lain kita nak jual. cari core perniagaan anda dan bina empayar anda. lagi banyak No diberikan kepada pelbagai peluang lagi mudah kejayaan kita. jika belum jumpa mulakan dengan istikarah sampai jumpa. tapi jangan istikarah sampai tiada permulaan(action)
✅British dan penjajah meletakkan kita anak-anak jika ibu bapa kita pegawai kerajaan kita perlu lebih sedikit baik dari ibu bapa. kita mesti ubah mentaliti tersebut dengan melahirkan anak-anak generasi baru sebagai seorang yang sanggup menghadapi risiko dan menjadi lebih baik dan hebat dari anak-anak british. Kalau kita nak kedepan jangan ikut cakap mereka tapi buat apa mereka buat lebih baik. You are not what you think now until you create great results. think like western but act like asian
✅Orang berjaya billionaires semuanya tidak pernah bercita-cita untuk mengejar EPF, bayangkan Syed Mokhtar bukhari tidak akan jadi seperti hari ini jika mengejar EPF dan gaji tetap.
Jangan jadi Mr Perfect semua berniaga nak sempurna, perniagaan paling baik ialah bisnes tiada modal tiada produk keluaran sendiri. mulakan dengan menjual produk orang lain atau top brandi kerana ianya akan mempercepatkan proses berjaya dan minima risk try error. bayangkan jika anda mendapat 1% sahaja jualan bukan produk anda iaitu produk Iphone 6 anda sudah menjadi multi jutawan tanpa produk semdiri. saya sendiri pun telah mendapat lebih dari Berjuta RM dari hasil rakyat Malaysia menikmati produk Coway sebelum saya mencapai umur 30tahun
✅Start small think BIG
InestProTeam dan saya dan rakan rakan sepejuangan bermula dari tahun 2007 sebagai part time dan 2008 full time hari ini mampu untuk melahirkan satu GM dan meraih jualan kumpulan kedua-dua sebanyak 2000 unit machine Coway terjual sebulan ( satu unit product beharga RM3000-RM7500 . malah tidak pernah kurang dari 1500unit machine sebulan. rental min contract untuk hot products RM125x24bulan=RM3000
averagely sales sebulan RM6-7Juta sebulan inilah yang menjadikan team inest no1 the youngest team
Thank you DAO, Jerry Zafrul Rizal Mat dan Richwork team untuk peluang yang tak bape cukup minit untuk berkongsi kepada lebih 6000 insan malam ini
Ajib Adi
Youngest General Manager

Coway Malaysia



saya suka semangatnya,letakkan satu core business dan focus!bukan cuba2 kemudian baru separuh jalan,give up!dan business paling baik adalah yang kurang modalnya,xsalah jual product orang,buktinya ajib adalah jutawan hanya dengan menjual product orang tanpa product sendiri.

ini baru dikatakan kalau sembang kencang biar ada result,tak salah anda join MLM tapi pastikan betul2 dulu business apa,dan adakah anda mampu dengan modalnya.jangan jadi sehelai sepinggang dengan hanya ingin cari kerja mudah,duduk goyang kaki duit masuk macam air.memang xde dalam dunia ni mcm tu.

dan satu lagi pertemuan saya dengan coddy minggu lepas membuka mata saya bahawa apa jua yang kita inginkan di dunia ini akan tercapai jika kita focus!!saya yang baru menemui cody jelas wanita ini terpancar kegigihannya,semangatnya dan merupakan wanita inspirasi wajib dicontohi.elegant,kaya,dan dinamik dan yang penting sentiasa humble.dan saya yang mudah jatuh cinta dengan orang yang humble,lebih mudah mendekati orang itu.

jangan sesekali sembang dengan saya berapa harta anda skerang,dan berapa nilai hartanah anda,berapa nilai simpanan anda,sbb saya tidak terpesona dengan semua itu.ceritalah kesusahaan anda dulu dan bagaimana anda berjaya berada di tahap sekarang,dengan itu saya lebih mudah mendekati anda.dan ternyata cody membeli jiwa saya dengan ceritanya.dan wanita ini sekarang cukup berjaya dan disegani dengan hanya bermula di elken,satu business MLM yang jelas productnya.

pertemuan demi pertemuan akan berterusan selepas ini,dan sekrang saya melakar masa mencatit setiap kerja,apakah saya cukup bersedia untuk melakukan kerja ketiga?sedangkan kata ajib,focus pada core business anda,jangan buat itu sikit ini sikit,percayalah memang susah!sedangkan saya hanya ada 24 jam..saya tidak akan penat tapi saya kekurangan masa....

dan andai suatu masa nanti..saya akan tinggalkan banking!dan waktu itu saya sudah cukup2 bersedia untuk focus core business saya..dan apakah?saya masih menunggu masa itu...dan saya yakin,apa yang saya fikir,saya cakap,dan saya tulis adalah doa,

jika ajib mampu..dan cody juga mampu buktikan..kenapa tidak saya kan?sedangkan tuhan berikan kita samarata sahaja,ada dua tangan dan dua kaki...yang membezakan kita dengan orang lain adalah dalamn kita kuat?mental kita kuat?dan usaha kita kuat untuk mencapai apa orang lain capai?tepuk dada tanya minda jangan ditanya kehendak selera,kerana selera kadang2 tanpa ilmu selalu memilih jalan yang salah,..kerana ia berajakan nafsu,sedangkan akal dan minda berajakan ilmu..

hope one day...saya sebaris dengan nama2 mereka sebelum usia 30 tahun!

You Might Also Like

0 comments

LOVE COWAY PAGE

FOLLOW ME ON GOOGLE+