Assalammualaikum ...

10:40pm..alya dah berdengkur...Balik zumba tadi sempat singgah giant beli hadiah untuk sambutan hari guru besok.Seronok dia memilih...

Ok malam ni nak update..esok closing coway!Alhamdulilah belum sempat update sales semalam,hari ni irda close satu lagi sales..masa kerja tadi ada customer ni lama dah irda kenal,budak mentah lagi tapi dah bertunang,tahun lepas dia nak apply asb cuma keje belum tetap kan,jadi susah lah nak apply payslip pun tak da...

Lepas tu selalu je lah layan dia kalau dia wassap tanya apa-apa,irda fikir budak dalam linkungan 22an cam tu, anggap cam adik-adik je...
 
Hari ni lepas setahun dia datang bank lagi..

"Kak,,hari ni saya bawak payslip saya nak buat jugak asb...haa saya dah naik supervisor sekarang,dah ada gaji tetap"

saya yang sedang sibuk broadcast wassap untuk cari satu sales lagi,habis semua nombor saya pm dan bagi promo,ada yang bagi respon tapi tak nak pasang bulan ni,tunggu raya lah,tunggu bulan august september la...ya ALLAH  nak satu sales je lagi nak completekan target coway bulan ni..berkerut dahi sudah fikir mana nak cari.....:)

dalam coway setiap unit ada beza-beza allowance,selain commision based on bilangan unit,ada lagi pelbagai incentive mengikut bilangan yang ditetapkan.Walaupun diorang tak letakkan target untuk irda,tapi irda akan letakkan target untuk diri sendiri contohnya bulan ni nak berapa income bulan depan,so kena buat berapa bulan ni,selalunya bila irda set minda cam tu memang tercapai..

So hari ni dari pagi..ya ALLAH satu je lagi,satu je lagi dok sebut-sebut macam tu je..irda tak risau sales bank sangat sebab dah dalam tangan dah semua..tinggal target diri sendiri..tup tup adik ni datang hari ni nak apply asb sambil tanya

"kak jual penapis air lagi ke..apa tu namanya coway"

Haaa...eh pernah promote ke sebelum ni,confuse jap...tapi senyum dalam-dalam ..hati berkata...ya ALLAH sebelum bank tutup KAU hantar seseorang untuk aku penuhkan doa hari ini?

"Dik..pasanglah ...bila lagi nak pasang..ala murah je"..

.blabla...semua ayat sehabis baik dikeluarkan..untuk pengetahuan readers kebanyakan customer irda panggil adik,mana yang perempuan irda lebih suka panggil sis,senang....kalau lebih tua dari irda..panggil kakak...tapi tengoklah...puan dan tuan mana-mana yang irda first meet...

Kalau customer berulang..selalunya akan jadi kawan..,sampai satu customer tu sekarang irda dah jadi tempat luahhan perasaan sebab hubby dia sakit,dah lama sakit,asyik pergi dialisis...sekarang dialah manpower di rumah..dan irda jadi tempat luahan..

Alhamdlilah kakak tu kuat dan well prepared sangat..keje dia pun bagus..cuma perempuan ni kadang-kadang nak tempat meluahkan ...sebab tu dari client irda jadi sahabat tempat luahan ...ok je...irda ok je..niat kerana ALLAH je..walaupun pala ting tong selalu dan busy-busy selalu..cuba je lah jadi pendengar terbaik,dan layaknya kita manusia...pasti mahu dilayan sebaik mungkin oleh manusia lain kan?

kadang-kadang dalam hidup ni,kalau kita tak mampu tolong dengan harta,tolonglah dengan cuba meluangkan masa,jika terlalu sibuk cuba tolong dengan memberi kata-kata semangat,dan kadang-kadang sedikit perhatian dari kita akan membuahkan ukhuwah..

hubungan yang ikhlas akan terbina ukhuwah yang jelas....dan alhamdulilah kak tu amik asb,amik housing loan dan future nak amik ionize katanya ..brand coway..lepas raya nanti...:)

kadang-kadang,perhatian yang kita berikan pada orang akan membuat orang itu rasa dihargai..sebab tu bila ingin mengambil hati manusia bukan dengan harta atau hipokrit...tapi hati kita ikhlas.orang pun akan ikhlas dengan kita..

kalau hipokrit..lama-lama akan nampak jua...
 
jawab adik tadi..."Ala kak tak mo lah..saya duk bujang...lagipun dah buat asb ni takut komitment lari"

Me:"Dik tak yah pasang kat rumah awak lah,awak hantar kat kampung,pasang kat rumah mak,wahh mesti mak awak suko,ni nak bulan puasa lagi ni,mudahkan keje orang tua tu satu ibadah untuk awak,satu ibadah untuk awak ALLAH dah janji mudahkan orang tuamu,murah rezekimu"..wahhh semua ayat irda keluarkan..dalam sales ini namanya teknik soft selling...

selalunya business yang menggunakan modal bercakap ni.soft selling lebih diterima daripada hard selling...tengok keadaan..dan bergantung siapa yang kita ajak bercakap...

"Memang nak belikan mak kak..tapi saya belum gajilah,duit ngam-ngam untuk belanja makan,dan minyak motor je..tapi memang niat nak belikan untuk mak"

Irda kalau sebut bab mak dan belum ada cukup duit ni,memang sayu hati tau..sebab nak kejar sales target,dan sekali nak bersedekah sempena nak bulan ramadan,,dan budak ni pun belum gaji..readers boleh agak apa promo irda bagi dia kan???..hehehe dan finally dia register hari ni..Allahuakbar,Kau datangkan rezeki disamping Kau menguji keikhlasan hati..

Readers..maafkan irda ya kalau apa yang irda share macam riak atau tunjuk baik,minta ampun sangat..ini hanya sebuah perkongsian dan sebuah cerita inspirasi,kadang-kadang takut jugak semua ni wujudkan perasaan riak,sebab ada terbaca ..orang yang bersedekah dengan sekeping roti itu lebih baik dari bersedekah ribuan ringgit tapi akhirnya riak,itulah dipanggil nafsu tersembunyi...

Bila sesetengah client nak pakai dan dia belum ada wang masa tu..ada cara irda menderma sambil berniaga...tapi tak perlu share disini...tapi memang tengok keadaan tau...tak semualah irda bagi cam tu...

ok balikkeje kan pergi giant belikan hadiah cikgu sekolah alya...

tetiba ada kawan call..

"U..i nak club 10 esok closing,i nak satu je sales u..u tong tong I dulu,tolonglah u carikan i sales malam ni jugak"

Irda senyum je..giler apa malam-malam nak cari sales..irda senyum sebab target  dah full tadi kat bank..

 jawab"Boleh,apa i dapat?hehehe .."Kawan  ni building manager sebuah bangunan area ofis irda.Dia masuk coway mula-mula suko-suko je,dan rasa tercabar dengan irda kut sebab suka kutuk dia depan-depan..hehe......tup tup sekarang sales dia kencang pulak..

dah serabai tengok dia urus dua kerja...bila dia cakap peninglah ,..penatlah..irda akan push dia..satu push word irda"I pompuan..u laki...takkanlah i boleh u tak boleh..come on!"Wah terus sales dia meletop2,siap weekend full duk booth...semangat ultraman mana tah dia dapat...

Amboii ni lawan tauke ni..tapi  happy je untuk dia..aim dia after raya nak tukar honda city dia ke Honda crv...perghh...ni lah melayu!..HAHAHA...kalau  cakap cam tu sure dia bengang...ada duit lebih sikit nak tukar kereta..isk isk..tapi dia kata nak bawak wife dan anak-anak dia jalan-jalan oversea kut..apa-apapun irda happy bila kawan feel momentum dan seronok hasil yang tak dijangka-jangka..

Bila dia dah minta tolong tu cam kesian pulak..so irda pun tolonglah cari sales untuk dia memalam ni mcm mana irda buat siang hari tadi,at least satu lagi,,so broadcast lagi..tapi dah stanby ..kawan is kawan,business is business,"aku carikan ko sales,pay me cash!'hahaha kejam tak?argh biarkan...dia gaji building manager pun tak usik tau sejak jual coway ni..hahaha..ni kalau dia baca mesti cakap i kejam...

Dan i PUN promote punya promote,dan cara irda gunakan sama macam siang tadi... target i..alhamdulilah berduyun-duyung orang PM..konsep yang irda gunakan.."sedekah awal ramadhan"..bila dah ramai jadi kelam kabut pulak...jadi serba salah pulak..nak sorang je..so nasib baiklah pandai atur strategi ahaks...hehe..bytheway bila iklan cam tu..ada pulak nak join coway kan..oklah tu..

ni adalah salah satu group yang irda aim nak recruit under irda..ni exbanker dan ada masih suam-suam di bank..hehe..









ALLAhuakbar,bila perbualan macam ni,tipulah cakap irda tak kembang kempis,memang dalam group ni irda jarang bersembang sangat..tapi selalu share aura-aura motivasi je..tak sangka banyak gak beri impak kat depa semua,especially yang dah bergelar exbanker..

Bila dipuji macam ni irda rasa takut sangat nafsu tersembunyi tu timbul...apa nafsu tersembunyi??rasa riak mengatasi niat sebenar...minta sangat ALLAH jaga hati...irda nak recruit diorang dan nak diorang cuba buat coway sebab irda nak sama-sama berjaya tu je...
sebab tu sentiasa share irda punya performance dan so on dengan mereka...!

Dan hari ini...rezeki di bank murah,rezeki irda di coway murah...bukan kerana irda power,bukan kerana ayat yang menusuk kalbu,bukan kerana ramah tamah yang melampau..tapi ini semua rezeki mereka-mereka yang memerlukan...
antaranya tanggungjawab utama seperti dibawah:...abaikan typo my mom...dan bahasa ..almaklum orang tua menaip di wassap...hehe



so dengan coway?dan sales bank...so far dengan izin pemberi rezeki..so far irda masih mampu menjadi tangan di atas....tapi satu je nak ingatkan...setiap rezeki kita ada rezeki orang lain..mak ayah,adik beradik,saudara mara,jiran-jiran dan kawan-kawan...malah yang tidak kita kenali...ada rezeki mereka dari kita...

Jadi semakin kita dapat banyak,dekat situ ALLAH akan datang ujian,samaada kita semakin ikhlas untuk memberi kepada mereka-mereka yang memerlukan...kadang-kadang semakin banyak kita dapat,kita semakin merasa tidak cukup..semakin payah untuk kita mengeluarkan untuk mereka-mereka...bawak -bawak muhasabah diri...bertenang...fikirkan...

adakah jaminan hari esok untuk kita?apa yang kita risaukan...adakah kita beri 10% dari income kita..kita risau kereta tak bayar?bil-bil tertunggak?sedangkan esok itu belum pasti untuk kita...

ada sesuatu untuk kita fikirkan disitu...

dan ALLAH sudah berkata..tidak akan jatuh papa kedana orang yang bersedekah...:)


Dulu..Irda selalu nak cari apa business irda nak buat,no rental,no shop nak jaga,no staff nak urus,irda bergerak sendiri ditemani ALLAH yang sentiasa memerhati..Allah bagi jawapan termudah adalah coway!

Irda tak nak sibuk buat business,sewa kedai,upah pekerja,duit modal besar,,tapi untung belum tentu lagi..dan business coway modalnya hanya air liur!ajib adi boleh jadi jutawan hanya dengan jual produk orang...kenapa tidak kita kan?

mentor irda:brainny & beautiful...ceo pmgift,ceo su0askin...dermawan,hartawan..menjaga lebih 500 anak yatim di yala thailand..

DATO sharifah shareen,...

Irda tak pernah minat mana-mana artis...kecuali kalau ada yang membuka minda dan memberi aura positif...bagi irda..dato ni ada aura tersendiri walaupun bukan artis....boleh follow aura dia,perkongsian business,tempat-tempat yang dia menderma..dan kalau tak dapat separuh dia.suku pun ok.nak macam dia...hehehe..






DARI FB DATO: JANGAN PERTIKAI REZEKI ALLAH
-----------------------------------------------------------
Ramai yang tahu syarikat saya PMGIFT pembekal cenderamata koprat dan mempunyai 3 buah kilang. Client kami beberapa syarikat2 koprat gergasi dalam Malaysia dan syarikat dari luar negara.
Dengan PETRONAS (Syarikat No 1 do Malaysia) sahaja kami ada 3 long term kontrak sampai sekarang. Alhamdulilah.
Namun pergolakan ekonomi dan meredumnya harga minyak membuatkan trend perbelanjaan mereka juga berubah dgn lebih berhati2.
Syarikat lain saya juga mengalami turun naik.
Saya ada:
🚩Syarikat Pengiklanan
🚩Syarikat pemaju kontraktor kelas A - G7
( boleh.buat job value 50million keatas)
🚩Hotel business
🚩 Petrol Station ( dah 30tahun)
🚩 Sekolah : Non profit
🚩SAM BEAUTILOGY LAB : mengeluarkan foundation wajah SUASO SKIN dari Korea.
Jadi sebagai kontraktor pasti ia ada impak besar pada syarikat saya kerana
"Besar Periuk Nasi Besar Jugak Keraknya".
Alhamdulilah nasib saya baik saya ada KABEL BESAR.
Kabel saya dilangit. Tiap hari saya munajat minta DIA buka jalan utk saya agar dapat maintain apa yang ada sekarang ,bayar gaji2 pekerja dan perbelanjaan2 syarikat dan menyara hampir 600 orang anak2 peliharaan saya.
DIA gerakan utk focus pada retail business SUASO SKIN. Maka berlakulah perubahan besar dalam hidup saya. Dulu duduk dlm kilang jer dan jumpa client bila perlu. KINI tiap minggu asyik shooting TV, majalah, Photography sessions, interview dan macam2 aktiviti yang saya tak pernah buat seumur hidup.
Rezeki Allah hantar dalam pelbagai cara..
SUASO SKIN BELUM ada dipasaran tetapi ikut kiraan kami batch pertama dah HABIS JUALAN HANYA UTK AGENT dan stokis. Alhamdulilah3.
Paling hebat saya kini ada banyak family baru dalam media sosial dan ukhwah kita sangat kuat..
hampir setiap minggu juga saya dapat pelbagai hadiah dari famili FB.
Di pos ke kilabg saya di kota damasara alhamdulilah.
Terima kasih senua yg hantar mcm2 termasuk
Kasut sukan, pakaian sukan, bag, casing hp, baju, jubah , cookies dan paling banyak tudung.
Terbaru semalam saya dapat Day&Night Cookies ni..masyaAllah sedappp sgt..
masuk2 office dah ada ataa meja.
Kata staff saya dari famili FB yg PM minta address. Terima kasih sekali lagi.
Sapa nak try ada conta t no kat bawah.
Mmg crunchy dan best sgtt..saya personaly sukaa sgt. Sedap sedap sedap!!
Natijahnya walau betapa hebat badai melanda yakin lah pada ketentuan Tuhanmu.
Jangan lah kita pertikaikan rezekinya kerana rezekinya datang dalam pelbagai cara yang kita tidak pernah sangka sangkakan.
Jgn berhenti mengharap , berdoa dan berusaha.
Jgn sesekali pertikaikan rezeki Allah Taala.
Dhuha.Waqiah.taubat.tahjud.
Alhamdulilah Ya Rabb...
‪#‎DatoShareenAlmashoor‬
‪#‎kayaduniasyurgaakhirat‬
‪#‎PMGIFT‬
‪#‎suasoskin‬

her photo....

"Orang selalu cakap muka saya tak makeup lebih nampak muda kena makeup baru laa nampak sesuai dengan umur.... tapi kdg2 tak dan. Saya ni hari2 biasa tak suka makeup pun.  Tapi foundation Suaso skin tu wajib pakai hehe...."O
DAT

 

Sya Zana's photo.





Menjadi follower tegar dato sharifah shareen,irda nampak dia memiliki ciri-ciri wanita unggul,cantik dan sukses..anda boleh follow fb dia...setiap status dia mesti ada pic selfie..hhehe..sweet cara dia marketing,sebab produk terbaru dato adalah foundation kan...

She start with nothing...now  success woman...wowww sangat!

Yang bagus nya dia seorang yang humble sangat...

 
Walaupun irda tak sehebat dato,tapi sedikit kita ada persamaan...hehehe...biar irda je senaraikan dalam ruang peribadi apakah persamaan..bukan dari segi rupa tau...dato cantik sangat...irda ni apalah...jauh sangat..tapi persamaan kita adalah cara kita berfikir,cara kita memandang hidup dan cara kita bekerja..
 
irda tulis something di FB about her...:)...hehe komen dia di PM sweet sangat...
 
 

dhuha dan waqiah,taubat,tahajud permulaan hari,kunci rezeki ,dan slow-slow,tak semua walau sedikit irda cuba buat.......Dan moga setiap perkongsian irda,kata-kata irda tidak ada nafsu yang tersembunyi(riak dan takbur dan menunjuk-nunjuk)Minta dijauhkan...

Setiap nasihat atau apa jua harap-harap tiada nafsu tersembunyi..Irda juga nak jadi macam dato sharifah ,,kaya dan banyak menderma...irda follow Fb dia,cara dia turun padang di rumah anak yatim,membina rumah untuk orang-orang susah di Yala Thailand,dan andai suatu masa irda kaya dunia macam dia,irda pun nak bela anak yatim..amin..agar irda juga kaya di akhirat nanti...amin....

Dan sebelum ia diperingkat luas..,buat masa ini..dan takat ini..irda baru menjadi tangan yang diatas untuk family dan adik beradik,masih dalam lingkungan diri sendiri dan family,sedangkan di luar sana masih ada tangan-tangan yang memerlukan..

dan andai suatu masa irda buat perkongsi .mana irda pergi,rumah orang susah mana irda singgah,apa yang dia buat...moga-moga hati irda ni ikhlas ...dan ikhlas...takut ya ALLAH..takut ..kerana syaitan tak pernah penat untuk menghasut .Moga hati ini bebas dari nafsu yang tersembunyi...

dan salute mentor ni...banyak yang dia tolong hasil dari businessnya...

nunite readers....








2 Comments

Thank you,come again :)

  1. selalunya bila bekerja macam ni, and bila kita amek rasa tercabar dengan aura positif dari situlah baru dapat semangat buat sales kan.

    dulu masa kerja sales marketing ni, semua kata I boleh cepat dapat promotion blablabla tapi taktahu kenapa sales slow gila. I dah start ber-negative thinking dah. dorang bagi masa few weeks utk capai target jadi leader and get promoted tapi I tak achieve lagi.

    last last rasa tercabar yang membara, I achieve target and dapat promotion. yeayy

    tapi kejap je. i rasa stress pulak kerja tanpa basic. hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang..wat sales ni seronok..jom wat sales lagi..paling seronok ada rezeki dtg beegolek2..hehe

      Delete

Post a Comment

Thank you,come again :)

Previous Post Next Post