why i admire her..

23:51:00


Independent,bekerjaya,married,3 kids,tak pernah kisah orang cakap apa terus move,ditawarkan jadi Regional director tapi tolak dan maintain Branch Manager,Bijak,ada wawasan,workholic pagi sampai malam talking about work je.orang makan dia masih dengan kerja,,ada style,anak to someone tapi humble,cantik,berduit dan ada karisma.

Dia ada semua di atas yang buat saya teruja,usia 4 siri still maintain,yang penting dia sangat focus dengan kerjayanya.sentiasa dicemburui dan kadang-kadang ada yang jeles dengannya,ada yang berbisik-bisik di belakangnya tapi tetap terus kuat dan success bawak million-million investment to her branch.

PR yang bagus,dari VVIP sampai mass market,relationship with customer terbaik.Branch manager yang turun padang apa aktiviti,kalau customer ramai di banking akan berada di banking hall untuk pastikan kaunter berjalan pantas.

Tak kedekut sentiasa bawak staff-staff jalan-jalan,jakarta bandung bagaikan dekat sahaja.Tak kedekut dengan pujian,sentiasa memuji dengan ikhlas staff yang contribute apa jua sales activity,dan staff bawah jagaannya bekerja bagaikan satu team,bijak mengurus staff.

Yang penting dia kaya ,kaya dari hasil kerja kerasnya,berduit,dan tak mengharapkan sesiapa.walaupun dia dari keluarga berada.

Respect?of course!-kenapa saya respect?

1.dia tak pernah buang masa sibuk cerita pasal hal orang

2.even selalu dikecam dan orang salah faham dengannya,dia terus move dan sales terus meletop-letop!kebababom

3.dia independent dan ada wawasan!saya suka suka...

4.even bapak dia someone ..dia tak harap kekayaan bapak dia

5.privacykan cerita family.,sampai orang tertanya-tanya dia dah kahwin ke,atau single mother ke?sedangkan hbnya someone..seorang yang romantik&penyayang..baginya buat apa hendak ditayang-tayang


jadi..kesimpulannya nya disini,jadi wanita itu sebenarnya bagi saya ,perlu(ini pendapat saya,tak semestinya betul,dan tak juga salah)

independent dan bebas kewangan!
1)kita kena kerja keras bukan kerana kita ingin mendongak ke langit dan lupa kita sebagai wanita,menidakkan kaum lelaki atau berasa kagum atas kemampuan diri.TIDAK!kita bukan begitu,cuma kadang-kadang kita harus bekerja keras kerana kita juga ada keinginan yang ingin dicapai,kita ada rekod peribadi untuk dijadikan tujuan,dan kita juga bagaikan sri kandi moden.

Jika yang masih ada ibubapa,kita juga ingin berbakti kepada mereka.Remember! duit pencarian suami adalah untuk kita dan anak-anak,tapi duit pencarian kita boleh kita gunakan bila masa sahaja untuk keperluan ibubapa kita.Atau apa saja .

Dalam pemberian nafkah kepada kita sebagai wanita,usah merengek atau membentak-bentak dalam meminta,jika ada kita terima,jika tiada kita redha.jika terlebih kita diberi kita syukuri,jika terkurang jangan berang tapi kita bagaikan tulang belakang.

Dan jikamana kita mempunyai kebebasan kewangan,kita akan mampu berada tangan yang diatas especially untuk ibubapa yang tua,atau adik beradik yang perlukan pertolongan.Tapi jikamana kita dalam keluarga yang kaya dan berada,hasil pencarian kita juga boleh digunakan untuk membantu orang lain atau membeli apa yang kita suka tanpa perlu meminta-minta.

2)Duit banyak cantik itu datang
Bagi saya dia nampak muda dari usia,Apa nak kisah ada duit boleh pergi spa,beli produk apa-apa untuk maintainkan diri.sudahnya inilah hasilnya,usia sudah 4 siri tapi masih muda jelita.Yang penting semua tu hasil kerja keras sendiri.Nak pakai beg LV?lebih dari itu dia ada,drive BMW dia ada?semuanya hasil kerja kerasnya...itu namanya wanita mandiri dan berdikari..

3)PR nya bagus dan dia dikenali oleh golongan VVIP
Ramai yang salah anggap dengan sifat ramahnya,Paling disalah anggap apa jua majlis atau keraian dia jarang membawa family bersama,sudahnya ada cakap-cakap belakang.Ada juga yang salah anggap dengan cara dia berkongsi semua performance atau aktiviti branchnya di wassap group,dan ada juga yang mempertikaikannya.Bagi saya itu cara dia.Cara dia dalam bekerja.cara dia tak perlu dipersoalkan.

Jika menilai seseorang,jangan fikirkan kenapa?kenapa dia begitu,kenapa dia macam tu,tapi tukarkan persepsi soalan itu kepada bagaimana?bagaimana dia boleh success begitu?bagaimana aku boleh success seperti dia.Jadi bagi saya jika kita mengenali seseorang ambil yang terbaik dari dirinya untuk dijadikan contoh teladan,kalau tak dapat 100 peratus,50 % pun sudah memadai.

Dan setiap kali kita menilai orang,anggap orang yang di depan itu lebih baik dari kita yang memandangnya.

p/s
Ingat sebuah kata-kata"jika kita berkawan dengan orang yang jual minyak wangi,sikit banyak pasti kita dapat harumannya,dan jika kita berkawan dengan tukang besi,sikit banyak kita akan berbau besinya"

Jika kita berkawan dengan seorang penyanyi,tak sedap mana suara kita sekurang-kurangnya kita tahu bersenandung,dan jika kita berkawan dengan orang alim ulama,sejahil-jahilnya kita sekurang-kurangnya kita tahu mengamin kan doa.

Jadi siapa kawan anda,akan mempengaruhi sedikit tindakan anda.dan sedikit sebanyak saya suka dengan cara kerjanya!dan sedikit sebanyak mempengaruhi cara kerja saya:)

cuma saya tidak sehebat dia,saya hanya punya semangat dan jiwa yang kental tanpa kenal erti putus asa,dan di bahu saya tergalas tanggungjawab iaitu ibubapa saya.

saya kerja keras bukan nak beli beg LV ATAU apa-apa material,saya kerja keras kerana antara sepuluh jari saya ini,disetiap celahan jari ini ada doa-doa yang terhimpun,ada impian yang dikumpul,satu-satu saya ingin capainya sebelum jari ini berhenti dan tidak bergerak lagi.

Kerana apa?kerana bagi saya hidup dan impian ini tidak mati walaupun saya sudah berkeluarga sendiri...ada sesuatu yang ingin saya capai dan ia adalah record buku sendiri.

Anda yang mengenali saya pasti merasa betapa semangat saya begitu membara...jatuh bangun dan tersungkur nya saya,rebah dan parah,kadang-kadang kecundang  dalam melangkah..tapi impian tetap mekar indah .:)

Kerana saya yakin ALLAH bersama orang-orang yang sentiasa mencari redhaNYA.kerja yang bersungguh-sungguh juga adalah ibadah

You Might Also Like

0 comments

LOVE COWAY PAGE

FOLLOW ME ON GOOGLE+