COWAY:Kisah Closed di Putrajaya

00:08:00

 Assalammualaikum dan selamat malam readers...malam minggu yang dingin pasti semuanya sedang berehat bersama keluarga tercintakan..esok hari kerja,mungkin ada yang masuk tido awal malam ni...

Irda siang tadi  ada urusan bawa family ke klang,settle urusan disana balik ke rumah as usual buat kerja rumah, lepas iron baju sekolah alya,makan dan sekarang menunggu mata nak lelap dan hadamkan nasi pecal lele tadi,dulu irda tak tahu pun apa maksud pecel lele,pecel lele ni adalah bahasa orang jawa,lele bermaksud ikan keli...sedap pulak bila makan ikankeli garing sambal merah ditumbuk dan sayur kubis mentah ala-ala salad tu,sudahnya sendawa dua kali tau..

Malam ni irda nak update page coway,walaupun blog santai ni bukanlah bertujuan hardselling dan bukanlah promosi pro seperti website atau wordpress untuk business coway,tapi irda jadikan blog sebagai medium santai untuk share tentang customer coway dan irda closed dimana..tujuannya hanyalah sebagai sharing dan berkongsi my happiness bila closed client dan membuktikan bahawa rezeki ALLAH ini luas dan penuh ajaib..Walaupun perkongsian  simple di alam maya blogging,ternyata ia juga sekaligus promosi dalam carian googles,dan tak sangka irda pernah closed client coway melalui blog santai irda ni..syukur Alhamdulilah,rezeki ALLAH tidak berpintu,ia sentiasa terbuka dan datang pelbagai cara pada kita yang rajin mencarinya...

Baiklah kali ni irda nak cerita..raya hari tu ada orang wassap irda dari melaka nak beli coway yang promosi RM95 sebulan tu,lelaki yang wassap,rupanya dia ustad di di insitut baghdadi putrajaya,customer ni dah pakai 4 coway di sekolah ngajinya dan nak cari untuk ibunya pula di melaka.ustad ni ingat irda lelaki kut,lepas lama berbual dan menjawab semua soalan,irda perasan ustad ni macam stop perbualan mungkin segan nak berurusan dengan budak mentah macam irda,irda pun jaga sebaiknya mutu bahasa dan keunggulan..cehwah....taklah...irda kalau orang berbudi bahasa,kita pun berbudi bahasa lah...

Then text irda terus tak berjawab olehnya..irda pun ok je...mungkin tak rezeki kan..takpelah..lagipun semua soalan dah dijawab sebaiknya,kalau customer berdiam bukan rezeki namanya tu... orang sales kena positif tau.,tak boleh mengeluh.tak boleh menyampah,tak boleh merungut...so positif rezeki lain akan datang..trust me!


lepas sehari berdiam,esoknya ustad tu balas wassap irda dan suruh irda wassap staff nya di baghdadi putrajaya,katanya"awak contact staff saya ni,dia nak pasang coway di rumah,untuk saya biar dulu"..aikk lain orang bertanya lain pula orang membeli.itu buktinya ALLAH menghantar rezeki melalui perantaraan tangan manusia,dan ustad yang tidak pernah irda kenali refer client untuk irda..unikkan percaturan rezeki ALLAH? Berfikir sesaat setiap sesuatu yang berlaku dalam aktiviti harian akan memberi bibit-bibit insaf dan mewujudkan kesedaran bahawa kerdilnya diri tanpa bantuan ilahi..

First time jumpa di kedai mamak,hazwani datang dengan tunang.wahh seminggu lagi nak kahwin rupanya,dan coway dibeli untuk persiapan kahwin dan dipasang di rumah sewa mereka di bangi.first time jumpa dua insan ni tetiba jadi akrab boleh gelak-gelak,irda pun suka nengok hazwani ni,,siap usik nak buat coway jadi hantaran ke dik?:)


 


"wani awak ni orang kelantan eh...tak pun orang terengganu...sebab awek ganu ni suka pakai tudung lagu gini,muka pun comel-comel,haaa ada iras-iras nelopa pun ada awak ni..specky,tudung tutup dada,macam budak universiti,ingatkan baru habis grad...suci betul je akak nengok awak ni...awak ade adik?akak nak pinanglah untuk adik akak"

tetiba je dia ketawa ngekek-ngekek,tadi nampak pendiam,boleh tahan jugak budak ni ketawa,tunang dia fahmi pun sama...

"laaa aku buat lawak ke"--irda tanya dalam hati...so dari jual coway terus jual bende lain..citer pasal asb lah,housing loan lah.dan blabla..orang baru nak kahwin kan,bila bercakap saling memandang..aduhai..ni kalau jumpa lepas 3 tahun lagi,hopefully korang sweet macam ni jugaklah ya....doa irda dalam hati..apapun...terima kasih hazwani,beli coway dengan sis irda...persiapan wanita bekerjaya untuk menempuh alam rumahtangga maka coway adalah ibarat bibik korea untuk wanita-wanita di rumah.

hazwani balik tu siap wassap irda jemput datang kenduri kahwin di johor bahru...so dia orang johor bukan awek ganu...okok..hihi..irda senyum sorang-sorang..text dia irda balas.."insyaALLAH dik"..text ke dua nak tulis"hati-hati malam hari ."...terus delete,argh muka suci macam tak sanggup usik gitu..huhu..."selamat pengantin baru hazwani,moga bahagia till jannah"amin...




haaa bangun pagi sebelum pergi kerja,siapkan segelas air panas buat suami,besar pahalanya...gaduh macam manapun,kadang-kadang berselisih faham dengan suami,pastikan tanggungjawab menjaga makan minum suami dirumah jangan diabaikan ya....dan penat macam manapun pulang dari kerja pastikan satu soalan harus ditanya"abang nak minum?nak minum air panas ke sejuk"dan hidangkan air dalam cawan yang dibawahnya di alas pinggan kecil....sebab itu petua mak irda ajar irda....cara-cara jaga laki..wuaaaaa...kelassss...eleh...oldskul tau mak irda ni...tapi kalau tak buat kan kena piat telinga ngan mak..so uols pun buatlah ya..

sekali lagi nak ulang,balik kerja kalau sama-sama penat pastikan tanya"abang nak minum"...so anda tekan je coway...siapkan segelas air adalah kunci kebahagian rumahtangga tau..ceewah,,,!

tapi cuba sesekali cakap macam ni"abang nak air?ayang penatlah,apa kata abang tekan je coway tu "pastikan ketika itu hanya anda di rumah tanpa mak anda atau mak mertua anda...if not anda akan dicop menantu pemalas...heheh...ok uols gud night...nak teman alya berdengkur dulu...daa

4 SUHU DAN promosi raya ni berlanjutan hingga bulan august sempena merdeka day...


thank you for reading this entry...appreciated :)

You Might Also Like

7 comments

  1. Hahahaa Reen suka mengusik tentang malam pertama kat pasangan yang baru sah jadi suami isteri.. Kelakar tengok muka malu-malu mereka :p

    Reen follow blog irda.. :D

    ReplyDelete
  2. tahniah dpt rezeki di bangi yer.. :) oo bakal pengantin.. semoga mereka bakal bahagia selama-lamanye..

    ReplyDelete
  3. comel je si Hazwani tu. selamat menempuh alam rumah tangga <3

    ohh kena alasa ke -,-'' I selalu kalau Ocin mintak air I bagi dalam mug paling besau so dia takkan mintak kali kedua. err pemalasnya I T_T hahaha tu untung letak dalam mug, kekadang I bagi dengan botol botol. hahaha

    ReplyDelete
  4. Hihi..yg last tu, mmg sporting abis kan, tak susah pun, tekan coway aje, yg bertanya dpt pahala, yg tekan coway pun dpt pahala..hihi

    ReplyDelete
  5. hehehhe.. Tahniah sis.. Bila saya baca entri sis dapat sampai aura positif sis tu...

    ReplyDelete
  6. hehehhe.. Tahniah sis.. Bila saya baca entri sis dapat sampai aura positif sis tu...

    ReplyDelete

Thank you,come again :)

CLICK MY LOVE COWAY

CLICK MY INSTAGRAM