Puisi:Nyawa Pulang Ke badan

17:25:00

Hi..demam-demam ni tak tahu nak buat apa,jom translate puisi bahasa minang ni ke bahasa melayu,walaupun minang adalah sebahagian dari suku melayu,tapi dialek minang padang dengan minang di negeri sembilan agak ada bezanya.


<b>gambar</b> <b>rumah</b> gadang - <b>gambar</b> <b>rumah</b> gadang <b>rumah</b> <b>minangkabau</b> sumatera ...

Seperti di negeri sembilan orang minang digalakkan merantau dan juga tidak dibolehkan berkahwin satu suku.Walaupun agama tidak melarang,tapi adat mereka tidak membenarkan.Kenapa ya?mungkin hubungan rapat sesuku tu bagaikan saudara bagi mereka.

"biar mati anak jangan mati adat"..amboii...ni selalu kena ni..my mom memang didik I dari kecik adat-adat minang ni,mula dari cara mengemas katil sampailah ke dapur,mula dari hidang makanan sampailah nak menghias rumah.sampailah semua bende nak kena ikut aturan

mula-mula dulu apsal lah serabut sangat kan,tapi bila dah besar ni i berbangga dengan didikan ni u all,walaupun i duduk di bandar besar di kota kuala lumpur ni,didikan my mom lah buat i tak terpukau dengan budaya malas dan pemalas..kahkakah..didikan my mom ni sentiasa i beringat asal usul i..even i terdedah dengan pelbagai budaya,i berbangga dengan budaya kampung yang my mom ajar..even kampung ke itulah menjadikan i ada jati diri ..

Banyak lagi budaya dan aturan yang my mom ajarkan..semuanya bagaikan sekolah kehidupan yang cukup mendewasakan...

Kenapa budaya malas selalu dilarang?sebab dalam family..pagi-pagi anak dara kalau tak bangun lagi memang kena ketuklah,kalau umur dah dua angka tak pandai masak kene lukulah...sampailah dah kahwin i bangun pagi u all...even baju rumah my mom iron cantik dan tersusun,sebab nak nilai seseorang untuk dipinang jangan tengok rupanya sila lihat rumahnya,lihat dapurnya lihat laman rumahnya,kalau semua tip top,maka dia layak dipinang..ceh!itu frasa keluarga makcik-makcik ku dulu..

lagi satu my mom pesan"kalau cantik sahaja tapi yang lain gagal menjadi wanita sempurna,tetap orang akan lupa,tapi biar buruk rupa,tapi pakaian kemas,biar baju tu murah tapi bersih,susun kain baju kemas,bilik pun bau harum rumah pun rapi maka senang dan lapanglah orang didalamnya,kadang-kadang baju murah nampak cantik dan mahal di pakai bergantung pada kita yang pandai menjaganya"

"jangan selalu suap makan anak dengan tangan orang kelak dia tak tahu bezakan mana masakan ibunya mana masakan kedai"maknanya nak suruh den rajin masak untuk anak den laa tu!

satu yang bagus,orang minang ni kuat berniaga,pandai cari duit,sebab tu kat mana tercampak diorang jarang makan gaji,paling-paling buka kedai makan,bukak kedai kain,bukak kedai tudung walau diorang  bukan peniaga konglomerat,tapi duduk rumah takde hutang beb!siap ada rumah sewa 2-3 biji,.mana datangnya?hanya sebagai peniaga picisan..hebat kan?

i pun tak sehebat mereka. Even kerja i bawah aircond,pakai blazer,pegang pen dan kertas..i masih bertatih untuk sealiran dengan mereka.Lihat sahaja kalau pergi ceruk setiap daerah indonesia tu mesti ada je kedai nasi padang,walaupun tak semua kedai sesedap dan seasli masakan padang sebenar,tapi tetap ada untuk dinikmati..

Darah minang itu masih mengalir dalam jiwa ini sebab itu saya tidak pernah mengalah sebelum berjuang cuma bezanya saya masih berjuang dibawah percaturan tangan orang diatasnya,bezanya mereka berjuang atas usaha sendiri,sebab itu mereka lebih kedepan dari saya.biar berniaga apapun,mereka tetap success!Terfikir juga..bila irda ko nak bebas makan gaji dan turun padang menjadi peniaga seperti mereka..ishh termenung sejenak..dalam kepala ni banyak sangat nak capai,satu-satu lah irda...kang yang dikejar tak dapek,yang dikendong baciciran!

dan 50% kawan-kawan saya di keramat dan  padang tembak adalah berasal dari keturunan minang juga,dan SAYA tak pernah malu mengaku keturunan minang,dan saya cukup berbangga kerana budaya ini mengajar saya dewasa dari usia,budaya ini membuat saya berhati-hati dan pandai jaga diri walaupun saya tercampak dalam pelbagai kancah budaya yang lain,dan adat yang dibawa kemana saya pergi menjadikan saya irda yang sekarang..

Dan andai suatu masa nanti saya ada rezeki ke bumi eropah sekalipun,saya tetap berbangga dengan adat dan budaya ini,tetap berbangga makan nasi dendeng daging berlado,gulai tunjang sambal lado hijau.

tetap berbangga walaupun dianggap kampung,kerana yang kampung itulah memberikan kita jiwa yang tahu menilai   bahawa setiap sesuatu itu perlukan jati diri dan pendidikan dari kecil.usah mahu dikatakan moden dan kononnya kita ni moden sangat sedangkan belakang orang tetap cari belacan dan ulam!walaupun makan ala-ala western,tetap nasi panas ikan masin penyedap selera...

jangan terkejut budaya nak yang berjenama sahaja,nak makan tempat orang ada-ada sahaja,sedap pun tak sesedap mana pun..dan irda akan jadi irda..tak kan malu makan bersila,takkan malu makan pakai tangan walaupun di hotel-hotel mewah.


eh eh irda..kata nak kongsi puisi kenapa malalut ni?lain kalilah sambung jiwa patriotisma ku ini ya...kahkah.

NYAWA PULANG KE BADAN(Adaptasi dari lagu )

...........................

..............................

Lain kali lah share eh....hehe...nak cari mood berpuisi tu balik..dah lah tadi mood patriotik dah mai..nak terbalikkan ke mood puisi dah tak kena rasanya...

k lah bye..saya nak cari pizza!Ceh sesekali fast food lah...bukan sebab irda tak makan nasi..sebab irda demam,selera kelaut je ni! 



You Might Also Like

0 comments

Thank you,come again :)

CLICK MY LOVE COWAY

CLICK MY INSTAGRAM