Photo Alya di Bukit Tinggi Padang 2010

USAHA MEMPERBAIKI DIRI

Berusahalah memperbaiki diri disamping menyeru orang lain..kerana berusaha menjadi baik walaupun belum baik adalah lebih baik daripada tidak berusaha langsung


Orang yang baik akan sentiasa dapat melihat kebaikan orang lain.Hidupnya seperti di dalam taman yang dipenuhi aneka bunga

Sangka baik kita kepada orang lain adalah doa kita untuknya.Sangka baik orang kepada kita adalah doanya untuk kita.InsyaALLAH sentiasa bersangka baik kita akan mendapat yang baik.Walaupun belum jadi baik,sekurang-kurangnya membantu sesama kita yang sedang berusaha menjadi baik

Kita adalah apa yang kita baca.Dan siapa kita menentukan bagaimana kita "melihat".Apa yang kita lihat menentukan apa yang kita dapat.Justeru ,bacalah yang baik-baik
InsyaALLAH kita akan menjadi baik dan mendapat banyak kebaikan dalam kehidupan ini.You are what you read!Iqra-bacalah dengan nama Tuhanmu
 

Tidak ada kejayaan untuk mereka yang tidak bermula hari ini.Semalam berakhir pada malam semalam.Orang yang sering diganggu masa silam tidak akan mampu melangkah ke hadapan,Apabila ditanya,"bilakah kita akan bahagia?"jawablah"Hari ini"

Orang yang berjaya akan memaksa dirinya untuk berubah,manakala orang yang gagal hanya berubah apabila terpaksa.

Dengan kaki yang sakit,engkau mungkin tidak dapat berjalan.Tetapi dengan hatimu yang sakit,kau akan kehilangan tujuan dan harapan.Betapa ramai yang mempunyai fizikal sihat apabila hatinya sakit,hidupnya melarat.Miskin dalam kekayaan,derita dalam keseronokan.

Jangan biarkan tragedi silam menyakitkan kita dua kali.Sekali sewaktu kita mengalaminya.Kedua sewaktu kita mengenangnya.Selepas mengambil pengajaran daripadanya..ayuh lupakan!

Lidah selalu menyebabkan telinga menjadi tuli.Kononnya dengan banyak bercakap,kita akan  terlihat pandai dan bijak berbanding orang diam.Kebanyakan kita menyangka orang yang diam itu bodoh.Sedangkan diam itulah terpuji dan bermanfaat.Kata bijak pandai"Diam itu banyak hikmahnya tetapi sedikit sekali orang mengambil manfaatnya"

Alya with mak usu(incim).Gang selalu ngaduh ngan









Hati itu umpama magnet.Ia mempunyai kuasa menarik sesuatu yang berada di luar ke dalam diri kita.Apa yang hati rasakan itulah yang akan diterima sebagai pantulan.Justeru,penting sekali bersangka baik agar kebaikan akan "ditarik "ke dalam diri.

Jagalah lidah agar diberi kemantapan akidah.Jagalah mata agar diberi kemantapan jiwa.Jagalah hati agar diberi nur yang menyinari.Allah lebih kenal siapa kita daripada kita mengenali diri sendiri.

Katakan pada diri..yang paling bermakna adalah hari ini..  patut dihargai ialah orang yang berada disisi.Manfaatkan hari ini dengan sebaiknya.Kita tidak akan bahagia selagi orang disisi kita tidak bahagia.Bahagiakanlah sesiapa sahaja yang bersama kita pada hari ini dengan senyuman,doa,dan kata-kata yang baik.


Jazakillah Khairan penulis asal:Hj Pahrol Mohamad Juoi


thank you for reading this entry...appreciated :)

8 Comments

Thank you,come again :)

  1. PERKONGSIAN YG SGT BERMENAFAAT

    ReplyDelete
  2. one day soon, Alya baca ni, mesti dia suka. mama dia pandai dalam berkata kata dan bagi nasihat :)

    ReplyDelete
  3. Babeeee~ sorry lama tak singgah . And sorry nadia pun lama tak up entry baru . Tiba2 vitamin M datang terjah . =(

    ReplyDelete
  4. Tapi happy u tetap singgah blog i ... Measih babe . Sayang u banyak2... Insyaallah i akan up entry baru ye . Dah ada dlm draft dah tggu nak publsh je =)

    ReplyDelete
  5. Tenang siqah membacanya =) Insyallah irda, mari kita sama-sama memperbaiki diri kita. Tiap orang tak sempurna tapi boleh menjadi yang lebih baik kan =)

    ReplyDelete

Post a Comment

Thank you,come again :)

Previous Post Next Post