As Salam & Good Morning ..:)

My career in banking adalah sebagai sales person.Dan semua orang sedia maklum apabila sales person sebenarnya apa jua istilah,personal financial consultant,personal advisor,relationship manager atau apa jua title yang diberi.,,,hujungnya kita tetap sales!Samasaja macam salesman diluar sana,bezanya skop product jualan...kalau coway direct selling,kalau banker ?more to finance product...apa jua product,yang penting sebagai sales..dua perkara iaitu skill dan PR yang bagus..

.tak kisahlah kita jual apapun..dua perkara itu penting,kita ada ilmu tapi takde skill pun tak boleh jugak ..tapi kalau kita ada skill,ilmu so-so saja,50% peluang nak close deal itu ada..sebab kadang-kadang orang lebih terpesona siapa yang berbicara berbanding ,bukan intipati topik yang dibicara!

Tapi sebagai sales person profesional kita harus ada ilmu dan juga skill..baru kita boleh bertahan lama...

sebab itu kadang-kadang ada istilah"people buy product because of you,not because of the product"

Maknanya dalam satu-satu company sales person adalah orang yang penting untuk menjana pendapatan di company itu.Sebab tu company letak target kepada kita supaya kita drive sales figure mengikut skala yang ditetapkan.

Dalam keghairahan untuk menjadi top sales,rakus dengan incentive atau apa jua achievement goal banking dan diri sendiri kadang-kadang ada yang lupa etika kerjaya dan rasa simpati.Sudahnya ada antara sales person yang sanggup buat apa sahaja asalkan berada di atas.Apabila diri sudah berada diatas,sering mendapat pujian...untuk maintainkan kedudukan itu supaya tak terjatuh,kadang-kadang ada yang terlupa integriti,sudahnya ada  yang sanggup melanggar compliance dan buat fraud semata-mata memastikan nama tetap disanjung.Mungkin tidak semua,tapi segelintir..dalam segelintir itulah yang menyebabkan ia menjadi isu kadang-kadang...

Buktinya banyak..ada beberapa orang kawan yang disuruh berhenti secara sukarela atau terminated hanya kerana melakukan fraud,walaupun tujuannya untuk memastikan target kita sempurna...sudahnya..kita bekerja keras selama ini tiada siapa yang akan bantu jika kita buat silap,,orang yang memuji akan mengeji,kawan akan menyisih,bosses yang menepuk tangan selama ini akan menjauh..sebab itu apa jua yang kita lakukan pertama:

1.Mulakan dengan Bismillah..sebab kita tak tahu kadang-kadang kesilapan datang tanpa kita sedari.Masuk banking mulakan langkah kanan,dan niat dalam diri"Ya ALLAH aku cari rezeki yang halal untuk keluargaku,ibubapaku"Minta ALLAH jaga supaya kita tak tertipu oleh urusan manusia dan kita tidak menipu manusia untuk kepentingan kita.

2.Apajua perkara,integriti dan kejujuran itu penting.Menipu dengan masa itu antara kita jawablah dengan ALLAH,maksudnya kalau kita cakap kita ada appointment tapi sebenarnya kita release pressure ke karaoke itu kita akan jawab dengan ALLAH...sebab kita bukan bersifat maksum kan?

tapi dalam urusan dengan manusia jangan sesekali kita hilangkan prinsip dan kejujuran kita hanya semata-mata nak close deal.Contohnya menipu product feature just nak orang terkesima dan sign up dengan kita.Kena bagitahu detail apa yang bagus nya tentang product ini,tempoh masa dan risiko jika ada.Disitu orang boleh menilai dan buat pilihan...Tiada kejayaan kalau orang lain sengsara,kita dapat commision orang lain menanggung hutang pada product yang dia tak perlu..sudahnya bahagiakah kita atas susahnya orang lain?

3.Apajua hal,jangan harap untuk pujian manusia,Hendak dihormati itu perlu,tapi buat sesuatu minta orang hormat pada kita tak perlu.Hormat itu akan datang tanpa sengaja apabila mereka tahu kredibiliti kita.Kalau close apa-apa cukup kita berkongsi dengan kawan-kawan rapat untuk meluahkan kegembiraan,usah dicanang dalam groups ke apa,kasihan...kawan-kawan lain yang belum close,apa nak tunjuk bagus dengan diorang ke?"Ehh,hebatnya dia macam mana dia buat ye...close million" Boleh bagi inspirasi pada orang,untuk kita sama-sama bangkitkan semangat yang lain,tapi kalau niatnya untuk bangga diri..minta simpan jauh-jauh peel macam tu..

4.Lastly,orang akan memuji apabila kita diatas,masa itu kawan akan mendekat..semua akan rapat,tapi apabila sekali kita jatuh ,tiada siapa yang akan ambil tahu.itu adat dunia...Jadi apapun pekerjaan,selagi namanya kerja dan makan gaji..kita hanya diperlukan apabila kita mampu menjana benefit dan usah leka dengan pujian,usah kemaruk dengan nama..apa pun fikir dulu untuk diri sendiri dan family,cuba bayangkan anda 5-6 tahun akan datang,,,ingat machine akan rosak selalu diguna,manusia akan tepu kalau dengan kerja yang sama..jadi planning dari sekarang apa yang kita harus ada dan perlu buat untuk akan datang,..jangan lakukan perkara yang sama bertahun-tahun,apabila terlalu lama anda akan berada di comfort zone maka sifat productif akan hilang jika terlalu selesa pada kedudukan yang sama...

dan irda juga sedang merangka strategi untuk mencari solusi di tahun hadapan...


 P/S

Sayang seorang kekasih kerana rasa dihargai
sayangnya suami isteri kerana saling mencintai
sayangnya anak kerana penyambung generasi

namun
Sayangnya company kerana kita bertenaga dan masih mampu memberi!
Jika tenaga tiada,output tak diterima...
Nama yang baik belum tentu kita kekal dikedudukan yang sama..
Jadi sayanglah seadanya,programkan dalam minda..ada apa dengan nama?

rangka strategi..pasakkan dalam hati..apa yang akan terjadi untuk aku 5-6 tahun lagi?orang yang bijak adalah orang yang sentiasa berfikiran panjang dan sering merangka masa depan...

daaaa...


2 Comments

Thank you,come again :)

  1. Armi farith02 March, 2016

    Inspiration di pagi hari..bagi sales sikit

    ReplyDelete
  2. Good luck in coway en armi

    ReplyDelete

Post a Comment

Thank you,come again :)

Previous Post Next Post