Hujung hari minggu...dapat notification wassap dari seorang team coway

"Irda,boleh cover tak booth coway  hari ini,10am-4pm"Saya yang tak berapa sihat dan sudah berjanji dengan alya pagi ini untuk pergi ke library terpaksa menolak...Banyak kali juga team coway yang invite untuk replace untuk turun padang..tapi saya agak pemalas sekarang..hahaha..mungkin bulan ni dah ada sales pelengkap target diri sendiri.dapat 10 unit sebulan pun ok dah,lebih dari basic saya dah tu :).saya lebih focus online marketing sekarang.

Lagipun tanah yang digombak saya sudah fully paid..lega rasanya..sekarang nak cari sedikit modal untuk pekerja kontrak untuk melaksanakan impian saya itu..jadi mulai dari saat  saya membayar kepada owner tanah tu saya terfikir saya akan work smart & earn smart after this!

Disaat saya menulis ini saya duduk di penjuru library bahagian kanak-kanak,saya biarkan alya leka dengan buku-bukunya.Today,officially saya registerkan alya sebagai ahli peminjam buku.saya ingin memupuk minat ini dalam jiwa anak tunggal saya ini(masih tunggal buat masa ini:))kahkaha




jika  dulu saya mengunjungi library ini sejak sekolah rendah,register dengan mengisi borang.saat ini screen depan mata.Just isi semua maklumat yang diminta tak sampai 5 minit urusan registration selesai.selepas itu bagi mykid anak kepada kaunter untuk membuat pengesahan.

Selepas register password dan id akan di emailkan.gunanya password dan id itu untuk kita login di rumah.jadi kita boleh tahu buku apa yang kita pinjam,bila expired kena pulangkan dan rekod buku-buku yang telah kita pinjam.Saya pun baru tahu hari ini.

Selama ini kalau nak check saya tengok cop kat buku je,atau telefon library kalau saya nak renew jika lebih 3 minggu.selalunya boleh renew melalui talian untuk first cycle je.

Satu mykid boleh pinjam 6 buku tau.Heaven..

I told alya"ALYA kalau nak jadi orang besar,berfikir besar dan jadi dari lain dari orang lain,alya kena banyak membaca,Dr Mahathir tu ikon membaca,dia suka membaca dan menulis,dia tak suka habiskan masa dia sikit pun tanpa membaca."

"Mama akan bawak alya pergi mall-mall yang alya suka tapi kadang-kadang..kena pergi tempat ini lebih dari tempat tu semua hokey" 

saya tak tahu lah dia faham ke idak apa yang saya cakap..yang pastinya saya ingin dia adapt sifat kedewasaan dan kematangan itu dengan lebih cepat.

 

alya nampak happy cause dia merasakan dia sebahagian dari ahli library.Selalunya dia hanya pengikut setia,sekarang bila dia boleh baca nama dia depan screen,saya tahu dia rasa gembira.

 

alya:"mama lepas pergi library,bahagian kanak-kanak ni,lepas tu kita pergi rumah bunda ya,lepas tu boleh tak alya nak tengok wayang"

Me:hmm...no sayang.no wayang or shopping mall.balik pinjam buku kita lawat bonda(my mom) then kita lunch sana then kita balik rumah baca buku.esokkan sekolah,nak pergi tempat-tempat macam tu boleh,tapi bila cuti sekolah je ok 

bahagian kanak-kanak berada di bawah lobby pendaftaran meneuruni tangga,dan bersebelahan dengan cafetaria.

selain buku ada bilik media untuk membiasakan kanak-kanak dengan komputer

 
bahagian luar pun ada disediakan 
 

ada ruang tv bagi ibu-ibu yang bosan menunggu anak-anak bolehlah lepak dalam ni...


 

saya intai alya dari jauh....live dari library saya update ni..:)she cute dengan tudung ni..saya tak pernah suruh dia pakai tudung.but i mention to her"alya comel sangat pakai tudung pergi sekolah"sejak hari tu amboii pergi mana-mana mesti nak bertudung.

She request lotion n perfume too!..."pengsan"mama pun jarang-jarang pakai perfume tau sayang! 

ok next saya nak pergi bahagian saya..pinjaman dewasa..ni kalau saya naik atas mesti lupa hari gelap nanti.alya pun leka dah tu .

CAUSE now update blog dah jadi kemestian,setiap apa yang ditulis ada nilai dan untuk activekan nuffnang ,jadi lebih baik sentiasa update blog dari update fb..hehe saya terfikir kenapa tidak dari dulu saya membebel dengan blog.

ok stay tune...mama alya nak pergi bahagian pinjaman buku dewasa

P/S:

Quality time dengan anak-anak itu kadang-kadang tak perlukan wang yang banyak,tak perlukan tempat yang mewah,boleh juga tempat yang tiada bayaran langsung tapi lebih bermanfaat untuk mereka.

Moga alya jadikan library adalah kunjungan tiap minggunya.Hadirkan hobi ini dalam dirinya Tuhan...




Post a Comment

Thank you,come again :)

Previous Post Next Post