Coway Di Melaka:Ajaibnya Rezeki ALLAH...

19:08:00

Kadang-kadang rezeki ALLAH itu unik...Terkejar-kejar dengan masa sebagai banker nak achieved target, terkejar-kejar at least satu entry dalam blog daily,terkejar-kejar nak update page-page online marketing...Bila nak raya je terkejar-kejar siapkan semua orang punya persiapan..bila sampai diri sendiri...tak beli apa-apa sangat..

Time office hour,tangan bagaikan lipas kudung,kaki kalau boleh nak panjang..nak panjang lagi langkah ,kalau boleh nak pakai roller blade senang ke sana ke sini..kang orang peliklak kang...time lunch submit sales coway,after office hour sebelum balik singgah ke coway submit sales,time solat singgah  ke coway tertinggal purse di surau,tertinggal diari di toilet,tertinggal hp di laci..wuaa...nasib kat laci...patah balik...can u guys imagine how miserable my daily routine..kejap depan,kejap belakang...aduhai...

Belum termasuk keje mak-mak di rumah,basuh pinggan mangkuk,siapkan apa yang patut untuk family.housekeeping and so on,tak payah nak listkan lah irda oii..siapa wanita semua tahu apa kriuk-kriuk keje di rumah tu kan kan....cause memegang kata-kata mak.."Jangan ligat di luar sahaja,rumah kita berantakan(urusan rumah tak terurus)..mak memang suka pakai ayat sinetron..huhu"ingat tu pesan mak..sudahnya..kadang-kadang cili lekat kat gigi pun tak sempat nak check...huhu...nasib seluar tak londeh..if not terkejar-kejar dengan gerakan jarum jam dan saat,kang lupa zip seluar...hahaha..gilerr lah...but im ok..cause tangan ni tak putus-putus menerima kunjungan rezeki untuk diberi pada mereka-mereka yang memerlukan... 

Dapat on laptop sekejap..pun dah ok...so now mana-mana pun blogging tau...i lebih suka tenggela dengan dunia sendiri walaupun di tempat public..ni candid dari kawan irda di klcc.


But kepadatan dengan aktiviti harian.irda masih seronok untuk update blog,seronok dapat baca entry bloggers lain..mana sempat irda singgah juga menyibuk  bagi bebelan diruang komen..cause irda rasa tenang sejenak bila dapat menulis...kalau boleh irda nak jadi banker,agent coway,blogger,partime business dan ibu yang awesome dalam satu masa!...boleh ke?entah...belasah dan cuba sahaja...IF NOT IRDA ni kan berangan ...

sebab tu sekarang  mana-mana irda bawak laptop..walaupun kepala tengah pening dengan figures dan numbers di bank..bila dapat baca sejenak celoteh bloggers,irda rasa berada dalam dunia korang..terima kasih sahabat yang menceriakan hari...

Hari ni irda nak cerita uniknya rezeki ALLAH..disaat irda tak sempat sangat nak jumpa orang sana sini untuk promote coway...tapi keyakinan akan dapat sales tu sentiasa ada..

Rezeki itu memang ajaib.....hari tu semangat apa yang datang,bangun pukul 5am,sebelum azan subuh orang cakap dua rakaat sebelum subuh itu lebih baik dari segalanya,mengikuti nasihat..irda pun buat..lepas solat sunat dua rakaat,irda cuba baca AL Quran,alhamdulilah khatam akhirnya.lepas berbulan-bulan on off...then lepas subuh ,prepare simple breakfast dan siap-siap seperti biasa..

Sampai ofis.ada 15 minit lagi daily routine meeting every morning,irda on laptop..irda update page marketing..niat di hati,YA ALLAH bismillilah..moga ada rezeki...sebab irda tak sempat nak cari sales tempat lain ya ALLAH...dan rezeki bulan ni sudah ada tangan-tangan yang memerlukan.

.Selalunya pagi-pagi irda akan thumbprint kejap di coway,kalau jadi speaker MC stay kejap..membebel depan budak-budak kan..kalau tak datang thumbprint dan terkejar-kejar pulak masuk attendance banking...huhu...

Kadang-kadang tertanya dalam diri..sampai bila begini?ok give me at least this year..next year new strategy!

Irda tak nak cerita irda salurkan kemana sebahagian rezeki ni,takut ia jadi riak dan tidak jadi ibadah..tapi irda nak cerita ajaibnya rezeki itu kalau kena niatnya,,



alhamdulilah,pagi tu 15 minit usaha sebelum masuk meeting,tetiba dapat wassap dari orang melaka bertanya tentang coway..dan terus close,punyalah jauh beberapa KM kan,,ramai je ejen coway di MELAKA...tapi kenapa ALLAH pilih Irda?mungkin kerana doa di pagi harii TADI,MUNGKIN juga solat dua rakaat sebelum subuh tadi,atau mungkin juga bacaan Al-Quran pagi tadi..Irda tak baik tau..Irda pun pendosa tegar..tapi irda cuba untuk melakukan yang memberi makanan rohani di pagi hari...

...dan berpagi-pagi membuka pintu rezeki..Benar Janji ALLAH tidak pernah salah..

Dan buktinya,,kerja 15 minit sama dengan pendapatn 5 hari...Alhamdulilah...
Jom submit sales:)
Orang melaka pun beli coway dengan -‪#‎irdagarmin‬..hehe..uols jomlah bieli ngan irda

Terima kasih orang melaka..
Business online semudah makan kacang gajus..
Free knowledge online business from awesome team members..

  #i love coway






Alhamdulilah,TQ Allah...

Nota Diri:

Menjadi sales person ada dua sahaja,samaada kamu akan menjadi lebih baik atau menjadi lebih buruk

Jika kamu sedar hidup ini temannya mati,dan dunia ini sampai manalah sangat,seronok pun sampai manalah sangat,maka kamu akan bekerja bagaikan kamu melakukan ibadah.

ADA orang sanggup melakukan apa sahaja,melobi orang sana sini untuk dapatkan sales,tak kenal halal dan haram ,asalkan untung business..maka disini kamu menjadi lebih jahat untuk sales.Dan kamu beranggapan sales itu dari manusia...

ADA orang yang mendekatkan diri kepada ALLAH,kerana yakin rezeki bukan dari manusia tapi dari DIA yang maha pemberi rezeki.Dari tak solat jadi solat,dari tak kenal agama kenal agama,maka sales akan menjadikan kamu amar maaruf nahi mungkar,maka ada  kerja itu sebahagian titian untuk kamu lebih baik,maka sales itu dunia yang baik untuk kamu.

APA pun kerja,hakta profesional atau cleaner sahaja..semuanya ada peranan untuk kita mendekatkan diri pada sang pencipta...ada sesuatu untuk irda fikirkan..

dan jemputlah rezeki hari bukan mencari rezeki..

dan janganlah melakukan semua suruhnaNYA hanya kerana ingin dimurahkan rezeki,kerana takut ikhlas kita lari,tapi lakukanlah untuk makanan rohani..kerana rohani yang tenang,jiwa yang lapang,senyum yangceria,kata-kata yang bermakna,ayat-ayat yang menyentuh jiwa..itulah jalan-jalan memberi rezeki...kerana mood kamu menentukan momentum kamu hari itu...

YES IRDA SUDAH RASAKANNYA...
 

Ok times up!irda ada kerja lain buat..daaa....Ya ALLAH..busynya...lah hai..tapi nak jugak membebel kat sini..:)ngeh ngeh...






thank you for reading this entry...appreciated :)

You Might Also Like

6 comments

  1. Fuh panjang ceritanya ni.. Sibuk nye rutin harian irda ye..
    Insyallah boleh tu jadi semua yg irda nak tu cuma kena pandai agih masa je la..

    Kan.. Apa2 pun rezeki dari maha esa jika dia kata itu rezeki kita maka rezeki kita la tu..

    Jejalan raya... Selamat hari raya..

    ReplyDelete
  2. Akk kagum dgnorg gigih cam irda ni, akk tk reti bisnes, byk dah join itu ini, tapi ya mgkn krn tkde kesungguhan tu, maka semuanya tak menjadi.
    Sbg wanita berkerjaya sekaligus sbg seorg isteri dan ibu mmg tggjwb tu berganda, dan ofkoslah kesibukan tu juga tak bole nk critelah, apa nk buat..telan je. Niatkan kerja sbg ibadah sekaligus membantu ringankan beban suami, in shaa Allah semuanya ada ganjaran di sisi Allah.

    ReplyDelete
  3. Akk kagum dgnorg gigih cam irda ni, akk tk reti bisnes, byk dah join itu ini, tapi ya mgkn krn tkde kesungguhan tu, maka semuanya tak menjadi.
    Sbg wanita berkerjaya sekaligus sbg seorg isteri dan ibu mmg tggjwb tu berganda, dan ofkoslah kesibukan tu juga tak bole nk critelah, apa nk buat..telan je. Niatkan kerja sbg ibadah sekaligus membantu ringankan beban suami, in shaa Allah semuanya ada ganjaran di sisi Allah.

    ReplyDelete
  4. Terbaik...semoga dimurahkan rezeki lagi...

    tips yang baik banyakkan amalan sunat dan jangan berhenti berdoa..dalam masa sama elak buat perkara tidak baik dan istiqomah melakukan kebaikan insyaallah murah rezeki

    ReplyDelete
  5. terima kasih diatas nasihat, sejuk hati membacanya..sibuk itu rezeki, Alhamdulillah..

    ReplyDelete
  6. Semoga sentiasa dimurahkan rezeki irda :)

    ReplyDelete

LOVE COWAY PAGE

FOLLOW ME ON GOOGLE+