MYLOOKS:..10 popular question from them...

14:57:00




"What u focus on grows.Focus on the light--not the barrier.The light will grow.And the barrier will crumble away"-by Yasmin Mogahed



Assalammualaikum..
Bila ada orang bertanya tentang pengurusan masa dan kerja,terutama budak-budak coway yang bertanya..mungkin I akan menjawab macam dalam karangan buku teks,sampai dapat gelaran "skema,googles search!"..atau mcm baca buku sastera..hahaha..mana yang boring tu muka blurr je bila I jawab panjang lebar...hehe...
hari tu masa aktiviti tulis tentang kawan anda di sehelai kertas A4,diorang ni melawak siap tulis sis irda patut jadi cikgu sastera ,cikgu zumba,and blablbla..nasib random je..tak cam siapa tulis...by the way..im ok dengan gurauan tu..happening je bebudaks coway ni...
1.Sis tido pukul berapa dan bangun pukul berapa untuk buat kerja rumah dan buat dua kerja?

Mendapat gelaran sis Irda,yang tua dan yang muda pakat-pakat panggil siS,i pun selesa dengan nick tu,mungkin itu cara mereka respect each other,dan mungkin dalam group fadly irda je on off dan selalu macam kakak-kakak kut untuk diorang,oklah tu panggil sis,kalau panggil mokcik?sentap den tau...adeh!
Masa..?Semua orang ada masa yang sama 24 jam!Cuma cara kita menguruskan nya berbeza.Tido seawal mungkin dan bangunlah seawal mungkin.Kalau mengikut kajian sains kita memerlukan tido at least 8 jam!Tapi dalam islam kalau tido 8 jam,mana qiammulainya?mana tahajudnya?mana solat malamnya?sahabat-sahabat nabi walaupun malam berjaga untuk melakukan ibadah tapi tetap kuat dan bertenaga diwaktu siang?kerana apa?..kerana time tido tu kena pada masanya
Tapi i bukan malaikat atau nak hipokrit nak bagitahu i tido hanya sekejap dan selebihnya i bangun untuk beribadah malam,tak selalu...tapi adalah kadang-kadang,tengok kerajinan dan kezuhudan" time tu,kalau syaitan tengah tocang atas kepala dan di mata..buat peta kat bantal jugak kerjanya...kadang ada jugak sifat malas,kalau yg tengah malas tu tidooo..dan lemau je rasanya..biasalah i pun manusia hokey...
Sila rujuk entry sebelum ni tentang waktu tido yang sesuai agar esok hari kita cergas.Selalunya kalau di hari kerja paling lewat I tido pukul 10pm-10.30,kecuali kalau ada kerja atau rasa nak menulis malam tu,I akan terlajak sedikit.
Kadang-kadang bangun awal pukul 4 -5am!Mandi & tahajud(kadang-kadang ye,,bukan selalu..kadang-kadang,kan korang ingat i ni ala-ala ustazah pulaks,tang mana ustazahnya tah..teruk jugak i ni cuma kadang-kadang rasa nak buat,baca sikit apa yg patut,dan tunggu subuh,sementara tunggu subuh,just checklistkan schedule untuk hari tu,tulis kat diari apa yang urgent untuk hari tu,then kemas apa yang patut,kadang-kadang lepas subuh I tertido balik.Kalau rasa macam alya punya school tak awal mana I kan tertido balik sekitar 7.30am bangun dan kejut anak!masa tu memang akan mamai & kelam kabut sikit sebab alya masuk sekolah agama kan....sebab tu tak elok tido lepas solat subuh..
kadang-kadang masuk lambat kat ofis,siap boleh masak or kemas rumah dulu...hahaha like a boss! boss i pun datang awal tau,,,,tapi ganti baliklah time lambat tu untuk stayback..baru rezeki tu berkat kan kan?..actually kadang-kadang nak adjust waktu jammed!ape de hal lambat kalau petang je boss senyum sampai telinga,datang menghadap dia bagi asb 400K,housing loan 500k,creditcard 5,insurance 1,unit trust prs semua ada...wahh kenyang boss override sales den!and myday never zero from sales...wahhh Ada tanda kepoyoan dan kebongkakan disitu...huhu...ala gurau-gurau sikit pun tak boleh ke?
2.Macam mana nak jadi speaker yang bagus sis?
Talk from your heart!and talk what you mean it.ITU kuncinya
Tahu tak dalam dunia ni semua orang ada gaya tersendiri bila bercakap dan semua orang mampu untuk bercakap di depan orang lain.Tapi untuk menambat orang lain dengar apa yang kita nak cakap,kita kena bercakap dari hati baru sampai ke hati.
Berapa ramai orang yang begitu hebat di pentas bercakap,Kalau tengok gaya anwar ibrahim bercakap gayanya pantas dan lantang,bagaimana tun mahathir bercakap?steady..dan kalau nak tahu dulu sukarno hatta juga mendapat jolokan pemidato yang hebat di zamannya.Setiap orang ada caranya,dan kalau anda nak jadi speaker yang baik,jangan ikut cara orang tapi anda tapi harus cari identiti sendiri.

Nak jadi speaker yang bagus bukan hanya perlu lantang atau menggunakan bahasa-bahasa bombastik..NO..tapi speaker yang bagus adakah intipati bicara anda itu mampu mengubah persepsi pendengar?apakah kata-kata anda itu mampu mengubah cara berfikir dan tindakan orang lain?kalau anda berjaya..maknanya anda sudah menjadi speaker yang bagus..
Dan semua tu untuk memperolehi skill itu bukan dengan coba-coba.atau belasah saja,  ..semuanya perlukan ilmu,pemerhatian dan banyakkan membaca.Dengan semua tu idea akan mencurah -curah.Jika nak jadi leader dan speaker yang bagus di coway ni siapa kata kita tak perlu membaca?sebab kita hanya jual penapis air?apalah sangat salesman penapis air ye??..No no..Jangan biarkan orang menilai martabat anda..tapi kalihkan pemikiran kita..walaupun jual penapis air..aku mampu jadi water specialist..bukankah kita jual produk kesihatan..dan ilmu itu terdedah dan tidak pernah tersembunyi..hanya adakah anda rajin untuk mencari?
Talk from heart..dan isi kata-kata itu dengan ilmu..percayalah anda akan jadi team leader & speaker coway yang disegani.

".banyak harta kita sedekahkan,banyak ilmu kita kongsikan.bukankah dalam perniagaan ini kita menjaga hablumminnannas dan habluminanALLAH..cari ilmu  jaga hubungan dengan ALLAH,kongsi ilmu jaga hubungan dengan manusia...kerana apa?kerana business itu networking

jaga hubungan dengan ALLAH jagalah juga hubungan dengan manusia.dan untuk jadi speaker yang bagus bukan dinilai berapa hebat dia berkata-kata,tapi adakah kata-kata itu ada manfaatnya pada pendengar...
3.Macam mana sis dapat idea menulis dan menulis panjang-panjang di FB buat iklan ada idea sis?
Banyakkan MEMBACA,hilangkan kontroversi.Fb bukan untuk melepaskan perasaan,nanti orang baca ingat anda macam kanak-kanak,tapi jadikan Fb sebuah medan iklan percuma.Walaupun ia ciptaan yahudi,kita jadikan ia tempat mencari persaudaraan dan peluang perniagaan,bukan bagitahu satu dunia apa persengketaan perli memerli dan hasutan.

Kerana apa yang anda tulis melambangkan tahap kematangan dan kedewasaan anda.Baca dan baca,tak semestinya buku-buku yang korang rasa boring tu,tapi baca magazine,paper dan so on!bukan komik hokey,bukan magazine artis hokey..magazine business,magazine ilmiah,majalah solusi dan majalah yang membuka minda.semualah,start from now,...automatik anda akan menjadi penulis..

Keep on sharing dalam FB,jangan terus dengan iklan,kongsi apa yang patut..no comment?no likeS?no share..dont care.because kita menulis bukan kerana nama..tulis apa yang kita rasa patut untuk orang lain baca...
selalunya lazimnya manusia takkan mudah tertarik dengan caption-caption ilmiah,kalau berbentuk hiburan..cuba letak pic korang dengan artis mana-mana,wah mesti banyak likes and comments kan....berduyun-duyun lah yang comments,,

cuba korang letak tajuk kepentingan air dalam kehidupan dan tulis panjang-panjang,mesti tak berapa mendapat sambutan...
dont giveup,...let it b..dan keep on sharing!dan mulakan dengan nawaitu yang baik...
Ingat bila kita mati..dulu kita hanya akan tinggalkan keluarga dan harta,tapi zaman sekarang bila kita mati kita akan tinggalkan harta intelek..penulisan yang baik merupakan harta intelek kita.Kalau tulisan yang baik-baik,masa kat kubur nanti moga-moga dilapangkan kubur kita sebab apa yang kita tulis menjadi panduan untuk orang lain..kalau kita tulis yang buruk?nak suruh siapa delete atau edit?apalagi lagi kalau jenis tak sharing password dengan partner or family?
Thats why before u  write,think!before you speak..think! think twice..
4.Macam mana sis buat dua kerja?
Bela halimunan tak pun saka...HAHAHA..idaklah...
lillahitalla,(saya berkerja kerana ALLAH SWT)

I bukan superman yang boleh terbang sana sini dengan pantas,i bukan ULTRAMAN ada kuasa..I hanya seorang perempuan,berkahwin dan mempunyai anak..dan ini ketentuan I untuk saat ini,Allah tulis bahawa waktu dan umur ini I mempunyai dua cabang rezeki.
Orang kata,kita takkan berjaya handle dua perkara dalam satu masa!Itu orang kata..Allah kata,buat saja ,dan niatlah kerana AKU,SERAHKAN urusanmu pada Aku,sesungguhnya hanya AKU sebaik-baik perancang.Hidup kalau asyik nak dengar kata orang takkan kemana,tapi kalau hidup sentiasa ikut saja flow yang ALLAH dah atur maka ada yang baik di hadapan.Kuncinya?Redha pada ketentuan,terus mencari makrifah Tuhan dan selebihnya biar masa yang menentukan.
5.Sis tak takut kantoi?Err..kantoi dengan company buat dua kerja?
Undang-undang manusia tertulis atas kertas,undang-undang ALLAH tertulis di atas langit.Antara undang-undang ini siapa yang patut kita takut kantoi jika kita langgar?OF course jawapannya adalah undang-undang Allah ..kalau kita langgar maka ke neraka lah kita,kalau kita jauhi,insyaALLAH ada harapan menghuni syurga.
Adakah menjadi kesalahan dari undang-undang ALLAH I melakukan dua kerja?rezeki yang halal dan cara yang halal?"Allah yang maha mengetahui niat dan apa yang tersimpan di hati setiap hambaNYA..aku mohon halal kan kerja-kerja dan rezeki -rezeki yang ku terima..aku ingin menjadi tangan yang diatas untuk mereka-mereka yang memerlukan..."
Kalau ada masa ofis terguna untuk kerja ke dua ,I akan ganti kerja lebih masa,tanpa claim apa-apa...Dan kadang-kadang kerja bank I bawak balik untuk I siapkan dan makan masa i dengan family I..kadang-kadang sampai tersengguk-sengguk i menahan mengantuk siapkan kerja.
Manusia hanya tahu menghukum melalui pandangan kasar.Tapi mereka tak tahu macam mana i mengurus kerja ini agar rezeki i berkat.I serahkan pada Allah untuk menilainya.Tipu lah cakap kalau tak cuak kalau kena panggil menghadap kan..tapi i serahkan pada kun fa ya kun Allah.Dan Dia maha tahu apa yang i lalui..
Itu urusan I dengan Tuhan yang menilai.andai kalau I dipanggil oleh management untuk pilih satu antara dua,i akan buat istikharah untuk bagi jawapan,sebab buat masa ini dan sampai saat ini,i MASIH boleh handle dua kerja dalam satu masa,bukan kerana apa-apa,kerana dikiri dan kanan i ada malaikat yang menemani,dalam jiwa I ada ALLAH yang mengetahui,dan sampai saat ini I menunggu keajaiban Tuhan untuk hari depan..
Dan sampai umur ini..I memang manusia yang selalu gagal dalam memilih,i selalu serahkan pada masa..dan masa...dan hanya masa yang menentukannya,sebab i tak pandai buat timbang tara,dan i hanya follow what ALLAH plan for me..dan sebab itu I takut tinggalkan solat,sebab i tak nak ALLAH menjauh dan hilangkan kasihsayangNYA.

6.Sis tak takut orang dengki?dan report..

Kat office kebanyakkan semua tahu.Bosses pun tahu..hehe tapi buat -buat tak tahu rasanya,sebab kerja i tak pernah terganggu dengan kerja luar I.

Kalau ada yang dengki dan report..kalau dia rasa happy buat macam tu biarkan..kalau itu ketentuannya maknanya itu CARA Allah menjadikan jalan penyelesaian untuk I memilih .Sebab takkan berlaku sesuatu kalau tidak ditakdirkan ia berlaku!Kalau ia berlaku sebab orang lain..dan ia berlaku pun sebab izin Allah.Just say thank you to those yang pendengki tu..and remember ..janji ALLAH itu pasti.Ko buat orang..one day!....just sambung sendiri ayat..tak berani nak tulis sebab ia bagaikan doa...:)

7.Macam mana sis memulakan hari?

Bangun-tahajud(kadang2)-solat subuh-buat kerja rumah-pergi kerja (baca buku dalam perjalanan)--mulakan hari dengan dhuha 2 rakaat-kerja-solat zohor-waktu lunch submit sales dan jumpa team coway-dan so on.....begitulah keselaluannya.

8.Macammana nak bagi semangat dan jangan down dalam sales line!

Bukan senang nak "maintainkan" semangat setiap hari,tapi kalau kita ada visi dan misi..istilah lelah dan putus asa akan di delete dalam memori kepala ni.

tahu apa beza visi dan misi ?
 
VISI :adalah apa yang kita akan capai untuk satu tempoh masa yang kita anggarkan,mungkin dalam setahun.

misi:apakah yang kita lakukan untuk saat ini untuk mencapai visi tersebut.?

Jadi visi I adalah menyiapkan rumah di gombak tu tanpa sebarang pinjaman bank ,oleh itu i harus bekerja keras dan kerja keras itu adalah mission I.

Sebab tu orang sales ni untuk keep momentum spirit dalam sales kena letak satu matlamat..nak apa dan bila?baru semangat datang..

Percaya pada Tuhan..apa jua dalam hidup ni,percaya satu perkara,ko buat ko dapat,kalau tak dapat hari ni dengan cara ini,esok atau lusa dengan cara berbeza pasti dapat.

JANJI ALLAH PASTI..kerja makan gaji berbeza,buat banyak buat sikit dapat tetap sama,kerja sales lain,makin banyak kita buat makin banyak kita dapat.sama macam berniaga lah konsepnya...ada rezeki tak terduga..buat je..jangan putus asa,jangan biarkan biawak-biawak kecil dalam hati tu menguasai minda kita.

jadikan orang lain yang dah berjaya sebagai contoh teladan,banyak tengok-tengok champion in sales yang bekerja dan follow cara mereka,baca buku motivasi,amik aura mereka.cari mentor,dekati orang yang positif,jauhi orang yang hanya suka kondem orang lain...automatiklah jiwa tu membara je tiap hari.

9.Sis rasa coway ni akan terus menjamin tak?

APA jua bentuk kerja dalam dunia ni takde satu pun yang menjamin!Hakta kerja bank pun..pasti ada mss atau vss dan termination.

Pernah dengar kejatuhan bank dunia Lehman brothers?pernah tengok pekerja yang hilang kerja walaupun satu masa company tu ada dalam pasaran saham?tiada apa yang menjamin dalam kerja ini..

sedangkan dalam kehidupan biasa pun,orang yang kahwin berpuloh2 tahun dah beranak cucu pun bercerai di usia senja,orang yang bercinta bertahun-tahun pun tak ke pelamin pun,orang yang dah bertunang esok nak kahwin hari ni meninggal..itu semua contoh bahawa dalam hidup ini tiada apa yang menjamin!

Sebab tu kita ni ada agama,disaat semuanya tidak menjamin,disitu Tuhan meletakkan rahsia-rahsianya dan kebesaranNya.Kita bukan golongan atheis yang tidak bertuhan,kecewa sikit bunuh diri,gagal sikit murung dan bunuh diri,mereka salahkan orang lain jika masalah melanda dan menjeruk rasa,menuding jari sedangkan Tuhan tu jentik sebab dia sayang.

Hidup ini tiada apa yang menjamin!kita harus siap bersedia untuk menerima setiap perubahan..hari ni kita disayang-sayang,esok belum pasti..hari ni kita popular dan income riban-riban,esok belum pasti..hari ini kita muda belia kacak bergaya,esok.?.kita akan tua dan bergelumang penyakit..

semua akan berubah..dan semua akan mengalami perubahan kerana tiada jaminan semua perkara akan berakhir sama seperti bagaimana mulanya..faham?fikirkan..

sebab itu hanya Tuhan sebaik-baik berserah kerana DIA yang tak pernah berubah...

keberuntungan kita sebagai beragama islam,bila kita kecewa ada ALLAH untuk mengadu,kalau nak sesuatu ada ALLAH tempat meminta.cinta TUHAN tu infiniti,cuma kadang-kadang kita lupa dan taksub dalam mengejar dunia.

kita boleh berpanas dan berdiri lama di booth,solat 5 minit pun kita kata tak sempat..kita boleh bergerak utara selatan cari sales..tapi bila berhenti solat alasan masjib jauh?boleh berjam-jam dengan hp,solat tunggu time nak habis waktu..hehe...so??bila terjatuh..ada ALLAH nak kesah ko ke?

I cakap ni pun untuk ingatan diri sendiri...jangan takut untuk esok hari sebab belum pasti kita hidup hari esok,mungkin antara dua waktu solat kita dah pergi...IZRAIL say "hi" to u :).kalau dia kata time for u to follow me?(gurau..takkan malaikat nak skipping kut)So korang nak nganga ke apa >?


Kalau hari ini coway melahirkan banyak jutawan,esok belum pasti.tapi itu bukan lah satu sebab kita harus down!kita harus fikir bende yang kita sedang hadap sekarang,lakukan yang terbaik,esok-esok urusan Allah untuk menentukannya.sebab itu  ALLAH suruh kita solat..ayat  dalam surah al fatihah.ada bermaksud.tunjukkan aku jalan yang benar..tunjukkan jalan kebaikan,jalan kejayaan dan tunjukkan kita sentiasa jalan menujuNya.

maka..dalam setiap perkara yang tiada apa yang menjamin dalam hidup ni..boleh merancang apa yang kita nak dan capai 10 tahun akan datang,namun sentiasa bersiap sedia dan bersedia andai ia tidak kesampaian dan sentiasa stanby dengan idea dan cara lain agar suatu masa kalau tak kesampaian kita taklah kecewa yang amat sangat.

Dan percaya rezeki Allah tu luas..andai tak berjaya disini pasti ada yang lain.Sebab tak semua orang yang masuk coway tu success ada jugak yang kecundang di tengah jalan dan give up!

Itu bukan sebab dia tak bagus..cuma mungkin dia takde jiwa kat situ..jangan kecam diorang,sebab nasib kita belum tau..jadi always think positif,u can plan for future but jangan terlalu fikir banyak sangat pasal future.Lakukan yang terbaik mulai saat ini...DAN SELEBIHNYA?serah pada Dia..ALLAH is the best planner... ALLAH  plan better!..

10.Mengubah nasib dan konsep rezeki pada sis?

Ketentuan nasib atau  takdir dalam hidup ni terbahagi pada 2

pertama-maa fii lauhil mahfuzah(Takdir ketentuan ALLAH yang menjadi ketentuan ALLAH ditulis dalam takdir di lauhil mahfuzah)

Kedua-Takdir maa fil ilmillah-Ketentuan yang ada pada ilmunya ALLAH yang Qadim.

sumber:Buku dahsyatnya doa di tengah malam(sedang i baca bulan ni)

Melalui takdir kedua ini menunjukkan seseorang itu akan berubah jika ia berusaha untuk berubah dan disertakan doa yang berterusan.Dan ALLAH akan mengikut prasangka hambaNYA.

Seorang ibu yang mendoakan anaknya,walau jahat mana pun si anak,pasti suatu masa akan berubah,seorang isteri atau suami yang mendoakan pasangannya,percayalah lambat laun pasti akan terbukti doanya bersambut.

Jadi bawa konsep ini dalam pekerjaan.

Bill gates menyebut"IF U BORN POOR NOT  YOUR MISTAKE,but IF U DIE POOR THATS MEAN YOUR MISTAKE"

Dalam AL-Quran sebut"Allah takkan merubah sesuatu kaum jika mereka tidak mengubah"

so?berbalik pada konsep rezeki dan perubahan nasib..siapa tak nak kaya kan?siapa tak nak rezeki melimpah ruah kan?semua tu boleh dan sis pernah rasakan rezeki mencurah-curah datang dalam satu masa,kuncinya?...usaha..doa dan tawakal...usahalahhh..dan usahalah..pasti nasib anda akan berubah..

Jangan bersedih jika hari ini kamu gagal,tapi bersedihlah jika kamu tak bangkit dari kegagalan...gagal manusia disekeliling kita ni banyak segi,gagal dalam pekerjaan,gagal dalam perkahwinan,gagal dalam percintaan gagal dalam peperiksaan,banyak definisi gagal..

dari kegagalan itulah  ada pengajaran..dan bangkitlah kerana dipenjuru kehidupan ALLAH DAH JANJIKAN yang terbaik asalkan kita tak kenal erti putus asa!

Dan percaya..apa jua yang kita lakukan..letakkan nawaitu yang jelas dalam hati..jangan fikir apa manusia fikir tentang kita..selagi tidak melanggar undang-undang ALLAH lakukan saja...jangan selalu salahkan nasib,jadikan nasib sebagai boosster untuk membangkit kan semangat untuk lakukan yang terbaik..ok team??



If you dont't believe in your ability to accomplish your goals,believe in ALLAH swt ability to help you.You and your capicity aren't enough without Him.
#Get connectedto ALLAH swt
#Dont give up-By MfaizRehman



 

OK cukup for tonite...panjangnya I membebel..wahh seronok dapat lepaskan semua di tulisan..lepas ni kalau yang tanya soalan yang sama macam ni lagi..


please refer irda garmin,entry ini...hahaha..ok nunite readers

 Pic di Hari terakhir bekerja sebelum bulan ramadhan

Acah-acah flawless sikit...

Walaupun tidak..

You are salesperson??Confident level must high!
Reminder for me:talk a lot must give result,if not just shut up!:)

You Might Also Like

2 comments

  1. suka cara you kerja babe. i setuju, kalau kita gunakan masa first kerja untuk buat kerja kedua, mungkin tak berkat. tapi I suka cara you ganti kan balik. :) ramai yang terlepas pandang tang ni. ada yang tengah buat kerja opis tapi dok focus kat promote biz etc, kerja opis dok tangguh tangguh. semoga kita dijauhkan dari sifat macam ni. yelah kekadang kita leka kan.

    ReplyDelete
  2. Yang....blinddate kita jgn lupa..hahah...firsttime nak bekerjasama dgn kawan blogger ni...alhamdulilah yang..dpt kongsi rezeki dgn u...:)

    ReplyDelete

Thank you,come again :)

CLICK MY LOVE COWAY

CLICK MY INSTAGRAM