Coway:Raikan Kejayaan Suami isteri dan ada apa di Sate Haji Samuri Kajang

08:40:00

Istilah dulu pernah mengatakan,disebalik kejayaan seorang lelaki pasti ada perempuan di belakangnya,zaman berubah..era milenium melangkaui abad...sekarang ada juga istilah disebalik kejayaan seorang perempuan pasti ada lelaki yang menyokongnya di belakang...begitulah timbal balik perjalanan kehidupan...

dan remember di sebalik kehancuran seorang lelaki kerana terlalu ramai perempuan-perempuan di belakangnya..ahaks...buktinya banyak...sejarah sudah cukup membuktikan...


... Irda nak kisahkan cerita cinta ini antara fadly dan cik ida..orang kuat dalam team #konspirasi project...Mengenali fadly my childhood friend ..cukup faham karakternya..tak banyak cakap,agak pemalu,tapi boleh tahan player zaman dulu..Gf sana sini..heheh...(sorry beb...),

Dan fadly join coway bila berkenalan dengan cik ida.Mereka bercinta di coway,berkahwin di coway dan sekarang sudah mempunyai anak masih di coway..perjalanan yang panjang itu menjadikan fadly dari hanya 4-5 sales dalam sebulan..hari ni dia merupakan seorang leader yang disegani,mempunyai income (ibarat gabungan gaji doktor+peguam) .menjaga seorang ibu,menjaga ibu mertua,menjaga dua orang adik..menjaga isteri dan anak..menjadikan lelaki berusia 30 tahun ini cukup hebat dan disegani..

Kuncinya kejayaannya..tidak lokek berkongsi ilmu,tak lokek belanja kawan..dan pastinya kerana dia mempunyai seorang perempuan yang sangat-sangat mencintainya banyak membantu perjalanan career fadly.

Walaupun I lihat mereka tidak mempunyai persamaan,perbezaan itu yang membuat mereka saling melengkapi..

Dan itu kisah fadly...

Hari ini,setelah setahun berlalu fadly naik team leader,walaupun cik ida lama juga sudah boleh naik kerana cik ida agresif,pantas dan sentiasa alert dengan sales..dan itu banyak membantu fadly..

,tapi sehebat manapun dia ,adatnya seorang isteri..sentiasa memberi laluan pada suami dahulu,Mungkin dia mahu suaminya berjaya dulu baru dia follow.Tak lama,dalam setahun hari ni cik ida naik position health manager in coway juga...tahniah untuk kamu berdua,gabungan kerja suami isteri ini menjadi contoh teladan pada kami dalam team yang masih merangkak menuju jalan kejayaan...

Suami dan isteri ibarat dua sayap seekor burung.Jika keduanya sama kuat,terbanglah burung itu sampai puncak udara yang setinggi-tingginya..
bekerjasama bersama,berjumpa hari-hari,..di rumah juga mungkin berbincang tentang kerja,siapa kata partner business dengan isteri itu susah?mereka berdua membuktikan...suami naik pangkat dulu,kemudian isteri follow.....dan dua-duanya sekarang manager in coway...dan kerana cinta mereka yang tidak berbelah bahagi..ia bagaikan menjemput pintu-pintu rezeki buat mereka...buktinya juga ada pada GM ikbal  dan SM aishah.

Bingkisan cik ida di FB..I skodeng hari ini..:)entry ni masih pending dalam draft..so hari ini sis irda  publishkan untuk kalian...

 
TRUE LOVE"
"Disaat aku lemah, kecewa, jatuh, kau selalu dan setia di sampingku . Kau penyeri hidupku yang lara, kau tak pernah tinggalkan ku di saat aku kalah dgn cita-cita ku. Kau tak pernah lelah mendidik ku, di saat aku ego dgn cara ku. Terima kasih menjadi Imam ku .
Ikhlas dari isteri mu"-copy paste FROM CIK ida fb

Kerana cinta seorang perempuan bernama cik ida itu telah membentuk seorang pendiam dulu hari ini menjadi speaker dan pakar motivasi untuk ahli dalam group,dan kerana cintanya yang jujur dan tidak pernah terbelah bahagi fadly pada cik ida...hari ini wanita bergelar ibu itu juga sudah bertanggungjawab untuk terus membangun dan menjadi group leader dalam #konspirasi project group kami.Tahniah sekali lagi untuk kalian..

Dan anda berdua tertulis dalam garmin sis irda kerana sebagai tanda sokongan sebagai kawan,sahabat,dan semoga buktikan..bangsa melayu ini terus maju ke depan..dan teruslah anda berdua berkerja keras melahirkan lebih ramai orang kita ini,kaya ,berjaya dan dermawan..

Nak berjaya tak semestinya pakai kolar dan kemeja duduk berhawa dingin..anda membuktikan..turun pasar malam,menebar flyers..sekarang anda mampu berdiri sama tinggi,dan duduk sama rendah dengan pendapatan golongan professional yang lain..proud  of u..tapi ingat pesan sis irda pada buat kalian berdua,

"ikut resmi padi,semakin berisi semakin tunduk..tinggi-tinggi terbangnya bangau,pulangnya ke belakang kerbau juga...tinggi-tinggi keinginan sudah dijangkau..jangan lupa asal usul kita"

Moga hari esok..semakin banyak ilmu dicurahkan pada orang lain....

Dan hari tu before ramadhan (27.5.2016) kami meraikan kejayaan itu..kami makan sate di sate haji samuri kajang..dan of course sponsored by them..ngeh ngeh..

Ok lupakan cerita mereka berdua..kat sini irda nak share tentang tempat ni..ni first time irda makan sate haji samuri di kajang ni,before this selalu jugak lalu tapi tak dan nak singgah,memang selalu dengar tapi masih belum kesempatan nak singgah



Restoran ni ada dua tingkat,dan kami pergi hari jumaat lepas waktu ofis hour.Irda yang penat dan busy pun tak tukar sempat  baju pun balik,join sekali.


ayam 0.60 sen secucuk,daging a.80 sen rasanya..skill amik gambar takde si irda ni..:)

price kat sini boleh tahan lah,tak lah mahal sangat..tengok tu semua jenis sate ada..


sate dia boleh tahan gemuk-gemuk,puas lah makan..takde lah kecil dan tipis sangat..



Walaupun kami pergi bukan hari weekend, car park memang full,dan dua tingkat bangunan ni memang penuh dengan pengunjung.Tepi kanan car park ada playground,hari  tu i bawak alya sebab alya ni susah makan..jadi bila bawak hope sangat dia makan bila ramai-ramai tu..bila tahu ada playground memang lah dia asyik nak ke situ je..akhirnya syu rajin melayan...:)

Tepi kiri car park ni ada gerai-gerai jual baju,tudung dan perhiasan wanita..so lepas makan kalau uols rajin nak singgah boleh juga.tapi i lepas makan je terus balik..penat uols..balik kerja kut..gigih jugak join ke kajang tu,dah lah jammed giler..ye lah hari jumaat kan...


Mula-mula yang datang muka ni je..yang lain sangkut kat jammed ler tu..






semua orang kenyang malam tu,alhamdulilah....terima kasih...pada yang belanja hari tu..moga murah rezeki lagi..amin..




Thank you for reading this entry..appreciated :)

You Might Also Like

7 comments

  1. Melihat mereka yg berjaya boleh menjadi satu inspirasi buat kita sebenarnya
    Apa lagi kalau sudah tahu bidang yg diceburi memang bidang yg cerah
    Hmmm... mereka boleh kakak percaya Irda yg dah plan for next year pun boleh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak z...Tuhan yg mendengar doa...irda mohon beri petunjuk untuk kehidupan seterusnya...

      Delete
  2. suami-isteri yg saling lengkap-melengkapi..menggapai kejayaan dlm hidup..
    seronok baca kisah mereka..

    ReplyDelete
  3. babe memula I confuse Ida dengan Irda. I thought you tengah cerita pasal story mori you dengan husband . hahahaha. btw sweet couple. semoga kekal hingga ke Jannah hendaknya

    family I suka sate situ. kalau dah makan sana , kena tapau jugak bwk balik rumah. sbb sampai rumah rasa lapau balik hahaha. tapi tu lah, bapak I malas drive jauh jauh. last pegi masa peknen Lihin , teringin makan sate arnab =p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...kelakar tau u ni yang...jom ler i bwk u mkn sate arnab...:)

      Delete
  4. inspiring story!
    husband & wife yang sama2 berjaya lengkap melangkapi,


    btw sis, i adore you too! a lot of achievements!

    ReplyDelete

Thank you,come again :)

CLICK MY LOVE COWAY

CLICK MY INSTAGRAM