Puteri Beach Resort-Port Dickson

16:06:00

As Salam..

Dalam sibuknya orang update dividend asb di bulan Januari,nak top up asb loan,cancel and so on,boleh pulak saya ambil annual leave!

Jika tahun lepas bulan januari saya tidak akan ambil cuti kerana saya nak focus untuk customer walkin di bank.Tapi berbeza tahun ni,semua kerja simpan drawer dan saya mengikuti aktiviti bersama2 one team!kuasa apa yang membuat saya ingin follow mereka.mungkin ingin lari sejenak dari serabutnya kepala..

Bangi+KL+Seremban,we r family in one team

 Saya beruntung sebahagian dari mereka,walaupun saya bukanlah 100% focus seperti mereka.tapi masih diberi peluang untuk joint outdoor activity.seronok?hehe saya banyak dengan hp semasa di puteri beach resort,sebab client bank mencari2 saya.aduhai...walaupun mereka gelak ketawa,saya masih dengan kerja rutin sambil duduk sebagai pemerhati.
 
Aktiviti di malam hari

Lama tak karaoke..suara saya pun xlah sedap mana.tapi bolehlah kalau nyanyi ramai2 kan.masa ni sambut salah seorang team members besday.siap ada surprise kek..dan yang tak tahan sampai kat beach resort...habis putih satu badan!bermandikan tepung...ingatkan saya tak kena..saya juga dikenakan..aduhai..dah lah pakai baju hitam...
hening subuh dr puteri beach resort port dickson.jauh pandangan ke tengah lautan.bila  jauh memandang,fikiran jauh melayang
pagi di port dickson,buka tingkap pandang laut sungguh tenang.tunggu matahari terbit sempat jiwa memandang penuh taksub ciptaan Tuhan.Mungkin saya terlalu sibuk sejak kebelakangan ini,sesekali dapat lari dari serabutnya kepala sungguh tenang rasanya.

usai solat subuh,saya yang macam kakak2,nasib kakak2 bukan makcik2,kejutkan yang satu bilik dengan saya.apartment beach resort ni ada yang dua bilik,3 bilik rate dalam 250-400 kalau tak silap saya.kejutkan bilik sebelah untuk subuh,dan sempat kejutkan dalam group wassap untuk budak2 lelaki yang berlainan tingkat dari saya.takkan saya nak pergi bilik diorang pula kan...
oklah tanggungjawab saya dah selesai...tanggungjawab mereka pula untuk bangun subuh.
view dari depan apartment
apartment saya di tingkat 6.ada 3 bilik...bilik saya ,saya hanya berdua dengan kina,bilik sebelah ada yang ber tiga,kesian pula mereka yang bersempit2.tapi mereka memang suka begitu.malam hari ada yang main game sampai saya tak pasti mereka tido pukul berapa.

Flawless gitu...walaupun saya xberapa flawless :)
Terima kasih yang concern pinjamkan saya inner kat tangan.selalu kalau pakai t shirt jarang saya tutup lengan saya.ternyata room mate saya sangat prihatin bab2 gini.hehehe..
Ain ibu mengandung yang paling ceria




breakfast time
breakfast kami secara potluck di tepi panai,team dari seremban yang bawa semua.terlalu banyak pilihan makanan,walaupun tiada tikar kami boleh je bersila di atas pasir pantai yang tak kotor pun
Sesekali jadi kanak-kanak ribena :)
Banyak aktiviti yang diatur hari tu,saya yang malas dan tidak berapa ada mood ada yang terpaksa join juga untuk menjaga hati leader.ada game yang kena bawa bola dalam celah kaki,bawa bola pin pong dalam sudu.aduhai malasnya...bila orang lain happy2 dan berborak2..saya masih dengan mobile.

saya dapat info yang kurang menyenangkan sewaktu saya beramai2 di pd.semuanya urusan kerja saya di banking..aduhai..rasanya saya kena focus salah satu2 ...
we are champion!
tergelak-gelak bila tengok balik aksi lompat budak2 ni
mencari gula-gula dalam tepung

selesai semua aktiviti,budak2 semua nak mandi kolam.saya yang bujet serius dari tadi hanya sebagai pemerhati.ada aktiviti saya cuba ngelak...heheh rupanya leader saya perasan saya muka serius je.

"irda jangan nak serius sangat,waahhh bujet serius ye,bujet serius ya"tetiba .

habis wajah saya disimbah dengan tepung oleh leader saya,saya yang pakai contact lense masa tu,terasa pedih sedikit mata.leader saya berjaya lari sejauh2nya takut dapat tendangan kaki sebagai balasan.inilah namanya baling batu sembunyi tangan ye...amboii..nasib saya xlarat nak mengejar...

saya  apalagi,meraba2 mencari jalan,sebab mata sudah pedih terkena tepung,nasib jumpa wife kepada leader saya,sempat saya mengadu...wuaa mata saya pedih..mata yang pakai contact lense telah dimasuki tepung!akhirnya saya hanya duduk di bawah pokok antara menangis dan tidak...huhu..apalagi masa tue pasir pantai sudah bermandi tepung.rupanya bermain  tepung dari semalam tak cukup2 lagi rupanya.hari ni mereka sambung lagi..saya hanya tersenyum melihat telatah semua orang

saya yang duduk di bawah pokok hanya memerhati,sambil makan semua makanan yang masih banyak 
tadi.mereka berlari2,bergambar saya duduk dari jauh hanya makan!heheh.sebab cuaca sudah mulai panas
bawak tepung dari kl rupanya..kuang asam  beb!

siap-siap nak balik KL
Sewaktu sesi penyampaian hadiah ,saya telah angkat kaki ke apartment.saya tinggalkan mereka yang menang apa2 game tadi,takpalah,team saya ada yang menang juga tu.saya biarkan mereka untuk berkongsi hamper.

sampai dalam bilik,saya mandi dan bersiap-siap untuk balik KL..Saya dah rindukan alya.semalam nak tido pun call saya,kesian malam tadi dia tido tanpa saya.saya hendak pulang sebelum dia balik dari sekolah.so kami chekout tepat 12.30 pm!
one team on the road


setiap members wajib ada car sticker one team,sebab GM nak one team dikenali!Dalam coway banyak team bawah GM berbeza,ada nama group tersendiri dan identiti sendiri.dan saya adalah salah seorang dari team one team,saya tiada kereta untuk ditampal car stciker ni.Balik kl pun harap ehsan kawan2 yang bagi tumpang sampai rumah.

"irda bawaklah kereta lagi,mcm mana nak buat sales tak drive!"hehehe saya senyum je.selama ni boleh je saya buat sales tanpa drive.:)heheh..i will..one day hokey.

check out time..kami rindu anak di rumah.
sebelum meneruskan konvoi berjalan pulang ke KL,kami singgah lunch di sebuah restoran yang diperkenalkan oleh salah seorang kawan.Kalau makan ramai2 mesti selalu murah rezeki tau.kadang2 leader yang bayar.Tapi hari ni syuhada yang bayar!my exschoolmate yang dulu house wife,sekarang income kalah income saya di bank'!setakat makan ramai2 apalah sangat kan syu..hehe

terima kasih syu bayarkan lunch kami..esok2 belanja lagi ::P~~

Dengan kenyang nya perut dan mata sudah berat,perjalanan pulang ke rumah bermula.kawan saya drive,yang lain berborak,saya yang jadi penumpang setia,kroh kroh di belakang.hehehe...

terima kasih coway,terima kasih one team,terima kasih kawan2,untuk dua hari yang indah bersama kalian di puteri beach resort port dickson.Next plan,our team ke krabi ya!jommm!:) tapi sebelum tu kerja keras dulu lepas ni untuk cari more sales!aamin

dan hp saya buka,saya semak group champion untuk bank pula.wahh banyaknya saya terlepas info  mereka.Next 22/1 saya dpt invitation for 50 achievers nationwide!pfc kick off pula.

saya terdiam dan merenung jauh ke tepi highway jalan,bingitnya suara kawan dan kuatnya lagu,tapi jiwa saya sedang merenung sesuatu.saya terfikir bila  saya akan focus satu core career saya...semuanya masih belum ada akhirnya

3 comments

  1. Solat Istikarah dahulu utk pilih mana 1 jln yg tepat dlm career anda.. Sy tunggu pilihan anda & I'll support you sista...hahaha

    ReplyDelete
  2. Ermm....dua2 kerjaya yg blh bawak anda jauh...cuma mana satu suka & enjoy the most...sbb we wont be able to gain both in a same time...all the best to you... keep it up chill

    ReplyDelete
  3. terima kasih atas saranannya.saya hargai...

    ReplyDelete

Thank you,come again :)

CLICK MY LOVE COWAY

CLICK MY INSTAGRAM