59th AGM(Annual General Meeting)@Sime Darby Convention

19:01:00


Assalammualaikum... 

59th AGM meeting last week,yang bertempat di Sime Darby Convention Bukit Kiara.Ditugaskan sebagai leader(jaga team,make sure all sampai and berada disitu..,kumpul figure and report sales figure-jd i untuk hari tu).. untuk event tu,menyebabkan saya kena ada di situ seawal 7am!

Memang taklah kan 7am,pagi-pagi kelam kabut dengan jammed nya,dengan nak siapkan alya school dan so on,saya tolak permintaan head of retail segment manager,kak hasma..her simple answer "practice"..bila i tak nak...

iskk...

Malas nak tulis panjang-panjang kat wassap,last conversation tu i biarkan tak berbalas...nak tak nak,kena hadap gak tugas di pagi ISNIN tu...aduhai...

Malam tu dah mention kat alya,siap rasuah bagi duit belanja lebih dari hari biasa dengan syarat dia kena bangun awal lebih awal dari biasa,sebab mamanya akan kelam kabut kalau nak bangunkan dia lagi dan prepare baju dia lagi...alya memang kalau bangun pagi nak kena gomol-gomol dulu,nak kita kissing n peluk dia dulu,walaupun dah bangun akan amik masa setengah jam just nak suruh dia ke bilik air..tapi untuk hari tu suruh dia sepantas yang boleh--so cara diplomasi,alya bangun segera wang belanja bertambah!-cara diplomasi ngan alya macam berbisness jugak...aduhai..

alhamdulilah esoknya memang dia bangun awal,lepas je solat subuh,terbuntang mata boolat dia tu...dah stanby nak mandi..

"Mama kan ada work,alya bangun awal lah...alya nak duit banje lebih tau..alya nak beli ni..beli..blabla"amboi siap dah ada listing...

My clever girl...u always buat mama sendu tau...

By the way,so lucky ada sorang budak junior dari region I boleh datang awal,so dialah pembuka dari region..dan saya sampai tepat pukul 8am! dia dampai 7.30am..:)


Thanks bro!DATANG awal..tue je boleh ucap,at least boleh coveR i dulu kan...
Dengan tak sempat nak minum atau apa-apa,sampai disana..mak aihh ramainya orang,dua tingkat convention ni penuh dengan orang,bahagian hall bawah,semua kebanyakkan chinese senior citizen,ramainya....semua share holder ni.semua dah tua-tua,sedang beratur amik breakfast dan goodies .

Then cubalah masuk dalam ramai-ramai ni,hajat hati boleh join bekpes sekali...eeh ada orang tanya

"yess miss..anything can i help u"...

I pun senyum-senyum dan bertanya"Im banker...booth kat mana ya"cover malu jap..i memang tak pakai tag.sebab tu depa tak tahu i ni staff...entah memang sengaja malas nak pakai...dulu masa mula-mula keje cam bangga je pakai tag bank,tapi lama-lama tah mana tag id staff ku...aduh

"hall two miss,go straight & naik escalator ya..."..adohai...tak jadi breakfast dulu...


Bahagian registration untuk AGM dah ramai orang,ada yang i kenal ada yang tidak,ada bahagian csd ,investment,islamic banking dan so on..yang pastinya ini semua staff.





Finally i jumpa juga bahagian I..Bila sorang dua je yang ada,mulalah i memekak kat group wassap,siap snap pic and mention "mana yang lain"...wah terasa garang disitu...biarkan..lagipun dalam group wassap tu ada regional director sekali..hahaha sajalah tu nak tunjuk aku wat keje kan kan..propa irda ni,sedangkan baru sampai gak..I TAHAN gelak..

..hehe nak tu..awat lah yang jantan-jantan tak sampai lagi bukan diorang ada yang naik motorbike ke..ni mak marah ni...

aku pagi-pagi nak uruskan anak bagai boleh sampai awal,awat diorang tak sampai lagi.bisik hati.....amboii..mula lah aku membebel-bebel..biawak-biawak marah wujud dalam hati hehe..

Sorang-sorang pm I

"da..sorry i lambat sikit,badan naik gatal-gatal ni"cehh..oklah think positif ye lah tu kot.Terima alasan tu...

sorang lagi

"Der,wa otw ni..."otw lah sangat pukul 11 baru sampai...apapun I OK JE...

I datang pun just memenuhkan tanggungjawab,lagipun kalau AGM meeting ni majoriti guest adalah yang sudah retire,agak-agaklah kan apalah produk yang boleh jualkan..selain diorang lagi prefer untuk saving dan fixed deposit je,nak suruh amik loan?memang taklah kan..nak suruh amik insurans?jauh lah sekali..jadi datang jelah memeriahkan dan sambil membantu community yang datang masa tu..




Suka tengok puan Hamidah ni,my head HR.Cantik dan elegant,dulu dia pernah call I personally bila wish gud luck for debate,terharu gile bila dia sebut nama i penuh..kan nama bapak i pelik sikit..dia sebut lancar je...,DIA ONE thing cakap soft spoken gile...english dia pun terbaik...ada je i jumpa big boss lain,tapi memang terkesima lah dengan puan hamidah ni...rasanya all staff sayang dia...


LEPAS semua guest dah masuk hall,I baru nak breakfast tau..yang ada hanya sebungkus nasi lemak plus a cup of coppucino.?Betul tak spelling?hehe....ini pun kos RM 11...wah nasi lemak kat luar dengan lauk paru sotong telur mata bagai baru RM5 sebungkus...(aku membebel dalam hati)biawak-biawak tak puas hati dah wujud...NANGES bungkusan nasi lemak i dah lah besar penumbok jari ku je..isk isk...

Come on lah Irda...Ni beli kat mana??ADOHAI....









Sembang-sembang  minum coffee memanglah hobi sales person kan kan...aaduhai...akhirnya setengah hari dihabiskan tanpa ada sebarang sales,

memang takde sales sini,tapi oklah lari sejenak dari kesibukkan ofis,boleh tukar fikiran kejap kan...

Sebelum tutup cerita di AGM ni yang mana satu hari saya terbazir tanpa buat apa-apa,tanpa dapat apa-apa,saya cuma dapat gelak dan senyum jumpa kawan-kawan,untuk release kepadatan urat saraf saya dengan aktiviti kerja...

 saya cuba elakkan dari bersembang tentang hal orang lain...sembang santai ini perlu kadang-kadang...dan kita boleh bertukar-tukar fikiran....Tapi awas sembanglah perkara yang membina..ok?

Have productive day but no sales figure...heheh...

DONT WAIT UNTILL EVEYRTHING IS JUST RIGHT,
IT WILL NEVER BE PERFECT,
THERE WILL ALWAYS BE CHALLENGES,
OBSTACLES AND LESS THAN PERFECT CONDITIONS.

SO WHAT.GET STARTED NOW.WITH EACH STEP YOU TAKE
YOU WILL GROW STRONGER AND STRONGER,MORE AND MORE SKILLED.MORE AND MORE SELF CONFIDENT AND MORE AND MORE SUCCESSFULL

-mark victor-

Ok saya akhiri coret-coret ni dengan quotes diatas,walau takde kena mengena dengan story diatas,tulis je lah...ehh bukan tulis..irda copy paste je..pandai sangatlah aku nak tulis poem cam tu dalam english!=mehh

tapi suka quotes tu...u know something?bila saya down,kadang-kadang kata akan membangkitkan semangat balik...

anda down?solat jangan tinggal,sehari selembar al quran,dekati orang-orang positif dan bacalah perkara-perkara yang positif..

down tu biasa sebab kita manusia,gila apa nak ceria 24 jam,mesti kadang-kadang kita akan lemau,kita akan down sesangat..dengan mendekati yang positif,aura semangat anda datang.InsyaALLAH...bekerjalah kerana ALLAH kerana disitu ada nilai ibadah...

You Might Also Like

2 comments

  1. hamboi semangat harga sampai rm 11 T-T

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai Mommy Cici...aah tu one set ngan air...huhu

      Delete

LOVE COWAY PAGE

FOLLOW ME ON GOOGLE+