Jakarta:Tips Shopping di Tanah Abang

11:43:00

As salam

Kali ni irda nak share tips kalau shopping di tanah abang jakarta.Tanah abang adalah salah satu tempat yang popular untuk berbelanja secara grosir atau borong.As usual kalau ada lebihan rezeki,irda akan make sure my mum happy...nak shopping apa?kat mana..layan je lah...so tahun tu bawak my mum pergi jakarta-bandung untuk shopping sakan...

Banyak peniaga-peniaga di kuala lumpur yang menjadikan tanah abang untuk menambah stok.Tapi kita sebagai pembeli individu pun boleh je nak shopping untuk kegunaan sendiri.Selain dijual secara grosir,kalau kita pandai pilih,ada juga kedai-kedai yang menjual satu-satu.

Kalau anda ke jakarta untuk tujuan shopping lain dari cara anda shopping di Kuala Lumpur,jangan pergi tempat-tempat seperti mall.sebab semua macam tu ada di KL.Pondok indah adalah klasik namanya,tapi bila anda berada disitu ia lebih 5x ganda besar dari pavilion dan lebih mewah dari pavilion.Kalau nak shopping pergi ke tanah abang atau tenda biru,disitu anda lebih bebas untuk tawar menawar.

Shopping for mum,ini memang letih sesangat! pic 2014


1.usah pakai handbang

Tanah abang  tempatnya terlalu sesak dan banyak kedai.lebih kurang mcm chowkit.dan kedai-kedai macam di GM dan Kenanga wholesale.Saya tak galakkan anda berhandbag sebab pick pocket dimana-mana,jika anda terlengah senang nak diseluk.cukup bawa duit secukupnya dan pakai jeans yang ada poket.contohnya anda stanby rp sejuta untuk shopping,masukkan dalam poket tu.Ini boleh mengelakkan anda terlebih guna wang sebab anda dah bujet siap-siap dalam poket berapa nak digunakan.

2.Bawak yang pakar berbahasa

Selalunya peniaga akan menjual barang dengan lebih murah dengan penduduk tempatan.Jika anda adalah pelancong,anda akan sukar dapat harga penduduk tempatan.kecuali kalau anda fasih berbahasa seperti mereka atau anda adalah peniaga yang menjadi langganan tetap.

3.Tawar separuh harga

Jika anda diberikan satu-satu harga,jika disuruh tawar,mereka akan bertanya berapa yang anda mahu,peniaga disana bijak bermain kata-kata tau!jadi kalau harganya 400RIBU,tawar 200 ribu!tawar separuh dari harga yang ditetapkan,kerana harganya memang sekitar itu je.

4.Elakkan bawak anak kecil

Kalau ada pilihan,tak perlulah bawak budak kecik join kita shopping di tanah abang,sebab kita nak jalan dengan cepat dan pantas memilih,kalau ada anak sikit-sikit nak ke toilet lah,sikit-sikit nak itu inilah,jadi masa banyak terbuang.Masa irda pergi tu,irda tempah driver dan kereta,jadi senang.turun depan bangunan,masuk dalam sup sap sup sap,siap minta driver tunggu depan tu balik.Sebab kalau tak,pening oo...nak cari jalan keluar satu hal!orang sesak lagi lah...driver & kereta mpv masa tu cost rp 400 ribu per day!minyak dan tol kita bayar asing..



5.Pilihan terlalu banyak,jika tuan kedai berkeras dengan harga yang dia tetapkan.Blah je dari kedai tu,mesti diorang akan panggil balik.Anda bebas memilih,tanah abang sampai ada 3 bangunan jual pelbagai pakaian dan kelengkapan pelbagai pilihan.anda akan rambang mata.

Pakai selipar senang anda nak jalan.jangan pakai tumit tinggi nanti anda menyesal!

You Might Also Like

0 comments

Thank you,come again :)

CLICK MY LOVE COWAY

CLICK MY INSTAGRAM