Ungkapan inspirasi cerminan kehidupan buat mu Alya (Part 1)

12:00:00


Photo ALYA:2009..sumber :Fb Irda Garmin.Banyak photo dalam laptop hubby,ada juga video dan photo hilang dalam simpanan,banyak simpan dalam hp kan.Haaa simpan dalam Garmin sampai bila-bila takkan hilang



MUHASABAH

1)Apabila kita tidak mendapat apa yang kita inginkan
Hanya ada dua sebabnya.
 Pertama...kerana kita tidak benar-benar inginkannya.
Kedua..kerana kita tidak membayar"harga"untuk mendapatkannya



 2)Dalam rumah ada manusia,dalam manusia ada hati..hati manusia yang berada di rumah itu lebih berharga daripada rumahnya
Dalam kereta ada manusia,dalam manusia ada jiwa..
jiwa manusia dalam kereta itu lebih berharga berbanding keretanya.
Nilai manusia bukan terletak pada barang-barang bernilai yang dimilikinya,tetapi pada hati dan amalannya yang dinilai oleh Tuhannya.
Kata orang bijaksana:"Nilai seorang lelaki hanya diketahui apabila segala barang bernilai hilang daripadanya!"


3)Nilai diri kita bukan terletak pada barang-barang bernilai yang kita miliki.
Jika nilai kita adalah barang-barang bernilai..siapa diri kita apabila barang-barang itu hilang?
Nilaian kita disisi ALLAH ialah takwa
Nilai kita disisi manusia adalah akhlak
 








4)Tidak mungkin kemungkaran dapat dicegah oleh satu kemungkaran sepertimana air najis tidak dapat menyucikan najis

5)Tanpa kekayan hati,seorang hartawan hanya umpama seorang jaga yang mengawal wang di bank yang bukan miliknya

6)Manusia yang derhaka seperti kelkatu yang terbang menuju sumber cahaya
Walaupun banyak yang terhantuk lalu jatuh bergelimpangan di lantai kelkatu yang masih hidup terus menuju tempat yang sama.Sedikit sekali yang mengambil iktibar daripada korban yang jatuh bergelimpangan.



 

7)Berselawat untuk terus mengingati Rasulullah SAW adalah lebih utama daripada berselawat apabila terasa sudah melupakannya.


8)Jangan bimbang jika kita tidak dihargai orang..tetapi bimbanglah jika kita benar-benar tidak berharga


Jazakillah Khairan :Penulis asal:Hj Pahrol Mohamad Juoi

thank you for reading this entry...appreciated :)

You Might Also Like

11 comments

  1. alhamdulillah dapat juga turut bermuahasabah pagi ni. thanks for sharing :)

    ReplyDelete
  2. menarik sekali irda... izin kak copy frasa tentang kelkatu tu ya tksh.

    ReplyDelete
  3. semoga bermanfaat kawan2...silakan kak.:)

    ReplyDelete
  4. Pesan ibu untuk seorang anak. Moga si anak terus mengingatinya dan jadi bekalnya sepanjang jalan kehidupan.

    ReplyDelete
  5. Pesan ibu untuk seorang anak. Moga si anak terus mengingatinya dan jadi bekalnya sepanjang jalan kehidupan.

    ReplyDelete
  6. Comelnya Yaya..tq for the quotes kak.! sy suka tulisan ustaz Pahrol nie..mendamaikan hati.

    ReplyDelete
  7. salam..
    hi sis Irda..=)

    nice one ni..tq sharing.. ^_^

    ReplyDelete
  8. muhasabah diri. paling suka no 8 :)

    ReplyDelete
  9. https://youtu.be/Dp8LSRt-I8E

    ReplyDelete
  10. Muhasabah diri.. Terima kasih irda kerana mengingatkan dan share something positive ❤️

    Suka ayat no 8 😍

    ReplyDelete

Thank you,come again :)

CLICK MY LOVE COWAY

CLICK MY INSTAGRAM