IQRA..bacalah dengan nama Tuhanmu..adalah surah pertama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad saw,ia ada sesuatu untuk kita fikirkan.

Ada orang bertanya dimana semangat saya datang?Saya jawab dari pembacaan

Ada orang bertanya,macam mana pengurusan masa dalam pelbagai bidang kerja?saya jawab melalui membaca

Ada orang bertanya,macam mana  hendak berjaya?saya cakap membacalah


Untuk jadi pekerja yang cemerlang..membacalah
Untuk menjadi team leader yang baik..membacalah..
Untuk sukses dalam apa jua perkara,kerjaya,keluarga atau bersosialis..membacalah..

Kerana apa?melalui membaca ada banyak perkara yang kita tidak tahu akan tahu dan ada banyak hal dapat kita selesaikan melalui pembacaan.Akal kita akan kedepan berbanding usia kita melalui pembacaan.

Kalau kita pergi mana-mana kem motivasi,training atau team building,sahsiah diri dan pembentukan peribadi atau semangat berkobar-kobar akan wujud tatkala 2-3 hari sahaja..,tapi untuk menjadikannya berkekalan adalah melalui pembacaan,pergilah sejuta kalipun kem-kem motivasi,namun membacalah jua akan membuat kita lebih sedar lama,dan akan mewujudkan motivasi dalam hidup.. kenapa motivasi penting dalam hidup?sebab kita human bukan machine..

perasaan kita,semangat kita,mahupun iman kita akan berubah-ubah ikut mood,sebab itu motivasi itu penting supaya jika kita lemah ada yang mengingatkan kalau kita lupa ada kesedaran.

Dalam berumahtangga kita juga perlukan kesedaran motivasi bagaimana ingin memupuk cinta berpanjangan,mengurus anak-anak dan juga keluarga begitu juga dengan kerjaya dan tanggungjawab kita sebagai orang islam.semua itu perlukan motivasi kehidupan..

drama tv tidak boleh memberi nya 

Drama hanya akan membuat penonton kadang-kadang mana yang obses dengan cerita tu..mula pula mempersoalkan..

kenapa ya teman lelaki aku/suami aku tidak seromantik macam pelakon tu..mulalah kuar statement
"ABG..tengok citer tu,dia belikan wife dia itu ini...bawak wife holiday sana sini..awak takde pun cam tu ngan saya"

Yang suami pula..kenapa ya isteri aku tidak sebaik dalam drama tu...

kenapa ya aku tak ada mak bapak yang kaya yang ada title datin or datuk macam tu

laa...kenapa ya putih sangat artis tu..pakai apa ya

semua itu adalah kriuk-kriuk bicara hati anda...

Kenapa saya tidak suka menonton  sinetron drama sebab saya juga..sama seperti kebanyakan orang

1.drama ada yang bersambung-sambung buat saya ternanti-nanti perjalanan ceritanya.Maknanya banyak kerja saya akan tertangguh.

2.Drama akan buat saya berangan..mana ada drama yang menayangkan orang yang buruk..saya berangan nak cantik macam pelakon itu ini,sudahnya ia akan mengalirkan arus beta dan theta yang tidak baik untuk motivasi.

Bukan sahaja drama,jika anda terlalu obses pada majalah yang memaparkaan orang cantik-cantik,dan anda compare dengan diri anda ia akan mengalirkan satu hormon yang tidak baik untuk kesihatan anda.

Ingat yang dipandang secara maya belum semestinya cantik secantik yang anda pandang,jangan compare diri anda dengan siapapun,jangan fikir kenapa body che ta tu tak cam aku eh,kenapa aku kemetot dia tinggi,kenapa dia langsing aku bambam,kenapa pipi erra tu tirus aku cam belon?sebab selagi anda compare diri anda dengan orang lain..anda tidak akan bahagia,,dan mood anda akan kelaut.

percayalah setiap orang yang dicipta oleh Tuhan  ada sifat unik yang tersendiri dan anda harus belajar mengenal apa uniknya anda.. kerana apa?kerana semua itu akan membuat kita lebih termotivasi dalam kehidupan harian.melahirkan confident level dan akan buat kita berkeyakinan...jangan cuba-cuba jadi orang yang anda sendiri tak mampu merubah setiap apa yang dicipta pada anda..kerana Tuhan mencipta kita ini serba indah dan bersyukur apa adanya kita..tak usah cuba menjadi seperti orang lain...tapi carilah unik nya diri kita dengan banyak bermuhasabah diri...

ALHAMDULILAH..jika anda faham apa yang saya cuba copy paste dari frasa dr tuah ini..

(..cedok sikit motivasi  ..)

3.Dalam drama sering ditayangkan yang molek-molek,yang kaya-kaya kalau yang kacak mesti kaya,pakai kereta besar,keje bagus2,kahwin paksa mula-mula tak suka kemudian suka,mak mertua tak suka,kemudian suka,dengki iri hati perniagaan dan blabla...jarang sekali drama yang berunsur motivasi.kebanyakan plot cerita kita boleh baca dan boleh agak endingnya.


Tapi..kita pun kadang-kadang manusia perlukan sedikit entertainment..tak salah pun nak menonton terpulanglah..tapi janganlah terlalu obses..kalau tak dapat tengok sehari cerita tu macam tak boleh buat kerja lain dah..

Saya suka cerita yang ada unsur motivasi,kesedaran dan juga sedikit humor.saya suka cerita yang romantik dan kelakar..dan saya juga ada  menonton wayang..sebab saya juga manusia yang perlukan sedikit hiburan...tapi itu kadang-kadang bukan keperluan jauh lagi menjadi kemestian.kalau ada ya ok deh.kalau gak ada ya gak pa pa..hehe..tak sabar nak tengok cerita aadc..ia hanya hiburan sesaat...mungkin dalam 1-3 bulan sekali sahaja saya layan perkara berbentuk hiburan..

.tapi saya akan down,semangat saya akan hilang bila saya tidak membaca dalam sebulan...

Saya suka cerita yang kita tak boleh baca endingnya,dan endingnya cukup memberi kesan hingga saya teringat-teringat sampai sekarang,sebab tu kebanyakan movie orang putih lebih memberi kesan kepada penonton..

Hemmm hopefully movie kita pun boleh jadi macam tu.Tapi ada juga drama Melayu yang saya suka tonton,Ada sesetengah cerita kadang-kadang buat saya nangis..tapi kerana faktor kebusyan saya kadang-kadang TV memang tidak dipandang..TV di rumah itu selalu ON  untuk upinipin alya,Kalau dah jodoh UKE,buletin utama,National G,dan oasis..

Saya berangan untuk mempunyai SOHO & small library di rumah impian.Walaupun saya ini nampak banyak cakap tetapi hakikatnya saya suka bersendirian dengan buku-buku dan kerja saya di rumah.ALLAH...moga impian ini tercapai.

Dan tahu tak melalui pembacaan kita akan menjadi orang yang lebih berprinsip..Dimana jua kita berada,dengan siapa pun kita bergaul..orang yang berprinsip tidak akan mudah jadi lalang..dan semoga jiwa membaca ini ada pada alya...dan kita semua.

P/S

sebulan sebuah buku lebih baik dari duduk di depan tv menunggu drama yang bersambung-sambung dan penuh dengan commercial break.

Reminder for me too..


Post a Comment

Thank you,come again :)

Previous Post Next Post