As Salam ..

Thank you pada readers yang ada email irda bertanya tentang banking.Ternyata blog irda ada juga yang baca.Alhamdulilah..bagi saya siapa yang singgah,moga ada yang bermanfaat.Walaupun apa niat u all yang singgah dalam cetusan garmin ni.amik yang baik,yang buruk moga irda akan lebih matang memperbaiki tulisan irda di masa akan datang...

irda tak perfect..irda menulis pun kerana hobi...dan hopefully irda lebih banyak input bermanfaat untuk dikongsi...


Kalau boleh kalau ada job scope yang perlukan irda menulis je..irda sanggup untuk cari reference dan menulis je..tak nak jumpa orang dah!irda macam putus asa je..kenapa ni?Takde lah..irda dah penat dengan rutin kerja irda yang buat irda jumpa pelbagai rencah orang tiap hari..irda nak jadi pendiam dah lepas ni..heheh boleh ke?sekarang pun ramai yang cakap irda sombong kan?..entahlah malas je nak sembang bende lagho dah...mungkin faktor usia kot..tetiba je irda jadi sentimental..nak duduk rumah,tak nak jumpa orang dah..ahaha terasa lawak jugak..apa2pun tahun 2017 yang pastinya irda dah rancang strategi baru....

Orang yang pendiam itu kadang-kadang tinggi ilmunya,dan diam itu adalah lambang kedewasaan.Cakap bila perlu,bersuara bila diminta,dan jika kita lebih banyak diam dan memerhati alam ini dengan mata akal dan mata hati,percayalah akan lebih banyak perkara yang akan kita belajar nanti...

Manusia itu berubah-rubah,itu biasa..kerana kita manusia.Apa yang nak dihairankan sangat kan?Berubah kearah lebih baik itu biasa...yang tak biasa adalah dari hari ke hari kita masih di takuk yang lama.

Irda takkan malu untuk gagal dalam cuba merubah sesuatu yang biasa,irda akan malu jika masih sama dan dikedudukan yang sama bertahun lamanya!

Dan tahun 2017!irda pasti tidak akan berada di kedudukan yang sama lagi....irda tak kisah apa yang akan orang kata,ternyata irda akan merangka plan baru untuk misi yang baru...setelah vision 2016 menjadi nyata...



By the way actually irda nak cerita pasal satu email dari readers ni,jadi irda dah balas dah.sekarang biar irda jawab secara public senang orang lain nak tahu jugak kan...

Untuk apply personal loan,at least orang tu kena ada satu jenis komitment,tak kisahlah ada credit card ke atau loan kereta ke,dari situ bank tahu disiplin pembayaran/Jangan ingat kalau anda tiada apa-apa hutang senang nak buat personal loan.TAK TAU...kena ada rekod komitment at least satu facility baru senang personal loan anda nak approved!Kalau takde apa-apa hutang apalagi kalau usia dah mencecah 30 tahun ke atas nak buat personal loan confirm reject!remark:FAIL CREDIT SCORE..

Yang paling senang nak buat rekod,buat je asb loan,lepas 6 bulan bayar asb loan boleh cuba apply personal loan.Lagipun asb ni senang nak cancel,takde penalty,so lepas setahun dapat dividend tak nak commit dah boleh je cancel.Pelik gak ada membe irda ye ye tak nak buat asb loan,katanya takut loan rumah dan loan kereta nanti tak lulus sebab  high commitment.ape laa..kalau tak lepas cancel je lah kan..at least sementara tunggu dapat rumah nak beli tu dah start menyimpan dalam asb.

Dan makesure kalau buat asb loan,jangan sampai ada cris lambat bayar,kalau lambat lebih dari dua bulan nanti rekod akan keluar 2,2 tu tak cantik,kalau 3 lagi laaa..confirm bank reject application anda terus.sebab cris ini menentukan cara pembayaran anda,kalau boleh biar bacaan 0,0 itu membuktikan anda tak pernah lewat membayar walaupun sekali tak pernah lewat.jadi bank suka orang-orang macam ni,so senanglah personal loan nak lulus.

Selalunya application personal loan boleh dapat result 3-4 hari bekerja,bergantung jika tiada pending document.dan personal loan sekarang tiada potongan insurance.Max anda boleh pinjam di bank irda adalah 8x gaji.contohnya jika gaji anda5000 jadi maximum personal loan anda adalah rm40,000.

So kepada sesiapa yang tiada sebarang commitment dan usia melebihi 30 tahun,cepat-cepat buat asb ya.buat ngan irda pun boleh,sehari boleh lulus dah.Gitu....Dokumen senang je nak buat asb loan,ic sebulan payslip atau epf statement je ..Sekarang selain loan asb 1 dah ada loan asb 2.ASB 2 Agihan dividend tahun lepas adalah 7.7 dan dikeluarkan pada bulan APRIL.Haa..oklah tu.bulan 1 ASB1 DIVIDEND keluar,dan bulan APRIL ASB2 pulak kan...so kayoo lah mana-mana yang ada both akaun ni...Bijak dulu bijak sekarang!

Sesiapa yang ingin bertanya lebih lanjut boleh je email IRDA,InsyaALLAH bila ada kelapangan irda akan balas...

Ok daa.....

1 Comments

Thank you,come again :)

  1. haah dulu I punya lah menjaga 'kesucian' nama taknak loan apa apa. sekali bila bank officer tu explain you takde record susah nak approve rasa sedih je. T_T

    ReplyDelete

Post a Comment

Thank you,come again :)

Previous Post Next Post