COWAY:Hari terakhir di Melaka jalan-jalan di MPO

08:58:00

 As salam readers,Irda baru balik zumba,lama tak datang,sibuk sungguh-sungguh lately ni..,Hari ni datanglah untuk setengah jam itupun lepas habis keyin all cases asb dan housing loan.setengah jam sempat,tepat pukul 7.30 irda stop untuk buka puasa dan solat.

Ni nak sambung entry seterusnya sebelum kang lupa.

Sebelum balik KL,Irda dan team singgah di MPO Melaka,perjalanan yang hanya ikut waze tu agak terasa lama juga dari Limastiga .

Ini first time Irda singgah MPO,nak tengok jugak apa yang best kat sini.First time datang agak jakun lah jugak mokcik ni..


Ruang parking MPO Melaka ni agak terdedah ,jadi kalau panas memang berbahanglah rasanya.Kalau hujan pula? maknanya terpaksa lah pakai payung kan.Tapi bahagian parking luas dan senang je nak parking rupanya kat MPO ni.


Masuk je pintu utama MPO,berderet machine ATM CIMB memanggil-manggil nak suh withdraw duit,haa mana nak shopping sakan tu apalagi keluarlah duit memasing kan.pelik juga awat hangpa tak guna creditcard?kata depa,duit gaji tak usik lagi..ceh...terdiam tau...hehe takdelah belanja berhemat keluarkan bujet cukup-cukup kang kalau main swipe semua lupa ingatan kang nak shopping punya pasal ,Jadi tips elakkan shopping terlebih tu depa dok stanby some amount tu..

Tapi kalau irda lebih suka pakai credit card je,selain collect point atau rebate kalau ada,so far tak pernah sangatlah berbelanja sampai lupa prinsip"beli hanya perlu bukan ikut nafsu"

 memasing tunjuk atm card Cimb Bank,nak jadi duta ke?hehe..mentang-mentang masyukk,semua pakat dok keluar cash,sis irda ni je tukang tengok je lah..
 


Kina budak comel,yang sangat banyak tolong sis irda..thank you dear..




Apa yang Irda nampak MPO ni masih sunyi tak ramai pengunjung sangat,mungkin sebab bukan cuti sekolah dan bukan public holiday.Terfikir juga dalam kepala,macam mana outlet disini balancekan cost income ratio ya,kalau tak ramai customer yang singgah.Walaupun banyak je potongan dan sales setiap outlet,entahlah mungkin sebab irda keje area golden triangle dan dekat dengan pavilion,timessquare,KLCC,sogo,Quillmall,sungaiwang...semuanya pilihan disini nampak biasa je.

Mungkin untuk orang lain yang bukan dari KL,oklah kut.so irda pun xdelah nak beli apapun kat sini.

 

Tapi apapun MPO memang best,satu nak puji decoration pun cantik,konsep shopping bagaikan taman dan tidak bertingkat-tingkat cukuolah buat kitaorang exercise,dan semua brand ada disini,jadi sekali datang nak cari apapun ada kan.. 
 

cantik juga baju-baju kat sini,KALAU nak beli Irda suka ambik yang patung pakai,hehe,,tapi tak beli pun,tengok je.

Amboii semua tempat depa nak singgah..ni pe hal posing ala-ala model ni,ciss tak aci pic sis takde :)
 Bila penat cuci mata and singgah setiap outlet.. apalagi orderlah juice mixfruit ni kan,cik ida order banana campur apatah,yang lain tukang teman order,yelah air tu cupnya punyalah besar,satu cup 5 orang share minum pun tak habis,we ra family and like siblings,beli satu kongsi 5..ada yang tak gosok gigi ke telan je lah erk..hehe ala sis melawak je...

 
Ingatkan pompuan je kaki shopping,lelaki pun boleh tahan,ariqq tengah pilih-pilih untuk girlfriend.alahi sweetnya

so kami ni pun tolong ariq pilih dua pasang kasut ..Irda pakai mask tu,lawaklah seharian dengan mask sebab cover muka dari matahari..bukan nak poyo erh..sebab irda ngah wat treatment.next entry irda share ya kalau tergerak hati nak share.:)


Sebab di MPO takde tempat makan yang kena dengan tekak kitaorang,yang kami nampak hanya kfc,jadi Fadly ajak cari gerai berdekatan,kami makan di kedai simpang nak masuk Negeri Sembilan.

Sory team,ambik pic korang tengah makan yang agak kelakar rasanya.Masa nak singgah makan kat sini rasa kelakar sebenarnya,Irda punyalah laju je turun kereta diorang kat belakang irda tinggalkan sebab cuaca yang panas .Terus masuk kedai depan dan ambik nasi.

Tetiba diorang"sis makan kedai belakang,cari asam pedas..
 Irda yang dah malu letak balik nasi,hahaha then slow-slow keluar dari kedai tu.sorry-sorry terus pusing belakang and cari diorang..

Adoii diorang ni...awat lah tak habaq awai-awai...eeh bukan salah sendiri ke,yang pergi meluru masuk kedai dulu tu kenapa..kan dah kena tinggal..

lawak lah rasanya :) Apapun thank you Fadly bayar makan semua orang,daging salai masak lemak cili api kat kedai ni terbaik ..
 
 
thank you for reading this entry...appreciated :)

You Might Also Like

4 comments

  1. BESTNYA SHOPPING..KAT MELAKA MESTILAH NK MKN NASI DGN ASAM PEDAS IRDA

    ReplyDelete
  2. uii.malunya sis..klo sy x tau la cemna tu..eish2 x dpt bygkn..haha

    ReplyDelete
  3. Ooo ada MPO eh? Hehe. Tahu ada JPO je. JPO best, MPO mesti adik beradik best gak..

    ReplyDelete
  4. berapa kali balik Melaka tak penah jejak lagi. taktahu pun kat mana hahaha. btw sonoknya shopping sakan

    ReplyDelete

Thank you,come again :)

CLICK MY LOVE COWAY

CLICK MY INSTAGRAM