Ramadhan 6: Accident..

13:54:00

Syukur Allah masih sayang..hanya itu yang boleh diucap.Irda accident...Nasib baik dan masih menyebelahi single case,bukan langgar orang dan bukan dilanggar.

Hari hujan,jalan yang licin dan selekoh yang tajam.Menyebabkan kereta Irda terbabas dan berdentum kuat dengan tembok pembahagi jalan...Masa langgar itu hanya tahu mengucap..Ya ALLAH..Ya ALLAH...

Nasib ada tembok pembahagi jalan tu,kalau langgar kereta orang atau tembok tu tiada terbabas ke gaung...maka berbuka puasa lah di syurga irda petang tu...

Again...pengalaman accident..aduh!

Petang semalam,hujan dan waktu nak berbuka dah...kesian Alya yang berpuasa penuh terus nangis dan nangis sebab ketakutan.Dia yang sedang duduk di belakang bersama bear dan bantal dan juga selimut...terkejut sebab kereta bunyi kuat dan menyeret sepanjang tembok,kereta bergegar dan terhenyak ke tembok
 
...dan tembok yang kuat tu lah yang menyebabkan kami tidak kena apa-apa...syukur masih mampu menikmati raya tahun ni...dan syukur ALLAH masih panjangkan umur ...namun hentakan kuat itu membuat alya tertolak ke tepi


air mata non stop
 
Sayu tengok anak yang sedang berpuasa penuh menahan ketakutan dan menggigil..terus masukkan dalam group wassap family pic ni .Di  highway tiada kedai,tiada orang lalu..hanya yang ada ALLAH waktu itu.Naib batery hp tak kong,dan keselaluannya hp irda selalu je cepat habis batery dan hp lagi satu selalu hang..

 
Allah hanya nak tegur...dentuman yang kuat tidak mengapa-apakan kami,hanya bahagian  depan kereta jadi keropok,dan tayar yang baru ditukar tempoh hari pecah.
 
Kereta ni hubby dah buat balancing,dah tukar apa yang patut sebab tak lama lagi irda akan drive fulltime,bila dah jadi macam ni memang agak fobia.
 
Masa kejadian ni ada abang motor  dan yang bawak kereta stop tolong kami,bawak kami ketepi dan I macam hilang punca sebenarnya.Alya yang menggigil terus nangis .
 
Naib baik tahun ni irda renew insurance dengan ex lady boss irda..just follow je apa advise dia,tak pernah terfikir tahun ni akan gunakan insurance,so far 8 tahun kereta ni tak pernah claim insurance.Dalam keadaan tak tahu nak buat apa-apa di tepi highway ni dan time pun sudah nak masuk berbuka.Irda call insurance minta bantuan..
 
lagipun kereta tak boleh bergerak.Dan nasib baik mudah sangat berurusan dengan pihak insurance.Terima kasih exboss!...irda fikir duluu nak support dia je,tapi memang bagus servis insurance ni.
 
Jadi dalam hujan,kami pun menunggulah towing sampai.
 
 
Satu hal i kalau ada apa-apa sebenarnya tak nak bagitahu mak!mak akan risau sangat-sangat,habis satu dunia dia call,habis dia kerah tenaga semua adik-adik,sepupu-sepapat suruh datang..tapi i kena bagitahu juga...kalau i sorang dalam kete ni..confirm i takkan bagitahu mak..
 
I cakap takpe..tak yah sesiapa datang,sekarang tengah tunggu untuk towing dah,just doakan kami sempat gerak dari sini untuk alya berbuka.I tak kisah sangat makan lambat...kesian kat anak kan..dia sedang berpuasa penuh.lagipun dalam kereta takde sebarang minuman atau makanan.
 
Dalam hujan ni  syukur terus dipanjatkan,termenung sekejap ,kalaulah Tuhan jemput irda tadi...alangkah banyaknya urusan dunia yang irda tinggalkan belum selesai sebelum pergi.
 
ALLAHUAKBAR...bergenang air mata...benar...kalau ALLAH nak jemput mungkin diantara dua waktu solat kita sudah jadi arwah...walaupun seketika tadi kita sedang berangan dan fikiran menerawang...kalaulah i mati masa memandu ,i nak memandu seorang diri..biar i je yang mati dulu...anak i masih kecil,perjalanan nya masih panjang...terus i fikir cam tu dah...

biar i je yang mati dulu..hb & alya jangan terlibat...sebab tu kalau drive i malas betul kalau ada penumpang
 

 boleh pulak terfikir..oklah EPF I pun i dah buat penamaan..saving untuk alya pun i dah siapkan...kalau i mati,penjaga yang berhak boleh bagi kat alya nanti....huhu...adoiii hai panjang nau aku mengelamun..boleh tak fikir cam tu?
 
Syukur sangat alya takde apa-apa ..dia just trauma..
 
 
Menunggu lebih kurang  sejam di tepi highway,dengan hujan yang lebat menggila,sayu-sayu rasa hati...sempatlah share kat groups kawan-kawan rapat,tapi mungkin semua sedang menyiapkan juadah berbuka tiada siapa yang respon...group RD1 respon masing-masing jauh dari irda..
 
Bff pun call dalam pukul 8 something,ana..thank you for concern...sayang ko dunia akhirat....i m ok..
 
Group RD1,semua doakan kami.groups fighter semua doakan kami...thank you..dalam jauh dari semua orang,mereka pun ada komitmen dengan keluarga masing-masing apalagi yang  boleh kami lakukan selain doa bersama,doa dan kata-kata semangat sudah memadai dari kawan-kawan...i pun tak boleh nak suruh semua datang sini tolong i..tapi concern dan kata-kata mereka pun sudah cukup...
 
Cousins & pakcikmakcik yang menunggu berbuka bersama pun terkejut dari kejauhan...tapi sebab i cakap tak apa-apa,cuma kereta yang kena,,semuanya i cakap tak perlu datang..
 
Towing sampai dalam 7.40pm...jadi kami pun naik sekali lori tu minta dihantarkan ke area yang ada makanan....kesian anak....kesian sangat...
 
Pukul 8 lebih baru alya dapat berbuka...pilihannya biasa nasi ayam dan air milo ais..rasa lega sikit bila dia dah boleh senyum dan makan dengan berselera..dan lupakan kisah tadi sekejap..
 
Bila ayah dan adik bujang datang jemput kami...mak siap tabau nasi dan lauk dalam bekal,risau agaknya masih terperangkap di tepi highway..alahai omak den..dah macam berkelah..i tak sentuh pun lauk yang dibekalkan,,selera i tertutup untuk semalaman...
 
Kami pun bergerak pulang dulu..sepatutnya i kena buat repot police dulu ..i ingat boleh buat repot dimana-mana jadi i pun balik dulu ke rumah mak...i nak menghadap mak dulu..
 
Sampai kat rumah mak...benar dugaan I..my mom belum lagi menikmati juadah berbuka...sebab xde selera katanya..i tuang air tembikai..kami minum bersama...i cakap i masih boleh beraya tahun ni mak...:(..dan i masih kuat untuk mak...
 
Lepas tu i pun buat repot..first balai ni tolak sebab sisasatan akan dilakukan oleh trafik yang berdekatan dengan tempat kejadian,jadi kami pergilah lagi ke area kejadian tadi,jam sudah menunjukkan pukul 11 pm.Hujan masih renyai-renyai..sampai di balai polis..
 
I pun terus buat laporan penuh pada pegawai yang bertugas...first experience ni buat report..dulu Kalau drive just langgar longkang kat kampung,pernah gak pecahkan tayar langgar pili bomba,pernah gak langgar devider...tapi kali ni kerosakan agak teruk...dan cukuplah ini kali yang terakhir ya ALLAH ..AMIN...
 
 
Selesai buat laporan I disuruh menghadap sarjan bahagian trafik untuk buat siasatan..i yang blur-blur follow je arahan..tapi sebelum bangun boleh pulak i bagi flyers coway kat hakak polis tu...adoii ini namanya tindakan refleks..huhu....semua yang follow i ...aik?sempat gi...?ngeee....
 
hakak polis tu comel..dan baik hati...i pun nak lah jalin ukhuwah kak...siap cakap lagi masa bagi flyers..
"cik nak coway call eh..."wahh tadi bukan main beriya aku buat report..bolehlak berniaga di balai polis jam 11,30 malam ni..huhuhu...hakak tu senyum..oklah tu..
 
mesti dia confuse..tadi I bukan main beriye bercerita,siyess je muka ..habis je episod buat report,,boleh pulak i tersengih-sengih bagi flyers...3suku budak ni..agaknya mesti dia fikir cam tu..
 
takde lah..siapa yang kenal irda tahulah perangai i cam ne..ada masa i serius,ada masa kawan-kawan baik je tahu irda tu mcm mana...yang penting...bila i jumpa orang yang boleh buat kawan,i akan rasa mesra alam je tetibe..bila jumpa orang yang arrogant dan poyo..aku lagi seribu kali poyo...tapi kalau jumpa orang agak garang...gigil gak..
 
 
 
Malam yang gelap,nasib spek ada...mencari cari sarjan yang disebut di bahagian belakang balai polis...di luar bilik sarjan ni macam bangunan...betul ke idak ni bangunan ni..i pun tercari-cari bilik sarjan...i membayangkan sarjan ni mesti misai lentik macam cerita yusof haslam tu,garang dan gemuk kut..cuak gak i kalau dia suruh i cerita lagi...
 
sampai je pintu yang agak lain macam tu..i pun ketuk...dua kali ketuk..siapa!!? dia tanya..
 
saya cik nak buat report..haa..tunggu kejap..siyess garang...memang confirm lah i bayangkan dia misai lentik ala-ala polis dalam cerita yusof haslam tu..aduii terkucil i ni..kan dia tanya i banyak-banyak ...takut..eehh sejak bila i jadi penakut?tanya diri sendiri
 
20 MINIT menunggu diluar..i tak sabar dah ni..for me kualiti time ....alya pun dah gelisah...
 
sekali lagi i ketuk...laaa rupanya ada orang buat report gak dalam tu,foreigner rasanya,patutlah lama..mutu bahasa yang sukar difahami agaknya,menyebabkan sarjan amik masa nak faham cerita si pengadu..bila foreigner tu keluar,i pun buka pintu perlahan-lahan..
 
assalammualaikum....wahhh bayangan i silap,suara garau dan kuat tadi rupanya sarjan tu rasanya baya-baya i,tiada misai lentik....tapi jambuu habis mcm kpop dah polis depan aku ni...huhu..nasib i bukan peminat kpop..
 
walaupun pertanyaanya keras...dan suaranya garang..tapi i tak setakut tadi dah...i rasa macam berdepan dengan pelakon winter sonata..hihi..sebelum pertanyaan sarjan i jawab..
 
"Tuan..boleh tumpang charge phone jap..phone saya ni dari tadi kong"..i pun sebelum dia kata ya..keluar charger pergi plug kosong.cucuh situ..selamba gile aku..
 
dia baru nak bagi usb,,"takpe i bawak charger"..ok apa soalan tadi...cehhh ...confident je i tanya dia balik.
 
dia dah tak garang dah...tanya baik-baik
 
"kereta mana?saya kena amik gambar semua...mana kereta"
 
me:"kereta saya dah bagi towing boy tu bawak pergi panel bengkel insurance tuan"
 
Sarjan:"laaa..sepatutnya kereta kena pergi balai dulu,amik gambar semua,awak pasti towing yang betul?dari bengkel yang betul,sekarang ni banyak kes,orang bawak lari kereta,esok-esok body kereta semua bercerai"
 
LAAA...ADA ke kes macam tu..mana lah i tahu kan,i tak terfikir langsung pun semua tu...yang i tahu asb loan,housing loan,investment tak pun water specialist coway..manalah i tahu semua tu,bab-bab ada orang jahat cam tu
 
me:"ye ke tuan..ada ke kes macam tu,tapi tadi saya tengok dia ok je..saya tak syaklah apa-apa,saya izinkan dia bawak kereta saya dulu sebab saya nak berbuka puasa,saya siap pelawa dia buka sama lagi...tapi dia tak nak pulak..tapi takpelah saya pun ajak-ajak ayam je."..

tapi hakikatnya i memang ajak ikhlas tadi..kesian juga kalau dia belum berbuka..belanja orang berbuka besar balasannya dari ALLAH...
 
Sarjan tu pun jegil mata kat I...ermm tetibe risau kereta..i pun bagi no telefon bengkel  kat sarjan ,dia call dan dia suruh i doa semua ok,dan memang bengkel yang betul...
 
I pun keluar dari bilik tu dengan perasaan yang berbelah bahagi..takkanlah adik yang towing tu nak buat cam tu kan,fikir positif je...tadi masa dia datang memang i lupa nak minta apa-apa bukti dia dari bengkel yang di refer oleh insurance tu...i fikir nak bagi anak makan je,tak fikir dah kereta..hemm i doa je lah baik-baik..
 
i terfikir gak,7,40pm dah datang sini,tak buka puasa ke mamat ni,sebab tu i pelawa dia buka sekali...pastu fikiran jahat i datang balik,mesti tak puasa ni..eeh kalau tak puasa mesti orang jahat..ishhh tak baik...apalah ko ni irda,kan masa ko pelawa dia tadi dia cakap dia dah buka...tapi kan...arghh malas nak fikir..serabut..
 
serah je lah pada ALLAH kereta i takde apa-apa..kalau ada apa-apa angkat je kereta baru,suzuki swift ke...kecik dan solid...cam sesuai je untuk aku tu..i fikir lagi..wahhh banyak duit..bawak kete pun terkial-kial ada hati nak ada kete baru..cis...ini biawak-biawak hati sedang berbicara berdua..antara positif dan negatif..
 
I bergerak pulang dengan hati yang berkata-kata...
 
Tapi i yakin kereta i takde apa-apa,dan dibawa ke tempat yang betul...isnin ni penentunya..
 
moral of the story
 
jangan mudah percaya orang yang baru dikenali..dalam business orang boleh buat apa sahaja..tapi orang yang berbusiness boleh buat apa sahaja tanpa kenal haram dan halal dan menganiaya orang..dia akan hanya penat berbisness sampai tua,tapi takkan bahagia.kalaupun dia kaya dia takkan bahagia...sebab rezeki tak berkat..
 
jadi i tak risau dah kereta tu..sebab i yakin ada ALLAH yang jaga...harta yang dicari dengan rezeki yang halal akan balik kepada tuannya,jika tidak..maka ALLAH DAH janjikan yang lebih baik...harta dunia apalah sangatkan..yang penting semua selamat dalam tragedi 6 ramadhan...
 
 

You Might Also Like

4 comments

  1. Alhamdulillah Irda tkde apa2 dgn ur doter, betul Allah nk tegur sikit je, semoga semuanya dlm pemeliharaan Allah lah, mula2 ni mmg fobia tpi lama2 oklah tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak noor...alhamdulilah irda xda apa2...hehe tue lah xnak lah fobia n cukuplah ini yg terakhir accident

      Delete
  2. fuh gigih bacanya sampai habi ini..
    saya pun penah eksiden di highway remuk separuh dihadapan kereta wira.. hurmm.. memang masih teringat2 lagi sampai skrg peristiwa tu..

    masa eksiden tu, lost beberapa second kemudian baru sedar.. Waktu tu malam balik kg jadi sebelum lost tu nampak la cahaya yang terang depan mata dan dengar bunyi kedetum yang kuat..dan tak sedar beberapa second tahu2 je dah eksiden..

    masa tu memang tak pk apa dah.. alhamdulillah kami semua selamat dalam kete cuma alami luka je pesenger dibelakang.. moral of story sentiasa pakai seat belt..

    Blogwalking Sini, jom baca artikle ini

    Pencarian Hp Baru HTC Or Lumia? article...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe...komen bro ni pun gigih sy baca.. mcm tahu2 je ngaj cari hp..huhu mesti dr blog yuyu ni..huhu...im.looking new hp for my mom

      Delete

LOVE COWAY PAGE

FOLLOW ME ON GOOGLE+