Ketika seorang anak sedang duduk di bawah meja ibunya yang menjual jajan di depan sekolah,ada mata yang memandang sinis..ada mata bagaikan membeliakkan mata pada sang ibu..mungkin ada hati yang terdetik

"apalah..anak dibiarkan duduk bawah meja tu,patut nya hantar lah anak tu pergi tuition ke,tak pun bawak balik rumah biar dia belajar kat rumah"

Apabila murid-murid keluar sekolah,sang anak tadi bergegas bangun membantu ibunya yang dikerumuni budak-budak yang membeli makanan ringan,anak tadi keluar awal kerana hari ni sekolahnya cepat habis.Disitu anak itu belajar mengira,berniaga dan erti mencari wang.Hina kah kerja ibunya?

Tidak..walaupun ibunya hanya penjaja di luar bangunan sekolah,hidupnya tidak susah.tidak pernah sekalipun dia marah-marah kalau tak dapat duit BRIM.rileks je,sebab pandapatannya sehari pun lebih dari apa yang orang bagi.Baginya buat apa meminta-minta..dalam islam pun dilarang meminta-minta

Hari ini tatkala keputusan UPSR keluar,anak yang dipandang sebelah mata oleh ibubapa yang lalu lalang di depan gerai ibunya dapat 5A,anak yang ibunya dicemuh oleh ibubapa lain dapat keputusan cemerlang!Dulu orang mencebik bila anak itu duduk bawah meja ibu,tunggu ibu habis jualan...tapi kini?Ada anak orang yang 24 jam disuruh belajar,dihantar tusyen sana sini,hanya layak mendapat sijil..

pesanan pada ibubapa...jangan nampak anak orang macam itu kita beranggapan anak itu takde masa depan,mak bapak fikir nak cari wang saja,kadang-kadang anak belajar dari kepayahan ibubapanya mencari rezeki.

Tapi walaupun mak nya meniaga di depan sekolah saja,siapa sangka boleh pakai kereta dua bijik...ada satu murano lagi!awak? keje smart-smart,kereta proton tue pun sangkut bayar tiap bulan...kadang-kadang biar nampak kotor sikit kerja kita,tapi kita tahu hasilnya..dan ternyata meniagalah apapun kecik atau besar pasti hujungnya sukses!

kredit story untuk sahabat saya yang anaknya cemerlang UPSR!walaupun isterinya hanya menjual jajan di sekolah,

walaupun hanya jual jajan..malam ibu itu ligat trading online,share & MITI,saya pun takde knowledge dalam semua tue,tapi mereka berdua kaya yang tak dinampakkan,walaupun kaya dengan bermain saham tapi tetap low profile!masih pergi berniaga macam biasa,,tak kisah pandangan orang..

Dan saya respect kawan saya ini..moga sukses dan bahagia selalu!Satu nilai yang harus saya belajar...

Post a Comment

Thank you,come again :)

Previous Post Next Post