Isthikarah......

22:41:00

Isthikarah kerja

Photo Feb 2016
 







Senyum ini senyum penat..dalam senyum ini tersimpan seribu impian belum kesampaian..penat aku penat..lelah aku lelah..namun aku masih disini..masih setia menunggu keajaiban..

Impian dalam perjalanan..keinginan belum sampai pada noktahnya..aku masih merangkak mengejar nya..dan sampai satu saat aku masih mengharap pada isthikarah itu penentunya..

Bukan kerana income semata-mata..,tapi aku mencari ibadah dalam kerjaya,keajaiban Mu tuhan aku perlukan dalam lelahnya kudrat..penatnya tenaga..aku tercungap-cungap dalam setiap masa bergerak..Kasihanilah aku TUHAN...dalam nafas yang ku hela...aku cuba redha ...kerana ini yang tersurat..dibahu tergalas sebuah tanggungjawab!

Mengeluh bukan kerana mengalah,aku sedang mengharap Tuhan memberi sejuta kebaikan padaku yg sedang mengejar impian..Mengeluh bukan minta simpati,tapi aku sedang berharap mimpi jadi pasti..Mengeluh bukan kerana mengungkit,tapi aku bahagia bila mereka tersenyum walaupun tatkala itu aku sudah sukar bangkit...

Disinikah,disanakah..atau kemana selepas ini..kaki hendakku langkah..sedangkan di pundak ini tergalas seribu tanggungjawab!pada mereka-mereka yang berharap.Namun aku jua punya cita-cita yang tak terkubur walaupun diri sedang dimamah usia..yang pasti..ku yakin Tuhan takkan persia-siakannya..ku tinggalkan sesuatu kerana Tuhan,takkan ku tinggalkan Tuhan kerana sesuatu...Dan disaat aku minta sesuatu..Tuhan tolong jangan tinggalkan aku...

Tuhan. aku.mengharap agar doa yg terhimpun,kudrat yg berbaki..letakkan aku di posisi selayaknya aku kerana Kau maha mengetahui betapa jiwa ini mengembara dan disetiap sela jari ,disetiap sujud ini..Dalam dhuha dan tahajud..dalam genang air mata yang tersimpan..dalam termenung ku memandang alam...dalam gelak ketawa dan keriangan..sesungguhnya KAU menghuni hati ini..Kau maha mengetahui apa yang tersimpan..seribu keinginan !

Tanpa Mu yang memberi kurnia..siapa lah aku..Tanpa MU yang menunaikan cita-cita siapa lah aku..Tanpa Mu yang memberi sifat rahman & rahimNYA siapa lah aku..Campakkan aku Tuhan dalam sudut itu bersesuaian dengan usahaku..


Campakkan aku Tuhan di sudut itu...agar aku mampu memberi manfaat disekeliling ku..

Campakkan aku Tuhan dalam ruang itu..agar jiwa ini bebas dari penat&lelah..dan andai Kau pisah jasad &nyawa ini..biarkan aku mampu meninggalkan seribu kenangan buat mereka-mereka yang aku tinggalkan..agar tercicip doa kasih sayang sebagai tanda perpisahan..

Dan aku Tuhan..mohon temukan aku yang terbaik dalam isthikarah kerja ini..



Hi...puisi tertulis dalam ruangan..MY Look 

..ada kawan wassap bila nampak i pakai shawl macam baik-baik je.

A:Sis beli kat mana anak tudung dekat shawl tu..Ajar pakai cam tu boleh

Me:Itu bukan anak tudung..itu shawl tu juga..i kelepek je macam anak tudung,n that scarf..short scarf actually,kain agak licin..n i beli murah je..less than 20 I think..Lupa harganya..

Out fit..

black long skirt with red blouse..& scarf orange red.. no makeup..no lipstick..just senyuman ikhlas..

.i memang photogenic...kekeke..pasan jap..orang cakap bukan i cakap..kat luar i biasa je ..dalam pic nampak solehah sikit..ikut mood :)

You Might Also Like

0 comments

Thank you,come again :)

CLICK MY LOVE COWAY

CLICK MY INSTAGRAM