Iftar Di Prescott Hotel Kuala Lumpur

08:55:00



Hari tu ex-officemate irda, Muadzam Hafiz invite berbuka puasa under his legal firm.Sejak dia keluar dari banking,dan masuk legal marketing,ada jugaklah irda support dia  dalam refer case.one thing yang irda puji kawan sorang ni,dia kerja memang jihad ,tak pernah makan "under table",kalau dengan client dia akan bantu dengan bersungguh-sungguh..tanpa mengharapkan balasan..

Masa di banking,walaupun dia terdesak dengan target dan didesak orang atasan,tapi bagi dia client adalah manusia no 1 untuk di tolong,bukan untuk sedapkan tekak sendiri sahaja..sebab tu keluar je dari banking ramai client cari dia.

Irda pulak tidak sesabar dan tidak sebaik dia dalam bekerja,bagi irda setiap orang yang datang adalah sales,bagi dia setiap peluang adalah buat kebajikan pada orang..sudahnya rezeki dia tak lama di banking..hemmm.itu cerita dulu..sekarang ada yang lebih baik untuknya..katanya peace of mind bila keluar dari dunia sales banking..betullah tu kut,,,


Bila tiba di presscott,..duduk sejenak untuk termenung,mata memandang kaunter dan..ada rasa tetiba yang sukar ditafsirkan..terasa sayu pilu pandangan dihala keluar,fikiran berlegar-legar,semua nya masih segar ...hemm si irda ni mana-mana je kuat berangan...bukan mudah sebenarnya.

.langkah diteruskan ke tangga..


Naik je tangga dari bahagian kaunter registration ni ternampak .,ruang hotel ni tidaklah besar mana,cuma sesuailah untuk event-event untuk jemputan kecil.Sebelah buffet ada disediakan surau kecil..tapi sayang surau tu hanya dipisahkan dengan dinding dengan antara lelaki dan perempuan,ada ruang ambil wudhuk yang dishare bersama..i yang nak magrib masa lepas berbuka terbantut sebab telekung memang tiada disediakan dan bila tengok share ruang wudhuk..terus nak qada di rumah..


 Owhh lupa nak bagitahu,alya ikut mama hari tu.saja bawak dia sebab nak dia enjoy berbuka,dan of course enjoy semua makanan disitu.

...so bila bawak alya keep on lah hubby wassap ,call make sure anak kesayangan dijaga elok..heheh i kan selalu tercicir barang,kelam kabut je...tapi bab anak mesti lah i alert 100%..apalah papa alya ni..

Tetiba je belum sempat jumpa Hafiz,Raja Herel...dulu banker dari kampung baru,last position as branch manager sekarang jadi team leader di bank competitor datang tegur...terkejut jugak..boleh pula terserempak kenalan lama kat event orang ni..

"Irda...wahhh lama tak jumpa,bawak adik ke hari ni.Top sales coway ni..."

Me"ishhh anak I lah..pandai je kan..sejak bila pulak I top sales coway."

Lama saya tak jumpa kawan ni,hari tu last contact masa dia offer saya join bank competitor as relationship manager,cuma ntah irda tak berminat untuk join ,mungkin masih sayang dengan position sekarang.

Herel"..beb I kenalkan wife i..i selalu dok sebut pasal u sekarang i nak kenalkan siapa irda tu,top region 1 ni..huhu lepas tu..dengan agen coway ..dahlah bolot sales ASB di bank.coway dia pun ngaum jugakB"wahh kuat pulak si herel ni kompang i depan wife dia..

Pandai je dia ni kan...ermm budak sales kan..memang gini lah kut..i geleng pala je ...bila herel nak bawak i tawaf keliling meja lawyers and meet all business partners..berkenalan dan introduce i..Manalah tahu kan ada orang nak beli coway..hehe i pulak malas nak berkenalan dengan semua orang..sebab ..aku laparrr dan penat balik kerja weih..:)hhehe..malas!..nak duduk dan tunggu nak makan je ni..(bisik hati kecil).Dan aku rasa nak sambung berangan..

Rasa nak nyanyi lagu  je kat sini..."Ku tinggalkan cinta yang terluka,membawa diri ...lalala"...NI penangan drama TV3 lah ni...sebab drama tu tertengok setiap kali nak berbuka...alya pun terhafal lagu tu,I pun ternyanyi sekali..laa kat hotel ni pun ada drama tu..apa tajuk dia eh..tapi lagu fauziah latif tu sedap!

Boleh pulak bermonolog dalam keramaian orang ni..apelah si irda ni...


Herel memang beli coway dengan Irda..habis semua orang dia promote.Ntah kenapa irda pulak yang rasa malas nak beramah tamah di sini..selalu ok je bawak flyers sana sini.
bankers & lawyers sit together..hope more business after this

Event ni pun jemput hafifi sekali,hafifi ni husband kepada bestfriend irda ana,kitaorang satu office,Masa ana balik dari uk,sajalah offer hafifi keje di bank,rezeki dia kan...sampai sekarang masih bertahan di bank dan di branch yang sama dengan irda.
   
Dua orang ni memang keje bagus dan sangat banyak membantu..
 
The best working partner...

Rezeki nak jumpa ana,lama betul tak dapat jumpa,so bila hafifi bawak ana ,memang borak sakan lah..

menu kat sini not bad,walaupun tak semeriah pilihan,tapi kambing ni memang terbaik..jangan ikut irda makan ya,satu pinggan ada ikan,ayam dan kambing..walaupun bukan penggemar kambing tapi nak jugak makan....ni nak suap alya makan ni..tu ambik 3 lauk terus...


Lebih selesa menggunakan tangan ketika makan..






Dalam ramai-ramai terselit alya kat situ,mula-mula elok je makan,tudung pun tak tanggal lagi,keep on lah update hubby apa yang alya makan,suka tengok dia makan...memang minta izin ngan hubby memang nak selalu bawak alya mana-mana invitation sebab nak biasakan dia dengan orang ramai,etika makan dan etika bercakap dengan orang macam mana..

Kesian ana tak dapat nak makan sangat sebab hariz meragam..


Ana& baby yang comel..kesian budak comel ni meragam,so maknya tak berapa nak makan sangat..


Bila mama leka berborak..alya nak apa..bagi je dia makan..dari pakai tudung dah buka tudung dah budak ni.dia amik aiskrim 4 kali,teh tarik...air mangga...makan roti hot dog,makan karipap...banyak betul dia makan..


Bila mama teruja sumbat semua bende kat mulut awak..mama tak perasan sampai awak kekenyangan dan sampai nak muntah..Ya ALLAH terkejut sangat bila tak kawal makan anak,dia sudahnya susah nak hadam dan nak bergerak..Kesian sangat time ni..dia tersandar sampai mama pun tak boleh buat apa-apa...

Dia biasalah kalau dah macam tu,air mata menangis laju je..siap panggil papa..papa...papa dia kan superman dia selalu..huhu...perut dia cekang lah tu...I nak pegang tak nak,kawan i suh dukung pergi bilik air dia tak nak,finally I biarkan dia dalam setengah jam bagi dia rileks dan turun semua makanan..

Rasa kelakar pun ada,sebab makan sampai tak ingat,rasa sedih pun ya juga bila sebab makanan dia nangis rasa bersalah pun ada,sebab mama sibuk bincang pasal kerja kan..then keep  on lah update hubby,,,apa perkembangan alya..dan of course i kena bebel..huhu ...

Tadi baru hubby pesan macam-macam..sorry sayang mama yang careless..mama teruja sangat awak makan banyak...mama biarkan je..


I rasa puas hati sangat sebab tujuannya memang nak alya makan berselera pun..tapi tak sangkalah sampai macam ni..lepas beberapa minit i biarkan dia lega dulu...alya yang bagusnya..dia ni memang islamic sikit,dalam keadaan susah macam tu,dia perlahan-lahan berzikir dan berselawat...siap bilang-bilang jari supaya perut dia lega tu.allahuakabar,astafirrullah dan selawat nabi habis dibacanya...dia rasa sesak sangat tu agaknya...i risau jugak...kawan-kawan i ada yang senyum tengok aksi alya..owh alya sayang ,mama....

I rasa geli hati sekejap,sebab rasa funny sangat makan sampai dia tak tahu perut dia dah penuh ke tak..main sumbat je...tapi apa-apapun i yang salah jugak...Alhamdullah dalam setengah jam alya back to normal..sampai semua orang pun dah beredar...sorry sa

yang



Sebelum hubby datang bawak pasukan keselamatan..hehe cepat-cepat update perkembangan anak kesayangannya...huhu..fuhh lega mama..alya alya...mama tak boleh leka sikit pun kan...

hubby"Mama ni..lain kali jangan bagi je anak tu makan tak tengok-tengok,leka sembang lah tu.."Bila hubby keep on typing..i pun cepat-cepat reply

Me"Dont worry lah papa..alya ok je papa...lagipun ramai je bapak tiri dia kat sini nak jaga tadi..wakakaka :P~~"

Hubby reply:p~~... 

Ok then..short reply...hahaha ..berjaya!..tu je caranya dari berkajang-kajang gua kena bebel..huhu..

Sahabat dunia akhirat..ana & me,abaikan mata i yang sembab,panda eyes dan mata kuyu sebab ramadhan memang tido beberapa jama je dan sesangatlah busy..
Muka i yang keletihan....me with datin rebecca nur islam dan wife herel...lupa tanya nama siapa tapi i puji wife dia sangat lemah lembut dan manis sangat senyuman...sesuai perwatakan ...

Sebelum dijemput balik,singgah kat meja herel,gigihnya dia berborak dengan datin Rebecca nur islam.Cantik sangat datin ni,anak pun dua orang comel-comel,baru tahu datin rebecca wife kepada bosS untuk legal firm ni...:)

Sempat lah sembang-sembang perkembangan terkini dan business baru dia buat,sempat lagi si herel promote coway I kat dia,hehe tapi datin kata dia dah pasang lama dah...ok..takde rezeki..:)

Jom balik!...Alhamdulilah..Thank you hafiz for invitation,thank you ana sudi join...thank you kawan-kawan sorang dua banker yang i jumpa tadi...

Hope with this good relationship more business for future..amin



thank you for reading this entry...appreciated :)

You Might Also Like

1 comments

  1. hamboi ramai bapak tiri ye yang? hahahha sian dia. kekadang I pun kalau dah eksaited makan sampai lupa diri. lupa tank perut besau mana sampai mengah

    ReplyDelete

LOVE COWAY PAGE

FOLLOW ME ON GOOGLE+