First time seumur hidup dating dengan kawan blogger,kalau dalam dunia nyata irda ada bff dan kawan-kawan rapat,tak sangka dalam dunia maya irda ada kawan baik juga,mommycici.

ni irda share pic kitaorang masa ni cici 7 month pregnant rasanya,asyiklah irda nak pegang perut dia.Walaupun ocin husband cici kata dia macam pokok bunga bergerak,but u pregnant lady yang cantik yang.trust me.sampai hati ocin cakap u macam teletubbies..amboii..

 tak sangka blind date kita senang i nak cari u dengan baju u ni sebagai trademark..flowergirl sangat tau..




tak nampak cam ngandong pun kan...kesian dia muka letih :)

First time jumpa pertemuan diatur di kl sentral,kami ada job sebagai penulis blogger.Ternyata orangnya memang cantik dan masih muda.Baru 25 dah ada 3 anak.

Ya ALLAH hari ni cici dalam pantang,baca entrynya di Fb seronok sangat,ada rasa jeles pun ada,sebab dia masih berwajah remaja dan keanak-anakan,tak sangka she mom for 3 kids,and the best part,dunia ni kecik kan,husband cici pulak keje satu company dengan Irda.nama husband dia sama dengan bff irda ocin..haaaa hati-hati ocin aku jadi mata-mata untuk cici.ngeh ngeh,,

Bila tengok orang muda-muda dikurniakan ALLAH rezeki anak,irda pun nak tambah anak,dari dulu doa kalau ada rezeki dari ALLAH,kali ni irda nak ngandung betul-betul,eh ada ke ngandung tipu-tipu??,maksudnya irda tak nak ganas-ganas,tak nak lasak-lasak,tak nak main makan ikut tekak,irda nak ngandong kurangkan aktiviti kerja,tak nak minum air gas,air tebu,nak duduk rumah baca yasin,surah maryam surah yusuf,tak nak joget-joget kat zumba..huhu..,nak dengar music yang tenang nak jenjalan di tepi pantai,nak hirup udara segar..sebab masa ngandongkan alya..mama rasa macam tak ngandong pun..takde alahan,keje sana sini,jalan laju-laju,naik motor,minum air coke,minum air tebu,masa ngandong accident.haa amek..hehe..tapi Allah melindungi irda.Syukur alya selamat dan keluar sebagai baby mama yang comel..

Tetapi sampai saat ini ALLAH belum memperkenankan doa,mungkin DIA tahu mana yang terbaik untuk IRDA,dan irda yakin ALLAH akan beri bila tiba waktunya..dan irda masih ingat memori mengandung luar rahim,masa tu happy sangat bila tahu diri mengandung,siap bercakap dengan perut yang hanya baru ada ketulan darah,tapi bila nikmat gembira itu ALLAH tarik untuk dibuang,,ALLAH je tahu perasaan irda..nextentry irda share tentang pengalaman kandungan luar rahim..

Masa tu ofismate pun ada masalah yang sama,tapi lepas je operate tu dia ngandong balik lepas sebulan..punya produktif tul,huhu..saat irda menulis ni ada air mata yang cuba tertahan..entahlahh..Allah maha besar,serah hidup dan mati dan perjalanan hidup ini..aturlah sebaik-baiknya...aku berserah dan redha...

Masa lepas operate tu ofismate datang bagi kekuatan,tapi perasaan masa tu kosong...dan masa operate dapat mc 2 minggu,seminggu je irda amik,tak kuasa duduk rumah lama-lama,mc dari doktor irda abaikan dan terus masuk kerja..,takde istilah pantang masa tu,irda makan maggi cicah cili api lepas 3 hari operate.hehe...sebab tekak geli asyik makan ikan haruan ja..ambik,maggi curry tu masak pedas-pedas haa..sedap sangat..

Apapun irda bersyukur sebab ada alya..mybabygirl..dah besar pun still babygirl mama tau..


Maira anak cici ke dua yang comell sangat,rasa nak gigit-gigit je lengan dia tu


Lihin anak cici yang nakal tapi comel dan baik hati penyayang...


Ni newborn baby dalam tu...tak tahu lagi apa namanya..

Dear Siti Solihin@mumblingmommy cici

Tahniah dear for your 3rd kids,
Selamat berpantang,pantang betul-betul ye yang,jangan macam I,masa anak pertama i pantang nampak je semua bedal,dua minggu dalam pantang telan cendol dan air tebu,sebab masa tu bulan puasa,tak tahan tengok orang buka puasa..hehe

I will miss your entry dear,keep on writing ya walaupun dalam pantang 44 hari tu,setiap hari satu cerita tentang musim terpenjara di rumah tu.hehe.

Jangan lupa susu ibu tau,at least setahun setengah dont stop,tapi ajar jugak sikit-sikit susu botol sebab nanti u dah kerja susah kan.U tolong selalu susah kan "cokelat hati "u tu,jangan biar dia kuar malam-malam pukul 3 pagi cari pokemon tau,u suruh dia jaga baby,u rest-rest,manja-manjakan diri.hehe..salam buat mak dan abah u ye yang...

Kalau Lihin and maira nakal-nakal,u suruh ocin hantar depa dua orang rumah i yang,weekend je hantar rumah I,biar diaorang main dengan alya.hehe..hehe macam rumah kita dekat pulak kan.

Yang..i tak nak tulis puitis-puitis dengan u,i tahu u mesti pening baca ayat puitis i,sebab i boleh faham karaker u,ayat macam buku dewan bahasa dan pustaka mana u layan kan..hehe,apapun i cuba tulis bahasa yang u senang faham.kan & tak memeningkan u pusing-pusing

I abadikan entry u dan anak-anak di blog i(sorry eh i curi photo depa dalam FB U .i xminta izin tapi i tahu mesti u izinkan..hehe.kalau i minta nanti tak surpriselah entry i ni,mesti u suruh i edit-edit cover-cover ayat kan..hahah...so tak payah bagitahu u dulu,nanti u baca je lah erk..) sebagai terima kasih sebagai ukhuwah yang terjalin,terima kasih selalu singgah blog i,baca dan komen,dan follow,Terima kasih sudi i ajak u pergi jauh-jauh walaupun u sedang sarat masa tu.dan terima kasih ajar i macam mana nak edit blog sendu i ni..

Setiap pertemuan tu kadang-kadang ada sebab Tuhan temukan,ia tidak terjadi tanpa tersengaja,setiap orang yang datang dalam hidup ini untuk kita belajar sesuatu.Kerana antara kita manusia ni adalah sahabat..dan antara kita kalau ikhlas berkawan akan terjalin ukhuwah yang berpanjangan..insyaALLAH.Kadang-kaang cara ALLAH nak tegur atau nak tunjuk sesuatu adalah melalui orang-orang yang hadir dalam kehidupan harian kita.Jadi hargai sebuah pertemuan kerana disitu akan berbuah sebuah keakraban..

Tahniah yang...untuk anak ketiga ni,u jangan sentap kalau orang cakap anak u berderet,kenapa tak makan pil perancang,kenapa mengapa,untung apa u masih muda anak dah 3,takkan dah tua masa tu dah kena minum susu anlene baru nak cari susu anmumkan?ngehngeh..,nanti u umur 40 anak u dah muda belia remaja,tapi mommy dia hot dan jelita lagi..haa curlass ko jah..hehe mesti ada orang cakap kat anak u"nak tengok anak nya lihat lah ibunya dulu":),cetuhceh

"Ibu yang mengandung dan melahirkan anak ia bagaikan manusia yang baru dicipta,dosanya jadi kosong,segalanya terampun"

 Dan u adalah wanita yang bertuah kerana sekali lagi ALLAH beri u ruang untuk menjadi muslimah yang terbaik..

Dan tiada nilai semahal-mahalnya nilai menjadi seorang wanita selain diberi kesempatan untuk melahirkan umat Nabi Muhammad. Tahniah dari Irda

Sahabat itu bagaikan saudara,sedihnya dirasa,gembiranya dikongsi bersama,bila i nampak entry u dan post pic hospital,i rasa macam i yang baru kuar labour room...hehehe,i nak baby u,tapi tak nak sakit beranak u tu..:P~~hahaha..ok daaa..

mesti u cakap i sweetkan lepas ni?sebab tulis pasal u..hahaha..tahu lama dah..u simpan je ayat tu,i tulis ni dari hati hokey,bukan nak naikkan gula dalam diri i...

bye dearest cici,selamat "memenjarakan" diri for 44 days:)




 thank you for reading this entry...appreciated :)

12 Comments

Thank you,come again :)

  1. tahniah cici memperolehi anugerah terindah slmt berpantang...irda xlama lagi pasti akan brpantang juga insyaAllah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aminnn kak paridah..insyaAllah..terima kasih doakan irda kak

      Delete
  2. Ohhh... Mummy cici nie nadia pun follow dia ... Ya Allah muda lagi mummy cici rupanya... i lagi tua dari dia ... Hihihi

    Kepada mummy cici - congratz for your third baby ... =D

    ReplyDelete
  3. I pun berterima kasih pada U sebab kita kenal di blog space ... Tapi satu hari ke satu hari makin rapat ... U Selalu bagi nasihat ... Insyaallah satu hari kita cuba buat satu date nak meet up .. Ok dear =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. welcome dear..tq to u too...sudi jadi kwn blogger i n layan soalan i..hehe..tq dear

      Delete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah...dah selamat bersalin mommycici..

    ReplyDelete
  6. Alhamdullilah. Murah rezeki untuk mummy cici =) Rasa siqah tak follow dia lagi. Apa blog url mummy cici ye irda? Nanti siqah terjah dan follow dia juga =)

    Alhamdullilah juga kerana kita menjadi rakan blogger. Terima kasih tau sebab sudi jadi rakan blogger siqah. Seronok ada rakan alam maya kan. Insyallah satu hari nanti kita bertemu di alam nyata. Boleh dating kan dear :)

    ReplyDelete
  7. sengih sengih I baca sambil BF baby pada pulu 3am. now baru dapat komen. hehehe

    thanks dear. i hargai sangat persahabatan kita, dan jugak entry ni. dan semoga persahabatan yang terjalin ni kekal selamanya.

    btw u salah eja nama i tu -,-'' u tgh gabungkan nama I dengan Lihin. hahaha =p

    i dah up entry baru =p

    ReplyDelete

Post a Comment

Thank you,come again :)

Previous Post Next Post