Haiii...jumpa lagi...sebelum hubby sibuk sangat dengan program pengembaraannya selepas raya ni,jom buli dia main masak-masak di dapur dulu-ngee-

Walaupun ulang alik kedai sampai 3 kali...nasib baikk cool je se cool suasana di cameron!
 
cabaran memasak adalah barang mentah ada yang dah bawak dari rumah,tapi still beli ayam dan minyak di cameron.
 
first pergi kedai,cari ayam,ayam seekor RM21..perghh mahalnya,kat pasar keramat i beli sekor ayam segar baru RM12,SIAP abang bob pasar keramat tu potong-potongkan,siap bagi pedal ayam free,kaki ayam free,siap tambah leher ayam free,hahah...itu kat mana irda oii..
ni beli ayam kat kedai beku keras,adeh RM21...TAPI beli je lah..dah janji dengan diorang masak curry ayam
 
I buat pregedel kentang dengan sambal tempe(sebab kawan-kawan i ni keturunan minang juga,so diorang memang makan pedas,so pedass lah ku masak sambal)
 
i prepare pregedel dari rumah lagi...
Punyalah semangat,pagi-pagi lepas subuh i dah kopek kentang.Lepas subuh i suruh hubby pergi pasar borong beli barang apa yang patut.Siap tulis atas kertas,almaklum faktor usia kan..kang lupa..haha..hubby i ikut jee lah apa i suruh sebab cameron kan tempat pilihan dia..kalau xnak ikut,tak nak pergi kang...


Lepas buang kulit kentang ni,boleh je nak rebus atau goreng,i prefer goreng dan lepas tu lenyek-lenyek lah seperti dibawah..

kentang dah siap


bawang merah yang telah dihiris


daun sup dan daun bawang
 Then potong daun bawang-daun sup goreng bagi harum,Boleh je letak isi ayam ke....atau daging ke,tapi ku menjaga kesihatan kawan-kawan,berapa banyak ayam nak makan,kan ada curry ayam..so letak bawang-bawang pun dah sodap...kang korang cholesterol pulak..

 Goreng bawang merah kecil yang dihiris halus ni dulu...(halus ke,macam kasar je)ARGHH lantaklah,jap ag dah masuk perut diorang bukan diorang  tengok hasil seni ku menghiris bawang pun..

 
Bila dah kekuningan masukkan daun sup dan daun bawang tadi,goreng sekejap je...dan masukkan dalam kentang yang dah dilenyek tadi..

Kemudian letakkan garam sedikit perencah ayam.kemudian bulat -bulatkan seperti diatas,fuhh penat gak nak membulat ni,ni i masuk dalam group"kalau sedap bagi habis,kalau tak sedap diam-diam,"boleh pulak cam tu kan?
 
So i pun simpanlah dalam bekas aiskrim ni,tak yah bawak bekal mahal sangat kang nak tinggal kat cameron je,walaupun cameron raja sayur,still bawak sayur dari rumah..dan barang-barang lain..ni bukan pergi bercuti,macam pergi kenduri,takpelah,..niatkan nak sedekah kat kawan-kawan,besar pahala bagi orang makan kan kan...
 

 Lepastu gorenglah ..tu pun nak ajar ke..:)


 
So ni lah hasil pregedel kentang i,sampai je cameron .Bila goreng di cameron,panas-panas dicampur cuaca sejuk memang tak cukuplah kan...saja amik pic menu yang i masak ni banyak-banyak,tu je ko mampu buat irda?hahaha
 
kat dapur pun nak suh snap tau...apsal jendul sangat rasanya..:) cis..
Menu kedua adalah tempe goreng sambal...dannnnnn..hahaha ingat nak goreng petai,tapi goreng jering jadinya..hahaha,sebab kawan-kawan semua hantu jering dan hantu pedas,  masak ni..tapi ooppsss bila I nak blend,laaa lupa bawak blender.wassap group cameron
 
"korang kat mana dah,dah bertolak dari kl?kalau belum sila bawak machine penggiling cili,if not tak bersambal lah korang makan"
 
nasib diorang baru gerak,sanggup diorang patah balik rumah ambik blender,,,hehehe...semangat gak kawan-kawan ku ni...
tempe goreng ...
 
 
cabaran memasak di apartment ni adalah dapur nya satu menggunakan kuasa elektrik,memang mood aku kelaut sesangat,slow dan lambat..tapi what to do,masak je lah walaupun slow sangat rasanya..
 
sebelum sambal ready,inilah hasilnya..."irda ko tak malu ke masuk pic ni"hehehe...kadang-kadang i memang selera kampung hokey...bukan kadang-kadang keselaluannya,walaupun bau tak tahan lepas makan kat toilet...kawan-kawan i pun boleh tahan peminat sambal ni...so nak malu apa,cer google khasiat makanan ni...-ngee-
 
Oklah lupakan menu i,bila menu i dah siap,sekarang giliran hubby turunkan skill dia,main menu curry ayam without santan lah,dia cakap dia belajar masa tinggal kat orang pakistan,
 
Hubby:"Dulu GF papa orang pakistan..curry dia tip top cam ni lah,tu yang jadi pandai masak curry..hehe"
 
Wah balas dendam ayat I siang tadi ni...baca part 1 di cameron
 
Me:Dulu BF mama dari jakarta dia sukaa sangat makan tempe.haa 28 hrbln tu dia masuk Malaysia balik
 
Hubby:Siapa?dia kat Malaysia ke sekarang?Siapa...
 
 
hehehe..yes i WIN!bila muka member tu berubah...:)
 
 
so curry hb memang i akui agaklah marvelous(tapi kalau ditanya,ermm bolehlah,taklah sedap mana,hhaah)..I bukan peminat curry,i lebih suka masak lemak cili api,darah minang
mengalir kan...hubby i tak makan pedas,so we are contra....lagi satu apa yang contra,i gila camera pantang suka bergambar,so dia tak suka,so u all jangan haraplah nak tengok gambar-gambar dia di Fb i ker di blog i ke....memang limited.Dan hubby Fb pun takde...
 
 

 His first menu,sayur campur...ni semua dia beli sayur di pasar borong.kenapalah tak beli kat cameron kan...murah sesangat sayur kat sini..
Nampak menyelerakan seih sayur ni,masa hubby tukang masak i tukang potong je....siap tak bagi tengok ..cece takut sangat tiru resipi...tapi kesian gak hubby tangan terluka ngan pisau bila i buat propa"paa..cepat sikit masak tu,member2 mama dah nak sampai,ni curry pun tak siap lagi"

hehe...kelam kabut....haaa baru tau kat dapur ni keje cam mana....


 
 Curry ayam campur kentang dan labu,punya banyak lah hai...dapur gas slow..,kesian...lambat tul nak empuk ayam siap boleh terlena tunggu dia habis masak..

 
Huduhnya telur dadar ni...fail decoration laki den ni..hahaha nasib baik rasa dia sedap.Bila ditanya"iss mana ada sedap....lalala walaupun i dah ratah separuh"
 



By the way inilah chef curry ayam..Atas ni pic lama yee,nak amik pic semasa tak dapatkan,nasib jumpa pic lama ni,just untuk tatapan ada sorang dua client i yang jadi stalker i di fb dan suka bertanya itu ini tentang hubby I...ermmm..
 
Im married more than 10 years,cuma hubby jarang suka bergambar apalagi di iklim  khatulistiwa yang telah membuat dia semakin golap (memang sejak azali gelapkan ..aduiii.)..
 
tapi KJ(YB khairi Jamaludin..cakap lelaki gelap adalah maskulin)..huhu.pelik adik-adik yang suka lelaki kpop dan jambu je..lelaki gelaplah jantan.....
 
silalah  percaya....:))
...tapi cool lah menteri ni...hope success selalu YB...
 
 
lagi satu hubby cakap cukuplah I SORANG jadi artis kat fb tu ,asyik nak upload gambar sendirikan,
 Haaa lagi satu malas tumpang glemer katanya..(huhu perasan ko kan irda)..
 
Hubby:Laa..mama ni tu pun nak masuk fb ke?masak curry ayam?,lainlah makan landak sekor masuk ok gak tulis caption"today kami masak landak..haaa baru rare"aduiiiihai-ngee-
 
 
 
(..by the way fb medium iklan untuk i sekarang)sebab tu siapa nak add i approve je sekarang..lantaklah korang mana yang stalk tu...kang penat tu diam lah tu..dan sentiasa update status untuk menunjukkan kita aktif di media sosial,jagan asyik iklan product je nanti orang boring..so kenalah pelbagaikan status kan..kan kan...
 
Mana yang vengong tahap cipan...Nak pm message2 buduh ke silakanlah..nak stalk and mencebik ke,pun silakan lah...i macam xde masa dah nak fikir tentang semua tu,sebabbb....kepala i dan urat saraf i terlalu busy dengan banyak perkara...dan kadang-kadang tak sempat nak fikir atau nak sentap...hahah
 
..Im married umur 21 bila hubby sibuk dah nak kahwin,masa tu umur hubby 30 tahun! tapi i dah kenal hubby sejak kenal kecik..senang citer sejak i baligh hubby dah ushaaaaaaa (ii perasan kan,,,itu bukan i kata,dia kata.hahaha).sebab tu
 panjanggg je tulis ushaaaa...
 
dan hubby adalah menantu kesayangan my mom..confused kadang-kadang,rasa siapa anak siapa menantu...
 
 
Actually malam tu kawan-kawan i stuck di dengan jammed yang sangat teruk.Finally diorang sampai di heritage tanah rata jam 2 am,sampai-sampai semua kelaparan,kesian....kebulur kawan-kawan aku..yerlah,i dah warning siap-siap jangan makan dan sila lapar-laparkan perut sebab nak suruh diorang habiskan menu yang me & hubby masak
 
Lapar rupanya diorang,mata kuyu badan penat..
I siap masak nasi dua periuk takut diorang tak cukup,sudahnya esok pagi i buat nasi goreng je untuk breakfast diorang...sebab tak habis pon malam tu

cer tengok jam tu pukul berapa diorang makan
 
Dah rasa bersahur makan pukul 2 am,sebab nak makan sama-sama kan,i pun tunggulah diorang...muka masing-masing pun cam letih sangat...kesian... 
 

 
 
Sebab memasing macam takde gaya macam nak tido,i pun malas nak tido i,so kitaorang main SAHIBBA sampai pukul 4 ++ am.Hubby & Alya tido lama dah..hahah
 
P/S
 
u all kalau pergi cameron janganlah nak tido awal ssangat,bahaya. untuk para-para isteri..--ngeh ngeh-
 
Ok daa..c u all next chapter...
 
 
 
 

2 Comments

Thank you,come again :)

  1. wah pandai husband you masak bee. Ayah I pun jenis lelaki yang suka/ boleh masak. and kari ayam dia marveles sebab pekat likat. :D sonoknya melepak dengan kawan kawan. I selalu nak lepak tak teringat anak kat umah. macam dalam dilema gitu

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh je yang..sesekali kita jumpa kawan-kawan....i maybe sebab anak sorang kot dan dah besar...i teringin nak big family macam u..best n comel je anak-anak u...

      Delete

Post a Comment

Thank you,come again :)

Previous Post Next Post