Tajuk:Komplikasi Jiwa Muslim
Terbitan :Grupbuku karangkraf/360 muka surat
mengambil masa 2 minggu lebih untuk dihabiskan disebabkan kesibukkan saya pada urusan dunia




Sedikit perkongsian dari tajuk2 terpilih


senyumlah dalam menghadapi masalah
Dr Tuah menyebut semua orang akan menghadapi masalah,dan masalah adalah seiring usia.Sesetengah manusia terlalu sedih dengan masalahnya kerana memikirkan dia sahaja yang ada masalah begitu,sedangkan cuba fikirkan ada org lain yang lebih teruk dari kita.

Dr menceritakan seorang wanita yang gagal dalam perkahwinan pertama,dan berkahwin untuk kali ke dua tetap diuji dalam rumahtangga.mempunyai 3 orang anak  dan ada anak oku.wanita ini berkerja sebagai seorang guru.apabila dirundung pilu selalu makan pil penenang untuk menghilangkan masalah.sedangkan dia seorang guru.

Pesan dr,DIA juga adalah salah seorang anak dari 9 beradik yang dibesarkan oleh seorang ibu tunggal dan ibu tinggal.perjalanan ibu dr lagi perit kalau hendak difikirkan.Hanya menoreh getah untuk membesarkan 9 orang anak.tapi akhirnya berjaya menjadikan anak2 nya semuanya jadi manusia yang berguna dan dr tuah adalah salah seorang anak dari ibu yang kuat untuk menyaranya.
Jangan terlalu memikirkan masalah,bersedih dan menyelesaikan masalah dengan jalan singkat.

Dr juga menceritakan betapa seorang yang bermasalah dengan rezeki,kerja keras tetapi sentiasa hidup susah.hanya mampu beri apa adanya untuk anak isteri.inilah ujian baginya.setiap orang ada ujiannyaa,ini cara DIA sentiasa mendekatkan hambanya padanya,dan bagi kita yang merasakan masalah kita cukup besar,percayalah ada orang lain pun juga ada masalah lagi besar

Dekat diri pada ALLAH,berdoalah dalam sujud dan bacalah zikir al mathurat percayalah semua masalah hidup akan dapat dilalui seiring usia.dan masa adalah pengubat setiap kesakitan dalam hidup.JANGAN terlalu bersedih sedangkan hidup ini untuk dinikmati dengan apa adanya.

membunuh diri bukan jalannya

seorang mengadu pada dr bahawa dia tidak sanggup lagi menghadapi tekanan hidup,dari kejatuhan businessnya yang menyebabkan dia menjadi papa kedana,pertelingkahan keluarga dan hutang piutang yang menyebabkan dia merasa ingin membunuh diri.

Pesan Dr,kenapa ingin mencabut nyawa sendiri sebelum waktunya.sedangkan kita adalah makhluk ALLAH yang tidak lari dari ujian hidup.Kadang2 tekanan itu perlu dalam hidup.bila tiada tekanan kita akan bermalasan dan hidup kita akan jadi hambar dan biasa.

Sabda Rasululullah"ssiapa yang membunuh dirinya dengan benda tajam,maka benda tajam itu akan dipegang untuk menikam perutnya di neraka jahanam,sesiapa yaang membunuh dirinya dengaan racun,maka dia akan meminumnya di neraka jahanam selama2nya,sesiapa yang menjatuhkan dirinya dari gunung semata2 untuk membunuh diri,maka dia akan menjatuhkan dirinya ke dalam neraka jahanam selama2nya"

Membunuh diri bukan penyelesaian masalah,fikirlah orang yang tinggal,atau sengsara yang akan mereka tanggung.Selama mana kah masalah akan menghantui kita?semuanya akan berubah seiring usia dan masa.dan hadapi saja dan percayalah jika susah tak selamanya dan jika senang bukan selamanya kerana hidup ini adalah sandiwara saja yang akan sentiasa  berubah2.

Kotak hitam pada pesawat diri 

Kotak hitam telah dicipta oleh david warren pada tahun 1953 kerana kesukaran menyiasat terjatuhnya jet komersil"the comet"pada tahun 1953 dan kegigihannya mencipta yang mengambil masa 3 tahun itu juga disebabkan kematian ayahnya ketika pesawat jatuh di australia pada 1934.

apabila usia sudah bertambah,kita bukan lagi untuk try n error,sebaliknya semua apa yang kita lakukan dalam hidup biarlah tersimpan dalam kotak hitam diri kita,sampai suatu saat semuanya akan terbongkar juga.Biarkan sejarah hitam tersimpan dalam kotak hitam masing2,dan basuhlah dengan zikir dan taubat sebelum kita terhempas(mati)dan semua org membuka kotak hitam kita itu.cukuplah ia dibuka di akhirat kelak.Maksudnya setiap orang ada kotak hitam dalam diri mereka,hanya kita dan ALLAH yang tahu,jadi walaupun kotak hitam itu terpateri,basuhlah selalu dengan taubat nasuha agar apabila kita mati kelak tiada siapa yang membongkar kotak hitam itu dan membaca semua apa yang kita telah lakukan dalam pesawat diri.

singkirkan racun dalam tubuh

Kadang2 kita sentiasa risau dengan perkara yang belum berlaku.Dan kita sentiasa risau perkara yang telah berlaku,bagi Dr sentiasalah memandang ke depan,apa yang sudah berlaku sudah tidak boleh dipatah balik.Dan jangan susah hati jika orang berkata tentang kita di belakang.sebab semakin orang berkata semakin banyak pahala kita.

Orang kita kerjanya suka makan.apa saja mesti ada kenduri,lahir anak kenduri,berkhatan kenduri,kahwin kenduri,pergi haji kenduri sudahnya asyik kenduri.sedar tak sedar mati pun ada kenduri.mkn dan makan,tak salah semua tu asalkan bertepatan syarak.tapi sedar tak setiap kali kenduri yang untung bukan orang kita tapi bangsa asing yang menjual bahan mentah.belum lagi kenduri yang diadakan di hotel2.kan bagus bujet kenduri tu membantu pengantin dari membuat secara besar2an dan akhirnya membazir.hanya ingin disebut orang.

dan setelah makan,kita disunatkan berpuasa untuk kesihatan.

mengelakkan sifat marah
hakikat marah dalam islam adalah marah yang terpuji dan tercela.

Hasan Al-Basri meriwayatakan"4 perkara yang jika ada pada org itu ALLAH akan menjaganya dari syaitan dan mengharamkannya dari api neraka iaitu sesiapa yang mampu mengawal dirinya ketika dalam keghairahan,ketakutan,syahwat dan kemarahan"

kawal marah dengan banyakkan minum air suam,8 gelas sehari dan lebih,dan sentiasa mewangikan diri atau sekeliling anda. dan bersenam 3E.

nafsu wanita sekitar 40an

Mengikut kajian ahli akedemik universiti Texas,nafsu seks wanita akan meningkat sekitar 30an dan awal 40an kerana kesedaran mereka akan fenomena menopous dan faktor psikologi



ikut mood

mood adalah frame of mind berkaitan dengan mental condition dan mental state.Manusia yang moody sukar ditentukan perangainya,kadang2 kelakar,baran dan berubah2.Orang yang ikut mood adalah orang yang malas dan suka bertangguh.orang yang ikut mood akan kehilangan kawan kerana sifatnya yang tidak menentu.cara untuk terikut dengan mood adalah dengan banyakkan membaca buku motivasi,mengambil contoh org lain yang berjaya.

cantik dan kacak

Tahukah anda melihat pasangan yang terlalu cantik atau kacak akan meningkatkan hormon kartisol(stress)apalagi jika pasangan kita yang cantik itu sentiasa dipandang oleh orang lain.kita akan mudah tertekan jika pasangan kita mudah mesra dengan orang lain.

Ada org sanggup untuk melakukan pembedahan plastik hanya untuk kelihatan cantik seketika.tapi percayalah cantik itu tidak kekal lama.jika cantik itu sudah hilang kerana ia buatan sendiri,dan pasangan kita meninggalkan kita.jadilah diri sendiri dan merasakan setiap ciptaan Tuhan itu cantik baru psikologi kita akan selamat.jangan banding2kan diri kita dengan artis dalam majalah atau siapa saja kerana ia akan membuat kita tertekan.

lupa,latah dan nyanyuk

Penyakit diatas dapat dielakkan dengan membaca.Membaca dapat menjana kepintaran,ia juga memberi kesihatan mental,fizikal dan spiritual.Saya terfikir dr banyak menulis yang hebat2.saya yang membaca ni kadang2 banyak dipengaruhi oleh tulisan Dr.HEBAT sebenarnya menjadi seorang penulis ini.Tulisan yang lahir dari hati mampu merubah sang pembaca.orang yang down akan jadi bersemangat,orang yang sakit akan kuat melawan penyakitnya,orang yang bergelumang dgn dosa coba menjauhinya.insyaALLAH saya teringin hendak jadi penulis 

 Dalam jiwa manusia itu sentiasa ada dua golongan yang membawa kepada kebaikan iaitu malaikat yang sentiasa setia atau qarin (jin )yang sentiasa menghasut untuk kejahatan dan kemungkaran.di setiap perkara yang ingin kita buat,kadang2 hati kita berbisik antara niat baik dan niat jahat,disinilah permainan dua jiwa ini dan jangan biarkan qarin menguasai anda..kerana sudahnya akan merana.



Post a Comment

Thank you,come again :)

Previous Post Next Post