Ini Bukan Hanya Kerja,Tapi Kerjaya

20:46:00

Salam petang selasa...kepada yang masih cuti esok dah kerja!yeayy saya suka kerja!tahu mengapa..bila saya kerja saya lebih produktif dan setiap saat saya akan gunakan sebaiknya.


Saya tak sukalah cuti lama-lama,naik lemau badan,tak pergi holiday ker?idak lah heiy..kalau nak holiday pun nak pergi jauh-jauh je,lepas tu balik lepas sebulan(hehe ada hati nak pergi jauh,Malaysia pun tak habis nak jelajah lagi )...ye lorr.mana tahu dapat sambung study kat obersea nanti kang!ceewah..berangan ni..sydney ke,haa tak lah jauh sangat,dekat nak balik...tapi tahun ni planning nak pergi bukit tinggi padang..Medan ..Lombok...wahh planning je?Tapi kenapa ke negara seberang je..sebab nak jimat ongkosnya pak!murah,belanja puas hati dan tempat yang cantik..kalau planning ni jadi..stay tune saya akan update hokey...


Oklah..apa lah saya buat beberapa hari cuti ni ya,as usual alya suka bawak anak jiran datang rumah,mama dia dah rupa maid dah,main order je bebudak ni,nasib peti ais pun macam kedai runcit,semua ada..mama ok je alya asalkan awak suka makan..


"mama nak air milo,mama nak roti letak koko,mama nak makan nasi,mama nak makan ais krim,mama nak nata de coco"


mama baru nak buka satu bab baca buku..mama lagi..nasib anak sorang

belum masuk anak jirannnya statement

"aunty buat milo sedap..nak lagi lah"ok je sayang...at least alya ada kawan kan..jadi mama boleh lah online blog dan buat kerja yang bermalas-malasan atas katil..

alya statement "mama alya tak de adik boring lah...mama beli lah adik buat..tak pun mama bagilah adik"


alahai anak,,,kalau nak ada adik macam beli pop corn kat wayang..mama beli dah banyak-banyak untuk awak..


ok lupakan kriuk-kriuk cerita mak dan anak diatas..jom kita cerita bab serius sedikit.Oklah apa beza kerja dan kerjaya?minggu lepas saya ada sembang santai dengan alvin(Retail segment manager saya)kebetulan dia melawat saya di branch dan saya pun ada hal nak mengadu.Almaklum investment amanah saham persaraan saya berjumlah RM310,000.00 tu total investment.. tapi incentive saya bulan lepas zero untuk investment.marah chekk tau...ya lorr,,kering  air liur chekk nak suh orang invest RM310,000.00 tu....tup tup..tak masuk incentive..mahu chek tak berkung fu..

Oklah alvin pun janji akan menyiasat ke lubang cacing..siasat alvin,,if not i mogok tau.. 

"U can become a leader..why not branch Manager"..Statement alvin buat saya tergelak kekeke..saya balas je..sekarang pun saya lintang pukang,kaki ke atas dah buat kerja..nak jadi branch manager?idok ler..chek nak uruskan coway cam no lak kan.


"U tahu apa beza kerja dan kerjaya"dia menyambung bertanya

"Kerja kita lakukan hanya untuk mendapatkan pulangan iaitu berupa wang..kerjaya adalah kita melakukannya dengan passion,apa yang kita buat memberi manfaat pada orang lain."jawab saya

Memang saya tahu jawapan saya  bersesuaian dengan pendapat alvin.Apa yang saya hadap sekarang adalah passion saya untuk membantu orang lain,dan kerja saya sekarang bukan sahaja untuk dapat gaji bulanan tapi merupakan kerjaya untuk membantu orang yang memerlukan. Perlukan consult financial orang tentang property ,investment dan menguruskan kewangan dengan bijak.

Tapi selain tu walaupun ia berupa tekanan kadang-kadang dan pulangan nya tidaklah sebanyak mana apa yang saya dapat di coway,tapi ini adalah kerjaya saya.Setiap kali cuti saya tidak sabar untuk ke pejabat menyelesaikan kerja yang ada,kalau  kerja banyak saya sanggup tak keluar makan,kadang-kadang saya merasakan waktu terlalu cepat petang jika saya terlalu focus dengan kerja saya,kadang-kadang saya bawak balik kerja ke rumah.


contohnya isi borang insurans,punyalah banyak form nak isi..kalau tak sempat isi di office,sanggup saya bawak balik dan isi bila terjaga waktu pagi atau buat sama-sama bila alya buat homework.Itu namanya kerjaya,saya rasa resah kalau ia tak siap,hati saya tak tenang kalau ada yang terbengkalai.dan saya rasa waktu terlalu singkat di pejabat.


Sebab itu bila ada issue saya di coway yang menyuruh saya resign,walaupun saya  compare apa yang saya dapat sebulan di coway bersamaan 3 bulan saya di bank,tapi hati saya,jiwa saya buat masa ini masih untuk kerjaya ini.Ya..suatu masa saya akan tinggalkan..tapi buat masa ini,hati saya masih dengan kerjaya banking ini.


Bukan saya mengatakan coway tu bukan kerjaya..itu pun satu kerjaya yang bagus..cuma buat masa ini..bank masih memerlukan saya,dan saya juga masih memerlukan bank..ini bukan sebab wang semata-mata,tapi ini kepuasan saya dalam menggunakan skill yang saya ada dalam pelbagai perkara.


Minggu lepas,bila ada seorang perempuan tua datang untuk minta geran rumah yang mana loannya atas nama suami dan isteri,suami dah meninggal,perempuan ini sudah cukup tua,datang dengan anak,menantu dan cucu nya masih kecil.Dari perak dia datang,katanya


"makcik mari dari perak datang sini minta tolong nak keluarkan geran rumah ,makcik ni semua ada sakit,kencing manis,darah tinggi,jantung..tue tak larat sangat ni'


anak dia menyambung lagi

"mak saya ni pekak sikit kak,almaklum dah tua,kakak cakap je kuat-kuat"

saya tersenyum...dan saya rasa bersalah juga biarkan mereka menunggu saya lama tadi.Saya bertanya kenapa tak proses sahaja di bank cawangan Perak.kenapa susah-susah bawak mak datang sini?


Rupanya pegawai bank di Perak tolak case ini dengan alasan dulu loan ini di proses di cawangan saya.Saya tidak marah makcik itu datang dan membebankan saya dengan kes lapuk dan untuk saya cari balik kes ni,tapi saya agak marah kenapa ada clause pulak di cawangan sana.


Bukankah kita satu position,dan kita satu bank?kenapa menyusahkan orang ke sana ke sini.Sales hendak,servis tak mahu,bukankah dari servis datangnya sales?Saya hanya menggelengkan kepala,mungkin pegawai disana belum  merasakan apa yang dia kerjakan sekarang bukan hanya kerja tapi sebuah kerjaya yang perlukan hati dan empati.Dan mungkin tidak semua merasa bahawa kerjaya itu sebenarnya bererti kita memudahkan urusan orang lain.


Selesai mengisi borang,saya snap form dan saya terus wassap kawan saya di legal office.dengan text

"Bro,attend case ni urgently,customer tak berapa sihat".Original form saya minta rakan saya emailkan ke HQ,sebelum hq bagi instruction ke legal,saya dah brwassap dulu.Habis disitu,makcik yang tua dan kurang pendengaran tu,bersalaman dengan saya,dapat saya rasakan kulit tua nya,dan kakinya yang menggigil-gigil untuk berdiri..

Kalau lah saya tahu pegawai di perak tu siapa,hendak saya sekolahkan ..cuba bayangkan jika itu ibu anda?kerja nak gaji saja ka..mana perasaan anda?


Ada satu kes lagi apabila ada dua beradik datang dari kemaman cari saya,ceritanya bermula apabila ada seorang budak perempuan datang ke branch,masa tue dia baru kahwin.bekerja sebagai polis dan belum lagi ada allowance,apa yang dia ada hanyalah basic pendapatan sebagai polis.Dia minta pendapat saya ,,dia ada loan asb 200k.Macam mana nak buat kerana dia tak mampu nak bayar.


Saya bagi pendapat",dengan basic banyak tu ,akak takkan bagi 200k,sakit awak nak bayar,"saya pun tolong dia reducekan facility untuk kurangkan monthly komitment.Bukan main suka dia


"Terima kasih kak,bila akak dah cancelkan yang lama ,saya dapat refund 11000 lebih dan saya boleh bayar dengan apa yang akak advise amik 50 k je,nanti saya belanja akak ya"


"Tak perlu.. simpan lah duit tu beli apa yang patut,dan selesaikan hutang yang patut,baru kahwin kan,mesti banyak bende nak bayar.Tak yah belanja,amik coway akak je"saya membalas penuh makna,,


sejak hari tu saya selalu berhubung dengannya melalui wassap,ada saja yang dia tanya,saya pun layan sajalah soalan,walaupun kadang-kadang sehari lepas tu baru sempat saya balas.dia pun dah amik asb 50k dan dia amik produk insurans hayat dengan saya,dan katanya nanti dah dapat rumah baru amik coway..lalalalaa..girang nya hati saya...


kan?kitaa tolong orang..orang ingat kita..so apa-apa orang akan cari kita...

dan yang paling best bila minggu lepas dia bawak adik dia dua orang dari kemaman semata-mata nak beli insurance hayat dan cancel asb yang lama,katanya pegawai di kemaman tak nak uruskan pembatalan asb 200 k masing-masing,saya pun tolong selesaikan .Proses cancellation dan saya ajukan untuk ambil yang berapa mampu,jadi sorang amik 50k dan package dengan produk Banca.Alhamdulilah satu hari saya dapat jual 4 product untk dua customer yang datang dari kemaman.


Saya tak kisah bila ada orang pertikaikan,volume kecik,kenapa tak suruh ambil big amount.Biar sedikit,tapi fikirlah dari pihak sana,kalau dia tak mampu nak bayar,kenapa menyusahkan orang dengan installment yang tinggi.Ya betul amik tinggi,mudah kerja kita,cepat achieved target kita,tapi kalau anda sampai menyusahkan orang,tergamak ke nak makan incentive tu?


Lagi satu bila kita dah close product dengan orang tu,bila dia call atau bertanya apa-apa kenapa biarkan tak di layan?adakah hubungan kita hanya setakat nak close product saja,lepas tu biarkan customer tercari-cari?Bagi pendapat saya selagi mereka mencari kita untuk urusan kerja,kita patut melayani mereka.kecuali bila client mula keluar dari skop kerja,boleh diabaikan.contohnya kalau lepas close deal,hari-hari datang tersengih-sengih,ajak minum ajak lunch,memang patut pun boolayan...hehe..citer pengalaman nampak..ni memang saya geli geleman seih!


                          

Kadang-kadang jika kita faham apa yang kita lakukan seharian bukanlah hanya kerja semata tapi ia sebuah kerjaya,letakkanlah hati dan empati kita disitu,agar apa yang kita lakukan seharian bukan sahaja fikir apa yang akan kita dapat..tapi fikir juga apa yang kita beri pada orang lain.Ingat sebaik-baik orang adalah yang bermanfaat untuk orang lain.

Percayalah,jika kita ikhlas membantu,lebih murah rezeki kita,saya sudah rasakannya.Ada juga client saya sampai sekarang cari saya,kadang-kadang tak ada masalah besar pun.Dah buat investment asb,unit trust,kahwin pun ambik saya jadi emcee,ini sekarang wifenya tengah pregnant pun update saya.Saya apalagi...amik coway please....senang kan keje isteri..kekeke



Ada satu hari tu ada 11 misscall masa saya meeting,saya pun call balik

"awat ?'


"laaa..akak pergi mana,saya cari urgent,ada masalah ni"


"masalah apa?masalah rumahtangga tak nak dengar ye.masalah duit pun tak nak tau,sebab duit akak pun tak cukup nak bagi"saya tergelak-gelak..


"kak jom ..free tak..jom minum,kat belakang office akak'


saya fikir hubungan baik dengannya,dan juga keluarganya,dalam kesibukakn saya pun pergi minum sekejap.


"'akak order je apa yang akak nak,sambil dengar cerita saya"


saya tersenyum lagi...serabut betul saya tengok dia ni."oklah  nak order air yang paling mahal kat kedai ni"saya mengusik lagi..


"akak nak order untuk satu branch pun tak apa.MASALAH saya ni hanya akak je boleh selesaikan,saya tak de orang lain dah"


saya tergelak,bila pulak saya jadi kuanselor untuk client bank..


Rupanya dia bermasalah dengan sendikit penipuan internet ..Sampai berkerut dia bercerita..Saya merasakan masalah kecil je..setiap kali dia bercerita dia akan tunjuk email dia yang panjang berjela,saya yang makan dan minum je keje dari tadi,malas betul saya nak baca conversation mereka dalam email tu.Saya hanya menghormati orang yang bercerita,saya biarkan sambil makan kuih.


Dalam hati saya,kadang-kadang masalah kecil pun boleh jadi besar untuk sesetengah orang


Saya hanya tersenyum bila dia dah habis bercerita


"Dah habis?..Nak dengar pendapat?..pergi bayar kuih dan air ni dulu.Sebab kalau tak bayar sekarang nak order lagi ni..hehe"saya usik dia lagi.


Dia yang mengikut arahan,saya berasa kasihan..serabut betul saya tengok.


Dengan sedikit pengetahuan saya,apa itu paypal,apa itu western union.saya terangkan dan saya advise bagaikan seorang kakak pada adiknya.saya cuma cakap stop conversation...itu yang terbaik.Dan penjelasan demi penjelasan saya berikan baru memberi aura ceria pada wajahnya.


"Nak lagi pendapat?Nak order lunch ni...kalau nak dengar lagi..nak makan lunch terus ni".Saya sempat mengusik bila dia terangguk-angguk..


Saya hanya tersenyum dan minta bangun,sebab kat bank tu lagi banyak masalah nak hadap dik oii...


Sebaiknya petang tu dia datang lagi ke bank,kali ni dia bawak kawan sekerjanya untuk buat investment ut-epf


"KAK,saya bawak referral ni,saya cakap kat brader ni,nak cari banker cari macam akak'..


Yolahh hai....mengampu lah tu..


Berdasarkan cerita saya ini  saya hendak tekankan,anggap client anda bagaikan saudara anda,adik beradik anda,mak ayah anda,yang tua anda hormati jangan susahkan mereka,yang muda dan kerja biasa-biasa letakkan diri anda dalam diri mereka,beri produk yang mereka mampu,mereka mendengar kata-kata anda,jadikan apa yang keluar dari mulut anda itu ikhlas dari hati baru sampai ke hati.


Ini bukan hanya kerja,tapi ini sebuah kerjaya,setiap apa yang kita lakukan ada nilai ibadah disisi Tuhan.


Dan saya cukup senang bekerja under massmarket,saya berjumpa dengan bermacam-macam ragam orang,saya tidak mampu untuk jaga vip dan preferred client,mungkin level saya belum sampai disitu.Pendekatan saya hanya sebagai kakak bagi yang muda,bagaikan kawan bagi sebaya dan bagaikan anak pada yang tua.Dan saya tidak mampu menjadi terlalu profesional dan terlalu mengikut etika protokol bila menjaga preferred client.Sebab tu bila dapat offer Relationship manager saya tak mampu rasanya...kerana saya orang biasa-biasa,dan saya senang berurusan dengan orang biasa-biasa..


Setiap kata-kata saya hadir dari hati saya..dan setiap hari saya mencari kebaikan agar Tuhan sentiasa bersama saya....hanya dengan itu saya perolehi kasih sayang Tuhan,,


Semoga esok-esok saya masih ingat dan beringat,setiap keringat yang keluar,setiap jerih payah saya mencari nafkah,semoga saya sentiasa memberi manfaat..


Allahuakbar,lindungi saya dalam lapangan kerjaya ini....dari apa-apa isu,dari apa-apa fraud,dari apa-apa masalah yang memberatkan...dan saya letakkan hati dan jiwa saya dalam kerjaya ini...


You Might Also Like

0 comments

Thank you,come again :)

CLICK MY LOVE COWAY

CLICK MY INSTAGRAM