Resensi Buku:Rich Dad Poor Dad(Edisi Bahasa Melayu)

06:25:00


Buku ini adalah bestseller,saya beli buku ni di kinokuniya KLCC dengan harga RM21,Ada 216 muka surat,saya ulang baca sebanyak 2 x.

Memang menarik jika anda seorang yang inginkan perubahan dalam hidup terutama jika anda ingin memandang kewangan dari perspektif berbeza.

Penulisnya Robert Kiyosaki adalah pencipta permainan papan CASHFLOW,Pengasas RICH Dad company dan penulis buku ini.Pernah bekerjasama dengan Donald Trumph dan masuk dalam rancangan Oprah.

Saya tekun mendalami buku ini apabila konsep pemikiran robert kiyosaki boleh hampir sama dengan saya,Saya ulang baca sampai dua kali..Hendak berjaya bukan dari sekolah,bukan dari kerja apa,tapi berjaya adalah bagaimana kita menguruskan kewangan,ramai orang bekerja untuk wang namun tidak ramai yang membuat wang bekerja untuk mereka.

Orang yang bekerja menikmati wang setelah dipotong cukai,sedangkan orang berbisness membayar cukai selepas membelanjakan wang.

Buku ini mengajar kita membuat pilihan-pilihan pelik walaupun pada pandangan orang ia akan tidak memberi manfaat dan lain dari orang lain,tapi akhirnya walaupun pilihan itu tidak mendapat sokongan ialah yang membuat kelainan dan fenomena kejayaan.

Ia bukan sahaja mengajar kita tentang kewangan,malah cara berfikir dan cara melihat dunia.Saya suka cara ini kerana saya juga ingin berfikiran lebih dari kemampuan,membuat tindakan pelik yang ramai orang tidak bersetuju kemudian berjaya dengan tindakan pelik tu.

Kadang-kadang kita tak perlu ramai pengikut atau penurut dalam satu-satu tindakan yang kita akan buat,cukup kita firm dengan pilihan kita itu,tak perlu menerima pandangan terlalu ramai orang.Just move on kalau kita benar-benar yakin..

Dalam buku ini Robert kiyosaki mempunyai dua orang ayah,satu ayah kandung yang miskin walaupun mempunyai PHD dan satu ayah angkat yang kaya walaupun hanya belajar sampai tingkatan 2.

Dua-dua ayah ini sentiasa memberi pilihan kepadanya,ayah miskin nak dia belajar tinggi-tingi dan kerja makan gaji tapi lain pula ayah kaya..baca selanjutnya pengalaman pekerjaan robert..

The Road Not Taken
 
Two roads diverged in a yellow wood,
And Sorry I could not tavel both,
And be one traveller,long I stood
And looked down one as far as I could
To where it bent in the undergrowth
 
Then took the other,as just as fair,
And having perhaps the better claim,
Because it was grassy and wanted wear,
Though as for that passing there,
Had worn them really about the same
 
And both that morning equally lay,
In leaves no step had trodden black,
Oh,I kept the first for another day!
Yet knowing how way leads on to way,
I doubted if I hould ever come back
 
I shall be telling this with a sigh,
Somewhere ages and ages hence,
Two roads diverged in a wood,and I
I took the one less traveled by,
And that has made all the difference
 
sajak by robert frost ini adalah kesukaan penulis,iaitu memilih tidak mendengar kata-kata orang dan rela memilih jalan yang tidak ramai orang mengikutinya adalah kunci kejayaan penulis.
 
"Orang kaya menyimpan aset,orang miskin menyimpan liabiliti yang mereka sangka adalah aset"
 
Ramai orang beranggapan wang mampu menyelesaikan masalah dengan wang,namun sebenarnya masalah diselesaikan dengan akal dan ilmu.Ramai orang tidak tahu membezakan aset dan liabiliti hingga menjerut diri sendiri.
 
Penulis juga mengajar bagaimana menjana income dari property yang saya rasa disinilah permainan cash flow yang menyebabakan penulis membuat wang bekerja untuk nya.Melabur dalam perkara berisiko juga merupakan perkara biasa baginya.
 
Banyak lagi penulisan hebat dalam buku ini dan ia adalah sumber motivasi dan menyebabkan anda akan mampu untuk menterjemahkan idea dan imaginasi anda untuk jadi realiti.
 
Ray Kroc pengasas syarikat macdonald pernah bertanya kepada student MBA apakah businessnya,mereka menjawab business burger,Tapi hakikatnya beliau menjawab business utamanya adalah hartanah,kerana untuk melahirkan francais yang success adalah lokasi francais itu ditubuhkan.
 
Ramai orang yang bekerja makan gaji hari ini adalah mereka bekerja untuk orang lain bukan untuk diri sendiri,pertama bekerja untuk syarikat yang mereka bekerja,kedua bekerja untuk kerajaan untuk bayar cukai dan ketiga bekerja untuk bank untuk bayar hutang :)sebab itu belum lagi gaji dalam payslip sudah ada potongan PCB.
 
Woww..I love this book..baca banyak kali bagi hadam....anda juga boleh baca jika anda ingin memandang hidup ini dari perspektif berbeza..dan saya sedang mengikuti jejak langkah robert kiyosaki,walaupun tak banyak saya cuba ambil sedikit-sedikit...
 
Kadang-kadang mencontohi orang yang berjaya apa salahnya kan,,ambil yang baik,tapis dan cuba hadamkan,kalau ia baik untuk kita dan tak salah pada agama kita,apa salahnya cuba dalam kehidupan kita kan?
 
Jangan fikir apa orang kata--kerana itu biawak-biawak kecil dalam hati...kalau asyik fikir apa orang kata bila kita nak jadi lain dari orang lain kan?SEDANGkan dalam sajak di atas kita harus pilih jalan walaupun jalan yang jarang orang lain lalui,itu buat kita akan difference...




You Might Also Like

0 comments

Thank you,come again :)

CLICK MY LOVE COWAY

CLICK MY INSTAGRAM