COWAY:Kisah Inspirasi Ajib jadi jutawan sebelum cecah usia 30 tahun

23:44:00

As salammualaikum,sebelum apa-apa nak share dapat invitation dari nuffnang untuk kali ke 2 ni..
 

by the way,busy-busy today,i received this,2nd invitation from nuffnang.sapa lagi bloggers yang dapat?jomm jumpa kat sana


Dalam perjalanan lepas kelas zumba tadi,sempat I baca sahabat maya punya post hari ini tentang kerjaya,agak menyentuh hati saya tulisan mommy cici ni tau...Nanti I tulis tentang perjalanan career I ya..niat saya moga ada yang baik boleh dijadikan sumber inspirasi pada pembaca,mana yang tak baik tu maafkan lah..
 
Malam ni Irda tak nak tulis panjang-panjang,half day meeting di HQ(cukup buat kepala berat hari ni),pagi tadi terkejar-kejar submit 3 sales di coway sampai tudung senget benget jugak(SEBAB tak sempat bersiap di rumah,sarung je tudung,kununya nak bersiap di ofis..tapi sampai nak kejar meeting pagi di Bank,so pergilah dengan tudung macam sabut kelapa tu ke kaunter coway sekejap)orang pandang???do i care..aku tak sempat bersiap.perlu ke cakap mcm tu kat semua orang?..arghh biarkan..
 
I kalau terkejar-kejar time cam tu,tak pedulilah dah penampilan,kalau macam makcik nak pergi sawah pun tak kisah dah,spek pun dah turun kat hidung dah..boleh bayangkan tak keadaan i pagi-pagi tadi kejar time punya pasal,ada adik-adik yang nampak i kemas je selama ni,mesti pengsan tengok i pagi hari cam tu..


 
 
 
 

lepas tu pergi beli hadiah untuk free gift customer(setengah jam terbazir disitu..),Ye lah customer ni beli nga i mcam-macam,so i niat nak sedekahlah belikan dia freegift coway..coway takde percuma tau,yang percuma form application nak beli product tu je,yang lain-lain stanbylah modal sendiri tau...
 
I beli bekal makanan dan mug,yang penting ada logo coway kat situ...customer happy i suka hati,berapalah sangat kan ...I baru tahu ada free gift,if not sejak dulu i bagi je freegift mana-mana client yang beli lebih dari dua product...
 
kemudian masuk ofis kebusyan giler dengan 3 application housing loan,8 application asb loan dan ut -epf,kemudian rushing lunch tak taulah suap ikut mana tadi,tetiba je rasa dah kenyang,meeting 2.30 di HQ..terhegeh bawak beg berat-berat(beg isi form asb+coway plus +buku-buku)then satu lagi beg zumba isi baju dan kasut sukan,dan of course lah i paling lambat masuk meeting..SEBAB sampai tangga monorel tercungap..bila ada orang tegur acah-acah nak ngorat kut,mamposs aku tak layan,nak tanya miss pergi mana,miss nak i tolong...nak je cakap tolong jangan menyibuk..semak tahu tak?(perasan nya ko irda-ngee-)
 
Konon hero hindustan la...aduii...aku ni memang test bangla ke(ngomel sorang-sorang)..ku tak suka bau bawang kat ketiak tu hokey!( nampak sangat dalam tren aku selalu menghidu bau gini)
 
Bla-bla dalam meeting tadi,habislah beberapa jam tanpa berbuat apa selain dengar dan tengok figure,ya ALLAH bazir tau masa.(terkebil-kebil mata ku kenapalah jarum jam ni slow tik tik tok tik tok)..lepas meeting naik tren lagi bawak beg lagi pergi kelas zumba..sayang rasanya tak pergi,sebab masa zumba lah keluar peluh dan keluarlah semua otot dan urat otak yang menegang...
 
Ada kenalan bertanya..kenapa terlalu menyibukkan diri IRDA?tak cukup makan ke....?berdesing telinga...tapi satu je i jawab,selain sedang bekerja keras untuk menyiapkan rumah sewa 3 pintu untuk  bonda,aku nak jadi jutawan...hahaha..poyo tak?LANTAK LAH SITU...kata-kata ibarat doa kan...
 
Dan irda selalu menjadikan orang-orang berjaya sebagai sumber inspirasi,selain menjadi follower mereka,setiap kisah kehidupan mereka dan kejayaan mereka menjadi sumber semangat ...
 
Walaupun kita perempuan,sudah berkahwin mahupun sudah menjadi ibu,jangan padamkan cita-cita kita begitu sahaja...dimana kemahuan disitu ada jalan...Kerana banyak cita-cita irda tidak kesampaian diwaktu dulu,hari ini irda cuba raih satu-satu kembali,kerana apa?Kerana setiap dari kita ini tidak dijadikan ALLAH sia-sia...Dato sharifah al mashoor,vivy yusof,r nadia sabrina,fellinna, dan ramai lagi wanita di luar sana yang berjaya dengan business mereka dan kerjaya mereka...dan suatu masa irda teringin sebaris dengan nama-nama mereka...untuk siapa?bukan untuk siapa-siapa selain untuk keluarga tersayang!
 
Kadang-kadang irda fikir,kenapa ALLAH hanya beri rezeki zuriat baru satu walaupun dah berkahwin lebih 10 tahun,kerana Dia ingin irda gunakan setiap kredebiliti  untuk mencapai yang mana masih belum tercapai,sampai satu masa setiap doa itu akan bersambut...
 
Dan hari ini irda nak share status salah seorang jutawan di coway.Saya tidak pernah duduk semeja dengannya apatah lagi berbual kosong,tapi namanya cukup harum di coway.Mana-mana Hp(health planner )dibawah jagaannya,cukup kenal sifat-sifatnya,kalau makan di kedai,sebut je nama ajib!SEMUA MAKAN FREE...
 
Jom cuba baca status dia malam ni...moga anda inspirasi untuk saya dan anda yang membaca...
sharing is caring....
 
SELAMAT ULANG TAHUN KE 10 COWAY MALAYSIA DAN KISAH SAYA SEMBILAN TAHUN BERSAMA COWAY
Saya bersama Coway sejak October 2007 ketika itu saya masih lagi di Final year degree saya, bayangkan ketika itu sudah berpendapatan RM3000 sebulan buat secara part-time ketika masih menghabiskan final year projek @ thesis
then bila abis saya tanya la balik kawan-kawan kenapa uols hunting job sedangkan rezeki bukan pada kerja sahaja

 
buat sales walaupun tak glemer pun boleh berpendapatan lumayan, keje macam kuat-kuat macam orang Bangladesh tapi income macam CEO , jangan gaya dan keje macam CEO besar tapi income ciput jer
tapi ramai orang suka glemer, ya la glemer kan pakai honda walaupun buat full loan gaji ciputt jer tapi bergaya bagaikan gah macam CEO, tapi hutang keliling pinggang, bila ajak wat sales katanya "

Pantang tujuh keturunan mak ayah aku buat sales ". ermmm 😨 nak pakai homda gaji ciput pasal nak tayang kat bakal mak mertua kan..😎
untuk pengetahuan semua masa income saya konsistent lima angka pun saya masih pakai kereta kancil lagi

Biasalah bila saya decide nak buat sales, mesti orang pertama yang tak suka family sendiri iaitu mak, katanya Ajib nanti daftarlah KPLI jadi cikgu, pastu dia gi daftar pula apply kerajaan. tut tap tut tap ada interview ke kerajaaan kat Putrajaya, ( entah bila la mak aku isi borang ni ..huhu) Apa lagi saya pun pura-pura la tak free dan ponteng interview tu. biasalah mak kan dia nak yang terbaik untuk anak dia, tapi sometimes parent kita tak faham passion kita dan what we really want an enjoy it.
so pastu duk la sy kat KL masa tu mai KL mana ada duit , ada RM30 jer .. betul2 tawakal wat sales kat shopping complex Ampang Point masa tu buat kat situ kalau jumpa saya mmg takkan ada sorang pun ibu bapa nak wat menantu, sbb keje ku ' Salesman Coway jer'
and then masa tu umur 22 tahun lebih keje mmg tak ingat dunia habaq hang, kuar pagi balik tengah malam, balik kampung setahun sekali jer iaitu hari raya puasa,
angkat machine air metro , buat promosi sana sini, masuk duk dalam kete aku, kena tipu duit abis commission simpanan aku jual korporat sales kat Astro lebih RM10,000 dengan brother ni sorang,hampir kena rompak, tido kat Petronas tepi highway di seluruh malaysia tu sangat biasa hampir setiap hari, saya ludah la kalau sapa-sapa kata saya naik dengan sangat mudah! keje kuat hari ni 50% kalau boleh beat pun keje kuat masa saya mula2 saya dah salute hang,
masa tu diam jer malas nak cerita banyak kat kawan-kawan dan juga family apa kita dapat dan lain-lain,

tup tap setahun selepas tu,
then masa umur 23 tahun masa tu bgtau kat mak saya nak beli Condo satu kat KL dan Alhamdulillah beli rumah pertama harga Rm220k kat Ampang masa umur 23 tahun ( skrg umah tu dah RM550k ) beli rumah nak tunjuk kat mak biar dia yakin kerja sales ni pun ada masa depan

nak ubah mentalilti bangsa melayu bukan ambil masa sehari dua
sy buat jer sales dan jual banyak kat strangers kat KL, alhamdulillah banyak yang support antaranya

Boss Astro Encik Ameer and En Azni order 100biji, Kak June , dari Maxis order berpuluh bijik juga dan banyak lagi lah

Alhamdulillah saya jadi Top HM paling muda masa tu umur 23 tahun, jadi top SM paling muda iaitu 25 tahun dan capai networth bersih RM1juta pertama semasa umur 25 tahun( Coway + Pelaburan hartanah ) serta jadi position paling tinggi iaitu GM paling muda dan Melayu pertama masa umur 27 tahun di sebuah syarikat Antabangsa bukan syarikat bapak aku punya macam cerita drama 7 malam kat TV3 tu!

perjalanan masih bersama setia Coway, kenapa perlu nak ubah sedangkan orang yang berjaya ialah orang yang kekal dan persistant, nasihat saya kepada anda semua konsistent dan persistant la dengan apa yang anda buat. jangan terperangkat dengan perangkap peluang, sikit-sikit nak jump kepada company itu ini, sikit-sikit nak ikut orang lain buat, sejarah dah buktikan orang suka lompat lompat tak focus adalah orang yang paling ramai tersungkur

Nak berjaya buat satu bisness dengan 1000 cara bukannya buat 1000 bisnes dengan satu cara!
Buat sampai jadi!
Focus-Focus-Focus-Focus

Go BIG or Go HOME !
sambung part II
Ajib Adi
17.5.16

‪#‎inestProTeam‬


Oklah u all...I terinspirasi hokey...esok bangun lebih semangat,by the way esok irda ada invitation teh tarik session with CEO..dear hubby:esok i...dating ngan ceo gitu..hehehe...nanti irda update hokey....

Jom tido..kelaut dah mata ni..11.25PM now..esok bangun pukul 4 ya..mandi,solat tahajud,solat taubat dan solat hajat,baca dua lembar kalam ALLAH,dan mulakan hari itu dengan energy yang positif..siapkan barang anak dan lipat kain sebelum pergi kerja...

"Hidup ini kadang-kadang ada yang tidak anda suka berlaku dalam hidup anda,dan anda tidak boleh mengubah orang lain sepertimana acuan yang anda inginkan TAPI anda boleh mengubah persepsi diri anda untuk mengadaptasi setiap perkara dalam kehidupan anda agar lebih positif...Ia bukan bagaimana anda ingin mereka mengikut kehendak anda,tapi ia bagaimana anda cuba sehabis baik agar kehendak anda bersesuaian dengan kemahuan mereka"ada sesuatu untuk kita fikirkan...

Hidup ini singkat gunakan masa sebaiknya...nunite readerss...(KONONLAH AKU TAK NAK TAIP PANJANG-PANJANG KAN)

You Might Also Like

5 comments

  1. wah dear sonoknya attend event. pasal beauty pulak tu.

    and betul tu rezeki setiap orang berbeza. kesihatan, duit, kerjaya, anak semua tu rezeki Allah

    btw event yang hari tu dah dapat date ke yang? kalau dah ada senang ler apply cuti awal awal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. I rasa diorang nak tukar ke bulan ramadan yang..rasanya lah...tp xde feedback lagi..kalau ada i wassap u ye yang

      Delete
  2. seronok tengok org muda berjaya

    ReplyDelete
  3. Yup.. rezeki atas usaha gigih

    ReplyDelete

Thank you,come again :)

CLICK MY LOVE COWAY

CLICK MY INSTAGRAM