Cameron Highlands 2016-part 4:Cameron Lavender & Taman Rama-Rama

12:31:00

 
Agenda Asyik sales je...Kesian budak-budak baru,mana-mana student yang baru graduate then masuk sales line apalagi sales line banking,kena tadah telinga lah ya..bila orang push target,

Tapi sales ni seronok sebenarnya kalau benar-benar ada jiwa kat situ,paling seronok dapat incentive on top of your basic!tapi kalau takde jiwa susah sikitlah,tak semestinya CGPA bagus KAT u,masuk banking apalagi buat sales boleh achieved all targets ye..sudahnya 2-3 bulan cabut..hehehe.

Takpelah tak semua orang minat bende yang sama kan?kalau nak berjaya pertama sekali kena ada minat,lepas ada minat kena ada knowledge lepas ada knowledge kena ada kesungguhan...haaa baru success hokey..
 
..setiap keje ni kalau kita takde jiwa kat situ memang tak boleh jadi...rata-rata mereka akan cari kerja lain bersesuaian apa yang diorang belajar,,sales line hanya batu loncatan..oklah tu kan..
 
Tapi kalau betul-betul minat,sebenarnya sales ni best...kalau takde bakat takpa,tapi kena ada passion..bakat tu akan boleh dibentuk..tapi kalau pagi-pagi lemau nak pergi kerja sebab malas nak tengok muka customer,maknanya cinta pada kerja tu tiada..so ...hehe..fikir-fikirlah sendiri....
 
 
 
Oklah...Nak sambung cerita cameron lagi.(belum lagi habis,walaupun lama dah berlalu).kali ni jom terjah Cameron Lavender..Walaupun selalu je pergi cameron tapi ni first time Irda masuk lavender ni...Ni semua itenary dari amirul & syuhada..I follow je...ahaa....
 
Pintu Utama

Tempat ni berbayar masuk...and tak sangka setiap di tempat ni senada seirama dan sewarna dengan baju yang I pakai..Maka pengsanlah korang menengok pic-pic I YANG sesangatlah banyak kat sini..memandangkan sedar diri..tak lah ku masuk semua..pecah karang blogspot ni..Readers mana yang tak suka scroll je lelaju...huhu..
 
 
Bayaran masuk tempat ni Dewasa RM8, KANAK-KANAK RM5.Maka beraturlah aku kat apek tukang collect..masa nak bayar kira-kira dah,kalau 10 orang berapa,kalau 100 orang..perghh business cam ni pun kayoo..

Alya yang dah tak berapa comel...huhu...sepet mata panas lew tu

Terfikir buka booth kat bahagian kaunter nak masuk ni pun best gak ni...pastu stanby air coway free..takkanlah dari ramai-ramai yang masuk satu dua tak beli coway kan...satu dua pun ok ape...:)
 
Tapi idea kartun tu xdelah I war-warkan pada mereka-mereka yang bersama di hari tu..sure diorang ingat i dah kena sawan keje...baik aku diam je...yelahhh..punyalah panjang beratur semata-mata nak beli tiket nak masuk dalam lavender ni..apa je yang ada dalam niii?
...

Lavender kan....memang tempat ni tersusun indah dengan bunga-bunga,ladang strawberry dan bende-bende unik macam ni...I yang memula tak berapa teruja..teruja lah jugak lepas tu...kembali lah i ke zaman kanak-kanak


Pic bunga-bungaan ni I amik dengan menggunakan skill photograph i yang tak bertauliah ni..cer u all tengok pic ni dari cerita drama apatah ni..encik hubby yang snap &send to me via wassap lepas balik cameron hari tu...siap caption

"mama kenapa kita tak amik pic macam ni hari tu.ni kat lavender nampak cantik pulak view..?owhhh lupa kita akan amik pic banyak-banyak kat oversea je nanti kan kan.. ..."cehh..malas ku nak layan tau...tak habis-habis laki den ni..huhu...


Wassap ke dua dari hubby pic ni pulak masuk dengan text berbunyi...


"nanti kat oversea mama akan tengok banyak bunga-bunga lagii cantik,,ha mama kan suka bergambar,papa janji akan amik pic banyak-banyak untuk mama macam dalam cite ni....mesti mama tambah lagi comel dikelilingi bunga-bungaan cam kat lavender ni....napa xbalas wassap..balaslah pleasee..."

I tak tau nak gelak ke nak apa ni...huhu..I pun bukak pintu bilik ..

"PA,Tak yahlah membazir data tenet boleh tak papa :)..mcm lah rumah kita ni bosar sangat,papa kentut pun mama boleh dengar dalam bilik ni......,mama pun boleh nampak cite tu dari dalam bilik ni tau"..huhu...

Hubby:sajaa...nak update...tertengok lak cite ni bila tv lama tak on!huhu...


I memang tak suka layan drama...entah malas..tapi view dalam cite ni baru je hari tu i pergi dengan kawan-kawan,masih segar memori tu kan...

ok lah sambung cite...

 


 
Alya with friend mawar..ni anak syu...memang nak bawak syu ikut sekali sebab nak bagi alya ada kawan.
 
 
 
Tempat ni memang indah dengan pelbagai bunga yang berwarna-warni,ada bahagian boleh petik ada bahagian tidak,yang mana boleh petik tu kenalah beli ye...ada je couple yang ada kat sini jalan-jalan berdua sambil pegang bunga yang baru dipetik..sweet sangat tau....
 
ada bunga warna purple,merah dan bunga kuning....tetiba rasa bukan di Malaysia kejap..

 
 
Ini bahagian yang boleh dipetik,tangkai bunga panjang-panjang,i rasa macam nak nyanyi hindustan je di tengah-tengah bunga yang banyak sangat ni...rasa nak tido atas bunga-bunga ni,guling-guling...
Nasib waras lagi...:)
 
 
cer teka apa yang sama?....warna bunga di belakang tu,warna kerusi...warna tudung dan warna baju...hidup dalam UNGGU...:)
 
Ni tengah panas ni ..nak bergambar punya pasal buat muka-muka rileks..tapi tak tahan ya ampunn...oh cameron kenapa tak sesejuk dulu...
 
 
Merahnya strawberry ni.....selain boleh petik sendiri,ada juga yang telah dijual siap-siap macam ni...ni  sepeket RM20
 
 
Kalau nak petik sendiri macam alya yang acah-acah  pemetik profesional ni,RM10 untuk 200g.Owh lupa nak beritahu,bunga pulak setangkai RM2.
 
Alya setiap kali pergi cameron,tak sah kalau tak petik strawberry walaupun hakikatnya dia tak makan pun buah tu.
 
I masa teman alya ni,termakan lah sebijik nak rasa tak tahan tergoda,i fikir halal kan lah ye..sebijik tu equal dengan harga masuk tadi..eheeh
 
Dalam ni ada surau kecik,bolehlah untuk sorang dua nak solat dulu kat situ.Bagus jugak kan...
 
 
Lepas petik strawberry jomlah kita pekena ais krim strawberry,comotnya awak alya,cafe ni jual strawberry ice blended,aiskrim dan minuman-minuman lain. ni terletak bahagian atas adalah berangin sikit.
 

 

 
Disini ada jual cenderahati juga.kalau nak beli bolehlah...Tapi i tak beli apa-apapun..sebab nak beli kat tempat lain..
 
 
Suke nya tengok kedai ni..rasa macam owner kedai pulaks sebab warna baju sama dengan kedai..series I tak de nak bujet nak pakai baju sama ala-ala lavender cameron ni...secara kebetulan je...
 
 
Kedai cenderahati di pintu nak keluar ni sangat cute deco..hello kitty merata-rata,nasib alya tak merengek nak apa-apa,I memang dah jalan lelaju dah,tak nak beli apa-apa kat sini
 
 
 
TAMAN RAMA-RAMA CAMERON HIGHLANDS
 
Keluar dari lavender kami semua cari tempat makan,singgahlah satu kedai ni tepi jalan sebelum pergi ke taman rama-rama.
 
Kedai ni owner dia melayu,sebelah kedai ni ada jual baja dan pokok-pokok renek,tak sangka pulak kedai ni banyak sangat lalat.sebab dah order kami layan je lah...tapi bila makin ramai yang datang makan,nasib makin kurang lalat.oklah next destination ni
 
Bayaran RM7 dewasa dan RM4 kanak-kanak,kali ni I dengan kawan-kawan yang masuk dulu,bawak budak-budak dan mak-mak budak,hubby pergi cari masjid nak solat katanya,tapi i tahu dia dah penat dan lemau follow kitaorang.hehe...
 
Semua kawan-kawan I,dah confirm-confirm diorang kepala sama dengan i kan..dah rata-rata sebaya dengan i,I nampak jugalah kesungguhan hubby nak layan kepala kami ni..ngeh ngeh
 
 
 
 

Taman rama-rama ni takdelah dalamnya takdelah besar sangat,hanya satu ruang diasingkan dan di pagar untuk rama-rama hidup berterbangan,dalam tu banyak juga rama -rama yang dah mati..




I bukanlah penggemar kepada hidupan liar,so takdelah nak menghayati sangat haiwan-haiwan yang ada dalam ni..Alya pun sama ,cuma dia suka jenjalan je,focus dia takde nak tengok hidupan dalam ni
 
Seram tengok ular warna hijau ni terpacak pala cam tu..Siap nak mematuk cermin yang memisahkan dia dengan dunia luar,ni kalau lepas dari cermin kaca ni,sure  i lari dulu...

 
Ular memang haiwan yang sangat menggelikan,selain bisanya..kulit yang licin cam ni buat tengkuk geli geleman...tak lah besar sangat tapi cukup kuat untuk membunuh manusia ni
 
 
ok..ini semua hasil photographer alya...So dia dah demand awal,masukkan dalam blog katanya..so u all enjoy lah all picture taken by alya ya...
 


Mama..ni ayam ni apa mama...?Bila alya tanya cam tu...ayam apa eh?AYAM belanda?atau ayam apa ni...then i jawab.ni ayam betina...tengok dia ada nenen...huhu....bley tak ajar anak cam tu?
 



 



 



 
Lubang hidung tu besar,jangan nak selfie sangat lah alya...Amboi mentang-mentang bagi greenlight pegang camera..pandai dia dah...alya potong rambut tak comel dah...senang..nak pergi sekolah tak sebab tu mama pendekkan rambut awak

 
Kalau mama yang nakk amikkan gambar awak..awak langsung tak nak kan..bila mama pass camera ngan awak..amboiii banyak nya pic selfie awak..
 



 
 
 Pokok cactus dalam taman rama-rama
 
 
Saintifik rama-rama,tak rajin sangat nak baca..heheh snap je!
 
Awak tengok apa lagi tu Alya?Jomlah balik....
 

 
 
Bahagian luar ada jual cenderahati untuk dibawa pulang juga.
 
\
Kitaorang dah penat..nak balik ,nak makan lagi dan nak sambung main sahbibba dengan 3 gang ni...hehehe...
 
 

You Might Also Like

8 comments

  1. Anonymous03 June, 2016

    Me before you..

    ReplyDelete
  2. oo..drama Akadku Yang Terakhir..masa cuti tu, ada jg tengok citer ni..hihi..
    belum pernah ke Tmn Lavender...cantiknya..byk bungaa..

    ReplyDelete
  3. Heheh..:)aah tempat ni cantik dear..tapi i dah malas nak pg cameron lagi..huhu

    ReplyDelete
  4. Wahhh.if i boleh tanam lavender tu dpn rumah i... syokknya la kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Larat ke nak jaga bunga-bunga tu yang...huhu

      Delete
  5. aiskem tu -_- pegi scroll waktu first day puasa pulak. parah betul ahhahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahniah yang...u peknen2 pun puasa tau yang

      Delete

LOVE COWAY PAGE

FOLLOW ME ON GOOGLE+