saya bukanlah ustazah,hakta berpakaian pun saya tidak berpurdah mahupun berjubah,perbaiki tanggapan anda saya adalah contoh muslimah kerana saya bukan dan saya bukan orangnya......saya hanya ingin berkongsi..apa yang saya lakukan dalam hari..dalam lapangan kerja saya,

satu hari satu sales kadang-kadang lebih dari satu,pendekatan yang saya gunakan bukan sweet talker,atau kerana golden mouth,tapi tidak dapat tidak ia merupakan satu kaedah spiritual yang saya amalkan,pendekatan pada Tuhan. dan saya dapat rasakan perubahannya.

Terpanggil untuk berkongsi apabila ada orang yang bertanya

"sis Irda,macam mana handle dua kerja ni"

"sis irda,saya belum dapat point tu,silalah share"

"saya ingin menjadi seperti kak irda..mentor saya"

"fighting spirit ko kuat beb..."

"ko boleh pergi jauh lagi...respect semangat.ko xperlu sama level ngan aku,ko atas aku"

"saya tak boleh jadi macam sis irda,buat kerja rumah,kerja coway dan kerja bank.saya ni yang satu kerja ni pun,kerja rumah dan urusan anak semua mak buat...hemm respect" 

"akk..napa semakin kurus ni..akk kuat kerja sangat ni.susah ni nak win both kerja"-

Hemmm jika nak di tenung ,ia sebenarnya tiada apa-apa,tiada rahsia apa-apa.dan bagi saya apa yang saya ada sekarang ini hanya sedikit cetusan semangat...pencapaian saya masih nipis dan tipis..dan masih tiada apa sangat berbanding orang lain yang sudah berjaya jauh dari saya..

cuma mungkin sedikit usaha dan perkongsian saya..dan sedikit semangat saya menjadikan orang lain merasa aura yang sama ...merasakan saya cukup kuat..sebenarnya saya tidak sekuat mana selain hati saya yang cekal..


satu hari satu sales!dimana mulanya?

Saya mulakan dari rumah.

1)Bangun awal

Kadang saya bangun pagi pukul 3.30-4.30 am..kadang-kadang saya sempat tahajud,kadang2 ada tangisan di waktu dini pagi itu/kadang-kadang ya saya buat tahajud..bukan selalu...kadang2..saya masih belum disiplin melakukannya..kenapa saya mudah menangis di dalam tahajud

i)masih banyak cita-cita saya tak kesampaian.
ii)sedar saya juga pendosa tegar
iii)saya masih belum berada di tahap yang saya impikan
iv)saya takut mati
v)saya takut mati dalam kesalahan


kadang-kadang hati saya hiba saat ini,kadang-kadang bila saya buka bacaan al quran,hati saya dah menjauh..entah kenapa hati saya begitu tenang saat begitu...

sedangkan saya sedia maklum..disaat orang lain tidur. dan kamu berjaga,mintalah pada Tuhanmu apa saja kerana waktu itu adalah waktu-waktu doa dimakbulkan.

Kadang-kadang lepas bangun saya tidak tidur,kadang tidur balik.kalau saya tidak tidur,saya akan baca buku,saya akan menulis di blog,saya akan laundry ,kalau ada benda nak buat sarapan.saya akan buat dulu.

Ternyata bila saya berpagi-pagi..mesti hari itu ada je sales yang sangkut..dan perjalanan kerja saya begitu lancar..walaupun orang tengok saya terkejar-kejar dengan masa,tapi saya merasakan semuanya mudah.

2)sehari selembar AL-QURAN

Mulai October tahun lepas,saya cuba khatamkan balik al-quran yang saya lama tak sentuh.sehari walau selembar..lepas subuh selalunya,sebelum mandikan anak,saya akan baca dalam bilik.Saya biarkan alya terjaga dengan bacaan saya yang sengaja agak saya kuatkan.kadang-kadang hubby pun hanya dikejutkan dengan bacaan saya.sebab kalau dikejutkan dengan mulut,masing-masing liat bangun..

Saya teringin nak belajar tajwid balik.dan taranum..tapi entahlah urusan dunia saya ini begitu melelahkan.Kadang-kadang saya selalu resah dengan urusan kerja saya.kadang-kadang pening lalat je selalu.

Kadang-kadang saya terfikir adakah urusan akhirat itu hanya difocuskan bilamana orang itu usia dah beranjak senja?

.
3)mulakan dengan dhuha

sampai di office,sebelum minum pagi sekitar jam 9.30 pagi,saya akan mulakan hari itu dengan solat sunat dhuha dua rakaat.Ternyata sejak saya amalkan solat dhuha..banyak keajaiban berlaku dalam rutin harian saya.tak perlu saya ceritakan kesemuanya.hanya saya dapat merasakannya...


Mula-mula saya tergerak hati untuk mulakan solat sunat dhuha(solat ini tanda kita bersyukur dengan nikmat pemberian ALLAH) ketika wardina safiyyah selalu post dalam fb nya tentang keajaiban solat dhuha.saya yang ingin mencuba menjadikan google untuk belajar.

doa dhuha kalau anda buka utube dan dengar secara berlagu,sangat menyejukkan hati.mula-mula saya solat dhuha,doanya saya tulis kat kertas,bila nak berdoa saya buka kertas sebab tak hafal.Lama-lama dah terbiasa hafal.Benar alah bisa tegal biasa.Sekarang kalau saya tak buat dhuha sebelum mula enjin kerja,bagaikan ada sesuatu kekurangan. 


doa dhuha(alya pun hafal doa ni)
Terjemahan Doa Shalat Dhuha diatas ialah :  Ya Allah Bahwasanya waktu dhuha itu waktu Dhuhamu, kecantikan itu ialah kecantikan mu, keindahan itu keindahan mu, kekuatan itu kekuatanmu, kekuasaan itu kekuasaan mu dan perlindungan itu, perlindungan mu ”’.
”’ Ya AllAh jiikaa Rizkiku masih di atas langit, turunkanlah dan jika ada di dlm bumi maka keluar kanlah, jika sukar maka mudahkanlah, jika haram maka sucikanlah, jika masih jauh maka dekatkanlah, berkah waktu dhuha, keagungan, keindahan, kekuatan, dan kekuasaanmu, limpahkanlah kpd ku segala yg telah engkau limpahkan kdp Hamba2 mu yg shaleh ”’.

Melalui solat ini saya dapat merasakan kasih sayang ALLAH itu begitu dekat.Banyak hal-hal yang berlaku dalam aktiviti harian saya bagaikan ada malaikat yang menghantar sayap untuk membantu.saya hanya cerita bab-bab kerja belum bab peribadi yang lain.yang lain biarlah rahsia untuk saya.

saya orangnya bukanlah begitu teliti,apa yang saya tahu saya ingin nak cepat je semua proses kerja saya.saya tidak menyusun begitu baik apa jua info-info banking  atau apa sahaja.mungkin sebab kecelaruan saya kerana saya senior dan semua perkara dalam otak saya dan saya sorang yang ada semua licence marketing,jadi banyak product bank atas kepala saya untuk saya focus,belum masuk coway punya hal,kalau ada emcee lagi..aduhai, terlalu banyak perkara yang saya ingin selesaikan dalam satu-satu masa,jadi semuanya saya kelam kabut.Kadang-kadang kekalutan saya boleh nampak pada wajah saya.

Tapi ALLAH menghantar seorang rakan sekerja yang begitu kemas dan tersusun cara kerjanya.setiap kali ada orang datang nak bertanya tentang investment,klik aje file dia,setiap kali ada orang nak tanya housing loan,asb,investment,medical/hayat insurance,overdraft facility,atau apa saja,semua sudah tersusun dalam file folder dia.ALLAH...permudahkan kerja saya melalui orang2 yang hadir dalam aktiviti saya.Alhamdulilah.kalau tidak saya akan kelam kabut mencari form,info,calculaton method jika ini tiada.

kadang-kadang nak contact satu-satu department pun,saya refer diari dia,diari saya tunggang langgang dengan pelbagai info lain.

alahai irda..berlemah lembut dan bertenanglah..saya dalam proses itu sekarang dan saya akan bermeditasi dengan suasana agar saya lebih bertenang dan teratur selepas ini..doakan saya..saya tidak mahu kelam kabut lagi..kerana itu dibenci ALLAH.

saya orangnya agak tegas dalam bekerja,dan saya memang tak boleh terima kalau orang lain banyak cakap kerja tak jalan,memang kena sound tempek.sebab bagi saya seminit yang berlalu saya mebazir masa saya.dan Tuhan hadirkan rakan sekerja yang cool dan tak banyak cakap,jadi sesuailah dengan saya kan.jadi banyak kerja boleh selesai dengan mudah.

dan kedua-dua partner saya sekarang adalah lelaki,dua-dua agak pendiam,sorang kerja memang teliti,sorang lagi tak banyak cakap,buat kerje dia je..so senang saya nak berurusan dengan orang-orang macam ni.

dan saya mulakan solat dhuha ini sejak tiga tahun yang lalu,dan hari demi hari saya merasakan kasih syg Allah itu begitu dekat sekali.

puasa sunat isnin & khamis

puasa bukan sahaja baik untuk kesihatan,tetapi puasa juga mampu melawan hawa nafsu.
nafsu marah saya sentiasa diundang apalagi saya berurusan dengan bermacam-macam ragam manusia
ada saja yang buat saya kadang-kadang telinga merah,apalagi kalau orang berlagak macam bagus.

Untuk maintainkan profesional,kemarahan orang saya tidak boleh balas dengan kemarahan.Hanya puasa dan beredar dari situ kadang-kadang kesabaran saya masih ada.Saya tak suka jika orang yang datang bertanya,tapi datang macam mengajar saya pula,saya tak suka kalau orang yang datang macam dia kaya sorang,saya tak suka kalau urusan kerja saya cuba dicampur adukkan dengan ayat-ayat kasanova.CLIENT miang ni...memang menyampah...fullstop saya tidak akan menoleh lagi pada orang itu,dan saya akan berlalu...

saya fikir saya di banking hall,profesional saya jaga..

puasa juga adalah salah satu cara kita minta belas kasihan ALLAH,doa-doa orang berpuasa itu akan makbul.bayangkan saya pernah close half million asb dalam satu hari walaupun saya letih dan haus ketika berpuasa,ketika itu jugalah saya tidak henyi-henti menerima client.bayangkan jika satu orang kalau ambik 50k,,nak half million tu at least saya kena bercakap berapa orang?dan tak semua orang akan closekan...tapi Alhamdulilah saya mampu bertahan hingga magrib,saya anggap itu ujian kasih syg dari ALLAH.

Saya jarang keluar jumpa client di luar,client yang datang walkin pun sudah mencukupi,cuma saya je kadang-kadang tak terkejar nak tegur semua orang.

orang beranggapan kat genting tu berapa sangatlah orang bumiputra,golden triangle kan..macam susah nak jual asb.tapi itu orang kata kan?actually mana branch pun kita duduk,kalau rezeki tak kemana.

bersedekahlah

ALLAH berkata..nabi juga bersabda"tidak akan jatuh papa kedana orang itu jika dia bersedekah"dan sebaik-baik sedekah adalah dalam keluarga sendiri dan diikuti orang lain.

sedekah bukan sahaja dengan wang ringgit,senyum juga sedekah.

rajinlah2 beramah tamah kerana bersifat ramah itu juga sedekah bukan sahaja dengan orang yang datang ke bank berkolar dan berpakain smart,orang yang berjawatan bagus atau orang yang nampak kaya,pada orang-orang biasa juga.contohnya sembang dengan pakcik guard,makcik cleaner mahupun pakcik2 driver kepada boss2 besar genting ni.abg-abg driver pun senyum jugaklah kan..hehehe...jangan lebih-lebih sudah

Kalau ada duit lebih,bila pergi minum belilah air teh tarik sebungkus dua takpun kuih muih dan bagilah pakcik-pakcik guard tu,tu pun sedekah,bayangkan jika mereka itu bapa kita kan?

bila jumpa makcik cleaner kat toilet ka,kat kedai ka..tanya khabar..senyum..apa jua jawatan kita,orang tua tu wajib kita beramah tamah.disitu kunci rezeki juga sebenarnya.

kalau xde modal nak borak..cakap je..harumnya toilet ni makcik cuci,makcik pakai sabun apa?anak makcik dah kahwin?jangan tanya makcik dah kahwin?cam tak logik ja..kot ye pun nak beramah..

jauhilah gosip

saya memang kadang-kadang tak amik lunch sangat,kadang-kadang kalau lapar,saya tapau makan sekejap dan terus buat kerja.kalau satu hari tu belum ada sales,saya akan cari sales dulu baru makan.mungkin sudah biasa...

kalau lapar sangat dan keje berlambak..saya akan makan buah potong sambil menghadap pc,kalau tetiba client datang,saya sorok buah belakang monitor.

kadang-kadang kalau kepala saya dah serabut,ada masalah apa-apa,saya akan keluar pergi minum sekejap.selalunya saya lebih suka berseorangan,sebab masa rehat tu saya akan isi dengan baca newsfeed fb atau pun baca paper.paper pilihan utusan!heheh...pro kerajaan nampak..xdelah..dah itu je paper yang ada kat kedai tu..tak pun metro

dan lagi satu saya kurang sikit nak kuar ramai-ramai dengan ofice mate,mungkin saya nak elakkan dari sembang kosong.sebab waktu kerja masa saya tersangatlah limited,lagipun bila perempuan-perempuan dah berkumpul,ada je gosip nak keluarkan.gosip artislah,gosip orang tu orang ni lah..hehe bukan nak tunjuk baik,kadang-kadang saya tergosip jugak

cuma saya fikir,masa saya itu ibarat pedang.saya lambat saya yang terhunus,sedangkan ada orang menunggu approval,menunggu quatation,menunggu appeal process,jadi saya memang xkuar dengan ofis mate sangat time rehat

lagipun gosip-gosip ni ibarat mengumpat jugalah kan?so kalau boleh elakkanlah kalau tak nak rezeki sempit.siapa kita nak menghukum dosa pahala orang?siapa kita untuk menghukum baik buruk orang?jaga diri sendiri dan keluarga sendiri lagi bagus,esok-esok jangan kita sibuk dok cerita pasal orang,cerita dalam kelambu sendiri berciciran!.

bertegur sapalah walaupun ada yang tidak puas hati

berurusan dengan orang dan rakan sekerja yang bermacam hal,kadang-kadang ada hati kita yang bengkak..sudahnya ada yang termasam muka kalau ketidakpuasan hati tak lepas.

Tapi jangan sampai tidak puas hati tu buat kita tak bertegur sapa,lebih 3 hari tak bertegur tu dah dosa tu.sedangkan :"Jika ingin dimurahkan rezekinya,dipanjangkan umurnya hendaklah dia menjaga silaturrahim"

macam mana pun peel rakan sekerja kita,jangan sesekali menuding jari dan menyalahkan.tegur je lah walaupun hati kita ni menyampah kat dia.

saya teringat satu cerita,saya pernah juga tidak ditegur oleh seorang rakan sebab salah faham.ada juga nada perli memerli,..saya yang tidak amik port sangat..saya nampak dia saya tegur,nak raya saya salam.sudahnya dia malu sorang.mungkin sebab dia malu lagi tua tapi perangai macam budak-budak sekolah.


akhirnya sekarang kami jadi kawan baik,saya tidak pernah simpan dalam hati...

bukankah kemarahan itu jika dibalas dengan kasih syg?hujungnya kasih syg juga yang datang...jika saya melayani cara dia melayan saya..saya sama jugalah dengannya..ya tak?tiada bezanya saya dengan dia..dimana letaknya kematangan saya ?jika saya juga membalas?

hati yang bahagia,rezeki yang murah..adalah bila kita redha dengan banyak perkara.kita tidak boleh memuaskan hati semua orang dalam satu-satu masa,kadang-kadang tanpa kita sedari mungkin ada perkara yang kita buat menyakitkan hati orang lain..jadi sebagai seorang yang berfikir panjang,dan merasakan hidup ini singkat...

cari sahaja jalan penyelesaian...bukan terus menerus bermusuhan..kerana kerja saya ini memerlukan kasih syg TUHAN dalam memberi rezeki setiap hari.dan saya perlu profesional dalam bekerja..

memang saya bukan bekerja sebagai doktor,peguam atau bidang-bidang profesional yang lain.tapi kerja saya perlukan mood,perlukan informasi,perlukan keceriaan,dan semua itu bergantung pada hati yang tenteram dan fikiran yang lapang.

dan semua itu hanya boleh diperolehi dengan mendekatkan diri dengan Tuhan.ini bukan soal pandai cakap atau pandai susun ayat tapi ini soal rezeki.Dan sebaik-baik pemberi rezeki hanya ALLAH.

Dan ALhamdulilah sejak saya bergelar sales person,hari saya tidak pernah kosong dengan sales,!pasti ada walaupun hanya satu!kadang-kadang lebih dari satu,,kerana apa?KERANA ALLAH BANTU...

Post a Comment

Thank you,come again :)

Previous Post Next Post