Cameron Highlands 2016 part 5:Kea Farm & Pasar Brinchang

12:47:00

Tempat yang paling best beli ole-ole,sayuran segar atau buah strawberry di cameron highlands ada lah kea farm,selonggok sebakul baru RM10. 

Ketam goreng,sotong,udang dan cendawan goreng tepung..sedapnyaaa...

Hari ke dua singgah di pasar brinchang.Masa kat pasar brinchang ni,best tengok makanan lah..entahlah kat cameron ni lapar memanjang
Kat pasar brinchang tak beli apa-apa sebab nak balik sehari lagi,jadi takut beli nanti busuk pulak simpan dalam peti ais,macam strawberry tu kan.Pasar brinchang ni buka hari Jumaat dan Sabtu,TAPI untuk public holiday dan cuti sekolah,pasar brinchang buka setiap hari!
 


Masa beli apam ni punya lah beratur,tapi memang sedap..susah nak dapat area KL.apam macam apam balik tapi kecik,inti kelapa dan kaya..makan panas-panas.mula-mula dah beli 6 keping...lepas tu sedap pulak...datang lagi sekali beratur,beli lagi. sebab sekali i makan rasa nak lagi,..huhu,sampai sekarang teringin pulak ngan apam brinchang ni...


cuba tengok lelehan kaya ,apam yang comel...ermmm terliur tau masa menaip ni,kat pasar brinchang ni beli ni dengan air strawberry je lah..then jenjalan..sebab yang lain-lain tak berapa menarik...


heritage view

Selamat tinggal heritage..after this no more cameron..heheh ye ke?...maybe datang nanti dah tua kot...kalau umur panjang...huhu.Tapi macam tak nak datang lagi je..huhu

 
Sebab kwn-kawan dah pesan kita beli kat kea farm je untuk bawak KL,jadi I pun tak belilah apa-apa kat pasar brinchang
 
tapi masa nak pergi key farm,iaitu esoknya 1May kan public holidays..hazabbzzzzzzzzz sangat rasanya,tahu tak kenapa?cause dari apartment heritage ke pasar tu almost 2-3-4 hours atas jalan sebab jammed giler...hari tu adalah hari terakhir kami di cameron,atas jalan yang tak bergerak sampai neves kitaorang minyak kereta pun tinggal satu..always kan lupa...

night mare rasanya..terperangkap more than 3 hours

Tak tahu nak buat apa time jammed-jammed gini...so selfie..:)
Sampai hubby cakap,after this no more cameron!takkan datang cameron lagi..huhu..kami punyalah neves sebab minyak  tinggal sikit sebelum nak sampai pekan..siap on off enjin,gerak sikit on,berhenti off balik,perut pulak lapar,kuar apartment 10.30am am,,sampai brinchang petronas almost 3 pm rasanya sedangkan bape KM je..adohai...dah boleh sampai KL dah kalau ikut hour tu..
 
Kat Brinchang masa nak keluar duit ATM semua rosak.kononnya nak memborong di Keafarm kan..duit den ade tak sampai seratus ni..aduhai..3 atm pergi semua spoil..penangan public holiday,
 
Nasib sempat sampai di Shell brinchang..dan kami semua singgah solat di surau Brinchang.Ni nak habaq mai,minta sangat jasa baik,surau facility dhaif sangat rasanya dan kotor,almaklum pengungjung ramai ke cameron,kalau boleh orang yang berwajib minta-minta tengokkan surau di brinchang dan baik pulih apa yang patut..seganlah kalau orang cakap tempat ibadah kita kotor dan facility cam tu...
 
Kami ramai-ramai makan di gerai kat Brinchang...hemmm majoriti kedai melayu situ,tapi ada kedai makk aih harga mahalnya,kalah kedai kat KL.Kalau harga mahal servis pun ok takpe,tapi ada akaks tu muka ketat je..adohai..pleaselah kalau bukak kedai makan..senyum sikit kaks..kami ni tak kisah nak bab membayar tu,tapi dengan pelanggan senyumlah...
 
Lepas makan perjalanan diteruskan ke Kea farm,walaupun tak jauh pun ..tapi tetap makan masa sebab jalan sesak..tobat nak datang time public holidays...u all kalau nak datang cameron janganlah time -time cuti di calendar tu ye..kecuali kalau beberapa tahun lagi cameron buat jalan bertingkek-tingkek atau besarkan jalan..yess i think...memang patot..sebab pengunjung makin ramai,kedai-kedai makin banyak,fasiliti jalan raya kena dibesarkan kut atau cari alternatif lain untuk melancarkan laluan khusnya di cuti umum...


serabut je tudung kalau membeli belah ni...:)beli belah lah sangat..huhu...


Ok dengan bujet duit RM 60,Saya beli jagung RM 10 ada 12 ,beli untuk officemate asam-asam dan strawberry..penuh gak dua tangan..so cukuplah kan?ada hikmah gak semua machine atm problem..tapi pengajarn gak..I jarang letak cash dalam wallet ...tapi lepas ni kena letak jugak especially pergi jalan jauh...selalu depends credit card je kan..by the way pakai credit card boleh saving tau...I ada share sebelum ni macam mana pakai credit card sambil menyimpan..dan so far saya tak pernah kena interest untuk credit card lagi...ngehngeh...

You Might Also Like

4 comments

  1. dulu pergi Cameron time cuti sekolah, mmg jam giler..tapi bab membeli sayur2 mmg best sbb murah dan segar dari ladang..

    ReplyDelete
  2. Hmm..cameron highland.kalau pergi msti beli sayur n buah .best

    ReplyDelete
  3. wuii sebut asam asam and stoberi sedapnya yang oi

    ReplyDelete
  4. Hehdhd.....tapi mcm xnak pergi dah cameron..huhu

    ReplyDelete

LOVE COWAY PAGE

FOLLOW ME ON GOOGLE+