sup tulang simple..

12:01:00



Suka tengok blog kak noor yang bermastautin di uk dan dari brunei,banyak sangat menu sedap-sedap.

Irda pun nak sharelah menu simple ni..Hari tu gigih lah beli tulang kat pasar borong,pagi je lepas subuh dah siap-siap nak pergi pasar..I rasa macam apatah kalau kat rumah,sebab i ni macam mak-mak sangat...pagi-pagi wanita bekerjaya selalu buatlah yoga ke,dancing ke...gim ke..joging ke takpun minum jus oren dengan roti sapu planta ke...i pulak?pagi-pagi nak pergi pasar...arghh  lepas tu pekena nasi lemak sebungkus...teh tarik segelas...huhu...

Lantaklah..do i care kan..hari tu i rasa nak sangat nak masak sup untuk alya,asyik sup cendawan,sup ayam,sup ikan jenahak,sup ketam je..hari ni nak buat sup tulang..hope alya berselera makanlah...

done by me :)
RM 1.50 je semua ni...


Bahan-bahan

sup tulang sekilo(RM 10.50 time tu)
Rempah sup tulang
daun saderi
daun sup & daun bawang
bawang merah kecil
halia
bawang putih
 kentang
tomato
carrot

irda gunakan rempah sup tulang adabi ni.satu paket cukup untuk sekilo tulang,tapi tamak irda ni letak sampai dua peket...


*Tulang hendaklah direbus lama-lama dan buih-buih yang naik ke atas tu hendaklah dibuang ya*Bila tulang dah nampak empuk,at least 40-60 minit rebus tulang...(lama giler...ikut uols lah ya)

Kemudian... 

 Mula-mula hiris bawang merah halus-halus untuk dijadikan bawang goreng.Irda lebih suka buat sendiri bukan beli bawang goreng siap tu..

Then tumbuh 4 ulas bawang merah,2 ulas bawang putih dan halia,ala agak-agak je bawang tu..tumbuk sampai lumat ya..

potong daun sup dan daun bawang letak tepi,potong daun saderi,tomato dan bawang goreng tadi.




Rajinnya lah aku amik gambar..hihi bisik hati...ni potong je terus snap,satu lagi tangan pegang pisau..kalau mak nampak i dengan hp kat dapur...mesti mak mengucap panjang ni...huhu

bahan yang dah ditumbuk tadi ditumis dalam minyak yang panas..bila dah kekuningan,masukkan rempah sup tulang tadi  dan diikuti tulang daging ,goreng sekejap lepas tu tuang  air rebusan tulang daging tadi dalam kuali,kalau rasa tak cukup tambahlah air .(air agak-agaklah biar sampai semua tulang terendam)


Biarkan hingga mendidih dan masukkan sayur carrot dan kentang.Reneh sup anda...then bila hampir masak,campaklah tomato yang dah dipotong,daun saderi juga daun sup daun bawang.. dan sebelum dihidang taburkan bawang goreng yang dah  digoreng awal-awal tadi.

Then siap!menu simple untuk my family...

Punyalah mama semangat waja nak masak untuk alya,alya berbuka satu gelas air..bila nak makan je..terus daging sangkut gigi...and gigi dia yang rongak terus goyang,,terus tak jadi makan..

Alaaa sedih sangat mama alya...sampai dua hari awak tak dapat mengunyah sebab gigi goyang dan tak nak makan...

Finally time tido,goyangkan gigi dia and cabut time dia tido..memang awak selalu kalau nak patah gigi time tido je lah boleh cabut...awak pun request cam tu tau,sebab kalau siang hari..awak penakut sangat...

Ok alya..keep this menu...ni mama masak untuk awak tau..nanti kalau awak baca entry mama ni,mama dah takde...al fatihah untuk mama ya...

love u sayang alya...

thank you for reading this entry...appreciated :)


You Might Also Like

6 comments

  1. Wah, rajin mama hari ni kan. Lama dah akk tak buat sup tulang, bkn apa, susah nk dptkan tulang fresh, kalo kat pasar tu time bulan puasa je ada org jual daging fresh ngn tulang. Nak makan tulang and daging fresh kena tggu raya haji, hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe..rajin kalau xpack keje kak..aah kalau dapat daging fresh lagi sedap supnya...kalau daging beku berbulan tu..air rebusan pun rasa semacam.selamat hari raya kak azimah n family.:)

      Delete
  2. Wah, rajin mama hari ni kan. Lama dah akk tak buat sup tulang, bkn apa, susah nk dptkan tulang fresh, kalo kat pasar tu time bulan puasa je ada org jual daging fresh ngn tulang. Nak makan tulang and daging fresh kena tggu raya haji, hihi..

    ReplyDelete
  3. tak penah lagi buat. selalu my dad beli je -_- i tak reti makan tulang. hahaha

    ReplyDelete
  4. Ok serious nampak sedapppp~ boleh try nie

    ReplyDelete
  5. rajinnya mama masak untuk alya, tapi tu lah kesian alya tak dapat makan, takpe nanti gigi baru dah tumbuh mama boleh buatkan lagi untuk alyakan

    ReplyDelete

Thank you,come again :)

CLICK MY LOVE COWAY

CLICK MY INSTAGRAM