FB:fikir dulu sebelum share

21:24:00


"dalam dunia network yg canggih..terlalu ramai wartawan FB atau wartawan di whatsapp.dengan berkongsi perkara2 politik,gosip2 artis atau apa sahaja...ada perkongsian yg elok..alhamdulilah..moga ada nilai yg baik disitu..ada yg tidak..terpulang pd motif disitu..agak jadi polemik yg memualkan jika perkongsian itu diberi ulasan demi ulasan dgn mencerca,menghina and tidak kurang jugak diadaptasi dlm bentuk kartun2 yg tak paham apa tujuannya..seperti kartun rosmah..atau najib yg pd pendapat sy seperti menghina..ingin sy jelaskan disini..sy bukanlah penyokong mana2 parti politik di m'sia..tp sy sekedar melihat dan berasa terpanggil"

Tun mahathir pernah berkata"dilema kita adalah membenarkan kebebasan yg ekstrim dlm media,sebaliknya bila kita menyekat kita dituduh tidak demokratik.berhadapan dengan dilema ini kita hanya boleh berharap perasaan TANGGUNGJAWAB drpd wartawan dlm menyampaikan sesuatu isu."anda sebagai pengguna dan wartawan FB ATAU pengforward whatsapp group yg tak bergaji.jd haruslah mengamalkan 2S.SEMAK & SEBAR..dan cuba  hilangkan niat menambah lagi propaganda politik jika anda hanya pemerhati seperti sy.yg masih mentah menilai dr pelbagai sudut.
agak keterlaluan jika kita org biasa2,,yg cetek ilmu agama...menyebar luas kartun2 yg diubah2 dlm perlbagai bentuk dan gaya yg menjelekkan individu tertentu ddn anda share pd org lain.
..
bukankah ALLAH pernah berfirman dlm surah AN-NAHL ayat 125"serulah manusia ke jalan tuhan mu dgn cara hikmah dan pelajaran yg baik dan bantahlah mereka dgn cara yg baik .sesungguhnya Tuhanmu DIALAH yg lebih mengetahui org2 yg mendapat petunjuk"..jd ada banyak cara anda berkomunikasi dan menyampaikan sesuatu.sila SEMAK & SEBAR..DAN tak perlu bersifat mengaibkan"


Membaca kembali posting lama-lama saya di Fb,ada yang saya tersenyum sendiri dan ada yang ingin saya tambah nilai point di blog ini

Jika dulu semua perkara saya suka share di FB,tapi sekarang semakin ramai client yang menjadi friends dan saya semakin matang,saya semakin berfikir sebelum share.Mungkin dulu FB hanya ada kawan-kawan ofis,kawan sekolah dan saudara mara,jadi apa yang terlintas di fikiran semuanya saya share untuk berkongsi dengan mereka.Tapi bila ada orang lain yang mungkin tidak berapa mengenali saya,saya terfikir perlu ke berkongsi?

Sebab mungkin ada orang yang ingin add saya sebagai friend itu hanya jadi stalker saya...hehe tapi saya tak kisah pun.lama-lama akan penat juga...kerana saya tak kisah berapa orang nak stalk saya,asalkan saya tidak menganiaya sesiapa..hidup ini terlalu singkat untuk memikirkan apa orang fikir tentang kita,sedangkan orang yang berfikir panjang...dia tahu apa nilai masa...masa itu ibarat emas,seinci emas yang hilang mampu dibeli baru,tapi seinci masa yang hilang,belum tentu dapat diganti dengan emas..

Eeh irda macam perasan artis lah sangat ko ni kan..."

kahkah..memang perasan sangat taau...tapi nak buat macam mana..dunia marketing kadang-kadang orang stalk performance kita apalagi pesaing-pesaing kita..,kadang-kadang ada juga client stalk siapa kita.aduhai...

"i dah kahwin encik,anak dah ada,dah hampir 10 tahun kahwin"

perlu ke bagitahu semua...saya sedang bahagia sangat...atau saya sedang sedih sangat
sedangkan orang yang mempamerkan bahagianya di depan public sebenarnya tidak bahagia,dan perlu ke cerita semua hal..sedangkan apa yang ada dalam kehidupan kita berumahtangga ibarat menepuk air di dulang...maruah suami kita atas kepala kita,maruah isteri kita di atas kepala ..dua-dua saling menjaga disitu timbulnya kerukunan ..kerana sedangkan lidah lagi tergigit ini pula suami isteri.

orang yang matang,even ustad mahupun ustazah,orang yang educated...titik bengik kehidupan berumahtangga itu biasa..kadang-kadang tersalah beli sayur pun jadi issue,pesan lain beli lain pun jadi issue..takkan itupun nak tulis ketidak puasan hati kita di fb..choi!!siapa pun mereka yang berkeluarga tidak akan lepas dengan apa jua ujian,disitu namanya kehidupan.kalau kita semua sempurna,semua baik,semua complete...takut kita lupa untuk sujud dan berdoa memohon ..sebab itu Tuhan cubit sedikit perasaan untuk kita sentiasa ingat padaNYA.


jika mereka suka usha fb saya untuk mencari kebaikan..silakan..jika usha fb saya semata-mata mencari keburukan juga silakan..saya tiada masa untuk memikirkannya semua itu,sebab fb sekarang sebahagian medium marketing saya,friendlist saya now 20% client saya. .. bila dapat message kekurangan sivik,anda masuk dalam senarai block.

Bagi saya orang yang bahagia adalah orang yang tenang dari memikirkan kriuk-kriuk kehidupan orang lain dan orang yang bahagia juga adalah yang mempunyai pemikiran yang positif dan berlapang dada.

usah hantui diri dengan perkara negatif dan mencari keburukan orang,kelak hati sukar bahagia.Kerana apa yang kita pandang dan rasa belum tentu benar kerana disebalik pandangan mata ada hati yang berkata-kata dan disebalik hati yang berkata ada dua yang berlawanan,syaitan yang menuju keburukan dan malaikat yang menuju kebaikan,kedua-dua ini bila anda bersendiri,sering  berbicara sesama mereka dalam diri anda.

 Dan kadang-kadang kita hilang timbang tara dalam menilai apabila suara negatif menghantui positif,sebab itu kita kena selalu mengecas iman dengan banyak bermuhasabah diri dan berdiam diri untuk mengoreksi diri sendiri sebelum menelanjangi kehidupan orang lain.FIKIRKAN,...

Tapi saya tersipu-sipu juga bila baca balik posting lama-lama,ye lah kanak-kanak sangat tau,ada makan nak tunjuk,ada rasa ntah apa-apa pun nak tulis,sedangkan Fb itu bagaikan cerminan peribadi.Orang yang tidak mengenali anda,Fb BAGAIKAN MENELANJANGI diri anda di public.


 Benar..setiap tahun demi tahun.. kita belajar lebih dewasa dan berfikir lebih matang.Bila baca balik status lama-lama,aduhai..macam budak -budak aku ni rupanya,belum masuk gambar-gambar lama,ye lah saya dah start active di FB SINCE 2009.Jenuh juga nak delete status tah apa-apa dan gambar tah apa-apa.

Bila semak balik perjalanan status Fb,jelas bagaikan wayang kehidupan.Seperti itu lah agaknya bila di akhirat kelak,jam ini dan tarikh ini apalah yang kita lakukan,ia ibarat kotak hitam,itu hanya sebahagian kisah kita yang terpapar.

kotak hitam yang dicipta david warren juga memaparkan kisah sebelum terjatuhnya pesawat.dan setiap dari kita juga ada kotak hitam yang akan ditayangkan di akhirat kelak sebelum tersungkurnya kita di dalam tanah.

Dr Muhaya pernah berpesan"Orang yang bahagia tidak akan mempamerkan bahagianya,dan orang yang derita tak perlu memberitahu deritanya..kerana orang yang berfikir membuat sesuatu untuk pandangan manusia dirinya tidak akan kemana-mana"

betul..jika anda bahagia,,ucaplah syukur,tak perlu share yang anda sorang punya kebahagian orang lain tidak.kalau anda sengsara atau menahan sesuatu ketidakpuasan hati,bertenanglah usah dilampiaskan kemarahan,kelak nampak anda kurang berpengalaman dan kurang pelajaran sampai menunjukkan ketidakpandaian mengawal emosi..

Dr Tuah menulis"Setiap masalah atau apa sahaja kehidupan usah terlalu ditangisi,usah terlalu kecewa usah terlalu gembira,kerana seiring usia dan masa,kita akan berubah perasaan,hari ini kita terlalu kecewa pada sesuatu,kita luahkan,kita beritahu orang,bagaikan hidup ini sudah akhirnya,esok selepas beberapa tahun bila kita kenang kembali mesti akan kita berkata,"bodohnya aku menangis tak tentu pasal"

contohnya mudah,saya ada baca status beberapa kenalan di fb,amboi bukan main posing maut dengan bfgf atau ayat-ayat jiwang..eh selepas beberapa bulan lain dah postnya,tak da dah ayat-ayat jiwang,semuanya bagaikan kekecewaan.dan kemarahan...jadi benar..kadang-kadang kita akan berubah seiring masa jadi berpada-padalah untuk memberitahu apa yang anda rasa itu.

Bila saya baca balik posting lama-lama,saya nak tergelak..malu pun ada..dah lah ada status yang saya tulis grammar tunggang langgang..nak jugak skipping tu..poyo sangat tau..

.memang saya tak larat nak delete semua.aduhai...kanak-kanak ribena sungguh aku.tak sangka mark si pengasas fb tu makin kaya dengan fb,tapi kadang-kadang kita sebagai pengguna nya lupa menjadikan ia sebagai medium yang berguna...fikir sebelum tulis,adakah yang kita tulis itu bermanfaat untuk yang membaca?

dan semak sebelum sebar,adakah kita sebagai pengadu domba atau pembawa berita ntah apa-apa dengan share di wall kita.fikirkan...

Tapi sekarang saya akan jadikan blog sebagai medium untuk share apa sahaja,sebab blog tak ramai kenal saya..ahahha dan blog bukan paksaan untuk dibaca,ada yang sudi bacalah,dan disini saya menulis untuk terapi saya.Mana tahu dengan blog ni saya boleh dapat income macam redmummy.com.Dulu itu bukan motifnya,blog hanya melepaskan hobi saya dalam menulis,tapi kalau ia datang dengan income kenapa tidak kan?:)

Redmummy:first income from nuffnang RM90,150,300 Dan latest 2014 pendapatannya 10K per month .woww!!baru saya tahu hobi saya menulis ini boleh jadi side income juga.

apa rahsia redmummy:?tulis apa sahaja
family,work,kids,fesyen...wow hebat-hebat,,,saya tak sampai tahap tue lagi.masih bayi lagi blog saya ni.

Tapi mungkin suatu hari nanti...tuah ayam nampak dikaki,tuah manusia hanya ALLAH yang tahu..dan saya tidak kisah apa orang kata,kerana saya menulis bukan kerana nama..:)

selagi hidup tulislah,esok andai blog ini sudah diam,maknanya saya sudah kembali pada pencipta..dan tulisan ini hanya bagaikan dakwah sepi kerana ia tidak akan pernah padam hingga bumi dan langit ini bertemu..

sebab itu tulislah yang baik-baik,bacalah yang baik-baik,dalam gurau dan nakal,pastikan didepan masih ada akal kerana kelak..ia semua hanya sejarah..

dan tulisan di blog ini juga kenangan buat anak mama nur alya...



You Might Also Like

0 comments

LOVE COWAY PAGE

FOLLOW ME ON GOOGLE+