Jakarta:Taman Mini

16:40:00


Taman mini jakarta adalah landskap taman yang besar dan menghimpunkan lebih dari 33 jenis replika rumah mengikut kaum di indonesia.

Kalau nak diagak besar taman ini,lebih kurang 5x ganda besar taman tasik titiwangsa,dan kalau nak tawaf taman ni memang akan masa satu hari!

Boleh pusing dengan jalan kaki,sure penat,naik basikal,naik bas yang disediakan atau naik dari atas keretapi dan cable car.Di taman ni menempatkan pelbagai etnik budaya yang ada di indonesia.cukup semua rumah daerah ada.seperti rumah sunda,minang,jawa,papua dan pelbagai lagi,saya sendiri pun tak pasti dah rumah apa.yang penting banyak giler..
 



Ini kali ke dua saya menjejakkan kaki ke taman ni,sebelum ni saya menapak hanya separuh taman saya dapat lawat,sudahnya kaki saya pancit tengah jalan.

Kali ni saya naik cable car seperti gambar di atas,dari cable car boleh lah nampak beberapa rumah etnik tak semua tapi adalah sikit-sikit.

View dari atas,kalau jalan ikut bawah setiap tempat kita boleh singgah.kalau tengok dari atas boleh amik gambar je lah kan.

Pemandangan atas juga akan melalui tasik dan di tasik tu diwujudkan beberapa pulau kecil yang mewakili pulau-pulau yang ada di indonesia.
tasik yang dicipta mewakili peta indonesia.dan ada pulau-pulau kecil

 https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/0/05/TMII_Jambi_Pavilion.JPG


Terlalu banyak rumah kaum yang ada,sampai saya sendiri tak terambil gambar.saya hanya ambil gambar mana bangunan yang cantik-cantik je.heh!


salah satu rumah yang dicipta di taman ini adalah rumah minang kabau,tengok begitu teliti mereka mencipta,sebijik macam rumah yang siap,sedangkan tu rumah contoh je,tapi nampak real kan...

Rumah tradisional minang ni kalau saya tengok begitu complicated pembinaannya.selain atap yang bertanduk,seni binanya juga sangat halus.


Oklah tu je yang saya ada koleksi foto,ada dua 3 tu cilok google gak...apa-apapun kalau anda ingin ke jakarta jangan lupa singgah di taman mini.Rugi kalau pergi jakarta tak singgah sini..

Nama je taman mini,tapi besar..menapak satu hari tak habis nak keliling,dan kat sini banyak bende yang kita belajar setiap daerah indonesia ada contoh rumahnya.


You Might Also Like

0 comments

Thank you,come again :)

CLICK MY LOVE COWAY

CLICK MY INSTAGRAM