"Where inner beuty meets outer beauty" tertarik dengan kata-kata ini buat saya rasa nak selfie sekejap..

Pic ni saya ambil di old town ampang park,sewaktu menunggu untuk session with HR,email yang saya dapat beberapa  hari lepas disinilah tempat yang dijanjikan,perbincangan yang tidak berapa formal sudah disusun atur oleh mereka.

Irda mewakili region untuk position irda untuk discuss atau mengutarakan apa-apa isu yang mungkin agak sensitif..tapi kerana konsepnya lebih santai dan tidak secara formal,mungkin pertemuan ini diatur sebagai sembang-sembang kedai kopi sahaja..sebelum pertemuan ni diatur..beberapa kali staff HR call,,irda pulak suka sangat silent mode phone,dapat misscall lebih 7x..hehehe...


Tak nak mensia-siakan waktu hanya dengan melangut tak buat apa-apa dan kebetulan di oldtown ampang park ada wifi free,laptop saya turn onn.Batery laptop agak weak selamber je irda pasang plug ke bahagian cashier bawah kaki mereka..

"Tumpang charge ye dik..."Alaa esok tak jumpa lagi dah..minta je lah selamber kan..dari saya melangut tak buat apa-apa,lagipun hati mengeletis nak menulis...

Ada satu jam lagi sebelum masa dijanjikan..sekurang-kurangnya boleh saya siapkan untuk satu topik.Alhamdulilah secawan white cofee ais menjadi peneman,idea mencurah-curah di pagi hari.

"Irda kat mana?kita tukar venue ya..tak jadi di oldtown tapi di kedai asam laksa berhadapan dengan oldtown"

Saya menerima panggilan tu dari Intan,HR staff...itupun selepas ada 3 misscall..almaklum hp secara silent mode baru saya perasan...kenapalah tukar venue pulak..alaa malasnya nak bangun-Getus hati kecil yang tengah syiokk menaip..inilah biawak-biawak kecil dalam hati manusia...yang akan melahirkan aura negatif..iaitu 'malas'

alahai malasnya nak bangun.saya sengaja melambat-lambatkan sebab saya nak post dulu apa yang tulis tadi.Sampailah vincent datang jemput saya di oldtown,vincent adalah sama jawatan dengan saya,dia top consultant dari region lain.Satu saya suka vincent ni orangnya humble dan baik..Chinese guy ni sepatutnya tahun ni dah jadi Branch Manager,tapi ada sesuatu isu buat dia masih di position yang sama.

Tapi nasihat saya pada dia,jadi je consultant,kurang sakit kepala...hehehe dan lagi masyukk... ye ke??entahlah itu apa yang saya observe lah..dan branch manager yang sedia ada pun kata..nak duit jadi sales consultant,nak pening jadilah BM..hehehe


Wah macam janji-janji pulak majoriti pakai blue colour...As usual,dalam group ni dalam banking irda paling senior..Tapi as consultant Vincent yang pakai baju putih lebih senior,so dalam dicussion ini adalah gabungan consultant antara region juga.Kenapa kami?mungkin area KL kami yang mewakili suara-suara financial consultant state lain...

Kedai asam laksa di ampang park ni dulu memang sedap..memang jadi pilihan saya,kalau lalu depan kedai ni baunya harum semerbak,tapi kali ni tak berapa memikat selera.Entahlah mungkin sebab saya lebih fokus sembang-sembang dengan head HR bahagian recruitment ni maybe..dan semua mata terarah pada saya..ermmm...

Lagipun first time jumpa diorang kan..saya tak boleh direct to the point sangat..Lagipun makan ramai-ramai dengan orang yang baru first time jumpa,kekwat lebih lah si irda ni...cer kalau orang kenal,semangkuk tak cukup tu..-ngee--

Masa sembang-sembang ni kita bebas bersuara,nak cakap pasal boss atau leader pun boleh tau,,nak kutuk -kutuk pun boleh..hahaha..diorang boleh ambik note untuk action..sebelum jumpa depa ni irda dah wassap alvin minta pandangan jugak..apa yang do dan donts perlu saya luahkan dengan orang HR ni...By the way simple je jawapan alvin

"U matured enough ....just say it"..cehhh...alvin..alvin kan ngadu pasal dia karang..hahah taklah..saya ok je ngan semua orang..even ngan boss pun..kadang confuse sapa boss sapa staff :P~~..hahah..Sikit pun saya tak cakap pasal diorang,saya buat keje saya..tak pernah lah sesiapa nak kacau,dan paling best boss langsung tak kacau saya,siap selalu dapat priority lagi...ahaks

..Ok antara intipati yang saya inform diorang adalah..

1.Career progression-Sepatutnya mana-mana consultant yang maintain ranking dan KPI above 4 setiap tahun contohnya melebihi 5 tahun,HR patut offer career progression tanpa  melibatkan boss campur tangan atau minta recommendation dari atasan mereka.Of course kalau seorang boss/leader akan pertahankan staff yang bagus sebab boleh bagi more sales tapi ia akan menyebakan staff tu akan tepu dan bosan dengan rutin kerja yang sama begitu lama...


2.Mana-mana consultant yang good performance,kena diberi kelebihan dari segi incentive dan benefit,supaya turn around staff keluar masuk dapat dikurangkan,Jadi management boleh mengurangkan kos training sebab bila ramai yang resign,ramai pula staff baru,dan ini semua costing.

Apakata mana-mana consultant yang memang oustanding ni diberi kan peluang untuk mencurahkan idea dan pertahankan mereka dari terbang ke bank competitor dengan cara mereka tidak diletakkan di posisi yang sama melebihi 5 tahun.

3.Jika ada 3 financial consultant di satu-satu branch,kenapa tak letakkan setiap sorang core product untuk focus,jadi result lebih banyak,sebab bila consultant ni focus terlalu banyak product,menyebabkan caca marba dan result pun minima sahaja.

Selebihnya saya beri peluang untuk vincent pula dengan isunya,dan financial consultant lain,isu mereka seakan sama dengan saya,:)saya hanya senyum tanda mengiyakan..

Dalam group ni ada head bahagian recruitment,setiap perkara yang kami warkan sudah ada jawapan,saya hanya senyum lagi tak tahu kata apa.....benar ini sembang teh tarik session,ia sekadar luahan,,mungkin akan diusulkan ke pihak atasan atau sekedar ingin mendengar luahan mahupun pandangan kami..Dan ternyata kami lebih bebas bersuara dan macam kawan...dalam suasana luar bukan office...

Mungkin sesi sebegini baik sebenarnya untuk mengurangkan sedikit tekanan kerja..Mungkin ia perlu juga bila seorang team leader untuk buat sesi ni sekali sekala,,saya mula berangan kalau jadi team leader di coway nanti.sekali sebulan buat macam ni untuk mendengar apa-apa isu berbangkit...ngeh ngeh...sekarang semua ahli saya tido..sebab saya sibuk dengan banking..

Sabar ya kawan-kawan,kalau nanti saya ditakdirkan berada di coway 100% saya pastikan semua bawah saya akan sukses sama-sama...insyaALLAH,,God willing..



                             p/s
Dunia pekerjaan adalah untuk kita belajar sesuatu,dan dunia perniagaan adalah untuk kita mengadaptasi apa yang kita belajar semasa bekerja....

Dunia pekerjaan adalah kita kerja untuk nafkah keluarga kita,mencari kesenangan diri kita dan keluarga kita sahaja,,tapi dalam perniagaan kita kerja untuk kita kaya dan orang dibawah kita juga kaya...

Kaya bukan untuk takbur,tapi kaya untuk menjadikan umat nabi muhammad inilah lebih dominan,dan menjadikan orang islam itu lebih terpandang...

Kaya dunia dan syurga akhirat...amin amin...(pinjam kata-kata mentor saya ni dato sharifah shareen..)

1 Comments

Thank you,come again :)

  1. seronoknya meeting tak formal macam ni. rasa lebih santai. paling penting sambil meeting boleh minum sedap sedap, ehhehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Thank you,come again :)

Previous Post Next Post