Potongan EPF dikurangkan..wajarkah?

06:18:00

Salam produktif semua...bagi saya yang tak sabar masuk ofis hari ni just nak share sedikit tentang apa pendapat saya tentang pengurangan EPF itu wajar atau tidak.Pendapat peribadi saya:

Up to u..TERSERAH PADA ANDA..

Sebab jika pengurangan EPF itu baik dan boleh menyebabkan kita boleh menyimpan sendiri,ya silakan..tapi kalau pengurangan itu menyebabkan kita lebih lagi berbelanja baik maintain 11%.Sebabnya bagi saya..orang yang kurang berdisiplin dalam berbelanja dan kurang berhikmah dalam menabung,dengan cara ini sahaja yang terbaik untuk dia menyimpan demi masa depan,biarkanlah 11% tu.Itu pun 11% mengikut kajian wang kwsp yang dikeluarkan selepas umur 55 tahun hanya mampu bertahan sekitar 3-5 tahun selepas ia dikeluarkan kelak.Apalagi kalau dikurangkan berapa lama sangatkah nak tahan kan?sedangkan jangka hayat kehidupan seorang lelaki malaysia adalah 70 tahun manakala wanita pula 75 tahun...

saya mula-mula memang nak kurangkan to 8%,saya fikir kalau ada lebihan tu boleh menabung sendiri,boleh saya cerakinkan lebihan tu pada 3 akaun simpanan untuk alya,tapi fikir balik kalau saya kurangkan mesti tax saya semakin bertambah pula,jadi saya batalkan niat,saya biar je lah 11%.

Anda bagaimana?tepuk dada tanya minda tau,jangan ditanya kehendak selera.Kalau lah dengan pengurangan sikit tu menyebabkan anda berasa hidup lebih selesa ke apa,hemm saya tak rasa pun..,duit kan,bagi banyak mana pun takkan cukup,macam air mengalir je...so kadang-kadang sifat menyimpan pun takde dalam diri,jadi biarkanlah orang lain potong dan simpan untuk anda.

Untuk membantu anda dalam perbelanjaan,bukan EPF jadi sasaran,banyak cara lain.banyak kaedah lain untuk menampung kos sara hidup yang semakin meningkat.

Bijak-bijak mengatur strategi,luaskan pergaulan,lakukan lebih dari apa yang anda lakukan sekarang,apa yang anda minat?cuba jadikan ia hobi yang mendatangkan wang tambahan..sebenarnya alam ni terbentang luas pelbagai bidang rezeki asalkan kita pandai mencari dan rajin mengolah strategi..

Saya tak kata anda kena lakukan dua kerja atau apa..cuma banyak cara lain..Sebenarnya apa yang kita dapat tiap bulan tu cukup sebenarnya,asalkan kita tahu meletakkannya sesuai dengan apa yang kita dapat.ukur baju di badan sendiri..ia menjadi tidak cukup apabila dapat secupak,belanjanya segantang!cukup bulan habis bayar hutang....

Jadi sebelum beli apa-apa fikir dulu ia keperluan atau kehendak semata-mata?boleh beli kehendak untuk reward diri dan keluarga,tapi pastikan juga keperluan itu diutama,dan jangan jadikan kehendak itu bagaikan beban pula.settle satu-satu,jika satu dah settle baru buat hutang baru..hokey?

Just sebagai pendapat,tidak semestinya betul,dan tak semestinya salah juga...ia adalah pendapat kecil dari insan kecil..

DAA...

You Might Also Like

0 comments

Thank you,come again :)

CLICK MY LOVE COWAY

CLICK MY INSTAGRAM