Khamis lepas saya pergi ke bank rakyat dari office berjalan dalam teriknya matahari..tabung haji offline..dari situ berjalan lagi ke bank islam...alahai offline juga ..saya mencari tabung haji hendak keluarkan sejumlah wang lepas diminta oleh mak melalui telefon tadi.untuk membayar kepada seseorang yang related dengan vision saya juga....

Saya termenung sekejap...kebetulan saya memang simpan duit dalam tabung haji. Selain tu adalah simpan sikit-sikit siap buat listing kat buku saving tu,tapi tak banyak pun.

1.CIMB saving for mom & infak(saya akan gunakan akaun ni untuk simpan sikit-sikit,bila mak nak balik atau bercuti,saya akan keluarkan duit dalam ni untuk perbelanjaan mom pergi mana-mana holiday dan infak di rumah anak yatim)

2.saving for alya education(maybank ,bank islam &tabung haji)-menabung dari sekarang sebab nanti kalau alya masuk universiti tak lah pinjam duit kerajaan ye..

3.Fixed deposit & tabung haji for investment.Gold akaun saya dah cairkan..unit trust pun saya dah close..entah saya lagi selesa dengan fixed dan conservative investment..hehehe..mungkin sebab tahun ni nak pakai duit untuk vision 2016 habis semua saya cairkan.

4.Tabung haji for parents(if they sick,saya akan gunakan akaun ni)yang ni saya simpan secara potongan gaji.

Jadi untuk above akaun saya hanya ada di tabung haji untuk sejumlah itu..offline pula...saya yang sudah berjalan dalam teriknya panas.lagipun agak jauh juga lah dari office saya...hilang akal pula..nak cairkan fixed deposit dah dicairkan hari tu..sedih gak sejumlah saving saya sudah dicairkan..tapi kerana vision saya tutup mata..insyaALLAH vision semakin hampir ni..amin amin...jadi hanya ada sikit lagi balance dalam tabung haji...

saya yang kecewa dan sedikit haus...aduhai..seluk poket saya hanya bawa buku tabung haji dan ic..purse tinggal office pula,saya kecewa.nak beli air...tak bawak purse...ahh saya memang begitu...

Saya terus berjalan lagi dari jalan tun perak melalui kenanga building..sampailah saya jalan short cut...nak ke jalan sultan ismail ,saya melalui food court disitu..sampailah saya jumpa sorang adik yang merupakan client saya beberapa minggu lepas yang saya kenali..

client:"akak!!laaa dari mana ni....meh lah singgah borak-borak sekejap"

Me:"Alaaa..balik dari bank rakyat dan bank islam..nak withdraw duit tabung haji.tapi offline pulak.aduhai,nak pakai urgent lak tu"


Dalam kepantasan saya bercerita,adik yang comel tu pun pantas buat air untuk saya

client:Nahh kak...saya belanja...nampak haus je...

Me:Gulpp....

Allah terima kasih......saya senyum dalam hati

Me:"Terima kasih dik,,tapi akak tak minum air mahal-mahal ni,hehe tapi boleh lah..hauss gak tadi tapi lupa bawak purse ni"

client:Amiklah kak..saya belanja..apa guna saya keje sini..nah duit akak RM10 hari tu.saya pakai masa saya tak cukup duit masa buka akaun asb hari tu...Thanks eh kak..boleh lak customer pinjam duit banker nak bukak akaun..hihih.terima kasih offer kak!

Me:Laaa..ingat nak halal kan tapi boleh lah..amik balik duit akak tu.hehehe buruk siku tau...Bila nak balik sabah ni?

Saya yang ingin melepaskan penat...dan dia pun tak de customer masa tu,ajak berborak...tapi saya terfikir dengan RM10 ni saya actually takdelah nak tuntut balik pun..saja gurau-gurau..Jadi saya nak jaga relationship ngan adik yang comel ni saya pun turun ke bahagian foodcourt,hajat di hati nak belikan dia donut comel dan gebu yang sentiasa sold out di kenanga building ni,jadi saya pun beli lah kuih muih yang lain...

Me:Nah dik...akak belanja pulak...Thanks eh.

client:Laaa akak ni..thanks kak..

Me:Dik keje macam ni enjoy kan..(sebab saya nampak dia agak peramah jugak,setiap staff yang turun dari bangunan atas dia tegur,budaknya comel tapi sebenarnya saya lupa nama dia siapa..hahah..sebab tu saya bahasakan dia adik,jadi taklah dia kecik hati kan,kalau saya lupa nama)

Me:Dik ada BF TAK..ni kalau selalu sibuk bila nak dating ni...(saya bertanya lagi sambil mengusik)

Dia pun laju bercerita dari ..bila nak kahwin,kawan berapa lama...owh baru saya tahu rupanya bf dia jauh nun di pahang

Me:Laa...jauh-jauh tak susah hati ke,mana tahu dia ada orang lain ke kat sana...hehe(saya saja nak mengusik,nak tengok kematangan budak comel yang berusia 27 tahun tapi macam 21 tahun je)

client:Laaa akak,saya malas nak fikir-fikir,tak semestinya kalau kita cinta kena jumpa selalu,nak berwassap 24 jam kan..kalau hati dia nak berubah,dekat dengan saya pun,hati dia kelain buat apa kan,kalau dia duk jauh dan jarang jumpa,kalau hati dia kat saya untuk saya lah,malas nak fikir-fikir kak..buat apa dekat tapi hati untuk orang lain,biar jauh tapi hati untuk saya...

ternyata lawan bicara saya ini matang seiring usianya,syabas..Saya tersenyum..walaupun kena ceramah free ni..selalu saya bagi ceramah,awat hari ni diceramahi pula?takpelah...saya ok je..betullah dia cakap tu kan..saya lak saja mengusik actually

Ternyata adik ini masih ikut resmi bercinta biar satu..Good...

So kepada adik-adik lain,kalau dah ada yang berkenan,elok perangai dan bertanggungjawab,maintainkanlah hati tu satu hokey,jangan diteraburkan hati tu,jadikan hati tu berkualiti..kelak sukar bahagia..sebab sifir bahagia adalah setia.!,kalau hati bersepah-sepah kelak yang kamu dapat hanya sampah..paham?

ingat ALLAH akan memberi pasangan kamu seperti kamu..kamu inginkan intan,jadilah permata,jangan minta berlian,tapi nilai hati mu bagaikan kaca tak berguna,mudah retak pada suasana...faham?

ini semua ada makna untuk kita fahami


P/S
Di saat ku haus dalam mencari keredhaan ALLAH,Allah menghantarkan orang bagi air free walaupun hanya dikenali baru sekali,hanya kerana RM10,ternyata membina ukhuwah dengan orang yang baru ditemui.

Dan setiap sesuatu untuk kita pelajari ....belajar untuk ikhlas dan menganggap orang yang datang suatu masa kita akan datang pada orang itu ..kerana ALLAH mengatur perjalanan kita...



Post a Comment

Thank you,come again :)

Previous Post Next Post