Online marketing & recruitment

06:02:00


Salam,

Last weekend my leader and his wife spend masa di rumah saya,
Konon nak mandi kolam,end up tukar jadi cikgu FB ads,online marketing.For info saya dah berjaya linkkan page Fb saya "Love coway"ke blog Irda Garmin.Secara tak langsung ia menjadi medium iklan page coway di blog!

So my leader nasihatkan saya gunakan sepenuhnya page fb untuk online marketing.SO far selain page ni,saya ada page2 location yang lain untuk memudahkan customer cari coway di kawasan yang berdekatan dengan mereka.Seperti coway puncak alam,selayang,keramat,klang,jeram dan kuala selangor.

Melalui fb page location,ada juga kawan2 saya yang dapat customer melalui carian googles oleh customer yang tinggal di kawasan berkenaan.So ini adalah cubaan saya juga.Selain face to face,why not cuba cara ni kan.

PAGE utama saya adalah seperti dibawah,dan saya akan utilised sepenuhnya dan rajin update apa2 aktiviti,selepas ini saya akan registerkan iklan berbayar.cuma saya terfikir siapa tukang nak jawab all inquiry kalau ada ya.mungkin saya selang seli jawab pm customer sambil buat kerja rutin.saya kan cuba nanti,dan tengok apa progresskan..belum cuba belum tahu kan...


main page love coway link tu irda garmin

Melalui teknik yang diajar,mudah sebenarnya nak buat marketing online ni,cuma saya ni je kadang2 tak sempat nak berguru dengan HM saya ni,dan kadang2 ada je hal yang menyukarkan kami duduk semeja untuk menimba ilmu free dari dia.

Weekend tu s ilmu percuma ini telah dicurahkan pada saya siap datang umah lagi nak ajar kan.Saya cuma upah mereka dengan masakan saya je...

"u all nak makan apa ya?"saya bertanya sebelum mereka datang

"masak minang lah irda,sesekali masakan minang dari kamu mesti sedapkan,"saya garu kepala,nak masak lemak ke?aduhai...mana saya nak cari santan bagai hari dah mula petang ni,yelah saya baru je nak mengemas rumah lepas beberapa hari sibuk diluaran

"Mama masak je yang papa suka ,yang mama masak tu semua sedap,"hubby bagi idea.

sudahnya saya hanya perap ayam berempah,goreng,sayur pucuk paku goreng belacan,pregedel kentang dan telur dadar,air sarsi..simple je kan?hehehe..saya masak apa yang ada di rumahni je.
sebelum di goreng
siap di goreng


pregedel kentang adalah favourite mr hubby,katanya kat mana2 kedai dia makan pun tak sama dengan apa yang saya buat,ke kutub utara atau kutub selatan,dia cari simple menu di atas tak sama katannya...hemm ye ke?hehe layan je lah ya...menu ni simple tapi agak leceh...

mula2 bersihkan kentang,goreng kentang sampai masak,kemudian lenyek sehingga lembut.taburkan garam dan sedikit perisa selepas dilenyek.

ada orang letakkan daging lah,hati ayam lah,saya tak letak tu semua,sebab hilang rasa kentang yang sedap tu.cuma bila buat pregedel pastikan bawangnya bukan bawang besar.saya nak bawang yang harum seperti bawang siam atau bawang indonesia.bawang dia kalau digoreng memang lain sikit baunya.jangan pakai bawang india sebab nanti rasa dia lain.bawang tue lah yang buat dia rasa lain dari yang lain.hiris halus2,goreng..bila dah kekuningan amik daun sup dan daun bawang,hiris halus,dan goreng sekali dengan bawang tadi.bila dah kuning masukkan dalam kentang yang dilenyek tadi.gaulkan hingga bawang meresap dalam kentang.

kemudian bulat2 kan seperti diatas,amik sebijik telur,dan goreng selepas dicelup dengan telur?simple je kan...heheh tapi itulah rahsianya..bawang tu memainkan peranan untuk memberikan rasa manis dan harum pregedel kentang anda.

menu kedua saya adalah pucuk paku tumis belacan dan ayam goreng berempah.tak sempat nak snap pic,habis sold out!..ok back to main tajuk..menu diatas hanya iklan sejenak

Fb page ni saya kena selalu rajin update,once dah banyak update baru register iklan berbayar.WAHH patutlah owner fb ni makin kaya,rupanya dah lama dah orang buat bisness melalui fb.Contohnya di coway sendiri ada orang spend 3000 sebulan untuk bayar kat fb saja,budak ni yang saya dengar langsung tak turun padang booth,online marketing saja,selain blog dia menggunakan sepenuhnya fb page,so far resultnya turut memberangsangkan.

Tapi ada juga yang spend banyak kat fb ads ni,ada yang xde result pun.rezeki masing2 lah kan...kita usaha saja,kita tidak tau ALLAH nak hantar rezeki bagaimana dan cara macam mana.Macam semalam,tetiba je ada orang pm saya di fb untuk beli coway dan terus register malam tu jugak.Kann...saya just update status je terus pm dan beli,so tak salahkan kita berkongsi dan secara tak langsung ia iklan percuma di fb,

Sekarang selain aktif cari sales saya juga dah mula recruit orang.bawah saya dah ada 5 orang.walaupun masing2 semua partime..tapi once saya dah 100% di coway nanti pasti semua jadi fulltime.


Ini adalah ahli terbaru bawah saya.baru register sebagai agent coway minggu lepas.Susah ke nak jual coway?TAK ...

Tak semestinya anda kena pandai cakap atau hebat buat sales baru boleh jadi agent coway.Tak susah pun jual coway ni.Ada je agent yang pendiam dan pemalu boleh jual 10-15 unit sebulan.Ada je kawan2 saya yang tak agresif dulu,bila join sales coway terus automatik agresif.

Once kita dah rasa duit hasil dari coway,automatic anda akan jadi workholic dan agresif.

So siapa yang join under saya ...saya tak cari orang yang pandai buat sales tapi saya cari orang yang tak kenal putus asa dan rajin.Bakat boleh digilap,saya akan turunkan semua ilmu saya tak seberapa ni,tapi sifat rajin dan tak kenal putus asa tu hanya orang tu sahaja boleh wujudkan dalam dirinya.

Kalau ada bakat saja,tapi anda mudah putus asa anda tidak boleh jadi sebahagian dari team saya.Ada bakat saja,tapi anda pemalas,semua minta orang suap anda tak boleh sebahagian dari team saya.

saya mencari orang2 yang rajin berusaha untuk memperbaiki diri..genap 30 orang bawah saya..baru saya sedia nak jadi HM pula...hehehe..cita2 besarkan?

ok now...focus saya adalah aktifkan page dan registerkan iklan berbayar at least rm15 per day dalam fb,then saya akan update resultnya soon!tak cuba tak tahu kan...

page induk saya adalah love coway,dan page sampingan yang tak berapa nak aktif adalah coway klang,coway puncak alam,coway selayang,coway jeram,coway kuala selangor.

ONCE ada orang view saya boleh nampak dalam notification & so far ada jugalah orang yang call sekedar bertanya.

kawan saya dah dapat 5 sales melalui page location..me?soon insyaALLAH...amin2

You Might Also Like

0 comments

Thank you,come again :)

CLICK MY LOVE COWAY

CLICK MY INSTAGRAM