Beratur nak makan roti canai...Tempat breakfast terbest di bandar Kuala Lumpur

19:14:00

Tempat breakfast terbaekk di tengah bandar Kuala Lumpur..sempoiii dan memang citarasa saya..

Kalau orang ajak saya breakfast di pappa rich ataupun oldtown,sesekali bolehlah,bukan sebab harga,,satu pun tak kena ngan selera lah hai..walaupun selalu je dapat breakfast free ade jer orang nak bayarkan...kalau tak boss,leaders,business partners dan so on...

Saya lebih suka breakfast kedai bawah pokok,orang amik order siap jerit,

"teh tarik satu"..

banyak-banyak kedai area ni,ini rasanya memang sodap sampai orang beratur panjang nak makan..




 Kedai ni terletak tepi jalan
Kedai ni berhadapan dengan DBKL dan BPMB dekat dengan UNIKL.Kalau dari ofis saya tu agak jauh jugak lah.



Kedai ni buka setiap hari kecuali hari isnin dia tutup.Makanan utamanya roti canai dan nasi lemak.Paling best kuah roti canai dia siap banyak tulang ayam,ada orang makan roti canai sampai satu pinggan dia penuh dengan kaki ayam.Saya yang selalu makan roti canai tanpa kuah kat kedai ni mesti makan berkuah.

Selain roti canai,kedai ni juga ada nasi lemak berlauk.Nasi lemak sotong,rendang dan daging tu biasa.Yang paling best ambiklah sendiri banyak mana kita suka,tapi harga tetap sama.

Saya terkejut dua gelas air (teh tarik dan teh o)dan 3 keping roti canai,kadang-kadang tak sampai RM5 pun.Murahkan?Mana nak dapat area KL semurah tu?Kalau belakang ofis saya tu ada je kedai melayu yang jual roti canai,tapi sekeping dan nescafe teh tarik pun dah berapa dah.Ni kat sini dua orang makan pun tak sampai RM5!siap kuah curry ada ayam lagi.Nasi lemak tak payah ceritalah,siap ambik sendiri berapa banyak kita suka.

Tapi kedai ni tepi jalan,susah sikit nak parking.Apalagi kalau waktu pagi kan jalan sesak,ada je orang parking tepi-tepi jalan,dan ada juga motosikal yang parking tepi-tepi jalan macam ni.

 

hiburan di pagi hari

Selain menikmati roti canai dan kuah kari yang sedap,kita juga didendangkan dengan hiburan lagu-lagu lama oleh pakcik ni..Pagi-pagi di tepi jalan orang lain sangkut atas sesaknya jalan,singgah disini dan menikmati makan pagi memang boleh bagi mood pagi yang baik...


Tauke kedai Melayu ni meniaga dengan ikhlas,tak berkira dan masih lagi mengekalkan tradisi dan ciri-ciri kedai sempoi di tengah bandar kuala lumpur ni,sebab tu banyak pengunjung.

Saya mula tertarik dan ingin merasa breakfast disini sebab setiap kali lalu depan kedai ni macam fenomena pula sampai beratur panjang sampai ke jalan..bila sekali cuba,hari-hari fikir nak breakfast kat sini je...

Moga terus sukses pakcik..owner kedai

Mana-mana yang lalu depan bangunan dewan bandaraya kuala lumpur sebelum pusing ke kiri jalan sultan ismail,bolehlah rasa roti canai kat sini..Tapi hari Isnin dia tutup tau..pernah satu hari tu dua hari weekend asyik fikir nak makan kat sini,sekali datang tutup daa..hampa sangat tau...

Kedai ni memang terbaik dan termurah buat masa ni...nyummyy :)




You Might Also Like

3 comments

  1. Nasrun Zakaria12 May, 2016

    pi weekend mmg q pnjg

    ReplyDelete
  2. Mmg sedap n murah kn irda.. Slalu pegi time weekend

    ReplyDelete
  3. Pise Mas12 May, 2016

    Dah semakin pupus peniaga spt beliau...in shaa allah rezekinya akan berlipat kali ganda

    ReplyDelete

Thank you,come again :)

CLICK MY LOVE COWAY

CLICK MY INSTAGRAM